ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
ISKANDAR PERLEKEH KETUA DEWAN ULAMA PAS TIMBANG KELUAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Wednesday 30 September 2015

ISKANDAR PERLEKEH KETUA DEWAN ULAMA PAS TIMBANG KELUAR KERAJAAN NEGERI SELANGOR


Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad seakan perlekehkan kewibawaan Ketua Dewan Ulama PAS Dr Mahfodz Mohamed yang ingin mempertimbangkan membawa PAS keluar dari Kerajaan Negeri Selangor.

Alasan yang diberikan ianya hanyalah pandangan peribadi Dr Mahfodz Mohamed sebaliknya bukan pandangan PAS Selangor.Kekalutan makin memuncak kebelakangan ini semenjak penubuhan Pakatan Harapan.

Kemunculan parti Amanah yang kini sebagai ayam tambatan baru PKR dan DAP ternyata membuatkan PAS tersisih dari Pakatan Harapan yang dibentuk.Walaupun ianya pakatan dalam merangka strategi PRU ke 14...apakah PAS tidak terlibat dengan strategi PRU 14...?

Apakah ada jaminan Parti Amanah tidak meletakkan calon di Selangor memandangkan ramai diantara mereka pemimpin PAS di Selangor yang menyertai Amanah dikatakan hingga kini 3 ahli Parlimen dan 2 ADUN Selangor menyertai parti Amanah.

Ahli Parlimen Kota Raja Dr Mariah Ahmad,Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dan Ahli Parlimen Sepang Hanipa Maidin adalah antara ahli Parlimen Selangor yg meninggalkan PAS.Adakah mereka tidak akan bertanding pada PRU 14 ?Debdam dibelasah habis habisan sewaktu Pemilihan Muktamar  Agong PAS baru baru ini masih segar diingatan.


Dua ADUN sensasi iaitu Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) juga pasti tersenarai oleh Amanah sebagai calon pada PRU 14 memandangkan pengorbanan besar mereka yang perlu dibayar oleh Pakatan Harapan sewaktu krisis Langkah Kajang.

Apapun kini bagi PAS yang penting adalah kekuasaan berbanding maruah diri dan dasar perjuangan kerana saranan seorang yang bergelar Ketua Dewan Ulama pun masih boleh disanggah.Kemanakah hala tuju PAS jika selama ini Dewan Ulama sentiasa dihormati tetapi semenjak mengenal erti kuasa dan berdamping dengan PKR dan DAP...arah perjuangan semakin bercelaru...






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...