ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
#PRKRompin MADU ATAU RACUN PART 2 | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Saturday 25 April 2015

#PRKRompin MADU ATAU RACUN PART 2



Mengikut teori, barangan yang sudah mengenakan cukai SST sebelum ini tidak seharusnya dinaikkan harganya. Ini kerana cukai SST 10%-16% akan digantikan dengan GST 6%.Jika ada barangan yang boleh naik, ia adalah barangan dan servis yang sebelum ini tidak mengenakan cukai SST.

Itupun, kenaikan tersebut tidaklah sampai 6% kerana ada komponen kos barangan tersebut yang tidak semestinya naik.Tetapi sebagaimana yang kita tahu, sebilangan besar peniaga Malaysia adalah peniaga yang begitu cekap dari segi mengira kos mereka.

Sebab itu apabila harga minyak naik 5 sen sekalipun, harga barangan mereka akan naik dalam masa satu malam.Malangnya kecekapan ini tidak terjadi apabila harga minyak turun berpuluh sen.

Oleh yang demikian- kita tahu, di akhirnya peniagalah yang menentukan perlaksanaan GST. Baik buruk imej kerajaan bergantung bagaimana peniaga memahami dan melaksanakan cukai ini.

Malangnya- kerajaan terlalu bersangka baik dengan peniaga-peniaga di Malaysia. Walaupun kebanyakannya adalah peniaga yang jujur, ramai juga yang 'opportunis'/

Sebab itu kerajaan tidak sepatutnya memberikan gambaran ‘semuanya indah’ dengan pengenalan GST. Sebaliknya, mereka perlu memberi amaran kepada orang ramai bahawa terdapat kemungkinan harga barang akan naik.

Jika kerajaan sedikit licik, mereka boleh sahaja ‘play the victim card’ dengan mengalihkan amarah rakyat kepada peniaga yang mengambil kesempatan.

Dalam hal ini, tidak ada salahnya jika mereka belajar daripada Pakatan Rakyat yang melaksanakan polisi tidak popular dengan menyalahkan kerajaan persekutuan.

Hakikat bahawa kerajaan Selangor dan Penang yang cukup gemar menjual tanah negeri atas alasan dianaktirikan oleh kerajaan persekutuan membuktikan kelicikan mereka.

Ini sememangnya strategi yang ‘low-class’ tetapi kerajaan juga tidak mendapat nasihat yang bijak. Jadi apa salahnya menjadi ‘low-class’ jika tidak mampu menjadi ‘high-class’?

Berbalik kepada GST; kerajaan mempunyai masa selama 18 bulan untuk menyediakan rakyat kepada sebarang kenaikan harga.Kempen yang sepatutnya diguna pakai adalah terdapat barang yang akan naik. Ini adalah barang yang tidak mengenakan cukai SST sebelum ini.

Bagi barangan yang sudah sedia tertakluk dengan SST, sepatutnya harga barang tersebut mestilah turun kerana kadar SST adalah 6-10% yang mana lebih tinggi berbanding dengan GST 6%.

Mengambil kira perangai orang Malaysia yang ‘mudah dan cepat lupa’, tidak ada salahnya jika GST diperkenalkan dengan ‘positioning’ bahawa ia akan menaikkan kos sara hidup.

Sepanjang 18 bulan itulah sepatutnya kerajaan mendedahkan penyelewengan sebilangan syarikat yang menipu memasukkan cukai SST ke dalam harga barangan tetapi tidak disiarkan di dalam resit.

Senarai syarikat-syarikat yang ‘under-declared’ jualan bagi mendapatkan kadar cukai yang rendah juga wajar disiarkan. Ini sekaligus menguatkan alasan mengapa cukai SST perlu dimansuhkan dan digantikan dengan GST.

Kejatuhan harga minyak yang mendadak sepatutnya menjadi rahmat kepada pengenalan GST.Ini membuka mata kepada rakyat bahawa terdapat peniaga yang memang tidak akan menurunkan harga barangan waima apa yang berlaku sekalipun.

Mereka ini wajar diboikot dan kerajaan boleh menggunakan alasan ini untuk memberi amaran kepada orang ramai untuk lebih berwaspada apabila GST berkuatkuasa.

Tetapi malangnya, seorang menteri telah terperangkap dengan saranan memboikot barangan sesuatu bangsa.Tindakan perlu diambil bagi peniaga yang melakukan jualan pra-GST. Peniaga yang membuat jualan 'pra-GST' seharusnya dikenakan audit menyeluruh kerana secara terang-terangan memperlekehkan polisi kerajaan.

Mereka ini secara tidak langsung menanamkan benih ke dalam minda orang ramai bahawa kerajaanlah yang menyebabkan harga barangan naik.Adalah lebih cantik jika tindakan ini digerakkan oleh penyokong atau ahli politik parti pemerintah. Ini penting untuk menunjukkan bahawa penyokong kerajaan juga tidak suka barang naik.

Bukankah ahli UMNO sahaja berjumlah 3 juta orang? Di manakah mereka semua?Barisan kabinet juga tampak seperti tidak bekerja dalam pasukan. Pengenalan GST bukanlah tanggungjawab Kementerian Kewangan dan KPDNKK semata-mata.

Ia adalah polisi yang memerlukan kesemua menteri menjawab, bersemuka dan menerangkan kepada orang ramai kerana GST tertakluk bagi kesemua sektor kementerian.Setakat ini,GST seolah-olah dilihat seperti polisi Ahmad Maslan. Adakah ini strategi barisan kabinet? Atau menteri-menteri yang lain risau untuk menjadi lebih tidak popular?

Sebenarnya ada pelbagai lagi cara bagi mendapatkan ‘buy-in’ daripada orang ramai. Kerajaan tidak semestinya melakukan kesemua perkara yang disebutkan di atas.Saya percaya terdapat lebih ramai bijak pandai di luar sana yang boleh memberikan cadangan yang jauh lebih bernas.

Tetapi melihatkan kempen ‘pacak billboard kartun GST’, lagu GST oleh kastam dan mantera ‘harga barang tidak naik’ oleh sesetengah menteri membuktikan kerajaan mempunyai masalah mendapatkan nasihat dan strategi yang tepat.

Bagaimana masih ada yang percaya bahawa kerajaan sekarang begitu licik dalam melakukan konspirasi liwat kepada idola mereka sedangkan polisi sebagus GST ini tidak mampu diatur dan dicatur dengan lancar?

SUMBER


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...