ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
RM42 B HUTANG 1MDB LANGSAI...SEKARANG MAU APA LAGI...? | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Sunday 3 January 2016

RM42 B HUTANG 1MDB LANGSAI...SEKARANG MAU APA LAGI...?


1MDB berjaya membuatkan banyak dahi manusia di Malaysia berkerut-kerut,menjadikan banyak wajah muda kelihatan tua sebelum usia takkala memikirkannya.

1MDB dilihat dari pelbagai persepektif,di risik oleh segenap agen perisikan,dipinang oleh pihak pembangkang di Malaysia berwalikan Sarawak Report dan The Edge,di sandingkan di laman rumah oleh Tun M.

Justeru itu bagi mengelakkan polemik ini menjadi siulan sumbang apatah lagi dibicarakan di mahkamah media sosial dengan melebihi 20 juta hakim termasuk pendakwa dan peguambela,PM DS Najib telah mengarahkan supaya Pelan Rasionalisasi 1MDB diselesaikan sebelum 31Dec 2015 dan akhirnya ianya berjaya sepertimana di tagih.

Mudahnya lihat video di bawah...jika anda tergolong dalam golongan yang rajin membaca anda boleh membaca seperti artikel disertakan, jika malas membaca dan malas melihat video...malang sekali Malaysia mempunyai warga yang sedemikian rupa...... hanya tahu semua terhidang dan disuapkan ke mulut,menantikan sendawa sambil berbaring di kerusi malas.



1. Memasuki tahun 2016, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) telah menyelesaikan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, agar menyelesaikan masalah hutang besar mereka menjelang 2016. Daripada hutang berjumlah RM 42 Bilion kini tinggal sekitar RM 2 bilion sahaja.

2. 1MDB diambil alih oleh Kerajaan Malaysia dari Kerajaan Negeri Terengganu (dulunya dikenali sebagai Terengganu Invesment Arm – TIA) dengan tujuan menjadi satu entiti (vehicle) bagi menstrukturkan semula industri janakuasa bebas dan menstabilkan harga tenaga letrik dalam negara.

3. Selain itu 1MDB turut diberi tanggungjawab membangunkan Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

4. Pengambil alihan beberapa Pembekal Janakuasa Bebas (IPP) telah menimbulkan tentangan dan gosip liar mengenai pembelian luar biasa dan “inflated price”. Namun sehingga kini ia tidak pernah dibuktikan. Sebaliknya, pengambil alihan ini membolehkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengadakan rundingan semula tarif yang berat sebelah sebelum ini. Melalui rundingan semula ini TNB tidak lagi menanggung kos yang tinggi dan merugikan mereka.

5. 1MDB hanya bermodalkan RM 1 juta dari kerajaan dan RM 5.5 bilion bon, melakukan pengambil alihan ini membabitkan konsep “mortage” atau pinjaman bercagar aset. Ini bermaksud 1MDB hanya membayar deposit dan selebihnya dibiayai oleh cagaran aset yang diambil alih. Oleh kerana 1MDB menjalankan urusaniaga ini dengan agresif ia mula mendapat tentangan daripada IPP yang masih ada kerana melihat masa depan mereka akan terancam.

6. 1MDB sepatutnya berjaya menyelesaikan semua hutang pembelian IPP yang berjumlah sekitar RM 18 bilion melalui Tawaran Terbitan Saham Awam (IPO) pada tahun ini. Malangnya, serangan secara tersusun dan terancang dibuat ke atas 1MDB. Apabila serangan ini dibuat dalam skala yang besar, 1MDB tidak lagi berupaya menawarkan IPO kerana imej yang negatif akan menjauhkan pelabur yang berminat dengan IPO ini.

7. Pada Januari 2015, Arul Kanda dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB yang baharu. Beliau diberi tanggungjawab menyelesaikan masalah hutang 1MDB yang terlalu besar iaitu sebanyak RM 42 bilion.

8. Oleh kerana 1MDB tidak lagi boleh menawarkan IPO, mereka perlu membuat pelan rasionalisasi melalui penjualan aset dan penstrukturan semula hutang serta mempercepatkan proses pembangunan projek pembangunan mereka.

Siapa Pun Boleh Berniaga Jika Jual Aset Untuk Bayar Hutang

9. Langkah pertama 1MDB ialah melakukan persetujuan dengan International Petroleum Investment Company (IPIC) melalui pertukaran aset dan pengambil alihan hutang. Sungguhpun tidak jelas apakah pertukaran tersebut, namun dipercayai ia membabitkan pelaburan luar negara dalam Brazen Sky, Aabar Investment dan GIL FUND. Pelaburan dalam unit-unit amanah ini menyebabkan hutang 1MDB mencecah RM 16 Bilion.

10. Oleh kerana pelaburan-pelaburan ini merupakan pelaburan jangka panjang untuk mendapat dividen, pengambil alihan ini membolehkan 1MDB bebas hutang sebanyak RM 16 bilion dan IPIC akan mendapat semua apa sahaja keuntungan dari pelaburan ini pada masa depan.


“Pengambilalihan faedah dan bon utama IPIC ini akan dibayar melalui pertukaran aset yang disediakan 1MDB, sebahagiannya tunai deposit dolar Amerika Syarikat (AS) manakala sebahagiannya pula dana di bawah pengurusan – sama ada dalam bentuk tunai atau unit dana – atas persetujuan bersama dengan IPIC. – 1MDB

11. Langkah kedua, ialah menjual keseluruhan aset tenaga mereka di bawah Edra Energy Sdn Bhd. Dua syarikat teratas dalam pembidaan terbabit ialah China General Nuclear Power Corporation (CGN) dan TNB. Bagaimanapun CGN telah dipilih sebagai pembeli EDRA kerana ia menawarkan harga paling tinggi dan mengelakkan tuduhan TNB diarahkan menyelamatkan 1MDB.

12. Lebih penting pembelian Edra ini dari 1MDB dengan harga yang hampir sampa dengan pembelian menunjukkan dakwaan “inflated price” adalah tidak benar sama sekali. Jika dijual kepada TNB akan ada tuduhan syarikat kerajaan ini diarahkan membayar harga yang lebih tinggi dari pasaran.

13. “Siapa Pun Boleh Berniaga Jika Jual Aset Untuk Bayar Hutang” adalah mantera baru mereka yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri Mohd Najib Razak. Memang betul. Namun apa yang mereka tidak faham ialah penjualan aset ini berkaitan langsung dengan hutang. Hutang timbul dari pembelian aset-aset terbabit. Justeru cara untuk melupuskan hutang adalah melalui penjualan aset terbabitlah.

14. Jika 1MDB terpaksa menjual aset untuk membayar hutang “berpoya-poya” atau salah pelaburan tempat lain, maka mungkin ada asas untuk mempertikaikan penjualan aset-aset ini.

15. Namun bagi memenuhi kehendak sebahagian rakyat Malaysia termasuk Tun Mahathir yang mahu hutang 1MDB dikurangkan, maka syarikat tiada pilihan kecuali melupuskan aset-aset yang diperolehi secara hutang tersebut. Ini kerana aset-aset ini adalah sebahagian hutang yang wujud.

16. Transaksi terbaru ialah penjualan 60% daripada pembangunan Bandar Malaysia kepada konsortium IWH-CREC Sdn Bhd. Konsortium ini terdiri daripada Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (“IWH”) dan China Railway Engineering Corporation (M) Sdn Bhd (CREC). Konsortium yang dikenali sebagai IWH-CREC Sdn Bhd adalah hasil usahasama 60:40 antara IWH dan CREC.

17. Melalui persetujuan ini 1MDB akan menerima RM 7.41 bilion. Perlu dijelaskan persetujuan ini membabitkan kerjasama membangunkan bandar Malaysia bukannya menjual tanah-tanah dalam cadngan Bandar Malaysia kepada IWH. Ini bermakna IWH sekarang merupakan sebahagian Pemaju (developer) untuk bandar Malaysia.

18. IWH, pemaju utama bagi bahagian Flagship A Koridor Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Iskandar, adalah perkongsian awam-swasta antara Credence Resources Sdn Bhd (60%) dan Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (40%) yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri Johor. Adalah tidak benar dakwaan bahawa 60% tanah di Bandar Melaysia dijual kepada entiti asing.

19. Justeru pembangunan Bandar Malaysia ini merupakan “Joint Venture” antara 1MDB dan IWH-CREC. Secara keseluruhan kira-kira 54% daripada projek tersebut dimiliki oleh Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri Johor, masing-masing melalui 1MDB/MOF Inc dan KPRJ. CREC sebagai rakan kongsi antarabangsa hanya mempunyai ekuiti projek sebanyak 24% sahaja. Selebihnya milik pemegang saham dalam IWH yang terdiri daripada rakyat tempatan.

20. Enam bulan selepas pengumuman Perdana Menteri bahawa 1MDB akan mengurangkan hutang sebanyak RM 42 bilion dengan drastik, Arul Kanda menunaikannya pada 31 Disember 2015. Secara dasarnya hutang 1MDB kini hanya tinggal sekitar RM 2 bilion sahaja.

21. 1MDB boleh menjadi entiti yang besar jika tidak diganggu gugat oleh agenda politik anti-Perdana Menteri. Namun kestabilan politik lebih penting daripada perkembangan 1MDB sendiri.-MYKMU.NET

*Analisis di atas dibuat hasil penyelidikan bebas berdasarkan sumber-sumber rasmi tanpa pengesahan dari 1MDB. Ia mungkin sedikit berbeza dengan maklumat sebenar.-


1 comment:

  1. Wording of paragraphs 9 & 10 is hazy. The IPIC agreement involved transfers/exchanges of assets & debts. But it was reported that it was NOT clear what actually were transfered/exchanged.
    The mysterious deal with the PetroSaudi International was very conveniently ommitted where large sums were diverted to Good Star - a company controlled by Jho Low.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...