ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
PRK SUNGAI KANDIS CERMINKAN PILIHAN PENGUNDI PASCA PRU 14 | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Friday 20 July 2018

PRK SUNGAI KANDIS CERMINKAN PILIHAN PENGUNDI PASCA PRU 14


Pilihanraya Kecil Sungai Kandis (PRK) Selangor adalah PRK pertama selepas Pilihanraya Umum ke 14 . Umumnya sudah diketahuai akan kemenangan Pakatan Harapan di peringkat Persekutuan dan begitu juga di Negeri Selangor . Sungai Kandis akan sekali lagi kembali di hiasi bendera parti selepas PRU 14. Bukan sahaja kibaran bendera tetapi hingar bingar PRK akan lebih tersa berbanding PRU kerana ketika ini semua jentera parti di peringkat pusat akan berkampung di Sungai Kandis dengan satu harapan meraih kemenangan.


Barisan Nasional telah pun mengumumkan calon yang akan bertanding pada PRK Sg Kandis kali ini dengan meletakkan Dato Lokman Noor Adam hari ini. PKR juga semalam telah mengumumkan akan bertanding mempertahankan kerusi Sg Kandis dengan membawa muka baru Zawawi Ahmad Mughni. Dijangkakan pada PRK yang akan diadakan pada 4hb Ogos ini akan meyaksikan pertandingan satu lawan satu apabila PAS mengumumkan tidak akan meletakkan calon mereka kali ini.

Jika dilihat dari keputusan PRU 14 yang lalu ,PKR ternyata gah pada pandangan mata kasar dengan kemenangan majoriti yang meyakinkan namun situasi pada PRK adalah berbeza apatah lagi dengan situasi politik terkini Kerajaan Pakatan Harapan yang sedang berhempas pulas meyakinkan rakyat akan akujanji Manifesto Pakatan Harapan menjelang 100 hari yang semakin sukar ditunaikan. Pertandingan 2 penjuru kali ini akan menyaksikan peluang Barisan Nasional adalah lebih terbuka .

Jumlah pengundi di DUN Sg kandis berjumlah 50,800 dengan komposisi Melayu 71.54%, Cina 11.67%, India 15.62% dan Lain lain 1.16%. PKR Melalui calonnya Mat Suhaimi Shafei telah memperolehi majoriti12,480 undi dengan mendapat 23,998 undi mengalahkan pencabar terdekat BN yang diwakili Datuk Kamaruzaman Johari dengan 11,518 undi , PAS melalui calonnya mendapat 7,573 manakalaPSM yang diwakili Hanafiah Husin dengan 76 undi sahaja.

Melihat kepada keputusan PRU 14, BN kali ini pasti meletakkan harapan yang tinggi dengan meletakkan Dato Lokman Noor Adam seorang ahli politik yang cukup dikenali dengan sejarah penglibatan politik yang sudah barang tentu tidak boleh dipandang mudah oleh PKR selaku penyandang kerusi DUN Sungai Kandis


BIODATA RINGKAS
CALON BN PRKN49 SUNGAI KANDIS
DATO’ LOKMAN NOOR BIN ADAM

Pendidikan :

1. Master of Management dari Universiti Tun Abdul Razak.

2. Diploma Siyassah Syarriah dan Kepimpinan Islam dari Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam.

Pengalaman :

1. Mula melibatkan diri dalam arena politik seawal usia lima belas tahun.
2. Ketua Pemuda UMNO Cawangan sejak berumur 18 tahun (1991)
3. Setiausaha Majlis Kebudayaan dan Kesenian Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, AJK Majlis Pembangunan Luar Bandar dan AJK Majlis Sains dan Teknologi Pemuda UMNO Malaysia (1996-1998).
4. Dipecat dari UMNO tahun 1998 kerana menegur Tun Dr Mahathir dan merupakan seorang pejuang keadilan dan hak asasi mulai detik tersebut. Pernah dilokap sebanyak 8 kali kerana mengepalai siri demonstrasi mempertahankan hak bersuara dan berhimpun serta memperjuangkan pembebasan Dato Sri Anwar Ibrahim yang dizalimi oleh Tun Mahathir.
5. Pada tahun 1998 beliau ditahan dibawah ISA selama 2 bulan, manakala pada tahun 2001-2003 ditahan dibawah ISA selama dua tahun dua bulan.
6. Dilantik sebagai Ketua Pemuda Keadilan Johor yang pertama Tahun 1999 dan dipilih sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Keadilan dalam pemilihan pertama parti tersebut.
7. 2004 beliau telah dipecat dari Keadilan kerana telah menegur Ketua Pemuda Keadilan ketika itu, Ezam Md Nor.
8. 2006 menyertai Umno Bahagian Shah Alam.
9. Exco Pemuda UMNO Shah Alam dan Exco Pemuda UMNO Malaysia (2008-2013)
10. Pengerusi Unit Pidato Pemuda BN dan UMNO (2009-2013)
11. Panel Pemikir Penjenamaan Semula BTN (2016)
12. Ahli Badan Pemikir Penerangan UMNO Malaysia (2016-2018)
13. Panel Pemikir Jabatan Hal Ehwal Khas (2010-2016)
14. Pengarah Komunikasi, Kementerian Kewangan Malaysia (2016-2018)
15. Presiden Pemantau Malaysia Baru 2018.
16. Ahli Majlis Tertinggi UMNO 2018-2021)

Sekalipun di atas kertas BN optimis akan kemenangan pada PRK Sg kandis tetapi dengan lambakan isu isu Kerajaan PH yang sedang hangat diperkatakan seperti SST, hak istimewa Orang Melayu yang semakin terhakis, istitusi raja Melayu yang diperkotakkatikkan, Agama islam yang sering dipertikaikan, kenyataan Menteri PH yang mengelirukan dan banyak lagi isu yang menimbulkan keraguan tentang prestasi Kerajaan PH yang mengundang keresahan masyarakat Malaysia.

Dengan populasi pengundi Melayu yang merupakan majoriti dan tindakan PAS yang berlapang dada tidak meletakkan calon, pengundi Melayu harus memberikan kepercayaan kepada BN sebagai isyarat kepada Kerajaan PH akan kebimbangan masyarakat dengan situasi politik terkini tanah air. Sekalipun kemenangan BN tidak akan merubah apa apa kedudukan Kerajaan Negeri  Selangor yang dikuasai oleh PKR dan DAP, tetapi ianya adalah cermin kepada aspirasi pengundi Sg Kandis khususnya dan rakyat Malaysia amnya.




1 comment:

  1. Untuk bukti pencairan W / A: +6281617538564
    Nama ******* Neni Syahir
    kota: ******** Bandung
    jumlah pinjaman: ****** Rp5,5 miliar
    suku bunga: ******* 1%
    @Twitter ikuti sekarang: *********** @AasimahaLoan

    Saya adalah korban penipuan di tangan kreditor palsu. Saya kehilangan sekitar Rp.65.000.000 karena saya membutuhkan modal besar Rp. 5,5 miliar. Saya hampir mati, saya tidak punya tempat untuk pergi dan bisnis saya hancur, dan dalam proses itu saya kehilangan suami saya. Saya tidak tahan lagi. 4 November 2019, saya bertemu dengan seorang teman lama di sebuah restuarant di Bandung yang memperkenalkan saya kepada seorang ibu yang baik, Ny. AASIMAHA ADILA MEMILIKI PERUSAHAAN PINJAMAN, yang akhirnya membantu saya dengan pinjaman besar untuk membayar hutang bank saya. Tolong, bantu saya untuk berterima kasih kepada ibu-ibu Muslim yang memberikan perusahaan pinjaman besar milik sendiri, pemilik pabrik dan individu pribadi untuk meningkatkan kehidupan dan bisnis mereka. Saya juga ingin menggunakan kesempatan ini untuk menasihati sesama orang Indonesia. Jika Anda menginginkan pinjaman modal besar, Anda dapat menghubungi mereka dan melihat situs web mereka. Anda perlu tahu bahwa ada banyak scammer di blog ini yang tidak memiliki situs web di peta Google,. perusahaan pinjaman resmi AASIMAHA ADILA AHMED LOAN memberi saya pinjaman Rp5,5 miliar dengan tingkat bunga sangat rendah untuk 1% seiring dengan pinjaman berjangka dengan persetujuan cepat dan pencairan mendesak. Jika Anda menginginkan kapita investasi yang besar dan Anda ingin membayar hutang Anda, segera terapkan dan berbahagia seperti banyak orang di sini.
                                          Batas aplikasi di bawah ini

    E-mail: *******aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com
    WhatsApp ::: ************ + 447723553516
    Email saya; ***************** nenisyahir@gmail.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...