ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
MISTERI TOYOL,RAPIJI DAN GARI | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Friday 8 April 2016

MISTERI TOYOL,RAPIJI DAN GARI


Hari ini Rapiji dibebaskan dengan ikat jamin selepas didakwa bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mendedahkan dokumen sulit kerajaan.

Naib Presiden PKR itu memang terkenal dengan kelicikannya menarik perhatian rakyat Malaysia dengan pelbagai helah dan terbaharu bagaimana beliau seakan cuba menarik simpati.Benarkah begitu..?

Aksi beliau yang meletakkan tangan dibelakang sewaktu dibawa oleh anggota polis mencetuskan pelbagai andain dan barangkali bagi meraih rasa simpati khasnya penyokong beliau.

Tetapi barangkali juga ada rahsia disebaliknya atau memang sikap beliau yang suka meletakkan tangan beliau dibelakang sewaktu berjalan.

Teringat kisah yang diceritakan oleh orang tua-tua dahulu manusia yang suka meletakkan tangan dbelakang dikaitkan dengan dunia mistik.

Barangkali ada yang tertawa dan memandang sinis apabila menyebut sahaja dunia mistik kerana diwaktu siang hari mungkin sahaja keberanian sentiasa beraja dihati setiap manusia.

Bila malam menjelma,dunia yang gelap gelita kepura-puraan tidak dapat diselindungkan bahawa ketakutan tentang dunia mistik mengusik keberanian lelaki apatah lagi wanita.

Menurut orang tua-tua dahulu manusia yang sering meletakkan tangan kebelakang sewaktu berjalan berkemungkinan membela makhluk halus yang lebih dikenali sebagai Toyol.

Toyol akan duduk di atas tangan tuannya yang berjalan untuk meneruskan aktiviti mencuri.Selalunya tuannya akan membawa Toyol bersiar-siar bagi mengenalpasti rumah yang menjadi mangsa ataupun berjalan-jalan di pasar malam dan kedai-kedai untuk menambah kantung tuannya dengan mencuri.

Sekali imbas entri bodoh ini bakal menerima cacian tetapi apa nak dihairankan kerana di akhir kata ianya hanya lah sebuah entri gurauann sebagaimana Rapiji yang mengaitkan Rosmah Mansur dengan cincin berjuta ringgit hanyalah suatu gurauan....!

Jangan marah-marah....ini hanya gurauan tetapi juga barangkali..?







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...