ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Tony Phua
Showing posts with label Tony Phua. Show all posts
Showing posts with label Tony Phua. Show all posts

Friday, 8 April 2016

NAJIB 'BELI' NAIB PENGERUSI DAP DR TAN SENG GIAW..?


Kita harus melihat kepada keseluruhan isu. Kami (PAC) melihat beliau (Najib) bukan terlibat secara langsung dengan 1MDB. Namanya malah hanya timbul setelah beliau dinamakan sebagai ahli lembaga penasihat,”.

Beliau secara jujur berkata: “Saya fikir ahli lembaga 1MDB yang kena siasat. Ini yang betul. Dari segi perundangan, bagaimana anda boleh bertindak ke atas Perdana Menteri yang tiada apa-apa kaitan,” ujarnya di lobi Parlimen.

Itulah antara intipati kata-kata yang terhambur keluar dari Dr Tan Seng Giaw ,Ahli Parlimen Kepong yang juga Naib Pengerusi PAC .Beliau juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan dan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau di lobi Parlimen pastinya akan mengundang rasa tidak puas hati Tony Phua yang masih mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh PAC sekalipun beliau turut serta terlibat dalam jawatankuasa PAC yang dianggotai oleh pembangkang dalam menyiapkan laporan isu 1MDB .

PAC dalam laporannya jelas menolak dakwaan DS Najib terlibat secara langsung tetapi hanya tidak langsung melalui sebagai ahli lembaga penasihat.Sebaliknya PAC meletakkan bahawa ahli lembaga 1MDB yang perlu disiasat samada telah berlaku kesalahan urus tadbir darii segi perundangan, dan menolak kaitan dengan Perdana Menteri.

Laporan setebal 106 muka surat yang dikeluarkan oleh PAC,Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak yang berkaitan perlu di siasat berikutan kedapatan unsur kelemahan dalam pengurusan 1MDB.

Tony Phua perlu belajar berpolitik secara matang dan bertanggungjawab seperti yang ditunjukkan oleh Dr Tan Seng Giaw MP DAP yang berpengalaman. 

Beliau lebih dihormati dikalangan ahli BN memandangkan kebolehan beliau yang jarang ditemui dikalangan ahli politik pembangkang di Malaysia.Anak Kelahiran Kota Bharu ini yang mahir menulis dan membaca jawi dan juga fasih berbahasa Malaysia sering menjadi contoh kepada pemimpin politik pembangkang yang sering menjadikan isu perkara yang tiada isu.

Barangkali Tony Phua perlu belajar makan budu dari Dr Tan Seng Giaw untuk menjadikan beliau lebih mudah memahami isu.






Tuesday, 22 September 2015

"HAJI HADI GILA..!"- TONY PHUA


Kemelut hubungan antara PAS dan DAP ternyata tiada berkesudahan.Terbaharu kenyataan Tony Phua Setiausaha Publisiti DAP menggelar Hj Hadi Awang sebagai orang yang kurang siuman.


Maknanya secara tak langsung Tony Phua menyamakan Hj Hadi Awang sebagai orang gila.Ini berikutan kenyataan Haji Hadi baru baru ini...

“Kalau orang bukan Islam boleh terima ideologi komunis, yang buat Komunis ini Karl Marx. Karl Marx ini bukan orang Cina, bukan orang India, dia orang Yahudi Jerman.

“(Tetapi) ada orang Cina, orang India berjuang untuk komunis masuk hutan sampai kurus kering, makan rumput, payah makan,” beliau dilapor berkata demikian dalam ucapan pada Himpunan Harapan Semua (HARAP 3.2) di Dungun pada 18 September lalu.

Mudah sungguh pemimpin DAP menghina pemimpin PAS dengan panggilan orang gila kerana kebanyakan ahli PAS sudah tiada perasaan.

Membiarkan sahaja pemimpin mereka di hina sehingga sebegitu rupa.Yang peliknya PAS masih lagi meletakkan UMNO sebagai parti yang harus digantikan dengan menjadikan ideologi nasionalisme UMNO sebagai alasan disebalik kegagalan PAS membentuk Pakatan bersama pembangkang.

Mungkin juga Tony Phua ingin respon kepada kata-kata Hj Hadi yang menggelar DAP sebagai anjing yang menyalak bukit.Rupa-rupanya ada kisah yang mahu dijadikan opera terbaharu pihak pembangkang di Malaysia bertajuk 

"Anjing menyalak seorang kurang siuman dikaki bukit"





Friday, 11 September 2015

KANTOI...!JUSTO DEDAH BUKTI KOMPLOT GULINGKAN PM..



Perkembangan terkini pendedahan warga Switzerland,Xavier Andre Justo berkaitan peranan beberapa pihak yang berkomplot menggulingkan PM Malaysia melalui serangan media dengan menggunanakan isu 1MDB.

Sumber Polis Thailand akan dijadikan rujukan Polis Malaysia bagaimana Justo yang telah membekalkan kepada para penyiasat secara terperinci komplot yang diketuai oleh ,,editor Sarawak Report sejak enam bulan yang lalu.

Justo telah dijatuhkan hukuman penjara selama 3 tahun selepas mahkamah Thailad mendapati beliau bersalah mencuri dan memeras ugut bekas majikannya,PetroSaudi.

Kejadian berlaku pada 30 April 2011 dimana beliau yang pada ketika itu bekerja sebagai ketua unit IT Petro Saudi telah mencuri lebih 90 Gbyte data dari server syarikat tersebut.Berikutan dari itu kontraknya telah ditamatkan dan apabila laporan polis dibuat beliau telah ditahan pada pertengahan Jun di Thailand.

Usaha beliau untuk memeras ugut majikan beliau pada tahun 2013 gagal melalui maklumat yang dicurinya,beralih mencari pembeli baru lantas melalui seorang rakan beliau telah diperkenalkan kepada seorang ahli perniagaan yang berpusat di London,Kamal Siddiqi.

Melalui Kamal Siddiqi beliau telah diperkenalkan kepada Rewcastle-Brown yang kemudiannya bertindak sebagai pengantara dalam cubaan menjual maklumat yang dicuri kepada beberapa kumpulan dari Malaysia yang berminat.

Antara yang berminat dengan urusniaga penjualan data yang dicuri oleh Justo itu adalah Nurul Izah namun  akibat daripada kegagalan penyelesaian cara pembayaran maka urusniaga tersebut telah gagal.

Menurut polis Thailand lagi akibat kegagalan urusniaga tersebut Rewcastle-Brown telah menghubungi Tony Phua yang membolehkan beliau di perkenalkan pula kepada ,Datuk Tong Kooi Ong pemilik The Edge Media Group.

Menurut sumber polis,satu pertemuan telah diadakan diantara Justo ,Rewcastle-Brown dan Tong di Hotel Fullerton Singapura sekitar Februari 2015 dan satu persetujuan telah dicapai berhubung urusniaga penjualan data yang dicuri tersebut.

Tong telah membuat bayaran sebanyak AS$2 juta kepada Justo Consulting Co Ltd yang berpusat di Pulau Koh Samui Thailand yang juga dikenali sebagai "Justo Property It Software" yang mana Justo telah mengakui pembayaran telah dibuat hasil penjualan maklumat PetroSaudi yang dicuri.

Maka bermulalah serangan media secara agresif oleh The Edge dan Sarawak Report serta Malaysia Insider berkaitan Petro Saudi dan 1MDB yang menjadi isu politik di Malaysia.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...