ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Puteri UMNO
Showing posts with label Puteri UMNO. Show all posts
Showing posts with label Puteri UMNO. Show all posts

Sunday, 12 November 2017

LIBATKAN GOLONGAN PROFESIONAL DALAM PARTI DAN KERAJAAN


21/11/2017 KUANTAN - Masyarakat di gesa melibatkan golongan profesional dalam aktiviti kemasyarakatan melalui penglibatan mereka dalam parti dan kerajaan terutama golongan wanita. Ianya bertepatan dengan bajet 2018 seperti yang digariskan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia "Memperkasakan Wanita". Bagi menterjemahkannya adalah perlu golongan profesional wanita muda diajak bersama untuk memberikan sumbangan melalui buah fikiran dan keterlibatan melalui parti UMNO dan kerajaan.

" Ketika saya mula mula di amanahkan untuk menjadi penaja kepada Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Pahang, antara tugas awal yang saya jalankan ialah mencari golongan wanita muda profesional untuk menyertai Puteri UMNO. Saya meredah jauh kepelusok setiap daerah di Pahang , dan hasilnya hari ini ada di kalangan mereka telah berada dalam saf kepimpinan UMNO dan kerajaan".

" Kita sebagai ahli Puteri UMNO perlu berlapang dada dengan menerima golongan profesional ini sebagai pelengkap kepada perjuangan agama bangsa dan negera. Jangan ada sikap takut akan kehadiran mereka kerana ianya akan menjadikan parti UMNO ini terlalu exsklusif. Kami waktu di awal penubuhan puteri UMNO melihat bagaimana ramai golongan profesional wanita muda terpinggir dan mempunyai pandangan sinikal terhadap kerajaan. Menyedari betapa mereka juga mempunyai peranan dalam arus pembangunan negara dengan kepakaran yang ada, Puteri UMNO telahpun mengadakan usaha yang intensif bagi membawa mereka turut sama dan ianya berterusan sehingga kini". 

"kepimpinan puteri UMNO perlu meningkatkan kualiti kepimpinan melalui mereka yang berpotensi menjadi pemimpin dengan memberikan pendedahan samada di peringkat cawangan mahupun bahagian. melalui kursus kepimpinan . Pemimpin wanita muda yang berkualiti akan membolehkan mereka berada dalam saf kepimpinan negara seperti melalui jawatan menteri dan timbalan menteri seperti YB Dato Seri Azalina Othman , YB Dato Wira Mas Emieyarti Shamsuddin, YB Dato Rosnah Sherlin di peringkat persekutuan dan di peringkat negeri sebagai exco seperti Dato Suraya Yaakob, YB Dato NorSabrina Md Nor dan YB Dato Nolee Asyilin adalah lahir dari acuan dan benih Puteri UMNO. Itu belum dikira jawatan tinggi dalam kerajaan membabitkan golongan wanita muda seperti KSU dan Pengarah di jabatan jabatan kerajaan adalah hasil kepimpinan berkualiti wanita muda",kata YB Dato Shahaniza Shamsuddin mantan Ketua Puteri UMNO Pahang.

Beliau yang juga mantan Ketua Puteri UMNO Pahang dan kini menjawat jawatan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita da Keluarga Negeri Pahang yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Sentul berjkata demikian ketika menyampaikan ucapan sebagai panel Majlis Perjumpaan Puteri UMNO Cawangan Seluruh Negeri Pahang di Kuantan yang di rasmikan oleh YB Dato Wira Mas Emieyati Shamsuddin Ketua Pergerakan Puteri UMNO Maaysia yang juga Timbalan Menteri Pelancungan dan Kebudayaan Malaysia.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia Haryaty Hamzah, Azlina Azma Azmi Ketua Puteri UMNO Pahang dan Yb Norhidayah Shahaimi Exco Puteri UMNO Malaysia yang juga ADUN Luit serta kepimpinan puteri cawangan di seluruh negeri Pahang.

Shahaniza Shamsuddin ketika menyampaikan ucapan 

             dari kiri Ketua Puteri UMNO Pahang Azlina 
Azma Azmi,Shahaniza Hj Shamsuddin mantan
Ketua Puteri UMNO PahangMas Emieyarti Shamsuddin 
Ketua Puteri UMNO Malaysia dan
Haryaty Hamzah Ketua Penerangan Puteri UMNO Malaysia 











































Thursday, 10 December 2015

#PAU2015 LURAH FARAJ DAN SI KEPALA BOTAK MANIFESTASI IKON PUTERI UMNO..ADUHAI..!


Karipap memang sedap di makan apatah lagi kalau karipap panas.Mau pejam mata menikmati keenakan karipap.Apa pula kaitan karipap dengan Puteri UMNO.?adakah kerana Puteri UMNO diibaratkan umpama karipap panas manakala Wanita UMNO adalah karipap yang sudah" lemau"...?

Ianya hanyalah sekadar perlambangan bilamana hari ini Pergerakan Puteri UMNO Malaysia memberikan Anugerah Ikon Wanita Muda pada Persidangan AGUNG UMNO 2015.Karipap panas kerana Puteri UMNO baharu sahaja melancarkan program Puteri DIAN kemarin.

Semalam dengan kembang kempis hidungnya dan bontotnya Puteri UMNO melancarkan satu program yang dinamakan Puteri DIAN yang sama sekali bertentangan dengan hasrat dan tujuan jika merujuk kepada Anugerah Ikon Wanita Muda yang diumumkan hari ini.

Walaupun pemenangnya mewakili kategori masing-masing tetapi adalah tidak wajar meletakkan pilihan terbaik ikon yang harus menjadi ikutan tidak selari dengan matlamat dan aspirasi penubuhan Puteri DIAN yang peka dan sensitif terhadap usaha menghakis pengaruh serta nilai agama.

Antara matlamat utama penubuhan Puteri DIAN(Daulankan Islam Agama Negara) adalah untuk menjadi ikon srikandi Muslimah dunia Islam.Namun jika dilihat kepada Ikon yang diketengahkan oleh Puteri UMNO untuk menarik golongan belia ianya tersasar jauh.

Pelakon wanita popular, Sharifah Amani Syed Zainal Rasyid Al-Yahya memenangi Kategori Seni mnakala kategori sukan dimenangi oleh Farah Ann.Bukan niat untuk memperkecilkan sesiapa dan sumbangan dalam bidang masing masing namun Puteri UMNO perlu  "synchronise" atau "walk the talk" dalam merencanakan sesuatu matlamat dan perlaksanaan.


Penerima lain ialah usahawan kasut dan pakaian, Nur Hidayah Hassan (kategori keusahawanan); pegawai perubatan bahagian kulit, Dr Nur Ashiela Md Suhud (kategori aktivis); dan Noorrizah Rahim (kategori khas).Bagi kategori ini munkin ada kewajaran berbanding kategori sukan dan seni yang tidak sesuai dengan aspirasi penubuhan Puteri DIAN kemarin.sila klik



Wednesday, 9 December 2015

#PAU2015 PELANCARAN PUTERI DIAN IKON SRIKANDI MUSLIMAH MUDA DUNIA ISLAM


Kuala Lumpur 9/12/2015 -Di dalam mendepani cabaran memenuhi tuntutan agama Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ini melancarkan skuad Puteri Dian sempena Perhimpunan Agong UMNO 2015.


Menyedari peranan yang harus dimainkan untuk memperkasakan jati diri golongan muda Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merasa suatu anjakan paradigma dalam meleraikan kemelut krisis pemikiran umat Islam yang mana sistem nilai dan akhlak anggota masyarakat semakin luntur yang membawa perpecahan umat semakin ketara.

Puteri DIAN atau yang membawa erti 'Daulah Islam Agama Negara" adalah iltizam Pergerkan Puteri UMNO  yang mahu direalisasikan dalam segenap aspek kehidupan.

Puteri UMNO mempunyai matlamat untuk memastikan golongan muda memiliki daya saing yang tinggi dan agenda hidup muslim yang jelas.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia YB Datuk Mas Emieryarti Shamsuddin

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia YB Datuk Mas Emieyarti Shamsuddin ketika ditemui selepas pelancaran Puteri DIAN oleh Naib Presiden UMNO YB Datuk Zahid Hamidi di PWTC berkata,"sambutan dikalangan Puteri UMNO amat baik sekali dengan peringkat awal seramai 1,500 ahli Puteri UMNO telah didedahkan dengan pendekatan daulatkan Islam.Penambahan ahli yang terlibat akan diteruskan melalui siri jelajah ke seluruh negara yang kini sudah bermula di 7 negeri di Malaysia".

Tmbalan Presiden UMNO menerima cenderamata sempena
 Pelancaran Puteri DIAN

Ketua Puteri UMNO Negeri bergambar kenangan selepas 
Majlis Pelancaran Puteri DIAN

Mungkin ada perkara yang mencuit hati diantara Naib Presiden UMNO
bersama Ketua Pergerakan Puteri UMNO

Puteri DIAN harus dilihat sebagai ikon Srikandi Muslimah dunia Islam dengan menjadi pencetus aspirasi bagi golongan belia negara.

Bagi merealisasikan matlamat penubuhan Puteri DIAN berbagai program akan di selaras dan dijalankan secara bersepadu dengan menyasarkan golongan remaja,belia,ibu muda dan Institusi keluarga.





Tuesday, 17 November 2015

#DUNPAHANG KELAJUAN INTERNET PUSAT INTERNET 1 MALAYSIA DI PERTINGKATKAN


Kemudahan internet untuk masyarakat luar bandar akan dipertingkatkan bagi memberikan peluang kepada mereka mendapatkan perhubungan yang lebih efisyen dengan dunia luar.

YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang berkata .."Kesemua Pusat Internet 1  Malaysia yang beroperasi di Pahang  menyediakan pelbagai kemudahan peralatan komputer dan multimedia terkini dengan capaian internet jalur lebar sehingga 4MBps."

"Berbagai peralatan yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia antaranya 20 buah komputer,mesin pendua 'photocopier',mesin pengimbas 'scanner',mesin pembalut 'laminate',skrin pintar 'smartboard',sistem penggera keselamatan dan juga sistem CCTV".

"Antara golongan sasar yang diambil secara kolektif dengan pembinaan Pusat Internet 1Malaysia ialah kawasan sasar luar bandar dan kumpulan sasar masyarakat miskin di bandar 'urban poor'"

"Bagi tujuan menaikataraf PI1M ,kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bercadang meningkat kelajuan capaian ainternet dari 4MBps sedia ada kepada 8MBps dengan menggunakan teknologi sambungan utama 'backhaul'gelombang micro atau gentian 'fiber optik'".


Perkara tersebut merupakan antara jawapan yang diberikan di Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang kali ke 13 Penggal ke 3 di Kuantan.


Thursday, 23 April 2015

#PRKROMPIN PUTERI UMNO TEKAD BANTU CALON BN DI PRK ROMPIN


Pergerakan Puteri UMNO Malaysia semalam telah melancarkan jentera pilihanrayanya di PRK Rompin di Tapak Dewan Terbuka Majlis Daerah Rompin.Pelancaran majlis tersebut telah disempurnakan oleh Naib Presiden UMNO Dato'Seri Hishamuddin Hussein dan dihadiri oleh calon Barisan Nasional PRK Rompin Dato'Hasan Arifin selepas selesai penamaan calon di Dewan Jubli Perak Sultan Ahmad Shah.

Kesungguhan bagi membantu jelas terpancar disetiap wajah ahli Puteri UMNO yang hadir biarpun terpaksa berjalan kaki hampir 2 km kerana kesesakan jalanraya untuk ke majlis pelancaran jentera pilihanraya.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia YB Dato'Mas Ermieyati ketika ditemu berkeyakinan Puteri UMNO mampu menggals tugas pada PRK Rompin kali ini khususnya dalam mendekati pengundi muda.Walaupun berdepan dengan kritikan pembangkang yang berkisar tentang umur calon,beliau menegaskan ianya bukan faktor utama dalam membawa aspirasi anak muda sebaliknya rangkuman pengalaman yang ada pada calon mampu menterjemahkan kehendak dan kemahuan pengundi muda dapat direalisasikan.

Pengalaman mewakili rakyat di dua kawasan DUN serta bekas Timbalan Menteri Besar calon BN Dato'Hasan Arifin memudahkan beliau mengenalpasti dan menyelesaikan permasalahan penduduk setempat











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...