ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Thursday, 12 April 2012

Ulama Pun Kadangkala Mengarut-Fatwa Hancurkan Gereja oleh Mufti Besar Saudi Arabia Sheikh Abd.Aziz


Ulama adalah manusia yang mendapat tempat dan penghormatan di kalangan masyarakat.Pengetahuan agama dan keperibadian yang baik untuk dicontohi.Sebagai manusia yang dikatakan pewaris nabi ,setiap kata dan perbuatan akan menjadi garis panduan dalam menjalani kehidupan. Namun sebagai manusia biasa kadangkala mereka juga tidak terlepas dari membuat kesilapan.Ketaksuban sombrono ini jelas meluas dan mendapat tempat di kalangan Muslim amnya dan khususnya masyarakat melayu khasnya.Apakah manusia yang berserban ini mempunyai imuniti dari kritikan,amat jarang yang berani membuat kritikan terhadap golongan ini kerana serbannya begitu keramat,siapalah kita..bukan ingin menelanjangkan atau melondehkan maruah tetapi adalah wajar kita sebagai manusia yang juga dikurniakan akal dan fikiran berfikir berjuta-juta kali kerana jika setiap kata ulama itu merupakan satu fatwa yang harus diikuti dan dipatuhi hanya kerana dia ulama,maka inilah kedangkalan manusia dalam berfikir.

Aku ingin mengulas tindakan seorang ulama Sheikh Abd Aziz,Mufti Besar Arab Saudi yang menggesa supaya dimusnahkan semua Gereja di Rantau Telok.Kenyataan itu dibuat ketika pertemuan dengan komuniti Masyarakat Kebangkitan Islam yang berpusat di Kuwait setelah ditanya tentang hukum syariah pembangunan gereja di negara-negara Muslim dan beliau mengatakan pembangunangereja harus dihalang dan semua rumah ibadat orang Kristian harus dihancurkan.link


Gesaan ini sebenarnya sama seperti mana Pope yang pernah meminta supaya supaya semua masjid di Eropah dimusnahkan.Bagaimanapun pendapat itu telah ditentang oleh ulama besar di Turki yang menyatakan bahawa seruan Mufti Besar Arab Saudi itu bertentangan dengan ajaran damai agama Islam,toleransi dan kesucian rumah ibadat agama lain.Islam sentiasa menghormati kebebasan beragama dan bertentangan dengan perjanjian yang dibuat oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan masyarakat bukan Muslim di Madinah suatu waktu dahulu.Fatwa itu jelas mengabaikan hak imuniti yang diberikan oleh Islam kepada tempat suci atau kuil agama lain.

Natijahnya,persoalan pokok bukan sekadar isu gereja ataupun masjid tapi apa yang ingin aku perkatakan ialah sikap masyarakat kita yang masih melabelkan bahawa golongan ulama seakan maksum dalam kata-kata sehingga sukar dikritik hanya kerana status ulama.Kecelaruan makin bersimpang siur diminda masyarakat Islam dan Melayu khususnya bila ada ulama yang terlibat dalam politik menggunakan imej ulama sebagai pendinding agar tiada apa lagi yang perlu disanggah dan ditegah.Mengeluarkan kata-kata untuk tujuan polititk dan mereka juga menghalalkan cara bagi mencapai tujuan politik.

P/S:Aku bukan anti ulama,tidak berserban atau berjanggut panjang tidak bermakna aku terlalu naif dan tidak tahu menilai.Pendirian politik dan kepartian adalah hak individu dalam sebuah negara yang mengamalkan demokrasi tetapi Islam bukan milik individu dan bukan milik sesiapa yang ditakrifkan lebih Islamik dari segi pakaian.Dalam hati siapa nampak...


Tuesday, 10 April 2012

10 Wanita Cantik Yang Di Lahirkan Sebagai Lelaki

Sirapassorn Atthayakorn


Sekali pandang memang tak perasan,tapi selalunya kalau terserempak dengan wanita cantik sebegini takkan sekali pandang..mahu dua kali atau lebih atau mungkin sengal leher kerana terpaksa berpaling berkali-kali.Lumrah kehidupan yang cantik selalu mendapat perhatian tetapi sebenarnya manusia kadangkala ada yang tulin dan ada yang palsu.Kecanggihan teknologi perubatan moden memungkin apa yang selama ini dianggap mustahil.Lihat sahaj mereka2 yang dilahirkan sebagai lelaki tetapi setelah menjalani modifikasi luaran dan dalaman..ternyata hasilnya cukup membuatkan jantung si lelaki berdebar kencang takkala menatap mereka.

Sirapassorn Atthayakorn(AKA Samy)-gambar di atas adalah merupakan Ladyboy yang telah memenangi Miss International Queen 2011

Andrej Pejic


Warga Australian kelahiran Serbia Andrej Pejic ini merupakan seorang model yang mampu menggayakan dua  pakaian iaitu lelaki dan perempuan..Pada pertunjukan Paris Fesyen January 2011 beliau telah memperagakan pakaian Jean Paul Gaultier dan pakaina lelaki Marc Jacob.Beliau betrjaya menduduki tangga ke 18 dalam Model.Com.Top 50 bagi lelaki dan pada masa yang sama berada di tempat ke 98 Wanita Terseksi Majalah FHM World 2011

 Lea T.


Lea T merupakan rakyat Brazil yang salah seorang model transeksual yang terkenal dan dilahirkan sebagai Leandro Cerezo pada tahun 1981.Beliau sering menjadi model bagi jenama terkenal seperti Givenchy.link

Claudia Charriez


Sukar untuk mempercayai bahawa Claudia Charriez dilahirkan seorang lelaki, Transsexuality beliau tidak akan menghalangnya daripada menjadi model antarabangsa.Charriez telah memulakan karier sebagai model pada Next Top Model Amerika dan  Agensi Modeling TV Janice Dickinson pada tahun 2008, tetapi kemudian memenangi Next Top Model pertandingan transeksual Amerika Tyra Banks Show akhir tahun itu.link


 Isis King


Dilahirkan sebagai Darrell pada tahun 1985,merupakan peserta transgender American Next Top Model,rancangan realiti yang terkenal di Amerika yang terkenal dan menjadi peserta bagi dua tahun berturut-turut.link

 Florencia De La V


Florencia De La V,lahir di Argentina pada tahun 1976 sebagai Roberto Carlos Trinidad merupakan seorang pelakon transgender yang terkenal di dunia dan terlibat dalam pelbagai bidang pengiklanan,kelab dan pernah menjadi editor maajalah.Telah berkahwin dan mempunya anak kembar melalui ibu tumpang.

 Chamila Asanka


Model Sri Laka ini,Chamila(AKA Chami) merupkan pendatang baru dalam dunia model dan pernah menyertai
 Miss International Queen  2011.link

 Caroline "Tula" Cossey


Caroline Tula Cossey(AKA Barry Kenneth Cossey)adalah merupakan model transgender Inggeris yang terkenal di dunia.Beliau memainkan peranan kecil dalam filem James Bond "Daylight",menghiasi majalah Playboy dan pernah menulis autobiografi mengenai pengalaman beliau sebagi transgender dan pelakon dalam buku yang bertajuk "I am A Woman"

 Roberta Close


Model Brazil Roberta Close merupakan model pra pembedahan transgender pertama yg bergambar dalam majalah Playboy Edisi Brazil.Selepas menjalani pembedahan pada tahun 1989 beliau menyambung kerjayanya dan berbogel untuk majalah lelaki "Sexy" dan pernah di undi sebagai "Wanita Paling Cantik Brazil"

 Malika


Wanita India ini telah menjalani empat pembedahan dan prosedur lain yang tak terkira banyaknya dalam merealisasikan niatnya menjadi wanita.Pada tahun 2011 beliau menjdi wanita pertama India yang dipilih untuk bersaing dalam pertandingan tahunan Miss International Queen di Thailand iaitu suatu pertandinga kecantikan bagi golongan trasgender


P//S:Nak akhir zaman dah ni...

Monday, 9 April 2012

Jentik Menjentik Dalam Kehidupan


Jentik dan jentik-jentik adalah sesuatu yang berbeza.Jari selalu dikaitkan dengan menjentik tetapi itu tidak bermakna jentik hanya difahami dengan cara sedemikian.Bagi yang biasa menggunakan metafora dalam perlambangan bahasa jentik itu boleh di sifatkan sebagai sesuatu yang subjectif dan terpulang kepada maksud bersesuaian dgn keadaan.Apa yang mudah difahami perbuatan menegur atau mengusik dari segi bahasa,penulisan dan perbuatan juga boleh juga dikatakan dengan jentik.Selalunya yang menjentik itu meminta supaya apa yang dimaksudkan itu mendapat perhatian atau sekadar meluahkan rasa hati.

Si Ayah Menjentik Anaknya.

Ini biasa terjadi dalam bentuk hukuman yg dianggap ringan di atas kesilapan anak.Cuping telinga selalunya menjadi sasaran paling mudah dan bukanlah sesuatu yang luar biasa cuping telinga anak boleh lebam jika selalu membuat kesilapan.Kalau dah tak dengar kata..menarik telinga anak kira sadis agaknya..nanti kalau telinga macam ET siapa nak jawab jadi adalah lebih baik dipraktikkan jejari ayah terpaksa menjentik telinga anaknya kerana kata-kata nasihat dan teguran umpama masuk telinga kiri..keluar telinga kanan.Jentik jangan tak jentik..

Suami Isteri Jentik Menjentik

Dalam menjalani kehidupan rumahtangga jarang perbuatan menjentik dilakukan oleh suamu isteri,tak tahulah pula kalau ada suami yang tergamak jentik telinga si isteri tetapi kalau suami atau isteri saling menggigit telinga tu aku pernah lah dengar..tetapi itu mungkin gigitan romantis.Kebiasaannya, menjentik perasaan isteri oleh suami adalah sebagai cara protes ,dari segi perbuatan mungkin dengan cara merajuk..buat-buat tak nak makan bila isteri mengajak makan bersama..buat-buat tidur bila si isteri merengek-rengek manja minta dibelai sewaktu dibilik tidur..dan begitu juga mungkin bagi pihak isteri yang muka muncung je..tak senyum langsung sepanjang hari gara-gara terbaca SMS berbaur cinta dalam Hand phone si suami dan segala macam tindakan protes dengan niat ingin menjentik hati pasangan masing-masing supaya menyedari kesilapan.Sindir menyindir juga mungkin berlaku seperti,

"saya tak suka makan madu walaupun baik untuk kesihatan"ujar isteri kepada si suami yang selalu pulang lewat ke rumah.
@
"Hantu Mak Limah dengan awak tu sekampung ke..saya tengok rambut awak sama je"ujar si suami bila melihat rambut isteri yang lebih kurang sama mengerbang.

Rakyat Menjentik Pemimpin

Ianya adalah gambaran ketidakpuasan dalam pelbagai tindakan dan melalui pelbagai cara..kata-kata,penulisan atau perbuatan.Rakyat terjentik hati untuk menjentik pemimpin  supaya denyut nadi mereka didengari kerana pemimpin biasanya hanya mendengar keluh kesah rakyat marhain hanya ketika semboyan pilihanraya kedengaran.Menulis dengan cara aneka cara melalui media baru atau lama mengharapkan dapat menjentik telinga dan hati pemimpin.Dan kalau itu tidak dapat menjentik hati mereka,peti undi adalah cara menjentik yang paling mustajab.


P/S:Kredit untuk PPU Maran di atas gambar di atas.Aku terpanggil buat entry ini bila melihat Pertandingan Carrom Jelajah Santai PPU.Menyaksikan ramai orang menjentik buah carrom,tetapi mungkin sekadar menjentik untuk riadah,hubungan sosial atau memang tabiat orang kita yang suka menjentik tetapi tidak suka dijentik atau mungkin suka menjadi jentik-jentik daripada selalu di jentik.


Saturday, 7 April 2012

Wajah Baru zulcomz.blogspot Sedang Di Kemaskini..Sabar Ye...


Bagi memenuhi selera aku dan selera anda semua,aku nak minta berbanyak ampun dan maaf walaupun hari raya lambat lagi tapi bukan bermakna tak boleh nak minta maaf.Sebenarnya  zulcomz.blogspot sedang menjalani proses menaik taraf untuk kepuasan hati pengunjung yang singgah bertandang.Seandainya kita melalui jalanraya di sekitar Malaysia pastinya bukan asing bagi kita terjumpa perkataan :Harap Maaf..kerja-keja sedang dijalankan,sebarang kesulitan amat-amat dihargai.Lebih kurang begitulah apa yang sedang aku lakukan,mencari sesuatu kelainan tetapi memilih dengan gaya dan citarasa terkini.Untuk mencari kesempurnaan total adalah mustahil namun aku sedang sedaya upaya menggodek di sana sini supaya memuaskan hati semua pihak.
Aku baru sahaja menukar template dan aku harap penampilan baru ini lebih nampak segak bergaya,lemak berkrim disukai ramai.Namun seperti tikus sedang membaiki labu tentunya aku berhadapan dengan pelbagai masalah teknikal disini sana serta memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikan masalah berkaitan.

Harap Maklum

Kesulitan Amat Di Kesali

P/S:Aku baru sahaja berjaya menghantukkan kepala aku ke dinding jiran sebelah bagi melegakan sakit kepala memikirkan masalah template ini yang cukup membuatkan aku 
bercakap sorang-sorang.

Thursday, 5 April 2012

7 Negara Yang Mempunyai Kelajuan Internet Paling Pantas

Sebagai pengguna Internet antara faktor utama yang mempengaruhi perkembangannya ialah kelajuan capaian internet.Kalau internet macam siput seperti di Malaysia ni memanglah menyakitkan hati terutama pada waktu-waktu kemuncak dan kawasan yang mempunyai kepadatan pengguna yang tinggi.Bukan nak merendahkan kemampuan negara sendiri tetapi cuba bandingkan dengan negara-negara yang saya sebutkan dibawah dan jika kita berada di sana..dah tentu kita terperanjat kerana dengan hanya satu klik sahaja semuanya akan muncul dengan pantas tanpa perlu menunggu sambil mengorek-ngorek lubang hidung untuk menghilangkan kebosanan.Itu belum kira breakdown servis yang kerap berlaku.
Akamai ,sebuah organisasi yang memantau kelajuan internet diseluruh dunia telah mengumpul data mengenai internet melalui laporannya bertajuk "State Of Internet"meruumuskan 7 negara yg mempunyai capaian internet paling laju didunia.

Switzeland



Sebuah negara Eropah yang terkenal dengan jam yang mempunyai kualiti ini mempunyai kepantasan capaianpada purata 7.3 Mbps.Pada kelajuan sebegini ianya cukup pantas walhal pengguna internet berada dalam lingkungan 5.8 juta pengguna

Republik Czech

Republic Czech memiliki kepantasan capaian internet pada purata kelajuan 7.4 Mbps dan ianya sebuah negara yang cukup maju dalam aktiviti perhubungan kerana negara ini mempunyai pelanggan Wi Fi terbanyak di Eropah



Latvia

Walaupun ia adalah sebuah negara yang kecil namun penduduk negara ini berpuas hati dengan kelajuan internetnya dan menurut Akamai kelajuan internetnya pada sekitar purata  8.2 Mbps








Belanda

Adalah tidak menghairankan bagi sebuah negara maju seperti Belanda yang lebih di kenali dengan negara Kincir Angin dengan purata 8.5Mpbps.Kebanyakan penduduk di Belanda mempunyai akses kepada Internet iaitu pada sekitar 92%.









Jepun

Negara yang di kenali dengan pelbagai gelaran seperti Negara Matahari terbit dan ada juga  menggelarnya Negara Sakura memang terkenal dengan kemajuan teknologinya dan bukanlah sesuatu yang menghairankan jika mereka juga mempunyai kelajuan internet pada sekitar 8.9 Mbps






Hong Kong

Negara yang merupakan sebuah negara bekas Wilayah China ini mempunyai pengguna internet sekitar 4.9 juta.Dan rakyat Hong Kong ternyata mereka pasti berpuas hati dengan kelajuan internet pada sekitar 10.3 Mbps








Korea

Rakyat di negara Korea pasti berbangga kerana mereka adalah negara yang mempunyai kelajuan internet yang paling pantas.Dengan kemudahan internet yang disediakan kerana kelajuan internet di sini cukup mengkagumkan iaitu pada sekitar 13.8 Mbps







P/S :Boleh aku nak gelak kejap..hahahahahahaha..jangan marah sebab menurut Akamai pada laporannya tahun lepas kelajuan purata internet di Malaysia pada sekitar 1.6 Mbps.Memanglah kalau nak dibandingkan dengan Kandahar kita lebih maju tetapi cuba bandingkan dengan negara Asia spt Korea..maluuuuuuu

Tuesday, 3 April 2012

Gambar Jambatan Tertinggi Di Dunia


 Jambatan Suspension Bridge Anzhaite Ddi Jishou,Hunan ,China sedang dalam proses kerja-kerja akhir.Dengan ketinggian 1102 kaki dan panjang 3858 kaki,ia bakal menjadikan jambatan gantung tertinggi di dunia menunggu masa untuk di buka secara rasmi.


              Ada berani.. seorang pekerja sedang melakukan kerja pembersihan    

  tak makan seminggu pun aku tak sanggup wat kerja ni






P/S:Aku sebenarnya lebih tertarik dengan pekerja yang melakukan kerja pembersihan..menyapu sampah cam meyapu sampah belakang rumah,takde safety langsung.Tak gayat pun..aku panjat pokok rambutan pun tak sampai 5 minit dah nak turun..tak sanggup..

Lelaki Ni Kalau Depan Isteri Pijak Semut Pun Tak Mati..errrhmm..!


Bila terdengar orang berkata sedemikian aku memikirkan berkali-kali kebenarannya secara simbolik dan realitinya.Orang Melayu memang selalu sinis dalam menterjemahkan perlakuan manusia.Apakah tiada binatang lain untuk dijadikan contoh sebagai mangsa kekejaman lelaki atau adakah lelaki digambarkan sebagai seorang yang suka menganiaya binatang.Suka memijak semut yang kecil.Diandaikan lelaki pijak semut pun tak mati ianya bermakna betapa lelaki memandang semut dengan penuh kasih sayang..semut bukanlah lawan lelaki.

Lelaki yang berpura-pura..?

Berpura-pura kerana apa...ohhh..kalau depan isteri si suami cukup cover line..takut tembelang pecah,bukan ape sebenarnya lelaki ni dia bukan cam perempuan yang memang suka dengan sikap menunjuk-nunjuk.Memang dia tahu dia handsome dan mempunyai kebolehan dalam hal menawan hati perempuan lain selain dari isterinya tapi mungkin juga dah menjadi amanah tok guru yang ilmu tu kalau menunjuk-nunjuk di depan orang,lama-lama tak menjadi.

Lelaki itu Seorang Yang Pemurah

Bila si suami dikaitkan dengan kecurangan,jari telunjuk tanpa segan silu dan rasa bersalah di halakan kepada sikap lelaki yang miang,gatal,hidung belang dan yang perkataan yg sewaktu dengannya.Lelaki itu pemurah sebenarnya..sanggup menyediakan ruang-ruang,parking lot malah kondominium di dalam hatinya jika ada wanita2 yang memerlukan tempat untuk berteduh dan menumpang kasih  .Dasar pintu dan tingkap hati yang sentiasa terbuka untuk wanita ini menjadikan hati lelaki ni akan sentiasa segar kerana dikunjungi ramai wanita yg ingin berkebun dan bercucuk tanam.Kehijauan di taman hati menjadikan lelaki lebih ceria tanpa perlu menonton Upin & Ipin untuk membuatkannya tidur dalam senyuman.Dan itu semua adalah penawar bagi segala penyakit.

P/S :Kalau isteri melihat si suami tidur sambil tersenyum itu tandanya ,suaminya mungkin panjang umur..takde masalah la katakan..lalalalalalalalala.....


Monday, 2 April 2012

Gambar Faiqah Azizan Pelopor Gadis Tarian Tiang Melayu 25 Hinggit


Tarian tiang ni bukanlah acara sukan sekolah atau senaman mematikan ternakan di perut tetapi acara yang paling digemari oleh si lelaki hidung belang.Tarian ini dijangkakan akan menjadi ikutan tak lama lagi kerana di Malaysia sesiapa yang melakukan tarian bukanlah merupakan kesalahan besar kerana seorang gadis Melayu bernama Faiqah Azizan  24,bersama dua lagi rakannya Faiqah Azizan, 24; Nurul Huda Abdul Rahman, 23, dan Nooranishah Mohamad Isa, 19, cuma di denda RM 25.00. oleh mahkamah kerana berkelakuan kurang sopan di sebuah pusat hiburan di sekitar Nilai Negeri Sembilan.Berita penuh sila klik


Itu sudah keputusan mahkamah.No komen tapi apa yang menariknya pastinya selepas ini aksi sebegini akan menjadi ikutan kerana pendapatannya yang dikira lumayan sedangkan denda cuma RM 25.00.Mari kita roll gambar-gambar pelopor TYarian Tiang Melayu ini.Amacam....jangan merasa terancam...













Cuma luak sekeping je yang dalam beg tu...Ingat nak buat pool lah...leh tak...


Cun tak..?
 
 
 
 

  
pollcode.com free polls 

P/S :Aku ingat aku pun nak buat tarian jugak lah.Tarian Tiang Letrik TNB.Belit belitkan badan kan tiang Elektrik TNB tu..agak-agak ada orang nak tengok tak aku

Credit : SINAR HARIAN
                        pilihan-anda.blogspot.com

Sunday, 1 April 2012

Gambar Sekitar Bangunan Terkenal Di Dunia Bergelap Sempena Earth Hour 2012-


Semalam adalah hari yang paling sibuk bagi aku kerana terpaksa bergegas ke merata bandaraya utama di seluruh dunia bagi merakamkan gambar-gambar menarik sempena Earth Hour 2012 dalam usaha bagi memupuk kesedaran makhluk2 kat atas mukabumi tentang perubahan iklim dunia.Dua tiga kali isi minyak kapal terbang..sampai terpaksa guma minyak masak dan minyak dagu bagi menyaksikan fenomenan lampu dipadamkan.Begitulah aku..betapa seriusnyanya..korang tak tahulah camne..abis naik kapalterbang,naik bot..tukar pulak sampan dan bila penat mengayuh aku tumpang buaya untuk sampai ke destinasi bagi sama-sama menyahut cabaran kahwin sorang lagi...ehrrh..silap..menyahut cabaran Earth Hour 2o12 dan seperti dirakamkan gambat-gambar adalah seperti dibawah.Kalau korang tak heran dengan gambar-gambar bangunan tersebut paling kurang tengok lah puas-puas gambar tu sebab aku bawak korang melancung secara percuma...alah cam aku tak tahu korang bukannya pernah sampaipun...kih..kih..kih...!


Lampu di malapkan di kebanyakan bangunan pencakar langit di Sydney


Parliment Britain dilihat dari sudut River Thames


Eiffel Tower yang bergermelapan di waktu malam dan gelap seketika sempena Earth Hour 2012

Nasib baik lah kira cekap  bawa  kapalterbang..sikit lagi aku nak terlanggar Eiffel Tower tu,aku ingatkan pokok kelapa sawit..saje aku intai-intai dari kapalterbang kalau-kalau aku ternampak Lisa Suriani tengah memadu asmara dengan Yusri kat bawah Eiffel Tower tu....bukan jelous..cemburu je...huhuhuhu

P/S:Padamkan lampu elektrik yg berlebihan 
Kurangkan cakap secara berlebihan
Kurangkan makan bagi menjaga perut yg berlebihan



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...