ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
WANITA AKAN AWET MUDA JIKA KUAT SEKS | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Friday 25 September 2015

WANITA AKAN AWET MUDA JIKA KUAT SEKS


Ramai tidak sedar bercinta banyak faedah malah zahir dan batin. Ternyata, khasiat hubungan seks dengan pasangan yang dicintai menjadikan kulit bersinar hingga penampilan lebih cantik dan pesona.

Menurut Dr. Shannon Chavez, pakar psikologi klinikal dan terapi seks di London, Britain, wanita yang rajin bercinta memiliki kulit yang lebih lembab dan awet muda susulan aktiviti seks yang aktif dengan suaminya.

Ini kerana hasil persetubuhan itu mampu meningkatkan peredaran darah sekali gus membuatkan warna kulit tampak lebih cerah dan bersinar dibandingkan isteri yang amat jarang melakukan jimak dengan pasangannya.

“Peredaran darah yang lancar dan banyak pelepasan racun dari tubuh ketika bercinta, adalah baik pada kecantikan kulit anda. Itulah alasan ilmiah membuat kulit wanita lebih kenyal, bersinar dan awet muda,” jelasnya.

Pernyataan Dr. Chavez ini ada kaitan dengan hasil kajian dilakukan Royal Edinburgh Hospital di Scotland baru-baru ini terhadap pasangan berusia lanjut yang didapati masih aktif secara seksual di atas ranjang asmara.

Ia melibatkan mereka yang bersetubuh empat kali dalam seminggu bersama dengan pasangan masing-masing dan hasilnya didapati memiliki keadaan kulit 12 tahun lebih muda berbanding usia mereka yang sebenarnya.

Penyelidik tersebut merumuskan bahawa hormon yang tercipta ketika hubungan seks, seperti testosterone dan oestrogen, membuatkan tubuh mereka menjadi lebih kuat sehingga berpengaruh pada seri pesona kulit.

Secara umumnya golongan wanita berkahwin pasti faham akan banyak manfaat hormon oestrogen dalam menghasilkan kulit yang cukup lembut dan rambut menjadi lebih bercahaya. — sumber

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...