ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
HJ HADI SOKONG DS NAJIB SEBAGAI PM..ADA BANTAHAN..! | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Tuesday 12 May 2015

HJ HADI SOKONG DS NAJIB SEBAGAI PM..ADA BANTAHAN..!



Ketegasan DS Najib untuk terus kekal sebagai PM mendapat reaksi positif dari pelbagai lapisan bermula dari pemimpin poitik sehinggalah ke akar umbi.Pengumuman beliau beberapa hari lepas di Tawau Sabah menjawab teka teki yang bermain di setiap kotak pemerhati politik bahawa sikap berdiam diri berakhir dan seakan episod baru bermula.

Terkini Presiden PAS Hj Hadi Awang menegaskan DS Najib tidak perlu mengundur diri sebagai PM sebaliknya meneruskan perkhidmatannya selari dengan sistem demokrasi yang diamalkan di nagara ini.SILA KLIK .Pendirian ini jelasnya pasti mengejutkan mereka yang selama ini melancarkan gerakan berterusan memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Serangan berterusan oleh Tun M dengan menjadikan 1MDB sebagai modal bagi memencilkan Najib khususnya dikalangan pemimpin UMNO ternyata gagal.Mensyuarat MT yang berakhir semalam juga membuktikan kepimpinan tertinggi UMNO masih lagi setia berdiri mendokong DS Najib untuk meneruskan perkhidmatan beliau.

Lebih janggal ada dikalangan Si Kitul dan keturunan Raja Mendeliar yang masih berkeliaran mengutip sampah sampah yang di lontarkan Tun M.Jikalau dahulu Tun M seringkali menjadi  sasaran pembangkang kini mereka seakan menjadi satu angkatan yang sama-sama menyerang kepimpinan dan dasar BN yang diketuai oleh DS Najib.

Mungkin khabar malang buat mereka yang mengkritik kepimpinan DS Najib bila mana Presiden PAS menyeru supaya Najib meneruskan kepimpinan beliau dan tindakan memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai PM memalukan sistem demokrasi di Malaysia dan peluang harus diberikan kepada beliau menyelesaikan masalah sehingga habis penggal pemerintahan beliau.Itu yang dikata oleh Hj Hadi..bukan Zam kata..keturunan Raja Mendeliar yang masih tersisa di bumi Malaysia yang tercinta.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...