ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
#DUNPAHANG KERUH AIR SG PAHANG KEROH LAGI HATI PEMIMPIN DAP | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Thursday 28 May 2015

#DUNPAHANG KERUH AIR SG PAHANG KEROH LAGI HATI PEMIMPIN DAP


Pencemaran alam sekitar merupakan resepi paling mudah untuk dihidangkan kepada masyarakat yang peka kepada alam sekitar.DAP seperti lazimnya akan mengekploitasikan isu alam sekitar sejak dahulu lagi.Isu Lynas sebagai contohnya menjadikan DAP dapat bertapak di Pahang.


Kejayaan DAP mengelirukan rakyat Pahang khususnya di Kuantan membuahkan hasil dengan menguasai 3 DUN di Kuantan iaitu DUN Teruntum(PKR),Semambu(PKR),Tanjong Lumpur(PAS) dan Beserah manakala di peringkat Parlimen Kuantan (PKR) dan Indera Mahkota(PKR).


Kini setelah isu Lynas kelihatan tidak lagi dapat menarik perhatian .Kesemua 12 ADUN pembangkang telah dibawa melihat sendiri operasi kilang tersebut diberikan kesempatan dan peluang bertanya kepada pihak Lynas tentang apa sahaja keraguan yang meresahkan meraka sebagai pejuang alam sekitar kununnya

Menyedari isu alam sekitar merupakan talian hayat bagi membeli hati rakyat khususnya golongan Melayu..lagu lagu pencemaran kembali didendangkan dengan harapan rakyat akan menari nari keseronokan tanpa menyedari akibat keasyikan itu akan merugikan bangsa Melayu khususnya.

Terkini mereka menjadi wira menuduh kerajaan negeri Pahang tidak mengambil tindakan terhadap pencemaran akibat perlombongan bauksit di Kuantan namun tidak melihat kepada permasaalahan yang dihadapi Kerajaan Negeri secara holistik.Sila KLIK
 
'Melayu bertuah' wakil DAP Mentakab tumpang semangkuk memperlekehkan kualiti air Sg pahang yang dikatakan turut tercemar di Sidang DUN kali ke 3 Penggal ke 13.Namun Kerajaan Negeri Pahang bukan lah sebuah kerajaan yang mengalami 'Dinied Syndrome' sebaliknya mengakui sekiranya dakwaan itu benar.

Kejadian pencemaran diakui memang berlaku tetapi boleh dianggap terpencil. PAIP/JBA selalunya akan cepat menutup loji buat sementara waktu bagi tujuan pemantauan dan pemerikasaan bagi memastikan ianya selamat untuk digunakan oleh rakyat.Kepekaan masyarakat juga diperlukan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya merasakan ada aktiviti pencemaran kepada sumber air.

Mungkin ada yang masih kabur tentang peruntukan undang undang bagi melindungi alam sekitar dan kawal selia yang dilakukan oleh kerajan negeri mahupun kerajaan persekutuan .Antaranya menetukan jarak aktiviti pembalakan dari punca air sungai yang dengan mewujudkan zon penampan.Sila KLIK .

Jika membaca link yang diberikan menunjukkan bahawa sebarang aktiviti yang mencemar sumber air telahpun terkandung didalam peruntukan undang undang dan S.O.P kerja berkaitan.

Rakyat perlu juga bersikap realistik dan tidak terbawa dengan sentimen yang dibawa oleh mereka yang kununnya mendakwa sebagai pejuang alam sekitar. Tanggungjawab kerajaan bukan sekadar menjaga alam sekitar tetapi juga tanggungjawab kepada Negeri Pahang membangunkan Negeri Pahang dengan menggunakan sumber alam semulajadi sebagai punca pendapatan.

Perlu juga diingatkan kepada bangsa Melayu khususnya,seandainya aktiviti pembalakan dijadikan sasaran kritikan dan bertanggungjawab sepenuhnya diatas pencemaran sumber air...bersediakah anak-anak Melayu Pahang akan kehilangan biasiswa Yayasan Pahang yang selama ini mendominasi pembalakan di negeri Pahang yang selama ini mengeluarkan hampir RM10000 juta bantuan pendidikan kepada anak Pahang.

DAP memang licik memainkan isu dengan berselindung disebalik isu alam sekitar namun kita tidak menyedari bahawa semua ini hanya akan merugikan bangsa melayu khususnya anak-anak Pahang,..fikir fikirkanlah...




































No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...