ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
NAJIB 'BELI' NAIB PENGERUSI DAP DR TAN SENG GIAW..? | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Friday 8 April 2016

NAJIB 'BELI' NAIB PENGERUSI DAP DR TAN SENG GIAW..?


Kita harus melihat kepada keseluruhan isu. Kami (PAC) melihat beliau (Najib) bukan terlibat secara langsung dengan 1MDB. Namanya malah hanya timbul setelah beliau dinamakan sebagai ahli lembaga penasihat,”.

Beliau secara jujur berkata: “Saya fikir ahli lembaga 1MDB yang kena siasat. Ini yang betul. Dari segi perundangan, bagaimana anda boleh bertindak ke atas Perdana Menteri yang tiada apa-apa kaitan,” ujarnya di lobi Parlimen.

Itulah antara intipati kata-kata yang terhambur keluar dari Dr Tan Seng Giaw ,Ahli Parlimen Kepong yang juga Naib Pengerusi PAC .Beliau juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan dan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau di lobi Parlimen pastinya akan mengundang rasa tidak puas hati Tony Phua yang masih mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh PAC sekalipun beliau turut serta terlibat dalam jawatankuasa PAC yang dianggotai oleh pembangkang dalam menyiapkan laporan isu 1MDB .

PAC dalam laporannya jelas menolak dakwaan DS Najib terlibat secara langsung tetapi hanya tidak langsung melalui sebagai ahli lembaga penasihat.Sebaliknya PAC meletakkan bahawa ahli lembaga 1MDB yang perlu disiasat samada telah berlaku kesalahan urus tadbir darii segi perundangan, dan menolak kaitan dengan Perdana Menteri.

Laporan setebal 106 muka surat yang dikeluarkan oleh PAC,Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak yang berkaitan perlu di siasat berikutan kedapatan unsur kelemahan dalam pengurusan 1MDB.

Tony Phua perlu belajar berpolitik secara matang dan bertanggungjawab seperti yang ditunjukkan oleh Dr Tan Seng Giaw MP DAP yang berpengalaman. 

Beliau lebih dihormati dikalangan ahli BN memandangkan kebolehan beliau yang jarang ditemui dikalangan ahli politik pembangkang di Malaysia.Anak Kelahiran Kota Bharu ini yang mahir menulis dan membaca jawi dan juga fasih berbahasa Malaysia sering menjadi contoh kepada pemimpin politik pembangkang yang sering menjadikan isu perkara yang tiada isu.

Barangkali Tony Phua perlu belajar makan budu dari Dr Tan Seng Giaw untuk menjadikan beliau lebih mudah memahami isu.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...