ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Gambar Polis Di Belasah Perusuh BERSIH 3.0-Layakkah Mereka Ini Memimpin Negara? | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Saturday 28 April 2012

Gambar Polis Di Belasah Perusuh BERSIH 3.0-Layakkah Mereka Ini Memimpin Negara?


Apakah ini bentuk masyarakat yang ingin dilahirkan oleh BERSIH pimpinan hasil cetusan ilham Ambiaga dan disambut mesra oleh Pakatan Pembangkang.Tiada lagi Kesetian Kepada Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan dihati-hati mereka yang dikatakan BERSIH tapi penuh dengan kebencian,keegoan dan kerakusan ingin berkuasa tanpa mendengar suara majoriti.Jika beginilah sikap mereka,apa akan terjadi jika mereka yang menjadi majoriti..nescaya suara minoriti akan berkubur dan di nesankan dalam demokrasi ciptaan mereka.

Kejadian ini berlaku di hadapan Komplek SOGO,bila kereta peronda Polis diserang peserta BERSIH angkara khabar angin yang disebarkan pada waktu itu dua orang peserta BERSIH mati dilanggar kereta peronda polis.Akibat sifat peserta BERSIH yang penuh dengan kebencian dan tanpa usul periksa mereka menyerang anggota polis berkenaan yang kebetulan lalu dihadapan Kompleks SOGO dan menterbalikkan kereta peronda tersebut.Akibat dari serangan tersebut anggota polis itu dilaporkan cedera parah dan di hantar ke hospital bagi menerima rawatan.Senjata mereka juga telah dirampas oleh perusuh BERSIH namun telah ditemui semula oleh pihak berkuasa.







P/S :Aku ingin mencadangkan kepada pihak polis jika berlaku sesuatu yang buruk kepada polis yang diserang perusuh BERSIH tersebut,anggota polis di semua negeri di bawah Pakatan Pembangkang perlu ambil cuti sebagai tanda protes.Kita nak tengok,polis ambil cuti seminggu pun dan cukup,bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat nak jaga ketenteraman awam.Jangan jaga balai,jangan jaga jalanraya,jangan terima report,jangan tangkap penjenayah..pergi lah bercuti makan angin bawak anak isteri yang lebih menghargai mereka.

5 comments:

  1. Gamabar ni , diorang tolong polis yg cedera dalam kereta polis yg hilang kawalan tu.. driver kereta. dia tolong polis tu dapatkan bantuan. kenapa kamu nak jatuhkan fitnha plak dgn gamabr yg kamu tak tahu details tentangnya ? tahu dosa fitnah tu macam mana??

    ReplyDelete
  2. Tapi yang penting...segelintir mereka yang buat rusuhan ..Kenapa?

    ReplyDelete
  3. walau apa pun tujuan BERSIH ni..aku sangat tidak setuju. Walaupun segelintir yang buat rusuhan...tapi perbuatan seperti ini, mencalar nama Malaysia dan menjejaskan ekonomi.

    ReplyDelete
  4. Peserta BERSIH itu tidak sedar yg mereka telah membuat dosa besar,org yg bernafsu songsang tidak layak dijadikan pemimpin tapi mereka beria benar nak Anwar jadi PM pastu dlm perhipunan ketuanya pla Ambiga yg ternyata bkan Islam walhal dlm PR ada PAS yg smmgnya untuk Islam sahaja. Mereka nie smua bagai dirasuk syaitan, nasib baiklah ader segelintir perusuh tu baik dan tlg polis yg cedera.

    ReplyDelete
  5. Alamak berrooooooooo nk tulis pun biar complete beb.. Gambar yg org melambung-lambung kena langgar dengan keta polis tu apasal tk letak sekali?? Gambar budak2 yg kena langgar diusung keluar dari depan keta tu apasal tk letak sekali? Bab merusuh aku ttp tk setuju... Tp bab fitnah lagi aku tak setuju... Bab tibai duit rakyat?????? Sampai kiamat aku tak halalkan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...