ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Wanita Pakistan Yang Pernah Menggegarkan Majalah Time Kini Berubah | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Monday 21 May 2012

Wanita Pakistan Yang Pernah Menggegarkan Majalah Time Kini Berubah


Masih ingatkah kepada wajah wanita Pakistan ini yang suatu ketika dahulu pernah menghiasi majalah TIME.Keberaniannya menentang budaya setempat membuatkannya tekad melarikan diri ke Amerika Syarikat ketika berumur 18 tahun kerana tertekan dengan perkahwinan paksa .Beliau kini berusia 22 tahun dan ingin meninggalkan trauma kehidupannya yang lalu dimana mengalami kecacatan sewaktu dibawah pemerintahan kerajaan Taliban.,berjuang dengan kehidupan baru setelah menjalani pembedahan dibahagian muka.

Aesha Mohammadzai.menjadi bahan berita TIME dan mendapat perhatian dunia yang simpati terhadap penderitaan wanita ini yang mengalami kecacatan kerana hidung dan telinga beliau di potong dengan kejam oleh pentadbiran Taliban Pakistan pada waktu itu kerana keengganannya berkahwin secara paksa.




Beliau mendapat suaka politik pada tahun 2011,kini sedang berjuang dengan membina kehidupan baru di Amerika selepas menjalani pembedahan 
konstruktif bagi membina semula wajahnya yang cacat.Beliau yang mula-mula tiba dengan tidak tahu bercakap sepatah perkataan Bahasa Inggeris kecuali bahasa ibundanya ,Pashto.Selepas itu beliau diberikan pendidikan dan hidung palsu namun kesan kekejaman Taliban tetap membuatkan ditrauma kepada kehidupannya yang lalu.Akibat taruma yang masih berparut dihati pembedahan terpaksa ditangguhkan sehinggalah emosi beliau stabil.Kisahnya bermula apabila beliau yang ketika itu berusia 12 tahun telah dipaksa oleh ayahnya untuk berkahwin dengan seorang pejuang Taliban bagi menyeleasaikan hutan ayahnya..Namun beliau memilih untuk melarikan diri kerana tidak bersetuju,nasibnya agak malang kerana ditangkap oleh suaminya dan menerima hukuman dipotong hidung dan telinga.

"'Apabila mereka memotong hidung dan telinga saya, tidak sedarkan diri. Di tengah-tengah malam, ia berasa seperti ada air sejuk di dalam hidung saya.
'Saya membuka mata saya dan saya tidak dapat melihat kerana semua darah,'katanya kepada CNN wartawan Atia Abawi.





Beliau tidak mahu mati di kawasan pergunungan itu dan berjaya merangkak ke rumah datruknya.Aesha dibawa ke sebuah tempat perlindungan di Kabul pada bulan Ogos 2010 dan diterbangkan ke Amerika Syarikat serta mendapat rawatan selama sepuluh minggu  oleh Yayasan Grossman Burn dan tinggal bersama keluarga angkat.Nasib beliau mendapat perhatian sebuah pertubuhan amal Wanita Untuk Wanita Afghanistan dan membantu dari segi mendapatkan pelajaran.






P/S:Mengapakah ada manusia yang mengatakan mereka lebih Islamik dari orang lain tetapi tindakan mereka sebenarnya tidak menggambarkan keindahan Islam,mereka sebenarnya hanya inginkan kuasa dan Islam hanya digunakan sebagai topeng dalam memnuhi impian politik mereka.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...