ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
SEKOLAH SATU ALIRAN RAPATKAN JURANG PERKAUMAN | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Sunday 27 September 2015

SEKOLAH SATU ALIRAN RAPATKAN JURANG PERKAUMAN


Sudah hampir 60 tahun sejak merdeka mutakhir ini isu-isu berkaitan perkauman semakin kerap dibicarakan.Kegelisahan masyarakat tentang rentetan peristiwa yang dilihat berbaur perkauman samada baju kuning dan baju merah..peristiwa Low Yat mengundang resah apakah sudah jadi dengan perpaduan di Malaysia.

Pemimpin di negara ini khususnya BN perlulah kehadapan menunjukkan kemahuan dan keberanian politik.Perlu diakui legasi penjajah dalam pengasingan etnik perlu dilihat sebagai penghalang kepada perpaduan yang menjadi teras pembinaan negara.

Sistem pendidikan sebagai contohnya di negara ini mungkin dilihat sebagai lebih demokratic berbanding negara-negara lain di dunia.Namun perlu diakui sistem pendidikan di Malaysia menjadikan perkauman semakin menebal dan mencipta polarisasi kaum yang menjurus kepada pengasingan etnik bermula dari kanak-kanak lagi.

Sejak pra-sekolah pengasingan etnik berdasarkan kepada pendidikan bermula dan diikuti di sekolah rendah dan menengah hinggalah ke IPT dan yang paling menyedihkan ianya terus diamalkan ditempat kerja.

Tiada keberanian politik menyebabkan legasi yang diamalkan sejak hampir 60 tahun lalu tidak berani disentuh.Ahli politik lebih mementingkan survival politik masing-masing agar kelihatan lebih popular berdasarkan kaum dan parti yang diwakili.

Singapura Indonesia dan Amerka Syarikat memilih untuk menjadikan sistem pendidikan satu aliran bagi memupuk semangat nasionalisme dan patriotisme terutama pendekatan bahasa pengantar.

Jika kerajaan Malaysia berani melaksanakan GST yang turut mendapat bantahan masyarakat tetapi mengapa tidak kepada sekolah satu aliran yang pastinya membolehkan proses asimilasi kaum dapat dipraktikkan.

Kisah baba dan nyonya Melaka,Cina Peranakan,kepetahan berbahasa Malaysia Cina di Kelantan dan Kedah misalnya hasil asimilasi terbaik setakat ini namun tidak cukup bagi pembinan sebuah negara  yang mempunyai masyarakat majmuk seperti Malaysia.

Melalui sisitem pendidikan sekarang,sekolah persendirian cina  bebas menetukan sistem peperiksaan yang berasaskan sistem negara luar seperti Taiwan.

Sekolah vernakular pula membentuk pendidikan etnik Cina dan India manakala sekolah swasta memisahkan antara meraka yang miskin dan kaya menjadikan pendidikan satu yang eksklusif dan elit.

Sekolah persendirian Cina pula bebas meletakkan nama sekolah yang berintitikan etnik,sistem peperiksaan dan sukatan pelajaran begitu juga dengan sekolah antarabangsa yang berkiblatkan Amerika.

Kesemua 7 jenis sistem perselolahan ini perlu diseragamkan terutama sekolah vernakular yang boleh diserapkan menjadi sekolah jenis kebangsaan.

Ianya tidak akan menghakis identiti bangsa,Singapura sbg contoh mewajibkan pelajar lulus bahasa Cina untuk meyambung pelajaran ke peringkat IPT.Begitu juga sekolah berasaskan agama juga perlu diserapkan kedalam sistem sekolah kebangsaan dengan penyesuaian tertente selaras dengan Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Namun sekolah persendirian dan antarabangsa perlu dihapuskan sama sekali kerana ianya tidak mendatangkan kebaikan  sebaliknya hanya fokus kepada golongan tertentu dan tidak menyeluruh.

Jika negara luar mampu melakukannya mengapa Malaysia tidak,dalam pada yang sama perlulah kita mengikut acuan kita sendiri bagi mengukuhkan perpaduan antara kaum yang terlalu rapuh kini.

Malaysia memerlukan pemimpin yang mempunyai keberanian politik dengan mengenepikan kepentingan peribadi sebaliknya menjadikan agenda nasional sebagai keutamaan.












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...