ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
11 LELAKI DIBERKAS DIPERCAYAI TERLIBAT BALING BOM ASAP DAN SUAR DI STADIUM SHAH ALAM | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Thursday 10 September 2015

11 LELAKI DIBERKAS DIPERCAYAI TERLIBAT BALING BOM ASAP DAN SUAR DI STADIUM SHAH ALAM


Pihak polis telah berjaya menahan 11 orang penyokong bolasepak yang dipercayai terlibat dalam insiden menimbulkan kekecohan pada perlawanan bolasepak Kelayakan Piala Asia sewaktu Malaysia menetang Arab Saudi.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam ,ACP Shafien mamat mereka yang direman terdiri daripada lima orang pelajar universiti tempatan dan swasta yang berusia antara 19 hingga 36 tahun.Kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Acara Keseksaan.

"Setelah diperikasa dua orang daripada mereka mempunyai rekod kesalahan lampau berkaitan curi namun ujian air kencing kesemua mereka negatif.Lima daripada mereka adalah pelajar di universiti awam dan swasta manakala selebihnya adalah pekerja swasta yang dipercayai berada di dalam kumpulan 200-300 orang penyokong Ultra Malaya yang menimbulkan kekecohan di stadium"

“Kesemua yang ditahan berada dalam kumpulan 200 hingga 300 penyokong Ultras Malaya yang mana lima daripadanya adalah penuntut universiti awam dan swasta manakala bakinya bekerja sendiri dan kakitangan syarikat swasta."katanya yang menadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontijen Selangor.

Siasatan juga mengesyaki mereka membawa masuk barang terlarang seperti suar dan bom asap melalui peniaga yang menjual minuman di stadium yang tidak melalui pintu pemeriksaan penonton.

Sebanyak 11 telefon bimbit juga telah dirampas dimana dipercayai digunakan suspek untuk berhubung melalui aplikasi what up dan pesanan ringkas selain beberapa batang suar,bom asap dan suar roket.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...