ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
KHIR TOYO :ANTARA PUNCAK KUASA DAN TIRAI BESI | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Tuesday 29 September 2015

KHIR TOYO :ANTARA PUNCAK KUASA DAN TIRAI BESI


Setelah 8 tahun kes dibicarakan hari ini Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa bekas MB Selangor Khir Toyo didapati bersalah atas menggunakan kuasanya untuk memperoleh tanah dan sebuah banglo di Shah Alam pada 2007.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan dipengerusikan Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin bersama-sama Tan Sri Ahmad Maarop, Tan Sri Hasan Lah, Tan Sri Jeffrey Tan Kok Wha dan Datuk Ramly Ali membuat keputuasan untuk menjatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan dan turut mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan supaya hartanah tersebut dilucutkan hak dan dipulangkan kepada kerajaan.

Tetapi sekurang-kurangnya manusia bernama Khir Toyo tidak pernah meminta menukar hakim,menukar pendakwaraya mahupun membuat roadshow bagi membuktikan beliau tidak bersalah.

Beliau mungkin akan dikenang sebagai mantan MB Selangor  yang kedua yang terperosok ke tirai besi selepas Dato Harun Idris.Kerusi panas MB Selangor tidak pernah terlepas dengan skandal sepertimana Tan Sri Muhamad Taib yang terpaksa melepaskan jawatan kerana didapati bersalah membawa RM 2.4 juta ke luar negara.

Kegagalan BN mempertahankan Negeri Selangor yang berjaya di tawan oleh Pakatan Rakyat juga memeberikan kesan yang mendalam dan terus diingati takkala beliau sedang berada di puncak kuasa.

Anugerah Penyapu kepada Majlis Daerah Hulu Selangor sewaktu beliau menjadi MB Selangor juga tentunya meninggalkan parut yang sukar dilupakan oleh penjawat awam.

Slogan "Pemuda Berani" yang menjadi tagline sewaktu bertanding sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia kini benar-benar teruji.Keberanian tidak mati di jeriji  besi,tetapi persahabatan pastinya melangkah pergi.Di puncak kuasa mungkin beliau disambut, disanjung, dihormati kawan dan lawan...namun pastinya itu semua akan berakhir di jeriji besi.

Sekurang kurangnya terkurung di jeriji besi beliau tidak lagi diintai setiap gerak dan geri oleh musuh politik yang menunggu tersalah langkah.














No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...