ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
BREAKFAST ON US JADIKAN MAKANAN SEBAGAI PLATFORM PERPADUAN | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Tuesday 1 September 2015

BREAKFAST ON US JADIKAN MAKANAN SEBAGAI PLATFORM PERPADUAN


Berbagai cara diadakan sempena menyambut Hari Kebangsaan Ke 58 antaranya Program Breakfast On Us dimana para pengunjung di Taman Gelora Kuantan menerima makanan percuma.

Program Breakfast on Us ini digerakkan oleh Dato'Syed Azimal bersama 5 orang rakannya yang merasakan makanan juga merupakan cara bagaimana untuk memupuk semangat perpaduan dan amat bertepatan dengan tema Sehati Sejiwa Hari Kebangsaan ke 58.






Inisiatif yang dilakukan oleh Dato'Syed Azimal bersama 5 orang sukarelawan ini awalnya di mulakan pada bulan puasa dengan memberikan makanan secara percuma di pasar Ramadan.

Menyedari bahawa aktiviti mendapat sambutan dari masyarakat setempat beliau dan rakan rakannya meneruskannya pada hari minggu, secara tak langsung mewujudkan suasana harmoni pelbagai lapisan masyarakat dari pelbagai kaum yang turut serta.

Program yang diadakan di Taman Gelora Kuantan itu turut dimeriahkan dengan bacaan Sajak Hari Kebangsaan selain pemberian makanan percuma.Antara yang turut hadir ialah YB Dato'Shahaniza Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.













No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...