ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
#PRKROMPIN HUDUD DAN PUSINGAN U PAS TAK KEMANA SEJAK 50 TAHUN LEPAS | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Wednesday 29 April 2015

#PRKROMPIN HUDUD DAN PUSINGAN U PAS TAK KEMANA SEJAK 50 TAHUN LEPAS


Semakin bercelaru dan berserabut PAS dalam kempen PRK Rompin kali ini.Antara perlu meneruskan dasar perjuangan parti atau meneruskan ikatan tahaluf siyasi bersama pakatan.Diluah mati emak ditelan mati ibu.Hudud yang dicanangkan lebih dari 50 tahun dan dilagukan mengikut musim dan pada tiba musim pilihanraya ianya akan dimainkan semula kerana hudud merupakan talian hayat bagi PAS.Tanpa hudud siapalah PAS walaupun Hj Hadi sendiri pernah berkata hudud cuma 0.001 peratus dalam ajaran Islam.


Saya buat kesimpulan bahawa ramai dalam kalangan (pemimpin) pakatan pembangkang tidak suka hudud kerana (mereka) takut tidak dapat undi. Mereka takut pengundi tidak akan mengundi kita (pakatan pembangkang).


“Namun, masalah kita (Pas) ialah bukan kerana pilihan raya tetapi masalah ke­amanan dan ke­selamatan. Tidak menang pilihan raya pun tak apa, asalkan rakyat selamat,” Hj Hadi berkata  ketika menjawab soalan seorang peserta program Bicara Minda dan Sesi Dialog bertajuk Hudud Di Kaca Mata Hadi di Auditorium Karangkraf,baru baru ini.


PAS berharap dengan memainkan isu hudud melalui Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2015 di Dewan Rakyat mereka dapat menguasai Kelantan pada PRU 14 nagi penggal ke 7 berturut turut 

Sebenarnya untuk diterima bersama Pakatan Rakyat PAS tidak boleh jadikan hudud sebagai menifesto perjuangan namun tindakan Menteri Besar Kelantan  Datuk Ahmad Yaakub di DUN Kelantan pada 29 Disember  dengan meminda Enakmen Jenayah Syariah 11
dan RUU persendirian ke Parlimen menyebabkan PKR dan DAP terkejut kerana tidak dibincangkan dan dimaklumkan diperingkat pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat.

Keghairahan PAS sudah mendapat tempat dihati pengundi dan mahu mengekalkan Kelantan pada PRU14 kali ke 7 sebenarnya satu kesilapan ditengah ramalan Pakatan Rakyat hanya perlukan 2 peratus undi lagi untuk ke Putrajaya dan 1 peratus undi bagi menggulingkan Kerajaan BN di Perak dan kebanyakan negeri diperlukan bawah 10 peratus untuk menumbangkan BN mereka lupa dan alpa.

Selama menyertai Pakatan Rakyat,PAS yang menyaksikan kempen tanpa hudud dan  berkisar kepada tadbir urus dan keadilan tindakan PAS seperti mencurah air ditempayan bila guruh berbunyi.Pakatan Rakyat sedar jika PAS membawa isu hudud pada PRU ke 13 yang lalu pastinya Selangor gagal dipertahankan dan Johor kembali menjadi kubu kuat bagi BN.

Di atas kesedaran inilah maka golongan  Pro Pakatan di dalam PAS seperti Khalid Samad,Hanipa Maidin,Mujahid Rawa,Hatta Ramli dan ramai lagi termasuk Mat Sabu berusaha menyingkirkan Hj Hadi yang kelihatan menggunakan hudud sebagai penyambung karier politiknya didalam PAS sebagai Presiden yang semakin goyah dan terpaksa bersandarkan status ulama bagi menarik kembali sokongan ahli parti sedangkan beliau tersepit.

Kebanyakan AJK PAS Pusat adalah mereka yang Pro Pakatan,bagi tujuan itu Hj Hadi  terpaksa menggunakan isu hudud sebagai talian hayat untuk kekakl di kerusi presiden PAS. 

Pengalaman kehilangan Terengganu antara puncanya bilamana PAS memainkan is hudud ia hanya menang 1 kerusi Parlimen dan 8 kerusi DUN.Kemenangan PAS pada PRU ke 13 di Terengganu tiada kaitan dengan isu hudud sebaliknya hanya mengekploitasi isu Anwar.

Nak dengar juga PAS main isu hudud di PRK Permatang Pauh...Wan Azizah pasti tersungkur kerana BN cuma perlu sedikit undi kaum cina untuk membuatkan Azizah termenung di jendela mengenangkan kekalahan di kubu sendiri.Di PRK Rompin main lah isu apapun PAS tak mungkin menang dengan hanya berkempen sendiri tanpa bantuan Pakatan Rakyat,pemimpin PKR yang hanya datang ke Rompin untuk melancung ke Pulau Tioman berceramah sekalipun sekadar melepas batuk di tangga...kata orang jangan ke tidak...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...