ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
#PRKRompin GST :MADU ATAU RACUN PART 1 | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Saturday 25 April 2015

#PRKRompin GST :MADU ATAU RACUN PART 1


GST semakin popular dan menjadi siulan bibir rakyat dimana mana sahaja dari warung nasi lemak dipinggir jalan sehinggalah ke Parlimen,bermula tambak Johor sehinggalah ke Indera Kayangan malah mungkin sampai di kaki gunung Kinabalu.Anak kecil lebih mudah diajar dengan GST berbanding ABC tanpa pelat.Apek tua dari Tongsan di Pekan Kuala Rompin juga begitu lancar menyebut GST,begitu juga mamak dari Kerala sambil memegang mesin kira menghitung harga yang dikenakan kepada pelanggan di pekan Muadzam Shah.

PRK Parlimen Rompin bagaikan menerima taufan Katrina meratakan segala isi alam bumi Rompin lantaran ceritera dongeng yang dibawa PAS kesegenap pelusok dan cerok rantau.Kaum Asli Kedaik melihat GST umpama babi hutan yang harus disumpit bila mendengar khabar dusta pembangkang yang mengambil kesempatan dimusim PRK kali ini.Ceritera GST ini bagai tiada kesudahan sehingga lah hari pembuangan undi.

Namun GST bukanlah sepertimana yang digambarkan,perlaksanaannya baharu sahaja tak sampai sebulan bagaimanapun segala penghakiman telah dibuat berdasarkan persepsi negativ tanpa memberi peluang dan waktu kepada proses transisi.Pasaran masih belum menunjukkan tindakbalas yang meyakinkan di peringkat awal namun sesuatu perkara baru memrlukan masa untuk difahami.Bagi yang berminat untuk membaca,memahami dan menghalusi GST.Tapi jika dah jumud dengan fahaman politik sempit..teruskanlah kerana anda berhak meletakkan diri anda sebaris dengan pemikiran tidak cerdik pembangkang di Malaysia yang membabi buta kayu.

Kos mentadbir dan mengurus negara semakin meningkat. Ianya begitu kerana populasi penduduk yang kian bertambah.Ini enyebabkan kos seperti perubatan, pendidikan, duit pencen dan subsidi juga bertambah.

Dan perkara ini bukan sahaja berlaku di Malaysia.Di UK misalnya, pelajar antarabangsa sudah dikenakan surcaj perubatan. Ini antara langkah yang diambil oleh Britain bagi mengelakkan berlakunya defisit belanjawan sebanyak RM165 billion menjelang 2020.

Setiap kerajaan mempunyai pelbagai cara bagi menambahkan pendapatan mereka dalam memenuhi keperluan di masa akan datang.Malaysia memilih dengan memperkenalkan cukai GST.Memperkenalkan cukai baru bukanlah bermakna kerajaan sekarang boros, tamak, zalim dan muflis.

Sebaliknya, ia lebih kepada persediaan untuk jangka masa hadapan. Sebagaimana yang diceritakan, kos operasi kerajaan akan sentiasa meningkat.Mana-mana kerajaan yang bertanggungjawab sudah tentulah perlu mencari sumber pendapatan yang baru bagi memenuhi tuntutan di masa akan datang.

Jika kita tahu bakal menerima cahay mata yang baru, adakah kita mencari duit tambahan selepas anak itu dilahirkan? Atau kita bersedia dari awal?Kerajaan boleh sahaja mengambil jalan mudah dengan menaikkan cukai korporat dan individu.

Kerajaan juga boleh menaikkan cukai ‘dosa’ seperti rokok, arak, judi dan sebagainya. Bahkan kerajaan boleh menaikkan tarif cukai taksiran, lesen perniagaan, bayaran parking dan menjual tanah negeri sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang.

Tetapi ini hanyalah bersifat sementara. Lebih teruk- ianya tidak adil.Bayangkan 1.9 juta sahaja daripada 8 juta pekerja yang membayar cukai pendapatan. Adakah wajar golongan ini sahaja yang perlu menanggung beban demi manfaat kesemua rakyat?

Jika cukai korporat dinaikkan terlalu tinggi pula, ia akan menjadikan Malaysia kurang menarik buat pelabur. Lebih teruk, silap-silap syarikat Malaysia pula lari ke negara lain.Tidak mustahil insta-instashop yang membayar cukai akan ‘mengamuk’ di instagram ekoran cukai korporat yang tinggi.

Oleh itu, pilihan yang ‘lesser evil’ adalah dengan cukai GST. Hanya mereka yang berbelanja ke atas produk dan servis yang bukan keperluan akan dikenakan membayar cukai 6%. Tidakkah ini lebih demokratik dan adil?Siapa yang berbelanja, dialah yang bayar. Siapa yang belanja lebih- kebiasaannya adalah mereka yang berkemampuan.

Kerajaan Malaysia mungkin terlalu berani mengambil pendekatan yang tidak popular ini. Mereka boleh dihukum di dalam pilihanraya akan datang jika rakyat tidak berpuas hati tetapi ini tetap tidak menafikan kelebihan GST.

Pertama- GST bukan sekadar sumber pendapatan yang baru. Tetapi ianya sumber pendapatan yang ‘berterusan’.

Memandangkan GST adalah cukai perbelanjaan dan orang ramai akan terus berbelanja, maka cukai akan tetap diperolehi tidak kiralah ketika ekonomi makmur ataupun merudum.

Ini menjelaskan mengapa 169 buah negara mempunyai GST. Dan tidak semua 169 buah negara ini adalah negara maju yang mana rakyatnya sudah kaya raya. Negara membangun seperti Burkina Faso, Vietnam, Thailand juga mempunyai GST.

Di negara maju seperti UK, Japan, Jerman, Korea Selatan dan Singapura pula mengenakan GST atau VAT yang amat tinggi (sekitar 10-20%).Perlu ditekankan juga bahawa tidak mungkin kesemua 169 buah negara ini adalah negara bebas rasuah dan tidak berlaku ketirisan perbelanjaan.

Bahkan sebilangan besar daripada negara-negara yang mempunyai GST ini adalah lebih mundur pengurusan ekonominya berbanding dengan Malaysia.

Apa maknanya kesemua ini?

Ini bermaksud- jumlah pendapatan rakyat, tahap pengurusan ekonomi, indeks rasuah sesebuah negara tidak pernah dijadikan sebagai kayu ukur untuk melaksanakan GST.Oleh sebab itulah GST sudah lama dibincangkan di Malaysia sejak dari zaman Tun Daim sebagai Menteri Kewangan Malaysia lagi.

Kedua- kerajaan perlu mengurangkan lagi kebergantungan kepada Petronas. Ini kerana cukai daripada Petronas adalah tidak ‘sustainable’.Kita dapat lihat penurunan 30% harga minyak sahaja menyusutkan pendapatan negara sebanyak RM20 billion.

Walaupun kos subsidi berkurangan untuk menampung kekurangan pendapatan itu, hakikatnya sumber pendapatan telah menyusut.Lagipun, bukankah orang ramai sering menyelar kerajaan yang dikatakan sering menggunapakai wang Petronas untuk perbelanjaan kerajaan? Secara logiknya, mereka patut menyokong GST.

Ketiga- GST adalah mekanisme cukai yang lebih menyeluruh dan telus berbanding dengan cukai SST.Antara masalah dengan cukai SST adalah- ia terdedah kepada penyelewengan.

Syarikat-syarikat boleh sahaja memanipulasi jumlah jualan mereka dan ‘under-declare’ keuntungan di akhir tahun supaya mereka tidak dikenakan cukai yang tinggi kepada kerajaan.Hal ini boleh berlaku kerana tidak ada mekanisme yang merekodkan hasil jualan mereka. Dan mengapa mereka perlu memberitahu kerajaan jumlah jualan mereka?

Amalan audit kewangan syarikat di dalam sistem sedia ada pula adalah mengikut ‘yearly-basis’. Ini secara tidak langsung memberi lebih banyak masa bagi syarikat untuk ‘adjust’ jualan dan keuntungan mereka.

Sejujurnya, syarikat-syarikat seboleh mungkin mahu membayar cukai serendah yang mungkin.Masalah seterusnya, senarai produk dan servis yang dikenakan cukai SST adalah tidak begitu jelas. Ada kedai yang mengenakan cukai SST kepada pengguna tetapi di dalam resit nereka, cukai tersebut tidak ditulis berasingan.

Kita sendiri pun tidak mengetahui barangan tersebut pernah mengenakan SST ataupun tidak. Oleh yang demikian, bolehkah kita jangka cukai SST yang dibayar kepada mereka ini akan disalurkan kepada kerajaan?

Kelemahan-kelemahan cukai SST ini menyebabkan kerajaan kehilangan ‘pendapatan’ yang sepatutnya diperolehi. Situasi ini dipanggil sebagai ‘hidden economy’.Tidak ada data yang khusus berapakah kehilangan pendapatan kerajaan tetapi menurut LHDN, ‘hidden economy’ di Malaysia adalah sekitar 20-30% daripada keseluruhan saiz ekonomi negara.

Ini bermaksud jumlahnya adalah sekitar RM200-250 bil. Melalui GST, jumlah ini dapat dikurangkan.GST memastikan kerajaan memperolehi pendapatan di setiap rantaian ekonomi daripada pengeluar, pemborong, peruncit hinggalah kepada pengguna.

Oleh sebab itu, perkara pertama yang mesti dilakukan apabila ingin memperkenalkan GST adalah dengan mendaftarkan syarikat-syarikat.Ini penting supaya kerajaan dapat mengetahui berapa banyak syarikat yang hasil jualannya layak untuk dikenakan cukai GST.

Syarikat juga terpaksa merekod dan melaporkan hasil jualan mereka setiap bulan. Ini memberi insentif kepada mereka supaya tidak memanipulasi jualan. Jika tidak rekod, mereka tidak dapat ‘claim’ rebat GST dan akan dikenakan denda.

Hakikat bahawa 345,376 syarikat iaitu 95000 lebih daripada sasaran 250,000 syarikat yang berdaftar dengan GST sahaja membuktikan begitu besar saiz ‘hidden economy’ di Malaysia.

Adakah salah untuk kerajaan mengenakan GST supaya mendapat sedikit pendapatan daripada rantaian ekonomi ini? Mereka yang sinis berkata jika GST terlalu bagus, mengapa hanya dikenakan 6%?

Panadol juga bagus untuk demam- tetapi tidak diambil sehingga dua papan untuk pening kepala.

Tuntasnya- GST adalah usaha mereformasikan sistem cukai di Malaysia. Kerajaan tidak menjadi kaya raya dalam masa terdekat.
Hasil kutipan GST pada tahun pertama adalah RM23.2 billion. Daripada jumlah ini, RM3.8 billion akan ditolak bagi menampung kos barangan dan serivs yang dikecualikan.

Pemansuhan SST pula menyebabkan kerajaan kehilangan pendapatan sebanyak RM13.8 billion. Ini menjadikan hasil bersih daripada GST adalah sebanyak RM5.6 billion.

Dalam konteks sebuah kerajaan, RM5.6 billion bukanlah satu jumlah yang besar. Jika kerajaan begitu terdesak mahukan dana sebesar ini, kerajaan boleh sahaja menerbitkan bon atau sukuk.

Ataupun kerajaan boleh menjual tanah kerajaan di kawasan premium yang dengan mudahnya membawa hasil billion ringgit.Cara-cara ini tidak perlu mengambil masa 18 bulan, memperkenalkan Akta baru di parlimen, menjadi bahan kutukan pembangkang dan mendaftar ratusan ribu syarikat seperti yang berlaku dengan pengenalan GST.

Adalah satu tindakan yang kurang bijak jika demi RM5.6 billion ini, sebuah kerajaan sanggup mengambil risiko untuk mengenalkan cukai baru dan berkemungkinan kalah di dalam pilihan raya.Sebagaimana polisi PPSMI, GST adalah contoh terbaik bagaimana bagus pun sesebuah polisi itu, jika perlaksanaannya bercempara, ia tetap akan mendatangkan masalah kepada kerajaan.

Usaha seperti kartun GST, lagu GST dan kenyataan ‘harga tidak naik’ menunjukkan kerajaan ‘underestimate’ fikrah orang ramai. Kerajaan juga ‘underestimate’ peniaga Malaysia yang diketahui suka mengambil kesempatan di atas peluang-peluang sebegini.

Asalkan minyak naik 10 sen pun harga naik (tetapi tidak turun bila harga minyak turun), inikan pula pengenalan cukai baru.Hakikat bahawa mereka terang-terangan melakukan jualan pra-GST yang secara tidak langsung memberi gambaran harga akan naik adalah satu ‘direct confrontation’ kepada kerajaan sendiri.

Malangnya, kerajaan sekadar berkata mereka ‘tidak cukup kakitangan’.Di mana ketegasan dan keberanian kerajaan untuk meneruskan sesuatu polisi yang tidak popular? Alang-alang menyeluk pekasam, biarlah sampai ke pangkal lengan.

Alang-alang mengenakan GST, biarlah diaudit syarikat-syarikat yang memanipulasi ketakutan orang ramai dengan jualan pra-GST.

...bersambung di bahagian dua

SUMBER





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...