ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Friday, 8 April 2016

MISTERI TOYOL,RAPIJI DAN GARI


Hari ini Rapiji dibebaskan dengan ikat jamin selepas didakwa bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mendedahkan dokumen sulit kerajaan.

Naib Presiden PKR itu memang terkenal dengan kelicikannya menarik perhatian rakyat Malaysia dengan pelbagai helah dan terbaharu bagaimana beliau seakan cuba menarik simpati.Benarkah begitu..?

Aksi beliau yang meletakkan tangan dibelakang sewaktu dibawa oleh anggota polis mencetuskan pelbagai andain dan barangkali bagi meraih rasa simpati khasnya penyokong beliau.

Tetapi barangkali juga ada rahsia disebaliknya atau memang sikap beliau yang suka meletakkan tangan beliau dibelakang sewaktu berjalan.

Teringat kisah yang diceritakan oleh orang tua-tua dahulu manusia yang suka meletakkan tangan dbelakang dikaitkan dengan dunia mistik.

Barangkali ada yang tertawa dan memandang sinis apabila menyebut sahaja dunia mistik kerana diwaktu siang hari mungkin sahaja keberanian sentiasa beraja dihati setiap manusia.

Bila malam menjelma,dunia yang gelap gelita kepura-puraan tidak dapat diselindungkan bahawa ketakutan tentang dunia mistik mengusik keberanian lelaki apatah lagi wanita.

Menurut orang tua-tua dahulu manusia yang sering meletakkan tangan kebelakang sewaktu berjalan berkemungkinan membela makhluk halus yang lebih dikenali sebagai Toyol.

Toyol akan duduk di atas tangan tuannya yang berjalan untuk meneruskan aktiviti mencuri.Selalunya tuannya akan membawa Toyol bersiar-siar bagi mengenalpasti rumah yang menjadi mangsa ataupun berjalan-jalan di pasar malam dan kedai-kedai untuk menambah kantung tuannya dengan mencuri.

Sekali imbas entri bodoh ini bakal menerima cacian tetapi apa nak dihairankan kerana di akhir kata ianya hanya lah sebuah entri gurauann sebagaimana Rapiji yang mengaitkan Rosmah Mansur dengan cincin berjuta ringgit hanyalah suatu gurauan....!

Jangan marah-marah....ini hanya gurauan tetapi juga barangkali..?







NAJIB 'BELI' NAIB PENGERUSI DAP DR TAN SENG GIAW..?


Kita harus melihat kepada keseluruhan isu. Kami (PAC) melihat beliau (Najib) bukan terlibat secara langsung dengan 1MDB. Namanya malah hanya timbul setelah beliau dinamakan sebagai ahli lembaga penasihat,”.

Beliau secara jujur berkata: “Saya fikir ahli lembaga 1MDB yang kena siasat. Ini yang betul. Dari segi perundangan, bagaimana anda boleh bertindak ke atas Perdana Menteri yang tiada apa-apa kaitan,” ujarnya di lobi Parlimen.

Itulah antara intipati kata-kata yang terhambur keluar dari Dr Tan Seng Giaw ,Ahli Parlimen Kepong yang juga Naib Pengerusi PAC .Beliau juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan dan Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan.


Kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau di lobi Parlimen pastinya akan mengundang rasa tidak puas hati Tony Phua yang masih mempertikaikan keputusan yang dibuat oleh PAC sekalipun beliau turut serta terlibat dalam jawatankuasa PAC yang dianggotai oleh pembangkang dalam menyiapkan laporan isu 1MDB .

PAC dalam laporannya jelas menolak dakwaan DS Najib terlibat secara langsung tetapi hanya tidak langsung melalui sebagai ahli lembaga penasihat.Sebaliknya PAC meletakkan bahawa ahli lembaga 1MDB yang perlu disiasat samada telah berlaku kesalahan urus tadbir darii segi perundangan, dan menolak kaitan dengan Perdana Menteri.

Laporan setebal 106 muka surat yang dikeluarkan oleh PAC,Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak yang berkaitan perlu di siasat berikutan kedapatan unsur kelemahan dalam pengurusan 1MDB.

Tony Phua perlu belajar berpolitik secara matang dan bertanggungjawab seperti yang ditunjukkan oleh Dr Tan Seng Giaw MP DAP yang berpengalaman. 

Beliau lebih dihormati dikalangan ahli BN memandangkan kebolehan beliau yang jarang ditemui dikalangan ahli politik pembangkang di Malaysia.Anak Kelahiran Kota Bharu ini yang mahir menulis dan membaca jawi dan juga fasih berbahasa Malaysia sering menjadi contoh kepada pemimpin politik pembangkang yang sering menjadikan isu perkara yang tiada isu.

Barangkali Tony Phua perlu belajar makan budu dari Dr Tan Seng Giaw untuk menjadikan beliau lebih mudah memahami isu.






RAIKAN CINTA DENGAN CIUM KETIAK


Kelihatan seperti ungkapan yang membuatkan ramai berfikiran betapa cinta makin kompleks untuk diterjemahkan melalui perbuatan.Ketiak digambarkan sebagai satu daerah yang paling sunyi untuk dikunjungi.Adalah suatu fenomena yang biasa ditemui daerah ketiak akan dilitupi dengan semak tanpa penjagaan yang rapi.

Sering dikaitkan dengan bau yang membuatkan lubang hidung anda kembang kempis apatah lagi bau yang datang dari orang lain dan bukan dari badan sendiri.

Masih ramai yang memandang sinis kehebatan ketiak lelaki.Kelebiahn dan khasiat yang diperolehi jarang dihebahkan betapa ianya membantu wanita mendapat ketenangan yang sukar diperolehi dalam hidup dan wanita akan awek muda jika mencium ketiak lelaki.atau sila layari http://eberita.org/cium-bau-ketiak-suami-jadikan-isteri-awet-muda/


Paling tidak pengalaman anda menaiki bas di waktu pagi menuju ketempat kerja akan dihidangkan dengan aroma yang mendebarkan.Namun ketika pulang dari kerja berhimpit-himpit didalam bas atau LRT segalanya berubah dengan segala bau rempah ratus itupun belum di kira aroma yang didatangkan khas oleh Mat Bangla yang mempunyai hak cipta tersendiri. 

Namun begitu kini mencium ketiak dianggap perbuatan untuk menguji pasangan sedalam mana lautan cinta,setinggi mana cinta yang menggunung.Sanggupkah kita mungkin di hati tidak tetapi bila berdua-duaan antara anda dan si dia tiada apa yang menghalang anda dari membuktikan seteguh mana cinta yang anda agung-agungkan.Cium ketiak apalah sangat beb..asalkan dapat meyakinkan si dia yang anda sebenarnya tidak mahu kehilangan orang yang anda sayang.

Mahu mencuba..silakan..malu- malulah pulak...!

Thursday, 7 April 2016

SATU PENCERAIAN SETIAP 15 MINIT DI MALAYSIA MEMBIMBANGKAN


Statistik daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2009 menunjukkan berlakunya satu penceraian dalam masa 15 minit di kalangan umat Islam namun ianya hanyalah merujuk kepada kes yang berjaya di daftarkan secara rasmi.

Pastinya angka lebih besar bagi kes yang tidak di daftarkan secara rasmi.Bagi kes penceraian  yang diluluskan pada tahun 2014 dan 2015 daripada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) pula menunjukkan angka semakin meningkat saban tahun iaitu jumlah kes 25,679 pada tahun 2014 dari bulan Januari sehingga 4 Jun 2015 sahaja mencapai  8,625 kes.

Bagi kes yang melibatkan keganasan rumahtangga berasarkan laporan Polis DiRaja Malaysia pada tahun 2015 (January sehingga April) adalah sebanyak 1,644 kes.daripada jumlah itu sebanyak 1,644 kes melibatkan wanita dan daripada jumlah itu Selangor mencatatkan  jumlah kes tertinggi sebanyak 275 kes.

"Senario ini mencetuskan satu tahap kebimbangan mengenai keharmornian rumahtangga.Ianya diburukkan dengan tahap kefahamanan pasangan tentang hak-hak mereka dari segi undang-undang.Keadaan bertambah rumit apabila mereka kehilangan suami yang menjadi tempat bergantung selama ini dan terpaksa meneruskan kehidupan dengan mengambil alih peranan sebagai ketua keluarga".

"Justeru itu,sekiranya wanita tidak mengetahui adanya peruntukan undang-undang untuk membela nasib merea,maka hak-hak mereka sebagai seorang wanita,isteri,ibu atau ibu tunggal tidak akan terbela", ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul ketika merasmikan Seminar Literasi Undang Undang (LUU) 2016"Respek Wanita :Bicara Gender & Hidup Aman Tanpa Kegenasan di Dewan Jubli Perak Sultan Hj Ahmad Shah Maran hari ini.

Antara objektif program yang dihadiri oleh 200 peserta mewakili NGO dan wanita sekitar daerah Maran ialah meningkatkan pengetahuan dan kefahaman mengenai peranan gender dalam setiap aspek kehidupan seharian masyarakat.

Mereka juga diberi pendedahan dan pemahaman mengenai gender dan peranan setiap individu didalam melaksanakan peranan masing-masing dan komuniti selain memberikan maklumat kepada individu dan masyarakat tentang saluran dan bantuan yang disediakan kepada mangsa akeganasan rumahtangga.



Monday, 21 March 2016

KENYATAAN MEDIA "ISU PENGABAIAN KANAK-KANAK DI RKK SULTANAH HAJJAH KALSOM"



"ISU PENGABAIAN KANAK-KANAK DI RKK SULTANAH HAJJAH KALSOM"
Susulan daripada laporan akhbar bertarikh 18 Mac 2016 mengenai kanak-kanak yang dipercayai diabaikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat sememangnya bertanggungjawab dalam memastikan institusi kanak-kanak di bawah kendaliannya mematuhi peraturan yang ditetapkan. Ini adalah kerana Rumah Kanak-Kanak (RKK) merupakan institusi/tempat selamat bagi memelihara dan melindungi kanak-kanak seperti yang ditetapkan di bawah seksyen 54 Akta Kanak-Kanak 2001.

Jabatan amat menitik beratkan segala hal ehwal berkaitan kanak-kanak yang ditempatkan termasuklah aspek kesihatan dan kebersihan diri dan tempat tinggal mereka. Oleh hal yang demikian, kanak-kanak yang dipercayai dijangkiti penyakit akan diasingkan daripada kanak-kanak yang laindan ditempatkan di bilik pengasingan berdasarkan nasihat Pegawai Perubatan.

Setiap minggu, Pembantu Perubatan akan datang memantau kesihatan kanak-kanak manakala Pegawai Perubatan pula akan datang memantau perkembangan kanak-kanak tersebut pada setiap bulan. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau kanak-kanak tersebut memerlukan sebarang rawatan lanjut, kanak-kanak akan dihantar terus ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA). Seramai dua (2) orang Jururawat Masyarakat (U19) juga ditugaskan untuk memantau kesihatan kanak-kanak setiap hari. Oleh hal yang demikian, berdasarkan siasatan dalaman yang dijalankan, tiada sebarang perbuatan mengurung atau persamaan dengannya malahan perkara ini tidak pernah berlaku seperti yang dilaporkan.

Keadaan dewan makan institusi pula adalah ditutup buat sementara ini bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan dan telah siap pada 17 Mac 2016. Permohonan untuk menggunakan semula dewan makan tersebut akan dibuat dengan segera ke Pejabat Inspektorat Daerah Kuantan. Malahan, pembelian tambahan peralatan untuk kegunaan makan minum juga telah dibuat pada 3 Disember 2015 oleh pihak institusi bagi memastikan kelengkapan mencukupi untuk keperluan kanak-kanak.

Selain itu, pihak JKM juga turut membekalkan keperluan harian lain seperti pakaian sekolah, t-shirt, seluar, sabun, ubat gigi dan sebagainya kepada kanak-kanak. Perkhidmatan dobi juga turut disediakan bagi mencuci pakaian bayi dan kanak-kanak. Manakala, bagi kanak-kanak yang berumur 13 tahun ke atas, mereka adalah digalakkan untuk membasuh pakaian sendiri sebagai latihan berdikari.


Oleh itu, Saya merasakan laporan yang tidak berasas seperti ini haruslah dihentikan. Namun begitu, dari semasa ke semasa Jabatan akan sentiasa melihat pelbagai aspek bagi memperbaiki mutu perkhidmatan kepada kanak-kanak yang ditempatkan di institusi JKM supaya mereka mendapat perlindungan secukupnya.

****

Friday, 18 March 2016

SKANDAL BUNGALOW MEWAH LGE LEBIH KUKUH BERBANDING KHIR TOYO


DAP semakin terhimpit dengan pendedahan terbaru yang dilakukan oleh Ahli Parlimen BN Tasik Gelugor Shahbudin Yahya di Dewan Rakyat baru-baru .

LGE didakwa telah menyewa bunggalow tersebut selama 7 tahun bunggalow berharga RM 2.5 juta sejak tahun 2007 dengan harga yang murah iaitu RM 5,000 sebulan.


Pada tahun lepas LGE telah membeli bunggalow tersebut dengan harga RM 2.8 juta walaupun harga pasaran bunggalow yang beralamat di No 25 Jalan Pinhorn tersebut dianggarkan RM 6.5 juta pada harga semasa.

Persoalan kedua ialah bagaimana Li Koon juga adalah pemegang saham 20% kepentingan didalam Windbond Managment & Consultant Sdn.Bhd yang mana baki saham sebanyak 80% dipegang oleh Datuk Tan Yong Chew yang mana beliau memegang saham 60% saham Kuala Lumpur International Dental Centre Sdn.Bhd. (KLIDHC)

Syarikat berkenaan telah diberikan kebenaran untuk membeli sebidang tanah secara tender yang urusniaganya tidak telus dan meragukan.

 “Saya ingin juga ingin memohon pihak SPRM menyatakan laporan status kes ini terus disiasat terutamanya salah guna kuasa YB Bagan yang sewenang-wenangnya buat pertukaran syarat tanah dan penambahan plot ratio 7 : 1.
“Ini dibuat bagi membolehkan pembinaan hotel setinggi 19 tingkat tanpa membuka tender semula dan anehnya mengekalkan syarikat yang sama dengan jumlah tender yang sama, sedangkan perkara yang lain sudah berubah.
“Ini jelas tidak adil kepada syarikat-syarikat lain yang menyertai tender itu sejak dari awal lagi,” katanya sambil menuntut pihak Kementerian Kewangan menjelaskan kadar sewa semasa mengikut tahun yang berkenaan 
Pendedahan MP BN Tasik Gelugor ini di dewan Rakyat berkali kali telah di ganggu oleh ahli Parlimen DAP, Jeff Ooi (Jelutong) dan Steven Sim (Bukit Mertajam) dengan berhujah Guan Eng tiada di dalam dewan untuk mempertahankan diri daripada tuduhan.

Namun ianya ditolak oleh Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Ismail Mohamad Said dengan memberikan penjelasan pembangkang juga melakukan perkara yang sama ke atas YAB Pekan Perdana Menteri yang tiada di Dewan Rakyat untuk menjawab sebarang dakwaan.

Jelas sekali dis sini kini ketakutan mula melanda DAP yang dikatakan mengamalkan ketelusan dan berintergriti dalam urustadbir namun jika dipethatikan diperhalusi kes LGE sebenarnya lebih meyakinkan berbading dengan DS Khir Toyo yang diheret ke penjaraa atas salahlaku rasuah.

Penjualan tanah sewenang2nya oleh LGE yang pada asalnya sewaktu pemeritahan BN di P.Pinang dicadangkan untuk dibina kawasan perumahan untuk rakyat termiskin kini berkubur dengan pembinaan bangunan komersial seperti hospital swasta dan hotel yang jelas akan merugikan rakyat marhaen terutama kaum Melayu di P.Pinang.

Jika beliau tidak didakwa bermakna kebal sangatlah manusia bernama Lim Guan Eng memandangkan laporan telaah dibuat sejak 2009...SPRM mau tunggu apa lagi...tidur..zzzzzzzzzz




TERASA COCK BERAHI BELALAI TOK GAJAH


Terasa Cock nampaknya semakin galak ingin mencuit belalai Tok Gajah.Mungkin ingin merasa kelainan betapa dengan menimbulkan isu tentang hutang kerajaan negeri kepada kerajaan pusat dengan niat meletakkan Pahang sebagai sebuah negeri yang mempunyai hutang yang terbanyak berbanding P.Pinang.

Dengan kata lain beliau ingin menunjukkan kepada dunia bahawa P.Pinang dibawah pemerintahan DAP yang di tadbir lebih baik berbanding Pahang yang ditadbir oleh BN.

Umpama menggunakan sebutir batu tetapi mengorbankan dua ekor burung,Pahang merupakan negeri asal Perdana Menteri DS Naib Tun Razak.Memalukan dan mengaibkan pemimpin BN memang menjadi KY Jelly kepada Terasa Cock melancarkan permainan politik jamban beliau.

Hutang Kerajaan Negeri Pahang kepada Kerajan Pusat adalah 2.9 b dari RM 16.824 b keseluruhan hutang kerajaan negeri kepada Putrajaya manakala P.Pinang terendah sebanyak RM 69.36 juta.
Kenapa?

PENJELASAN KENAPA HUTANG KERAJAAN NEGERI PAHANG LEBIH TINGGI BERBANDING P.PINANG

  1. Secara geografinya keluasan Negeri Pahang adalah seluas 35,960km persegi (10.9%) manakala P.Pinang hanya berkeluasan 1,033km persegi (0.3).Peratusan keluasan mempengaruhi keperluan sesebuah negeri menyediakan infrastruktur meliputi seperti bekalan air dan jalanraya.Sebagai contoh panjang paip air di Pahang sahaja adalah mencapai 12,000km itupun masih ada paip air yang berusia 40 tahun yang sedang dalam proses penggantian secara berfrasa.                                                                                                                                                
  2. Pembinaan rumah kos rendah di Pahang jauh melebihi P.Pinang.Putrajaya membantu Kerajaan Negeri Pahang bagi menyediakan perumahan mampu milik berbanding P.Pinang yang lebih tertumpu kepada perumahan bunggalow mewah yang tidak mampu dimiliki rakyat tempatan.                                                                                                                                                                                                                                   
  3. Tarif air di Pahang adalah antara yang paling rendah di mana 70% disubsidi oleh kerajaan negeri,30% dibayar oleh rakyat berbanding P.Pinang.Subsidi air mengurangkan pendapatan kerajaan negeri Pahang dan perlu meminjam kepada Putrajaya bagi operasi penyelenggaraan air yang semakin tinggi.                       
  4. Kerajaan Negeri Pahang tidak pernah meminjam dari Putrajaya untuk membayar gaji kakitangan awam sebaliknya duit pinjaman hanya membabitkan pembangunan infrastruktur yang tinggi sesuai dengan keluasan.                                                            
  5. Pahang mempunyai kelebihan dan tidak dikategorikan sebagai HUTANG sebaliknya GRANT KERAJAAN PERSEKUTUAN kerana Pahang menyediakan kawasan tadahan air untuk negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia.                                                  
  6. Pahang memberikan kemenangan 2/3kerusi Parlimen,adalah wajar Pahang mempunyai keistimewaan.wajarlah Putrajaya membantu Pahang.


Soalan yang diberikan oleh Terasa Cock di Dewan Rakyat dijawab dengan fakta oleh kerajaan namun niat memalukan Pahang sebenarnya oleh beliau sebenarnya memakan diri.

Bagaimana negeri sekecil P.Pinang memperuntukkan sejumlah RM 979.53 juta untuk belanja pengurusan pada tahun 2016 manakala Pahang yang berkali-kali ganda luasnya hanya memperuntukkan RM 727.62 juta sahaja belanja pengurusan Pahang pada tahun 2016.

Itu belum dikira tarif air di P.Pinang yang naik sampai 100% dibawah pemerintahan DAP berbanding Pahang yang hanya sekali menaikan tarif air pada tahun 1982,itupun kenaikan yang minima dan subsidi 70% kepada rakyat tetap diberikan.

Belum lagi pelbagai cukai pintu  yang membebankan rakyat yang dilaksanakan oleh kerajaan DAP P.Pinang.

Jadi eloklahlah Terasa Cock mengulum sahaja apa yang dilakukan oleh Kerajaan DAP P.Pinang dan menikmati kepuasan sendiri tanpa perlu melihat penderitaan rakyat marhaen terutama kaum Melayu di P.Pinang

Lupakan niat ingin mencuba belalai gajah di Pahang.Senak nanti......

KALKULATOR SPRM MAMPU KIRA RM 2.6 B NAJIB TAPI ROSAK BILA KIRA RM 6.5 JUTA LIM GUAN ENG?


Tokong Lim mampu tersenyum lagi kerana beliau memiliki segala ilmu silapmata yang jarang jarang ditemuai dikalangan ahli politik.
Jika mantan MB Selangor Dato Seri Khir Toyo diheret ke penjara kerana tuduhan rasuah rakyat Malaysia yang dahagakan keadilan masih ternanti nanti apakah akan ada pendakwaan berpilih.

Siapa menduga membeli pada harga murah dari pasaran adalah salah bagi ahli politik BN tetapi tidak bagi ahli politik pembangkang seperti DAP.

Jelas sekali ini menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dan harus diambil perhatian bahawa kini ada dikalangan pihak yang menjalankan penguatkuasaan lebih cenderung melihat pemimpin kerajaan dimalukan berbanding kesungguhan menegakkan keadilan.

Rumah bunggalow di George Town yang pada awalnya berharga RM 2.5 juta pada tahun 2008 telah dilakukan pengubahsuaian dan dijual kepada Lim Guan Eng tahun lalu dengan harga RM 2.8 juta iaitu hanya peningkatan RM 300 ribu sahaja.

Jika dinilai harga semasa bunggalow  tersebut dikatakan bernilai RM 6.5 juta menunjukkan adalah mustahil bagi tanah yang bernilai di George Town itu dijual kepada Tokong Lim pada harga hanya RM 270 sq.ft.

Barangkali Superb Kalkulator di perlukan oleh SPRM untuk mengira angka RM 6.5 juta dan yang peliknya kalkulator SPRM mudah sahaja mengira RM 2.6 billion yang dikaitkan dengan Najib Tun Razak....

Entahlah...silap mata atau mata yang silap....jom mandi kolam renang musim panas ni tapi bukan di rumah Tokong Lim yang tiada kolam renang......


Thursday, 17 March 2016

KISAH SEEKOR IKAN PATIN,SEBATANG PENA,SEBATANG BALAK DI PAHANG


Pahang negeri yang tidak pernah sunyi dari isu alam sekitar .ianya umpama sebuah telenovela yang disajikan tanpa ada menu lain yang enak dihadam.

Bauksit kini semakin reda namun pastinya akan ada sambungan episod seterusnya apabila moratoriom bauksit akan berakhir nanti.Sementara kuaci dan pop corn masih ada,episod telenovela pembalakan di Jerantut kini mengambil alih isu bauksit.

Pengarahnya cuba meletakkan dirinya sebagai adivira yang mampu menggalas diri sebagai dewa pecinta alam sekitar.Berselindung disebalik sebuah pertubuhan pecinta alam yang dikenali sebagai PEKAK memudahkan sinopsis yang hanya satu perenggan tetapi digarap mejadi kisah telenovela yang beratus-ratus episod dengan menagih simpati dengan kisah peribadi penternak patin yang teraniaya kononnya.

Alasan yang diberikan berlaku pembalakan  yang diibaratkan seperti padang tandus bak kata padang jarak padang terkukur.Penggondolan alam sekitar dengan aktiviti pembalakan disekitar Jerantut kononnya mengganggu punca tadahan air sekitar Gunung Dulang dan Gunung Ais di Jerantut.

Pembalakan adalah satu industri yang sah di mana-mana di dunia dan tentunya kawal selia perhutanan dibawah Kerajaan Negeri sepertimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan melibatkan tanah dan air.

Bidang kuasa yang sedikit ini bagaimanapun perlu di olah menjadi kuasa yang memberikan istilah menang-menang kepada kerajaan dan rakyat.

Tanpa ada kebijaksanaan mengurus hutan untuk manafaat kepada negeri,masakan Pahang menjadi salah satu negeri yang mempunyai pengurusan tanah yang berjaya melalui pelbagai agensi seperti mana FELDA  yang kini mempunyai 115 bilangan Rancangan Felda dari keseluruhan 321 tanah rancangan FELDA di Malaysia dan 43123 orang jumlah peneroka kini bermastautin sebagai peneroka di Pahang.

Land for Landness yang di asaskan oleh Tun Abd Razak ini memberikan penghidupan baru kepada 14,111 anak jati Pahang manakala 29,013 merupakan mereka perantau dari luar negeri Pahang.

Kebaikan kerajaan negeri Pahang menjadikan tanahnya sebagai kawasan tadahan air bagi negeri negeri lain di Malaysia tidak pula di besar-besarkan seperti Selangor.

Kawal selia kawasan hutan melalui  Hutan Simpan Kekal yang diwartakan seluas 1,562,902.2 hektar membuktikan komitmen Kerajaan Negeri  Pahang memulihara alam sekitar sebagai kawasan tadahan air untuk rakyat negeri Pahang khususnya dan negeri-negeri berjiran amnya.

Pembalakan melalui Yayasan Pahang sebagai contoh bukan lagi merupakan hasil utama kerajaan negeri sebaliknya telah beralih kepada hasil perladangan sawit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Manafaat kepada pembalakan yang minima yang dijalankan di negeri Pahang kini memberkan manafaat kepada kira-kira 284,299 pelajar sehingga kini melalui bantuan pendidikan seperti biasiswa yang membanbitkan perbelanjaan hampir RM 1,0000 juta.

Apakah dengan hanya simpati kepada seorang pelacur pena dengan menjemput simpati kepada patin sangkarnya kita harus mengorbankan kepentingan rakyat negeri Pahang secara keseluruhan?




Thursday, 3 March 2016

SIAPAKAH PEROMPAK HARTA RAKYAT?


Kadangkala bila menatap komen komen netizen di media maya terasa seperti ada satu perkara asas yang kebanyakan dari mereka terlupa .Barangkali keterbukaan kerajaan dalam menerima kritikan menggalakkan mereka melahirkan pandangan yang jika diperhatikan mereka seni diri tidak memahami apa yang mereka perkatakan

PEROMPAK HARTA RAKYAT

Kebanyakan mereka mengadaikan betapa mereka di zalimi dengan menuduh pemimpin politik kerajaan sebagai korup  dengan merompak harta rakyat.

Akronim RAKYAT sebenarnya menjadi seperti menuang minyak kepada api yang sedang membakar kayu.Demi Rakyat,Solidariti Rakyat,Suara Rakyat dan seangkatan dengannya menjadi siulan nyayian pemimpin pembangkang di Malaysia dan disambut oleh sebahagian kecil rakyat yang mudah di buai dengan lagu kebencian yang didendangkan saban waktu.

Ada jaringan yang agak kompleks untuk dirungkai dengan perkataan tetapi bagi mereka yang berada dalam bidang politik akan lebih mudah memahami.

Pengalaman yang di lalui sendiri melalui penglibatan dalam politik akan memudahkan seseorang mengenal sepak terajang dunia politik berbanding mereka yang hanya berada di luar kotak.

Dalam konteks politik Malaysia contohnya pemimpin UMNO mudah terpalit dengan pembunuhan karektor dengan melabel sebagai perompak harta rakyat.

Ini adalah cara paling mudah pihak pembangkang mengolah persepsi negatif kepada pemimpin politik kerajaan sekalipun ianya hanya berkisar kepada tuduhan dan tidak pernah terbukti oleh mahkamah tentang salahlaku dan  korup.

Memandang jijik kepada ahli politik dan tidak mahu terlibat dengan aktiviti politik sebaliknya bila timbul sesuatu isu mudah pula melabelkan ahli politik dengan pelbagai gelaran secara sombrono.

Masuk parti aku dapat apa..?itu lah antara persoalan yang sering bermain di bibir.Namun jika ada yang tidak puashati dengan isu isu melibatkan politik merekalah yang menjadi pejuang hadapan terpekik terlolong tanda solidariti berdemo tak kira waktu sekalipun terpaksa memegang lilin tanda sokongan yang entah apa-apa.

Bagi mereka yang bermula dari dengan melibatkan diri dengan politik melalui penglibatan sebagai ahli Pemuda,AJK Pemuda,Ketua Pemuda,Ketua Cawangan,AJK Bahagian Ketua Bahagian hinggalah ke Majlis Tertinggi UMNO label perompak harta rakyat amat mengguris hati.

Ada banyak perkara yang hilang secara semulajadi bila bergelar ahli politik.Rakyat juga telah merompak dari ahli politik secara tidak sedar.

Rakyat merompak masa seorang ahli politik dengan bekerja tanpa mengira masa siang malam pagi petang subuh senja bagi melayan keperluan,kebutuhan mahupun karenah rakyat.

Rakyat merompak nilai kasih sayang ahli politik dengan mengambil masa mereka bersama ahli keluarga.Ada di kalangan ahli politik yang hanya merasakan nikmat hidup berkeluarga sehari sehaja dalam sebulan dan barangkali lebih dari itu.

Rakyat merompak privasi ahli politik dengan menjadikan segala yang peribadi milik rakyat.Kehidupan peribadi tidak lagi menjadi peribadi kerana sentiasa dipandang jutaan mata yang hanya lebih berminat melihat kejengkelan berbanding kebaikan yang dilakukan.

Melayu kini hanya tinggal kuasa politik yang semakin di hakis bangsa sendiri kerana mudah terpengaruh dengan propaganda.Bukan semua ahli politik UMNO terlibat dengan salahguna kuasa,bukan semua mereka yang terlibat dengan politik kaya raya ,namun rela berkorban harta dan jiwa demi memastikan kelangsungan kuasa politik kuasa politik Melayu Islam dipertahankam.











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...