ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
MENGENALI MELAYU HEBAT DAN MUSIBAT | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Sunday 31 May 2015

MENGENALI MELAYU HEBAT DAN MUSIBAT


Makin semak nampaknya suasana politik hari ini dengan kenyataan mantan mantan peminpin UMNO yang dijadikan adiwira Malaysiakini.Portal yang sering menjadikan mereka yang tiada tempat dipersada politik tanahair dan semakin tenggelam dek masa,karam tiada berbangkai hilang tiada bernesan kini ditimbulkan bagi menimbulkan keresahan rakyat.

Bukan sesuatu yang anih jika pemimpin seperti Saipoddin ini ditolak oleh pengundi di Parlimen Temerloh pada PRU 13.Antara faktor nya ialah pendirian politik beliau yang gemar menongkah arus senada seirama dengan pembangkang di Malaysia umpama sokong membawa rebah.

Menjadi popular memang mudah tetapi perlulah mempunyai rasa tanggungjawab kepada parti yang diwakili.Sebarang idea yang songsang atas nama pembaharuan pemikiran.Logik sahaja tidak cukup menghalakan pandangan yang akhirnya merosakkan agenda bangsa Melayu di bumi sendiri.


Suara suara manusia yang kecewa seperti Ku Li juga tidak kurang juga meletakkan orang Melayu sering dalam dilema.Sejarah menunjukkan bagaimana Onn Jaafar pernah mengutakan idea yang hampir sama melalui Parti Negara tapi akhirnya akur bahawa ianya gagal mendapat tempat dihati orang Melayu.

Barisan Nasional menang 11 negeri berbanding 9 negeri dalam Pilihan Raya Umum ke 12.BN berjaya menawan semula Kedah, mengekalkan Terengganu dan mengukuhkan kedudukan di Perak.

Prestasi UMNO bertambah dibandingkan sebelum ini. Bilangan kerusi dari 79 (PRU 12) kepada 88 berbanding pembangkang (dapat) 89 kerusi.ianya hampir menyamai kerusi yang dimenangi oleh pembangkang yang diwakili 3 parti iaitu PAS-PKR-DAP yang memenangi 89 kerusi.Melalui kajian juga  UMNO berjaya menmbah 30% undi pada PRU 13.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...