ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: 1Malaysia
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1Malaysia. Show all posts

Monday, 4 January 2016

2 KERJA SAYA TAHU SUKAR HIDUP MEREKA,IBUBAPA SAYA JUGA PENOREH GETAH - AHMAD MASLAN


Persoalan kenaikan kos sara hidup sering dibincangkan dan menjadi fokus bagi segenap lapisan masyarakat kerana ianya menyentuh setiap inci kehidupan

Menjadi tugas dan tanggungjawab setiap individu memahami dan tugas dan fungsi masing masing.Namun begitu segala yang terbeban itu kini secara mudahnya diletakkan di bahu pemimpin politik semacam punca bagi setiap permasalahan berkaitan kenaikan kos sara hidup


Bermula dengan GST,nama Ahmad Maslan sering bermain di bibir warga Malaysia menerusi pelbagai kenyataan agak kontroversi.Terkini soal 2 Kerja bagi menampung kos sara hidup yang dikatakan menghimpit rakyat

Sebagai seorang Timbalan Menteri MITI,Ahmad Maslan begitu proaktif dalam menyuarakan idea sekalipun sering dipandang sinis tetapi menilai dari segi perspektif antara Timb.Menteri yang berani kehadapan untuk mencari penyelesaiaan.

Apa yang dinyatakan oleh beliau sering diambil dari luar kontek sedangkan apa yang dimaaksudkan adalah perniagaan atas talian atau online bussines boleh dilakukan selepas waktu bekerja..simple dan sangat mudah cuma terletak atas kemahuan mahu atau tidak itu sahaja.

Kerja sampingan itu boleh dilakukan pada waktu malam atau hujung minggu.

Formula "PKPK" iaitu pendidikan, kemahiran, produktiviti dan keusahawanan adalah untuk mengajak masyarakat berusaha bukan menekan masyarakat atau membebani mereka dengan kerja tambahan .

Antara lain kata-kata beliau seperti di petik dalam twitter beliau :-

"Saya tahu sukar hidup mereka kerana ibu bapa saya dulu penoreh getah dan saya tahu menoreh,” kata anggota parlimen Pontian itu


“#TambahPendapatan cari rezeki yang halal. (Sebanyak) 9/10 punca kekayaan daripada sumber perniagaan, pesan nabi. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih,”.

Jika ada yang berpandangan bahawa Menteri atau Timbalan Menteri hanya pandai berkata-kata kerana mereka tidak terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup tapi yang pastinya ianya bukan Ahmad Maslan Timbalan Menteri MITI yang pernah merasai kepayahan hidup anak peneroka yang menoreh getah sebelum berada di mana beliau berada sekarang.

Thursday, 17 December 2015

NGERI...! BAPA HANYA PASRAH LIHAT ANAK "DISEMBELIH"


Luluh hati bapa melihat anak lelaki kesayangan di perlakukan sedemikian namun apakan daya dia tak mapu menahan semua itu dari berlaku.Sekalipun suara jeritan mengerang kesakitan jelas kelihatan,si bapa hanya mampu berdoa.

Segalanya bermula di awal pagi,bila semua anak-anak remaja sekitar 12 tahun mula berkumpul untuk adengan sembelih di bahagian 'anu' sepertimana yang telah disyariatkan oleh agama.

YB Dato'Shahaniza menggunakan pancutan pili bomba sebelum
 kanak-kanak dikhatankan

Urusetia sibuk mendaftarkan peserta Khatan Perdana Parlimen 
 Maran Bersama ADUN Kuala Sentul

ADUN Kuala Sentul YB Dato'Shahaniza bersalaman dengan
ibubapa peserta sejurus tiba di majlis berkenaan

Imam masjid Felda Jengka 3 membacakan doa selamat majlis 

YB Dato'Shahaniza Shamsuddin memberikan ucapan sebelum
majlis bermula

Peserta Khatan Perdana Parlimen Maran Bersama ADUN Kuala Sentul
bergambar kenangan

Basah kesejukan namun penuh namun kegembiraan jelas terpancar
diwajah peserta

YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin memberikan saguhati tanda
kenang-kenangan kepada peserta.

Selesai sudah...selamat menempuh alam baru lelaki..syabas..!

Semua anak-anak yang terlibat telah berkumpul di Pusat Khidmat ADUN Kuala Sentul untuk pendaftaran,ucapan YB Dato'Shahaniza hj Shamsuddin ADUN Kuala Sentul,seisi taklimat oleh 'mudim'dari Kementerian Kesihatan berdekatan.

Kanak-kanak yang terlibat turut dimandikan dengan pancuran air bomba sebelum dikhatan seorang demi seorang.Seramai 69 kanak-kanak  telah berjaya di sembelih 'anu'nya pada hari tersebut.

Majlis Khatan Perdana Parlimen Maran Bersama ADUN Kuala Sentul YB,Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin ini adalah merupakan acara tradisi yang telah lama diamalkan

Ianya menjadi salah satu program khidmat masyarakat di samping menghidupkan semula budaya Melayu berkhatan beramai-ramai.

Segala perbelanjaan untuk proses khatan adalah ditanggung oleh MP Maran dan ADUN Kuala Sentul bertujuan meringankan sedikit sebanyak ibubapa yang ingin mengkhatankan anak-anak mereka.

Peserta khatan kali ini amat bertuah kerana proses khatan yang dijalankan menggunakan teknik baru dengan menggunakan laser dan bukan lagi seperti dahulu menggunakan gunting.

Selain dapat menjimatkan masa,teknik ini mungkin akan menyebabkan tiada lagi kanak-kanak yang akan lari bertempiaran sebelum dikhatankan kerana seram sejuk dan ketakutan melihat kilauan gunting yang tajam.

Tuesday, 17 November 2015

#DUNPAHANG KELAJUAN INTERNET PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA DI PERTINGKATKAN


Kemudahan internet untuk masyarakat luar bandar akan dipertingkatkan bagi memberikan peluang kepada mereka mendapatkan perhubungan yang lebih efisyen dengan dunia luar.

YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang berkata .."Kesemua Pusat Internet 1  Malaysia yang beroperasi di Pahang  menyediakan pelbagai kemudahan peralatan komputer dan multimedia terkini dengan capaian internet jalur lebar sehingga 4MBps."

"Berbagai peralatan yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia antaranya 20 buah komputer,mesin pendua 'photocopier',mesin pengimbas 'scanner',mesin pembalut 'laminate',skrin pintar 'smartboard',sistem penggera keselamatan dan juga sistem CCTV".

"Antara golongan sasar yang diambil secara kolektif dengan pembinaan Pusat Internet 1Malaysia ialah kawasan sasar luar bandar dan kumpulan sasar masyarakat miskin di bandar 'urban poor'"

"Bagi tujuan menaikataraf PI1M ,kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bercadang meningkat kelajuan capaian ainternet dari 4MBps sedia ada kepada 8MBps dengan menggunakan teknologi sambungan utama 'backhaul'gelombang micro atau gentian 'fiber optik'".


Perkara tersebut merupakan antara jawapan yang diberikan di Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang kali ke 13 Penggal ke 3 di Kuantan.


Thursday, 19 April 2012

Video PaLing Laris Di DownLoad Di Laman You Tube - Hanya Di Malaysia Sahaja - Wajib Tonton





Ada sesuatu yang menarik tentang video ini.Pastikan anda menontonnya kerana ia menggambarkan sifat orang Malaysia yang amat jarang kita jumpa dinegara lain didunia.Kenapa agaknya,mungkin juga inilah identiti Malaysia yang sedia ada dan akan menjadi budaya yang pada awalnya satu amalan yang dilihat dilakukan secara tidak sengaja dan lama kelamaan sepertinya menjadi kemestian pada setiap warganya seperti:

  1. Memakai baju jacket terbalik bagi penunggang motosikal adalah lumrah biasa di Malaysia
  2. Menggunakan telefon bimbit ala-ala hand free semasa menunggang motosikal
  3. Isyarat tangan yang cukup memberikan makna
  4. Panggilan Boss untuk sesiapa sahaja tak kira tempat
  5. Malaysia dipenuhi dengan orang yang Invisible..kejap ada,kejap takde..suka potong que
  6. Selera rakyat Malaysia seperti nasi lemak,satey,chaw kuey tiaw dan Milo Beng ,Malaysia Food Great
  7. Sentiasameminta potongan harga dan hadiah cenderamata setiap kali membeli barang
  8. Meminati peminat fanatik bolasepak EPL tetapi semangat Harimau Malaya tetap ada di dalam hati setiap warganya.
 P/S Satu je yang kurang cukup..tiada pelakon Melayu dalam menggambarkan I Malaysia.Itu juga sesuatu yang cuma hanya anda saksikan di Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...