ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
KANTOI...!JUSTO DEDAH BUKTI KOMPLOT GULINGKAN PM.. | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Friday 11 September 2015

KANTOI...!JUSTO DEDAH BUKTI KOMPLOT GULINGKAN PM..



Perkembangan terkini pendedahan warga Switzerland,Xavier Andre Justo berkaitan peranan beberapa pihak yang berkomplot menggulingkan PM Malaysia melalui serangan media dengan menggunanakan isu 1MDB.

Sumber Polis Thailand akan dijadikan rujukan Polis Malaysia bagaimana Justo yang telah membekalkan kepada para penyiasat secara terperinci komplot yang diketuai oleh ,,editor Sarawak Report sejak enam bulan yang lalu.

Justo telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun selepas mahkamah Thailad mendapati beliau bersalah mencuri dan memeras ugut bekas majikannya,PetroSaudi.

Kejadian berlaku pada 30 April 2011 dimana beliau yang pada ketika itu bekerja sebagai ketua unit IT Petro Saudi telah mencuri lebih 90 Gbyte data dari server syarikat tersebut.Berikutan dari itu kontraknya telah ditamatkan dan apabila laporan polis dibuat beliau telah ditahan pada pertengahan Jun di Thailand.

Usaha beliau untuk memeras ugut majikan beliau pada tahun 2013 gagal melalui maklumat yang dicurinya,beralih mencari pembeli baru lantas melalui seorang rakan beliau telah diperkenalkan kepada seorang ahli perniagaan yang berpusat di London,Kamal Siddiqi.

Melalui Kamal Siddiqi beliau telah diperkenalkan kepada Rewcastle-Brown yang kemudiannya bertindak sebagai pengantara dalam cubaan menjual maklumat yang dicuri kepada beberapa kumpulan dari Malaysia yang berminat.

Antara yang berminat dengan urusniaga penjualan data yang dicuri oleh Justo itu adalah Nurul Izah namun  akibat daripada kegagalan penyelesaian cara pembayaran maka urusniaga tersebut telah gagal.

Menurut polis Thailand lagi akibat kegagalan urusniaga tersebut Rewcastle-Brown telah menghubungi Tony Phua yang membolehkan beliau di perkenalkan pula kepada ,Datuk Tong Kooi Ong pemilik The Edge Media Group.

Menurut sumber polis,satu pertemuan telah diadakan diantara Justo ,Rewcastle-Brown dan Tong di Hotel Fullerton Singapura sekitar Februari 2015 dan satu persetujuan telah dicapai berhubung urusniaga penjualan data yang dicuri tersebut.

Tong telah membuat bayaran sebanyak AS$2 juta kepada Justo Consulting Co Ltd yang berpusat di Pulau Koh Samui Thailand yang juga dikenali sebagai "Justo Property It Software" yang mana Justo telah mengakui pembayaran telah dibuat hasil penjualan maklumat PetroSaudi yang dicuri.

Maka bermulalah serangan media secara agresif oleh The Edge dan Sarawak Report serta Malaysia Insider berkaitan Petro Saudi dan 1MDB yang menjadi isu politik di Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...