ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
MUFTI PAHANG SELAR DAP CAMPURTANGAN HAL EHWAL ISLAM | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Sunday 27 September 2015

MUFTI PAHANG SELAR DAP CAMPURTANGAN HAL EHWAL ISLAM


Ugutan saman DAP cawangan Pahang untuk menyaman JAIP berikutan teks khutbah Aidil Adha langsung tidak mengundang rasa takut mufti Pahang sebaliknya DAP dibidas kerana campurtangan dalam hal ehwal Islam.

Tenku Zulpuri Shah Raja Pengerusi DAP Pahang dipetik sebagai berkata akan menyaman JAIP sekiranya tidak menarik balik khutbah Aidil Adha dalam masa 7 hari yang didakwa menfitnah parti itu antara lain berbunyi..

“Dewasa ini kita melihat perpecahan umat Islam di negara kita terutama bangsa Melayu begitu ketara. Perpecahan ini kerana mengutamakan parti politik melebihi perpaduan dan persaudaraan Islam seperti Umno, PAS, PKR dan ditambah parti baru yang dinamakan Gerakan Harapan Baru (GHB). Malahan ada di kalangan umat Islam yang menyertai parti DAP yang terang-terangan menentang Islam.

“Sepatutnya umat Islam bergabung dan bersatu suara walaupun berlainan dasar politik mereka…”

Mufti Pahang (JAIP) Datuk Dr Abdul Rahman Osman tetap mempertahankan teks khutbah Aidiladha dan enggan meminta maaf kerana ianya bukanlah berbaur fitnah namun merupakan nasihat kepada umat Islam supaya bersatu .

"Kita tak akan minta maaf kerana kita bercakap hal agama. Hal agama ini (pihak luar) tak boleh campur tangan, apatah lagi dalam khutbah," tegas beliau. 

"Kita tak akan tarik balik khutbah (ini). Kita ada hak untuk menyatakan tentang kebenaran Islam," katanya ketika dihubungi Antarapos.

"Khutbah ini merupakan nasihat, nasihat daripada orang Islam supaya semua orang Islam bersatu atas nama Islam, bukan bersatu dengan pihak yang mana mencabar tentang Islam, misalnya hudud. Hudud sebahagian daripada Islam.
"Sepatutnya mereka (DAP) minta maaf dulu kerana mereka menyentuh hal-hal agama Islam. Sepatutnya mereka sudah lama minta maaf," katanya.

"Perpecahan ini ialah kerana orang Islam lebih mengutamakan parti politik seperti Umno, PAS, PKR dan juga Gerakan Harapan Baru, lebih daripada Islam.

"Malahan terdapat segelintir umat Islam yang menyertai DAP, yang jelas bertentangan dengan Islam," menurut teks khutbah itu.

Dalam mempertahankan teks khutbah itu, Abdul Rahman membayangkan bahawa ahli beragama Islam di dalam DAP yang mempertahankan campurtangan parti itu dalam hal kepentingan Islam boleh dianggap sebagai syirik.

"Bila duduk dalam sebuah parti bukan Islam, mereka akan mempertahankan apa saja walaupun telah dinasihatkan yang baik. Kita nasihatkan orang Islam supaya bersatu. Apakah itu salah?," ujarnya.

Ditanya mengenai kemungkinan DAP mengambil tindakan mahkamah terhadap JAIP, Abdul Rahman berkata pihaknya tidak gusar dengan ugutan Tengku Zulpuri itu.

"Kita ada satu peraturan (iaitu) apa-apa fatwa yang dikeluarkan mufti tidak boleh dibawa untuk tindakan undang-undang,” kata beliau.

"Kalau sesuatu perkara itu menepati syarak, tak ada sebab (diambil tindakan) dan kita bersedia untuk menerima apa-apa tindakan,” tambah Abdul Rahman.

"Terpulanglah kalau mereka (ahli DAP beragama Islam) nak cuba cabar agama Islam sendiri, institusi agama Islam sendiri," kata beliau lagi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...