ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: December 2015

Thursday, 31 December 2015

RUPANYA AHMAD MASLAN ADA SAKA.,HATI-HATI KUTUK DIA..!


Ini peringatan buat sesiapa yang sering mengutuk Ahmad Maslan kerana rupa-rupanya beliau memiliki ilmu yang tinggi juga.Jadi elakkan selalu menyebut dan menyeru nama beliau kerana mungkin dengan tiba-tiba beliau boleh muncul di belakang anda.

Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki bersama rakan-rakannya yang sedang menikmati makanan sambil bergossip perihal Ahmad Mazlan yang sering mendapat perhatian berikutan kenyataan beliau yang agak kontroversi.


Sedang lelaki bersama rakan-rakannya asyik bergossip tentang Ahamad Maslan di sebuah kafe MITI, tak semena-mena bahunya ditepuk dari belakang dan takkala berpaling,alangkah terkejutnya beliau seperti di seru-seru Timbalan Menteri Ahmad Mazlan ada dibelakangnya.

Apa nak kata ...hanya tersenyum sipu malu-malu beruk lah..bak kata orang cakap siang pandang-pandang..cakap malam dengar-dengar...

Wednesday, 30 December 2015

GILIRAN TERENGGANU PULA HARAMKAN VAPE


Kerajaan Negeri Terengganu memutuskan untuk mengharamkan penggunaan vape atau rokok elektronik, bermula bulan depan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Osman Muda berkata, kerajaan negeri membuat keputusan itu, selepas bersetuju dengan keputusan Majlis Fatwa Negeri Terengganu yang mengharamkan vape.

Katanya, susulan keputusan itu juga, pihak kerajaan negeri akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan peniaga vape pada 3 Januari ini, bagi memberi penerangan lebih terperinci.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini




2 KERJA ANTARA ORANG BERJAYA BERIKAN HASIL,ORANG GAGAL BERIKAN ALASAN


Hanya kerana memberikan pendapat agar rakyat Malaysia bersedia melakukan dua kerja bagi menampung kenaikan kos sara hidup,Ahmad Maslan sekali lagi menjadi bahan jenaka,sinis,cemuhan,troll dan mungkin menjadi viral waktu ini.

Mudahnya untuk difahami jika cadangan tersebut datangnya dari orang lain selain dari seorang yang bernama Ahmad Maslan aka seorang Timbalan Menteri @ Ahli Parlimen @ Ketua Penerangan UMNO tidaklah heboh di perkatakan.

Jika dilihat dari sudut pandangan,ianya bukan lah dasar kerajaan,ianya hanya cetusan idea seseorang yg mempunyai kedudukan dalam masyarakat dan politik tanahair namun respon yang diterima banyak dipengaruhi emosi.

Pendapat.saranan,atau sesuatu idea kita boleh terima kita amalkan dan jika sebaliknya mengapa perlu kita melatah tak tentu pasal.Ianya bukan dasar kerajaan cuma saranan namun ada yang meletakkan kebencian berasaskan pertimbangan politik mengatasi segala-galanya.

Tidak ada salahnya jika kita sanggup melakukan dua kerja kerana ramai orang di dunia ini melakukannya.barangkali kisah yang di paparkan di bawah memberikan sedikit pengertian makna dua kerja :-


ANAK KAMPUNG TERBANG DI IBUKOTA

Saya sering ulang-ulangkan, saya anak kampung bagi mengingatkan diri asal-usul. Walau berapa tinggi sekali pun kita terbang, usah lupa rumput di bumi.

Oleh kerana saya anak kampung, saya faham susah-payah hidup. Ibukota begitu asing kepada saya sebelumnya. Saya menjejakkan kaki di Kuala Lumpur pada usia 18 tahun untuk mengambil ujian Bahasa Inggeris sebelum ke Amerika Syarikat.

Sewaktu awal bekerja dulu, saya naik bas sebelum Subuh dari Sungai Buaya untuk datang pejabat di Kompleks Pertama Kuala Lumpur. Apabila berpindah ke Sri Gombak, anak saya terpaksa ditarik keluar dari tadika kerana saya tak mampu bayar yuran. Sedang saya bekerja elok-elok, saya dibuang kerja akibat kegawatan ekonomi awal 1990an.

Saya lalui semua keperitan itu.

Alhamdulillah, usia mematangkan. Saya tidak mahu merungut dan menangis lagi. Cukuplah.

Atas sebab itulah mungkin, saya tidak merungut apabila melakukan dua kerja yang berat dengan satu gaji dan tanpa elaun tambahan.

Sambil saya pegang jawatan Pengarah Kanan TERAJU, saya juga jadi Pengarah Eksekutif INSKEN. Dua kerja (usah buat keloloh kata ini bukan dua kerja). Seperti yang saya tulis sebelum ini, saya mahu kaut ganjaran di Akhirat.

Sewaktu jadi Ketua Pegawai Eksekutif INMIND dulu, saya buat empat kerja. Selain jadi CEO, saya jadi perunding latihan di pelbagai jabatan kerajaan & swasta, perunding sosio-politik dan perunding media. Keempat-empat kerja ini ada gaji dan elaun berasingan. Empat kerja, bukan dua.

Ah, dia di jawatan pengurusan, bolehlah buat begitu, kata sang pemberi alasan. Ayat sedemikian memang boleh dijangkakan.

Sewaktu belajar dulu, saya hanya terima biasiswa US$405. Tak cukup untuk nak sara dua orang anak. Selain belajar, saya juga bekerja di kedai buku dalam kampus, menghantar Domino's Pizza dan cuci tandas di Delmar Corporation - kesemuanya pada masa yang sama. Itu tiga kerja, tak termasuk "kerja" belajar.

Walaupun sudah berada pada tahap ini, saya tidak pernah mahu hidup selesa. Keselesaan ini tidak lama. Sampai waktu, ia akan pergi.

Saya bertolak ke pejabat pukul 630 pagi dengan memilih jalan tanpa tol. Saya boleh menggunakan tol Bukit Jelutong dan keluar sama ada di Damansara, Kota Damansara atau Jalan Duta untuk ke pejabat.

Sebaliknya, setiap pagi saya ambil Jalan Sungai Buloh melalui Kampung Melayu Subang, menuju Jalan Surian dan ke pejabat. Saya tak bayar apa-apa tol.

Dalam perjalanan ke tempat kerja, saya singgah sarapan di sebuah gerai di Kampung Melayu Tambahan.

Bukan saya tidak boleh makan di Starbucks, Teh Tarik Place atau Old Town Kopitiam, tetapi saya memilih gerai ini bagi memberikan sokongan kepada pasangan suami isteri yang membesarkan empat orang anak-anak yang saya lihat sentiasa bersama mereka di gerai.

Bagi kebanyakan kita, sarapan RM4 - RM5 itu mungkin tidak besar, namun ia amat bermakna bagi mereka sekeluarga.

Kita boleh memilih untuk merungut dan meratap nasib. Saya sudah lalui kesemua itu. Saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

Saya tahu apabila kita dilahirkan dalam keluarga susah, kita hanya ada satu pilihan iaitu berjuang sekiranya mahu ke hadapan.

Saya tahu apa saja pendapatan saya hari ini, ia bukan untuk diri sendiri semata-mata. Saya perlu menyara keseluruhan perbelanjaan kedua-dua keluarga ibubapa dan mentua di samping beberapa orang ahli keluarga OKU yang lain. Mereka bergantung kepada saya pada setiap bulan.

23 Januari ini, genap usia saya 52 tahun. Saya sudah cukup dewasa. Kepada anak muda, ingatlah, orang berjaya berikan hasil, orang gagal berikan alasan.

Sebagai anak kampung di ibu kota, saya tidak mahu beri alasan. Saya tak kisah dua, tiga atau empat kerja. Saya tidak peduli merempuh jalan tanpa tol.

Apa yang penting ialah saya ingin terbang dan terbang tinggi!

TUAN IBRAHIM :POTONG GAJI MENTERI,GAJI MP DAN ADUN PAS MACAM MANE?



Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man tiba-tiba mendapat geliga untuk di kongsi bersama rakyat Malaysia apabila mengemukakan cadangan supaya memotong gaji Menteri dan mengecilkan saiz kabinet Malaysia .

Reaksi beliau berikutan cadangan yang diberikan oleh Ahmad Mazlan agar rakyat Malaysiaa melakukan dua kerja bagi menampung kenaikan kos sara hidup.

Alasan yang diberikan seperti diberitakan "Rakyat perlu dibebaskan daripada menampung kerajaan yang'high maintenance' kerana sikap perbelanjaan pemimpinnya yang boros, membazir dan tidak ekonomi," katanya pada kenyataan media.

Sebagai orang No 2 dalam parti Timbalan Presiden PAS sepatutnya beliau terlebih dahulu menunjukkan kesungguhan parti PAS melalui 21 YB Ahli Parlimen dan 85 YB Ahli Dewan Undangan Negeri memotong gaji mereka.

Namun ini semua cakap tidak serupa bikin bilamana Parlimen menaikkan gaji Ahli Parlimen dan begitu juga Dewan Undangan Negeri di kebanyakan negeri termasuk yang dikuasai Pakatan Pembangkang menaikkan gaji ADUN,tiada bantahan malahan semua YB dari kalangan parti PAS menyokong kenaikan gaji serta elaun selari dengan keperluan YB dalam memenuhi keperluan semasa.

Mungkin sebab Tuan Ibrahim bukan seorang YB..maklumlah satu-satunya Timbalan Presiden parti yang dominan di Malaysia yang kalah dalam beberapa pilihanraya...maka cadangan lahir dari orang yang kecewa.

Begitu juga dengan saranan Tuan Ibrahim menyarankan agar  saiz kabinet Malaysia dikecikan perlu juga didahului dengan keikhlasan PAS mengecilkan penyertaan Ahli Majlis di Selangor yang diperuntukkan kepada PAS.

Selangor mempunyai 288 ahli majlis - 120 kerusi diperuntukkan kepada PKR manakala DAP dan PAS masing-masing mendapat 98 dan 70 kerusi.

Sekalipun mempunyai kerusi DUN Selangor sebanyak 15 kerusi sama dengan jumlah kerusi DAP,tetapi 'bermurah hati' hanya akur diperuntukkan 70 kerusi Ahli Majlis.

Adakah PAS rela mengecilkan saiz Ahli Majlis Selangor (70 ahli) seperti mana saranan supaya saiz kabinet Malaysia di kecilkan?




Tuesday, 29 December 2015

KERAJAAN ZALIM..! MAKIN RAMAI RAKYAT MALAYSIA MELANCONG KE LUAR NEGARA


Istilah kezaliman kerajaan Malaysia terhadap rakyatnya metafora paling kerap digunakan khususnya yang digunakan untuk menanam kebencian rakyat terhadap kerajaan.

Ianya akan diulang sekerap mungkin oleh mereka yang merasakan kezaliman adalah perkataan yang paling dekat dihati rakyat bagi menzahirkan rasa marah dan benci kepada kerajaan dengan harapan dan tujuan mencapai keuntungan politik.

Kerajaan Malaysia bukanlah sebuah kerajaan yang sempurna,namun ketidaksempurnaan itu tetap dibaiki dari semasa ke semasa berdasarkan kepentingan rakyat namun dalam pada masa yang sama kepentingan negara harus juga diambil kira.

Mungkin kezaliman itu dapat dilihat dan dimengertikan oleh mereka yang arif tentang makna sebuah kezaliman kerajaan yang menyaksikan peningkatan jumlah warganegara Malaysia yang kerap melancong seperti di petik dari artikel di bawah :-

ANTARA ramalan atau pandangan paling dinantikan penggiat industri pelancongan pada setiap akhir tahun adalah Kajian Niat Perjalanan Visa (Visa Travel Intentions Study), satu kertas kerja yang membentangkan analisis data daripada pelbagai sektor termasuk tren pelancongan secara keseluruhan dan berasaskan teknologi.

Awal tahun ini, syarikat perkhidmatan kewangan itu telah melakukan sesi bancian terhadap 13,603 pelancong dewasa dari 25 buah negara seluruh dunia mengenai niat dan pengalaman merekabagi tahun 2015 dan 2016. Data yang diperoleh kemudiannya dibandingkan dengan respon pelancong pada tahun 2013.
Maka berdasarkan maklumat yang diperoleh, dapatlah kami rumuskan 10 perkara:

1. Dengan purata 2.42 kali setiap seorang, pelancong paling banyak mengembara pada dua tahun kebelakangan ini berasal dari benua Amerika Utara dan Selatan. Bilangan pelancong paling rendah pula dari negara-negara Afrika dan Timur Tengah.

2. Peningkatan jumlah pelancong antarabangsa paling besar pada tahun 2014 dan 2015 adalah warga Asia Tenggara, Indonesia di tangga pertama dengan pertumbuhan 33% berbanding 2013, diikuti Thailand sebanyak 22% dan Korea Selatan (+21%).


3. Meskipun matawang ringgit jatuh sedikit tahun ini, namun kewangan rakyat Malaysia menampakkan perkembangan positif dengan pertambahan golongan yang melancong sebanyak 14% berbanding dua tahun sebelum ini.

4. Menariknya, dua negara yang mengalami penurunan mendadak bilangan pelepasan pelancong sejak 2013 adalah Mesir (turun 36%) dan Maghribi (turun 64%), namun pada masa sama turut menunjukkan minat untuk melancong ke luar negara pada tahun hadapan.

5. Walaupun semakin kurang melancong, warga Afrika dan Timur Tengah biasanya bercuti pada tempoh yang lama di satu-satu masa, dengan purata 13 hari setiap percutian, iaitu 5 hari lebih lama berbanding pelancong yang mengambil masa paling singkat untuk melancong iaitu orang Asia.
6. Pelancong daripada Saudi membelanjakan wang paling banyak setiap kali melancong dengan anggaran $5,866 (RM25211.19) setiap orang pada tahun 2015, manakala pelancong Malaysia paling cermat berbelanja, hanya $1,145 (RM4921.04).

7. Memanjakan diri mungkin salah satu sebab melancong, namun ianya bukanlah tujuan utama. Majoriti responden menyatakan niat melancong mereka untuk merapatkan hubungan bersama sahabat dan keluarga.

8. Amerika Syarikat mencatat bilangan kemasukan pelancong antarabangsa paling ramai namun Jepun telah melonjak ke tangga kedua, melepasi UK, Perancis dan China sejak tahun 2015.

9. Para responden menyatakan permandangan cantik sebagai sebab #1, selain faktor perbelanjaan, bagi memilih sesuatu lokasi pelancongan untuk tahun 2016.

10. Sebanyak 20% daripada bilangan pelancong memasang niat untuk gunakan ejen pelancongan dan khidmat lawatan persendirian pada tahun 2015, berbanding 2013 lalu.

Monday, 28 December 2015

APA PUNYA BENGAP NGA KHOR MING


Malang apa yang melanda penduduk Taiping yang memiliki Ahli Parlimen yang mempunyai taraf penguasaan Bahasa Malaysia yang sangat daif.

Selama umur 43 tahun menjadi rakyat Malaysia dan berkelulusan dari Universiti Malaya,adalah sangat memalukan bagi seorang yang bergelar Ahli Parlimen Taiping gagal menguasai Bahasa Malaysia.

Patutlah sahabat saya menamakan blognya sebagai Taiping Mali,seolah-olah memberkan gambaran betapa masyarakat di Taiping terkena tempias sosio budaya yang masih dipengaruhi pola taburan kaum yang mendominasi segenap aspek kehidupan.

Bukan sahaja sebagai Ahli Parlimen Taiping tetapi ADUN Kepayang,Nga Khor Ming masih totok dengan bahasa ibunda gagal meletakkan Bahasa Malaysia sebagai bahasa perpaduan.Sungguhpun 24% dari 22,098  orang pengundi berdaftar di DUN Kepayang dan 37% dari 78,148 Parlimen Taiping adalah Melayu,pelatnya masih melekat.

Bagaimanakah pengundi Melayu khususnya ingin berkomunikasi dan menyampaikan hasrat mereka jika lain yang ingin disampaikan tetapi lain pula jadinya...?

Harap harap pengundi di Parlimen Taiping dan di DUN Kepayang tidak di" batut "ular..?

PENGANTIN YANG TIADA TERUNA DAN YANG TIADA DARA


Musim cuti persekolahan ramai yang memilih untuk mengadakan pelbagai keraian.Kelazimannya di negara kita majlis berkhatan,bertunang dan tidak kurang juga yang mengambil peluang menamatkan zaman teruna dan dara.

Cuma yang kebelakangan ini ada dikalangan mereka yang menjadikan sesuatu yang bersejarah dalam hidup mereka untuk membuat kelainan dengan harapan akan diingati oleh diri mereka dan lebih penting mendapat perhatian masyarakat

Lantaran itu jika beliau ingin sangat popular dengan cara sebegitu,tidak salah diraikan dengan cara begitu.Apa perlunya pengantin yang dikhabarkan dari Kg Tanah Kebun Parit Buntar, Sufian & Shira memegang plakad yang menghina PM.

Kenapa perlu menjadikan isu RM 2.6 b sebagai plakad,sinis kah..?jenaka kah..?atau mahukan majlis persandingan mereka bakal viral satu Malaysia dengan menjadikannya sebagai lelucon abad ini..?

Nah..?jika itu yang mereka mahukan...kalau sudi menjual jangan salahkan orang lain yang membeli...semoga anda menjadi Pengantin Popular  abad ini..... 


Sunday, 27 December 2015

PERANAN ALUMNI PERLU DIPERLUAS


Alumni sekolah bukan sahaja perlu dilihat sebagai paltform untuk menyatukan mereka yang sezaman dan seumur tetapi perlu melangkau usia dan mereka yang berada didalam kelompok terterntu.Alumni sekolah kini semakin popular dan menjadi trend masakini apatah lagi dengan kemudahan dan akses duania tanpa sempadan yang memudahkan menghubungi rakan-rakan lama.

"Melalui reunion Alumni sekolah selain mengeratkan silaturahim sesama ahli,mereka juga harus kembali menyumbang kepada masyarakat samada dalam bentuk kewangan,gerakkerja mahupun buah fikiran sebagai menghargai tempat di mana permulaan kejayaan mereka selama ini".

"Bagi mereka yang telah berjaya di dalam kehidupan,kembalilah menyumbang kepada sekolah mahupun masyarakat di kampung halaman sebagai tanda ingatan dan terima kasih.Sememangnya sedikit sebanyak sekolah di kampung halaman kita telah membantu kejayaan yang dimiliki".

"Bantulah mengikut keupayaan masing-masing dengan harapan ianya dapat memberikan manafaat buat semua pihak."ujar YB Dato'Shahaniza Shamsuddin ,Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Temasya Sukan Rakyat Kg Desa Anggerik Felda Jengka 1 Maran Pahang yang dianjurkan oleh Alumni Reunion 1975 SKJ01.

Beliau juga amat berbangga dengan peranan yang dimainkan oleh Alumni SK0J1 1975 yang berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti dengan perbelanjaan yang besar hasil sumbangan ahli tanpa bantuan mana-mana pihak.

Program selama dua hari yang bermula ada 25hb Disember itu dimulakan dengan Perarakan Maulidul Rasul,pertandingan mewarna,ceramah perdana,malam kebudayaan Islam,cabutan bertuah,sukan rakyat,pertandingan karaoke disamping menyediakan pelbagai gerai jualan dan pameran bagi memeriahkan Temasya Sukan Rakyat Kg Desa Anggerik FELDA Jengka 1.

Seramai 130 pelajar yang lahir pada tahun 1975 serta 15 orang bekas guru SK Jengka 01 hadir memeriahkan majlis.

Pertemuan bersejarah Alumni 1975 SK Jengka 1 bersama bekas GB Tuan Hj Yusof Sulaiman(7 dari kiri) bersama YB Dato
Shahaniza (8 dari kiri) serta bekas guru yang hadir


Shahaniza bersalam mesra bersama mereka yang hadir di Temasya Sukan Rakyat Kg Desa Anggerik Felda Jengka 1


Acara memotong kek harijadi ahli Alumni SK Jengka 1 1975

Wakil Alumni SK Jengka 01 menyampaikan ucapan alu-aluan

Shahaniza sampaikan ucapan perasmian penutupan majlis

As Shahmi Abdul Samad penggerak utama program sebak ketika menyampaikan ucapan
  
Budi yang baik dikenang jua.Ahli Alumni SK Jengka 01 1975 menyampaikan cenderamata tanda kenangan kepada
bekas guru SK Jengka 01 1975.




Friday, 25 December 2015

HEBAT SANGATKAH IDRIS AHMAD NAK BUANG HAJI HADI?


Melayu Islam sering dalam dilema tiap kali percakaran politik dua buah parti dominan Melayu UMNO-PAS terjadi.Walaupun dalam landskap politik yang diperlihatkan di negara ini persaingan parti politik mewakili ideologi menyuburkan demokrasi namun akan tiba di suatu ketika warna-warni yang di terhasil umpama pelangi petang yang hanya indah di mata tetapi tidak berkekalan.

Seruan perpaduan ummah Melayu Islam ternyata mendapat reaksi yang pelbagai namun yang paling menyedihkan apabila bukan sahaja dipandang sepi malah ada diantara ahli politik yang meletakkan kepentingan peribadi melangkaui kepentingan ummah secara keseluruhan.

Manusia seperti Idris Ahmad sebagai contohnya antara pemimpin PAS yang jelas tidak gembira apabila pemimpin UMNO melalui Presidennya Najib Tun Razak menghulurkan tangan untuk membina perpaduan ummah Islam di Malaysia yang terancam dan diancam .

"Tinggalkan PAS jika ingin bergabung dengan UMNO.."antara kata-kata Naib Presiden PAS Idris Ahmad yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.Jelas menunjukkan betapa pemikiran jumud manusia seprrti Idris Ahmad melihat sesiapa yang ingin bekerjasama dengan UMNO harus ditunjukkan jalan keluar dari PAS.Dalam konteks ini pastinya yang menjadi kecaman pukul anak sindir menantu ialah Presiden PAS Hj Hadi Awang.

Sambil menolak sebarang kenyataan peribadi yang tidak mewakili parti Idris Ahmad seakan menunjukkan dia lebih hebat dari Presiden PAS.Adakah pandangan beliau "tinggalkan PAS jika ingin bergabung dengan UMNO" adalah pandangan peribadi dan bukan pandangan Naib Presiden PAS?Adakah kenyataan Hj Hadi Awang selama ini adalah kenyataan peribadi dan bukan kenyataan Presiden PAS?

Walaupun secara prinsipnya Presiden PAS Hj Hadi bersetuju untuk bekerjasma dengan perkara yang "dekat dengan tali Allah" tapi Idris Ahmad subuh subuh buta sudah menyalak.Entah apa yang ditakutkan.Apakah beliau bimbang sebarang kerjasama dengan UMNO hanya akan memendekkan penggal beliau sebagai YB Parlimen Bukit Gantang?

Mungkin sudah tergiang difikiran beliau sebarang kerjasama UMNO-PAS umpama kerajaan gabungan dengan PAS akan menyertai BN.Maka peluang beliau untuk bertanding atas tiket PAS pada PRU 14 adalah tipis sepertimana beliau hanya menang tipis di Parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 986 undi.

Daripada 71,257 pengundi di Bukit Gantang beliau boleh dikatakan di selamatkan oleh Tsunami pengundi Cina yang mewakili 25% di Bukit Gantang.Sikap berseteru dengan UMNO atau apa sahaja tindakan berbaik dengan UMNO akan meletakkan beliau hanya nyawa-nyawa ikan yang hanya bergantung kepada  undi Cina di Parlimen Bukit Gantang.

Mungkin peluang beliau bertanding sebagai Presiden PAS semakin cerah dengan cara menanam kebencian sesama umat Islam sesuai dengan Sarjana  Muda Dakwah yang diperolehi di UKM.




Wednesday, 23 December 2015

PROGRAM WAJA TINGKATKAN KESEDARAN KEGANASAN TERHADAP WANITA


JERANTUT 22/12/2-15 - Wanita di negara ini perlu lebih peka dan berusaha meningkatkan kefahaman dan kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita
seperti rogol,cabul kehormatan,keganasan rumahtangga,jenayah siber,gangguan seksual,keldai dadah,keldai akaun,pemerdagangan orang dan penyeludupan migrant.


Menyedari keperluan tersebut pihak kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga melalu Majlis Perwakilan Wanita Kebangsaan (MPWK) merangka pelbagai program bagi memberi dan menyebarkan maklumat kepada masyarakat tentang saluran aduan dan bantuan yang disediakan untuk mangsa keganasan terhadap wanita

"Berdasarkan statistik yang direkodkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Polis DiRaja Malaysia(PDRM) dari tahun 2010 sehingga 2014,sebanyak 13,238 kes rogol,7,807 kes cabul kehormatan dan 11,520 kes bagi keganasan rumahtangga melibatkan wanita"

"Kadar peningkatan kes keddai dadah dikalangan wanita kebelakangan ini amat membimbangkan.Berdasarkan statistik yg dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri sehingga 31 Mac 2011 sebanyak 833 orang rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara adalah berkaitan dengan kes dadah.daripada kes itu sebanyak 675 orang membabitkan lelaki manakala 158 orang adalah wanita".

"Manakala bagi kes gangguan seksual bagi yahun 2010 sehingga 2012 (januari- Oktober),sebanyak 377 kess gangguan seksual ditempat kerja telah dirujuk dan di siasat oleh Jabatan Tenaga Kerja sejak Kod Amalan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja dilaksanakan pada tahun 1999.Mengikut statistik PDRM,kes gangguan seksual yang merangkumi cabul dan rogol bagi 2012 dan 2013 keseluruhannya mencatatkan 75 kes membabitkan majikan,manakala kes melibatkan rakan sekerja pula sekali ganda iaitu 156 kes".

"Daripada jumlah itu,kes rogol membabitkan majikan sebanyak 27 dan 48 kes cabul.Bagi kes gangguan seksual melibatkan rakan sekerja pula menunjukkan 42 kes rogol dan 114 kes cabul"ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang sejurus merasmikan Program Jelajah Wanita Anti Jenayah (WAJA) di Dewan Banquet Majlis Daerah Jerantut di sini.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut ialah ceramah Ketrampilan Efektif dan Keterampilan oleh MPWK dan Ceramah Elah Jadi Mangsa dan Demontrasi Keselamatan Diri oleh En Saiful Hamiruzaman bin Mohd Hazir dari Kick Start

Program yang dihadiri 400 peserta serta Ahli Parlimen Jerantut YB Hj Ahmad Nazlan,YH Dato Siti Hajar Pengerusi MPWK Parlimen Jerantut,,YBhg Puan Haslina Bahasan Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang,YH Dato Khatijah Mohd Said Naib Pengerusi MPWK Parlimen Jerantut,Pengerusi JKKK,JPP dan ahli NGO.


YB Dato Shahaniza  menyampaikan ucapan perasmian
Program WAJA

YB Hj Ahmad Nazelan Idris

YH Dato Siti Hajar Mubin Pengerusi MPWK Parlimen Jerantut

Upacara memotong kek sempena pelancaran program

Antara pemimpin NGO dan JPP Parlimen Jerantut yang terlibat
 dalam program bergambar kenang kenangan

Sunday, 20 December 2015

USAHAWAN WANITA PERLU REBUT PELUANG


KUANTAN 19/12/2015 - Usahawan wanita perlu lebih berani mengambil peluang dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan untuk menambahkan pendapatan.Perubahan zaman menuntut golongan wanita berfikir bagaimana untuk memajukan diri.

"Bidang perniagaan yang terbuka luas dan wanita perlu meletakkan diri untuk tidak hanya sebagai pembeli tetapi mereka juga boleh menjadi penjual dengan menceburkan diri dalam bidang perniagaan".

"Faktor modal tidak boleh dijadikan alasan kerana pelbagai kemudahan pinjaman disediakan seperti TEKUN bagi menceburi bidang perniagaan tetapi keberanian dan kemahuan perlu ditanam di dalam diri".

"Golongan wanita merupakan pasaran yang berpotensi untuk diteroka apatah lagi bidang kecantikan yang semakin popular sekarang ini"ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.

Beliau berkata demikian sebaik sahaja ditemui selepas pelancaran Grand Stokis Pahang Q ISS Beuty di Kuantan Parade.Pada majlis pelancaran yang turut menampilkan Ifa Radziah sebagai Duta Produk itu pelbagai acara diadakan  antaranya seisi demontrasi penggunaan produk dan cabutan bertuah kepada pengunjung yang menggunakan produk kecantikan Seri Diva.





Saturday, 19 December 2015

KESAL SARANAN BR1M DI PAU 2015 DIPUTARBELIT


KUANTAN - Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin kesal dengan laporan berita pembangkang yang memutarbelitkan saranannya pada Perhimpunan Agung Umno 2015 baru-baru ini.

Shahaniza berkata saranan berkaitan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang diputarbelitkan itu telah menjadi viral di laman-laman sosial sehingga mengundang persepsi negatif masyarakat.

"Ucapan saya fokus kepada kelayakan penerima BR1M. Saya cuma memberi saranan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar diperhalusi kelayakan kerana terdapat mereka yang layak tercicir dan sebaliknya.

"Saya juga menyarankan agar dipertimbangkan cara pembayaran iaitu diberi bulanan termasuk dinaikkan jumlah. Jumlah RM500 sebulan adalah sekadar contoh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pelancaran Grand Stokis Produk Kecantikan Sri Diva di sini, hari ini.

Shahaniza yang juga Adun Kuala Sentul mengulas dakwaan sebuah portal yang mendakwa beliau mewakili Pergerakan Puteri Umno pada perhimpunan itu menggesa kerajaan menaikkan kadar BR1M.

Beliau menambah kenyataan itu juga tidak tepat memandangkan beliau tidak mewakili Puteri Umno semasa membahaskan ucapan dasar presiden. -

Friday, 18 December 2015

MINGGU MAKAN PANADOL SEPAPAN DAP BAK CACING KEPANASAN


Minggu yang cukup memeningkan kepala pemimpin pembangkang terutama DAP melihat rentetan peristiwa yang memaksa mereka mencari panadol meredakan kepala yang berdenyut-denyut.

Bermula dengan harapan Perhimpunan Agung UMNO 2015 dengan penuh harapan agar berlaku kacau bilau dan tidak terkawal ternyata meleset.Disangkakan gelombang kebangkitan Muhyiddin Yasin akan membawa tsunami di PWTC rupanya hanyalah angi-angin sepoi-sepoi bahasa Ribut di dalam cawan ,kopi tak tumpah cawan tak pecah.




Semalam pula di pentas yang sama dua pemimpin parti terbesar ummat Melayu menunjukkan bahawa perpaduan ummah merentasi sempadan ideologi.

Najib Razak sebagai Presiden UMNO yang juga Perdana Menteri Malaysia sekali lagi menghulurkan tali silaturahim demi perpaduan ummah Islam kepada pemimpin PAS Hadi Awang selaku Presiden PAS.

Sudah diketahui umum bahawa perbezaan ideologi antara PAS dan UMNO telah wujud sejak sekian lama dan PAS sendiri lahir dari perut UMNO namun ketika Islam diasak dari segenap sudut,iltizam pemimpin dua parti terbesar ummat Melayu adalah penyelamat kepimpinan Melayu di Malaysia.

Serangan bertali arus kepada ummah Islam di Malaysia khususnya perlu dilihat dalam kerangka yang lebih luas merentasi ideologi politik.

Institusi Islam yang dilemparkan dengan pelbagai tohmahan seperti Tabung Haji,JAKIM dan YAPEIM adalah merupakan agenda terselindung selain ancaman dari dalam seperti pendirian kumpulan G25 jelas menunjukkan gerakan yang mengancam kepimpinan Melayu Islam.

DAP yang jelas dari sejak merdeka merangka strategi untuk memecahkan dominasi kepimpinan Melayu melalui pelbagai cara.Kalau dulu melalui Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PAS,DAP dan PKR melalui keputusan PRU-13 yang menghasilkan 89 Ahli Parlimen PR, merangkumi 38 DAP, 30 PKR dan 21 PAS .

PAS perlu sedar telah di perkudakan dengan hanya memenangi 21 kerusi Parlimen sedangkan prestasi rakan mereka di dalam gabungan pembangkang meningkat dengan ketara jadi apa perlunya menoleh kebelakang lagi.

Antara intipati ucapan Najib Tun Razak di Majlis Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia semalam...

"Seperti ayat 103 surah al-Imran yang maksudnya berpegang teguh lah kamu dengan tali ALLAH dan jangan berpecah.

"Cuba kita kupas dan renung. Apakah pengertian ayat ini. Ayat ini bermula dengan perintah. Ini bukan pilihan, ini wajib. Makna bila ALLAH perintah, wajib kepada kita untuk ikut seterusnya menjurus kepada perpaduan. Dalam ayat itu juga ditegaskan jangan kamu berpecah belah.

"Maka saya ingin menyatakan bahawa saya mewakili kabilah saya dan tuan guru (Abdul Hadi) mewakili kabilah beliau supaya untuk berpegang kepada pengertian ayat ini dan bersatu," katanya.

Thursday, 17 December 2015

GEMPAR ....!MATI HIDUP SEMULA ORANG RAMAI BERTEMPIARAN LARI


Berita kematiannya cukup menyedihkan,sayu hati mengenangkannya apatah lagi beliau cukup di kenali dan disegani.Di zaman maklumat di hujung jari berita kematiannya begitu cepat tersebar dan pelbagai ucapan takziah tanda kesedihan membanjiri laman sosial.

Tapi tiba-tiba beliau hidup kembali setelah diistiharkan mati di media sosial.Begitulah zalimnya dunia media sosial yang boleh mengambil nyawa manusia dan menghidupkannya kembali.Namun itulah yang terjadi kepada seniman Tans Sri Jins Shamsuddin.

Berita kematiannya heboh di perkatakan hari ini.Namun ternyata ianya hanyalah berita palsu yang menjadi viral.Jika diamati sudah dua kali seniman Jins Shamsuddin dikhabarkan telah pun meninggal dunia dan kali pertama pada bulan July lalu.Kini bulan Disember sekali lagi berita palsu itu disebarkan.

Khabar angin kematian Tan Sri Jins Shamsuddin itu telah dinafikan oleh anaknya Hang Nadim menerusi akaun Intagramnya.

"Assalamualaikum..sy disini ingin sekeras-kerasnya MENAFIKAN tentang berita kematian ayh sy..Jins Shamsudin alhamdulillah masih lg sihat dan dipanjangkan umur lg..sama-sama kita doakan agr ayh ayh sy diberikan sehitan yg sempurna hingga ke akhir hayatnya," katanya.

Kesihatan bekas pengarah dan pelakon populaera 50an hingga 70an yang berusia 80 tahun itu sedikit merosot sejak memenghidap penyakit Alzheimer's sejak empat tahun lalu namun kita doakanlah beliau terus sihat dan bukan dengan menyebarkan berita yang tentunya mengguris perasaan keluarga beliau.

Dunia media sosial sekarang ini telah mematikan beliau sebanyak dua kali dan menghidupkannya kembali umpama mati hidup semula.

NGERI...! BAPA HANYA PASRAH LIHAT ANAK "DISEMBELIH"


Luluh hati bapa melihat anak lelaki kesayangan di perlakukan sedemikian namun apakan daya dia tak mapu menahan semua itu dari berlaku.Sekalipun suara jeritan mengerang kesakitan jelas kelihatan,si bapa hanya mampu berdoa.

Segalanya bermula di awal pagi,bila semua anak-anak remaja sekitar 12 tahun mula berkumpul untuk adengan sembelih di bahagian 'anu' sepertimana yang telah disyariatkan oleh agama.

YB Dato'Shahaniza menggunakan pancutan pili bomba sebelum
 kanak-kanak dikhatankan

Urusetia sibuk mendaftarkan peserta Khatan Perdana Parlimen 
 Maran Bersama ADUN Kuala Sentul

ADUN Kuala Sentul YB Dato'Shahaniza bersalaman dengan
ibubapa peserta sejurus tiba di majlis berkenaan

Imam masjid Felda Jengka 3 membacakan doa selamat majlis 

YB Dato'Shahaniza Shamsuddin memberikan ucapan sebelum
majlis bermula

Peserta Khatan Perdana Parlimen Maran Bersama ADUN Kuala Sentul
bergambar kenangan

Basah kesejukan namun penuh namun kegembiraan jelas terpancar
diwajah peserta

YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin memberikan saguhati tanda
kenang-kenangan kepada peserta.

Selesai sudah...selamat menempuh alam baru lelaki..syabas..!

Semua anak-anak yang terlibat telah berkumpul di Pusat Khidmat ADUN Kuala Sentul untuk pendaftaran,ucapan YB Dato'Shahaniza hj Shamsuddin ADUN Kuala Sentul,seisi taklimat oleh 'mudim'dari Kementerian Kesihatan berdekatan.

Kanak-kanak yang terlibat turut dimandikan dengan pancuran air bomba sebelum dikhatan seorang demi seorang.Seramai 69 kanak-kanak  telah berjaya di sembelih 'anu'nya pada hari tersebut.

Majlis Khatan Perdana Parlimen Maran Bersama ADUN Kuala Sentul YB,Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin ini adalah merupakan acara tradisi yang telah lama diamalkan

Ianya menjadi salah satu program khidmat masyarakat di samping menghidupkan semula budaya Melayu berkhatan beramai-ramai.

Segala perbelanjaan untuk proses khatan adalah ditanggung oleh MP Maran dan ADUN Kuala Sentul bertujuan meringankan sedikit sebanyak ibubapa yang ingin mengkhatankan anak-anak mereka.

Peserta khatan kali ini amat bertuah kerana proses khatan yang dijalankan menggunakan teknik baru dengan menggunakan laser dan bukan lagi seperti dahulu menggunakan gunting.

Selain dapat menjimatkan masa,teknik ini mungkin akan menyebabkan tiada lagi kanak-kanak yang akan lari bertempiaran sebelum dikhatankan kerana seram sejuk dan ketakutan melihat kilauan gunting yang tajam.

Wednesday, 16 December 2015

YAYASAN PAHANG KOMITED BANTU KECEMERLANGAN PELAJAR


MARAN 15/12/2015 - Seramai 17 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang didalam UPSR 2015 menerima sumbangan daripada Yayasan Pahang.Sumbangan berupa wang tunai dan sijil dari Yayasan Pahang itu disampaikan oleh YB Dato'Shahaniza bt Hj Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul.

Majlis penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar UPSR Yayasan Pahang itu diadakan di Pusat Khidmat ADUN Kuala Sentul di Felda Jengka 3,Maran Pahang.

"Pelajar yang cemerlang didalam Peperikasaan UPSR ini harus menjadikan sumbangan yang diberikan kepada mereka sebagai pembakar semangat bagi meneruskan kecemerlangan pelajaran.Proses kecemerlangan tidak harus terhenti di sini sebaliknya membulatkan tekad untuk terus cemerlang akademik dan sahsiah diri bagi menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat"ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin ketika berucap di majlis tersebut.

Sementara itu En Meor Ahmad Arif bin Meor Abdul Wahab Penolong Pengurus Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang ketika di temui selepas majlis tersebut berkata "Yayasan Pahang memberikan hadiah pelajar cemerlang adalah merupakan hadiah tahunan yang diberikan untuk semua pelajar cemerlang seperti UPSR SPM dan STPM,dan kali ini majlis diadakan khas untuk pelajar UPSR di DUN Kuala Sentul.

   



Friday, 11 December 2015

JANGAN BAGI PELURU KEPADA PEMBANGKANG


KUALA LUMPUR - Seorang perwakilan Umno hari ini meminta seluruh ahli Umno‎ agar tidak memberikan 'peluru kepada pembangkang untuk menembak Umno', yang akhirnya akan memusnahkan parti.

Wakil Umno Pahang, Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata sebaliknya, anggota parti perlu bersama-sama Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dan barisan kepimpinan untuk menyelesaikan masalah dalaman parti dan mengukuhkan Umno.

"Marilah kita perbetulkan keadaan ini. Jangan tunggu keadaan sudah terlambat. Kita yakinkan rakyat bahawa Umno masih menjadi harapan mereka," katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden pada hari kedua Perhimpunan Agung Umno 2015 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Shahaniza, yang juga Timbalan Ketua Umno Bahagian Maran, berkata yang paling penting sekarang adalah bagaimana mencari titik persamaan untuk menjernihkan kekeruhan yang menyelubungi parti. - 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...