ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
MENGENAL ERTI PENGORBANAN | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Friday 25 September 2015

MENGENAL ERTI PENGORBANAN


Barangkali kehidupan ini tidak lengkap tanpa pengorbanan.Terlalu banyak istilah dan makna pengorbanan.Ada yang berkorban,ada yang terkorban dan ada juga yang dikorbankan.

Berkorban bagi seorang suami,berkorban bagi seorang isteri,berkorban bagi seorang anak,berkorban bagi seorang kekasih,berkorban bagi seorang pekerja atau majikan mahupun berkorban bagi setiap yang mempunyai jasad dan jiwa.

Kadangkala kita merasakan pengorbanan kita cukup besar tetapi tidak bagi orang lain.Sebolehnya tiada manusia yang sentiasa mahu berkorban samada wang ringgit,tenaga mahupun perasaan andainya pengorbanan tidak dihargai.

Cuma pengorbanan berbeza sesama manusia dan tuhan kerana siapalah kita jika mahu dibandingkan apa yang telah kita korbankan tidak sebesar nikmat yang kita terima dari tuhan.





Bagi yang berkorban keikhlasan menjadi kayu pengukur,namun sebagai manusia biasa berkorban tentunya mengikut kemampuan dan yang terdaya diri dan perasaan.

Yang terkorban biasanya akan merasa diri terlalu kecil dan hilang keyakinan diri.Mungkin sesuai jika dikatakan terkorban perasaan itu menjadikan manusia berfikir..kenapakah aku yang menjadi mangsa dan bukan orang lain....terkadang..kalau bukan selalu terjadi...

Berkorban apa saja..harta ataupun nyawa....antara bait lagu P.Ramlee...entah masih adakah realitinya begitu atau hanya bait kata gurindam jiwa yang remuk rendam setiap kali jiwa terkorban.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...