ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
BODOH CERDIKNYA ULTRA MALAYA SUAR TIDAK MEMBANTU BOLASEPAK MENJADI JUARA | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Wednesday 9 September 2015

BODOH CERDIKNYA ULTRA MALAYA SUAR TIDAK MEMBANTU BOLASEPAK MENJADI JUARA


Insiden Ultra Malaya membaling suar dan bom asap pada perlawanan bolasepak Kelayakan Piala Dunia sewaktu Malaysia menentang Arab Saudi amat memalukan,memualkan dan menampakan kecetekan akal fikiran.

Pada perlawanan yang masih berbaki lebih kurang enam minit tindakan mereka membaling suar dan bom asap memaksa perlawanan dihentikan.Kemungkinan Malaysia mampu menyamakan kedudukan mahupun memenangi perlawanan tetap ada tetapi gara-gara kebodohan mereka yang mendapat jolokan Ultra Malaya hanyalah untuk mendapat publisiti murahan tanpa memikirkan implikasi kepada sukan bolasepak secara keseluruhan.

Jika dilihat komentar kebelakangan ini khususnya di media sosial selepas kekalahan 10-0 sewaktu pasukan bolasepak Malaysia tewas kepada UAE,segala permasalahan bolasepak negara dengan aksi yang tidak konsistem dan dikatakan merudum,FAM menjadi  mangsa cercaan dan cacian.

Tindakan jurulatih Dollah Saleh yang meletak jawatan serta hasrat Presiden FAM Tengku Mahkota Pahang meletak jawatan masih belum dilihat mampu meredakan rasa tidak puashati Ultra Malaya.

Persoalan yang timbul dari insiden ini ialah..

  1. Apakah dengan membaling suar dan bom asap di Stadium Shah Alam segalanya selesai dan pada hari yang mendatang Malaysia akan  beroleh kemenangan pada setiap perlawanan.
  2. Tunjukkan dimanakah contoh di negara yang maju sukan bolasepaknya menjadikan suar dan bom asap sebagai pemankin kemajuan bolasepaknya?
  3. Apakah dengan membuat perubahan drastik dari segi kepimpinan dan pengurusan FAM ,insiden membaling suar dan bom asap ini tidak akan berlaku lagi pada masa hadapan?
  4. Apakah hanya mereka yang mendakwa Ultra Malaya sahaja yang pergi ke stadium menyaksikan perlawanan bolasepak sahaja mempunyai hak manakala mereka yang menyaksikan perlawanan di kaca TV tiada hak menyaksikan perlawanan?Menidakkan hak mereka yang membayar bil Astro menyaksikan hingga ke wisel penamat?
Sukan bolasepak bukan hanya sekadar penyokong tetapi lebih dari itu.Tidak tergambar difikiran bagaimanakah agaknya akan terjadi jika rekabentuk stadium di Malaysia sama dengan di kebanyakan negara di Eropah seperti di Engand.

Di sana kebanyakan stadium bolasepak tiada trek balapan disekeliling padang yang menjarakkan penyokong dan pemain.Namun displin yang ditunjukkan jauh berbeza walaupun kebanyakan mereka juga fanatik,mengambil minuman keras di bar sebelum ke stadium tapi masih waras dan berdisplin sewaktu di stadium.

Apa akan berlaku di Malaysia tentu berlainan jika stadium tiada trek balapan seperti yang bakan dibina di Bandar Jengka Pahang.Kemungkinan pemain terpaksa memakai helmet dan topeng gas hanya kerana ingin memastikan kehendak peminat suar dan bom asap dipenuhi...bravo Ultra Malaya..





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...