ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
PAS PENGHALANG KAMI -LIM KIT SIANG | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Thursday 24 September 2015

PAS PENGHALANG KAMI -LIM KIT SIANG


Sudah terang lagi bersuluh DAP menunjukkan jalan keluar kepada PAS yang masih meraba-raba  mencari teman sebantal.Kenyataan Lim Kit Siang dalam twitter terbaru beliau umpama lampu limpah yang terang benderang kepada PAS supaya jangan buat-buat rabun.


DAP tak berselindung dan berlapik lagi tapi PAS masih berteka teki.Amanah kini menjadi galang ganti yang cukup ampuh berbanding PAS.

Bagi DAP,kini PAN (Parti Amanah Negara) mampu mengganti PAS bagi menggantikan peranan yang dimaikan oleh PAS.Parti baru PAN kini sudah menjadi gading bertuah sedangkan PAS cuma tanduk yang tidak berguna lagi.


DAP berpandangan teori mengatakan hanya PAS mampu memenangi kerusi luar bandar adalah tidak relevan lagi berdasarkan 15 kerusi parlimen yang dimenangi PAS di luar bandar pada PRU 2008 gagal di pertahankan pada PRU 13.

Daripada 15 kerusi yang hilang itu,10 kerusi adalah merupakan kubu kuat PAS sdi Kedah dan Kelantan.Keyakinan DAP juga semakin terhakis kerana ketidakcekapan PAS mentadbir negeri ditambahpula semenjak ketiadaan Nik Aziz.


Bencana banjir yang melanda Kelantan yang gagal diuruskan secara sistematik membuatkan DAP merasakan ketidakmampuan PAS menarik undi Melayu luar bandar pada pilihanraya akan datang.

Desas desus PAS akan mengadakan kerjasama dengan UMNO juga mendorong DAP terpaksa memberikan kad merah kepada PAS dan ditunjukkan jalan keluar daripada Pakatan Rakyat yang telah hancur berdera...sebaliknya memilih PAN sebagai kuda tunggangan baru.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...