ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
PAS MEROYAN AMANAH BERTANDING DI KELANTAN, MOHD AMAR BERI KATA DUA | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Wednesday 30 September 2015

PAS MEROYAN AMANAH BERTANDING DI KELANTAN, MOHD AMAR BERI KATA DUA


Sejak penubuhan parti Amanah,pemimpin PAS dilanda seram sejuk.Demam tak kebah bilamana kebanyakan pemimpin PAS yang digelar kumpulan 18 yang tewas didalam pemilihan di Muktamar PAS baru baru ini dijangka akan meninggalkan parti PAS beramai ramai.

Setelah ditolak oleh perwakilan PAS,kebanyakan pemimpin yang menang dalam pemilihan kini terpaksa berhempas pulas meyakinkan penyokong mereka sepeninggalan kumpulan 18 ke parti Amanah tidak meninggalkan kudis dan parut yang berpanjangan.

Tekini  Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah meminta parti Amanah tidak meletakkan calon mereka pada PRU 14 di Kelantan dengan alasan Pengerusi Amanah Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah untuk tidak meletakkan calon di Kelantan.

Namun desas desus Amanah akan meletakkan calon di 6 kawasan Parlimen dan salah satunya di Kuala Krai begitu membimbangkan PAS hingga mengundang rasa tidak puas hati Mohd Amar Nik Abdullah.



Begitulah antara kata-kata  Mohd Amar Nik Abdullah yang seboleh bolehnya mahukan Amanah tidak meletakkan calon di Kelantan walaupun beliau perlu sedar Dr Hatta Ramly pastinya tidak akan membiarkan Kuala Krai yang sebati dengan beliau terlepas begitu sahaja.

Apatah lagi Hatta Ramly teruk di belasah oleh pemimpin PAS berikutan isu Baiah setelah menyertai parti Amanah.Tentunya perasaan terguris tetap ada sebagai manusia biasa apatah lagi membabitkan maruah beliau berkaitan status perkahwinan yang dijadikan modal politik PAS kepada mana mana ahli yang meninggalkan PAS tetapi tidak meletakkan jawatan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...