ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: April 2012

Saturday, 28 April 2012

Gambar Polis Di Belasah Perusuh BERSIH 3.0-Layakkah Mereka Ini Memimpin Negara?


Apakah ini bentuk masyarakat yang ingin dilahirkan oleh BERSIH pimpinan hasil cetusan ilham Ambiaga dan disambut mesra oleh Pakatan Pembangkang.Tiada lagi Kesetian Kepada Undang-Undang dan Keluhuran Perlembagaan dihati-hati mereka yang dikatakan BERSIH tapi penuh dengan kebencian,keegoan dan kerakusan ingin berkuasa tanpa mendengar suara majoriti.Jika beginilah sikap mereka,apa akan terjadi jika mereka yang menjadi majoriti..nescaya suara minoriti akan berkubur dan di nesankan dalam demokrasi ciptaan mereka.

Kejadian ini berlaku di hadapan Komplek SOGO,bila kereta peronda Polis diserang peserta BERSIH angkara khabar angin yang disebarkan pada waktu itu dua orang peserta BERSIH mati dilanggar kereta peronda polis.Akibat sifat peserta BERSIH yang penuh dengan kebencian dan tanpa usul periksa mereka menyerang anggota polis berkenaan yang kebetulan lalu dihadapan Kompleks SOGO dan menterbalikkan kereta peronda tersebut.Akibat dari serangan tersebut anggota polis itu dilaporkan cedera parah dan di hantar ke hospital bagi menerima rawatan.Senjata mereka juga telah dirampas oleh perusuh BERSIH namun telah ditemui semula oleh pihak berkuasa.







P/S :Aku ingin mencadangkan kepada pihak polis jika berlaku sesuatu yang buruk kepada polis yang diserang perusuh BERSIH tersebut,anggota polis di semua negeri di bawah Pakatan Pembangkang perlu ambil cuti sebagai tanda protes.Kita nak tengok,polis ambil cuti seminggu pun dan cukup,bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat nak jaga ketenteraman awam.Jangan jaga balai,jangan jaga jalanraya,jangan terima report,jangan tangkap penjenayah..pergi lah bercuti makan angin bawak anak isteri yang lebih menghargai mereka.

BERSIH 3.0 Persoalan Dan Jawapan


Esok para peserta BERSIH akan berkumpul bagi menyatakan hasrat mereka.Mungkin sebelum bertolak ke Kuala Lumpur ada baiknya mereka membaca satu artikel dibawah yang aku rasa mungkin akan dapat mengubah fikiran mereka khususnya bagi mereka yang mengaku Melayu Islam.Aku rasa amat terkilan kerana bangsaku ini amat mudah terpedaya dengan segala tipu muslihat  dan sebagai saudara seagama menjadi tanggujawab bersama untuk kita menegur kerana sebelum terjadi sesuatu yang buruk berlaku kepada umat bangsaku dan saudara seagamaku.Fikir-fikirkanlah..



BERSIH 2.0 Pandangan dari Jiwa Marhaen

Biarkan aku ceritakan pendapat tentang 'bersih' dari sudut pandang jujur seorang rakyat marhaen. Anda tidak akan dapat sumber bacaan secara academia, politik dan journalist dalam entry ini.

Hanyalah pandangan seorang rakyat tentang event Bersih 2.0 yang telah berlangsung pagi tadi dan pandangan ini tidak akan memberikan kelainan kepada perasaan korang terhadap apa yang korang kagum samada kepada Ds Najib, Anwar Ibrahim, TGNA, dan Lim kit siang.

Disclaimer : ini adalah pendapat khusus yang menjurus kepada event Bersih 2.0, jika anda tidak paham dan anda mengamuk di ruangan komen, samada anda skinread entry ini atau anda dipengaruhi oleh sentimen.


1) " Alah kecoh la polis ni, biarlah orang nak berarak secara aman, kalau polis tak kacau, tak block sana tak block sini, takdenye jadi kacau bilau kat KL tu"

A) untuk pengetahuan adik-adik yang baru nak berekspresi dengan sifat rebellious, Peristiwa berdarah 13 mei 1969 pada mulanya pun bukanlah satu rusuhan, sebaliknya ia adalah perarakan kemenangan oleh kaum cina yang merayakan kemenangan DAP di Penang dan KL. 

Perarakan kemenangan ini pada mulanya bermula dengan aman tanpa sikit pun campurtangan dari pihak polis, tentera mahupun RELA, tetapi ia mula menjadi rusuhan kaum apabila peserta perarakan mula dihantui emosi dan hasutan.

Orang cina mula melambai-lambaikan penyapu melambangkan mahu menyapu kaum Melayu keluar dari KL dan Penang, dan mereka mula memaki hamun Melayu dengan perkataan 'babi' dan 'anjing'... bila masing-masing dah mula sentap maka masing-masing akan mula mencetuskan provokasi.

Hasil dari provokasi maka berlakulah keganasan dan rusuhan yang akhirnya membuatkan negara tidak aman dan diisytiharkan darurat.

B) BERSIH 1.0 tidak berjalan dengan aman

C) Dah bagi peluang serah memorandum depan DYMM SRPD Agong, tak serah pulak, suruh buat kat stadium Shah Alam taknak pulak, Hari tu aku rilek je tengok Pakatan Rakyat buat rapat umum dekat Stadium tu, siap solat hajat lagi kat stadium melawati ramai-ramai, berpuluh ribu datang, takda pulak polis kacau, boleh pulak buat dalam stadium aman damai, takda pulak jadi beruk atas Jalan raya.

Sekali Ambiga keluar arahan, terus jadi bengap ikut membabi buta demo atas jalan? ini nak serah memorandum ke nak provok memetik-metik biar jadi rusuhan? 

"alaaa terus terang je kan senang, malu malu pulak, terus terang je, dah memang nampak dah apa kehendak Ambiga and the gang tu."

2) " aku kelakar tengok orang ramai yang merungut pasal BERSIH ni, tak boleh buat aktiviti harianlah, jem lah apa lah, kalau malam newyear, sambutan merdeka boleh pulak jalan kaki 2, 3 jam tak rasa penat"


A) kalau anda cakap macam ni, samada anda ni bodoh atau anda ni memang dilahirkan takda bakat jadi ahli politik.

Manusia jika buat apa yang dia suka, dia tidak akan merasa ia membebankan dan menyusahkan, sebaliknya akan rasa seronok, tiadanya rasa panik dan kegusaran akan berlakunya letupan molotov cocktail dan adengan polis-pukul-kepala-orang-dan orang-sepak-kepala-polis.

B) Kalau korang gunakan analogi bodoh mcm ni, menunjukkan korang tak sensitif, apa kata bila setiap kali korang buat kenduri kahwin depan rumah yg halang jalan raya tu, aku datang dengan 3000 orang depan khemah kenduri tu aku buat demonstrasi? amacam? korang bengang tak bila perancangan dan event kedamaian tu diganggu oleh demonstrasi jalanan?

Kalau korang berlatih silat atau taekwando..Tokguru korang lempang muka, sepak perut korang, dah tentulah korang tak sakit hati sebab itu kehendak hati dan korang nak enjoy the situation, tapi cuba korang tengah duduk senang lenang tengok Maharajalawak, aku datang lempang muka korang laju-laju..agak-agak korang sakit hati tak? apa bendalah cakap tak pakai otak.


3) " Demonstrasi jalanan ni nak tunjuk suara rakyat terhadap kerajaan"


A) Demonstrasi jalanan tu berapa ratus ribu orang yang datang? paling hebat pun depan jalan pudu yang blogger2 excited duk cakap 50ribu orang, aku tengok tak sampai pun 20 ribu. adakah so called 50 ribu orang ini mewakili 27juta suara majoriti rakyat Malaysia?


B) Baik takyah pilihanraya, asal tak puas hati je perang, tak puas hati je gerila, tak puas hati je demo tiap-tiap minggu kat KL.

4) Kepura-puraan terhadap Datuk Ambiga dan sekutunya.

Alkisahnya, pada suatu masa yang tak berapa nak dulu, ada seorang perempuan islam yang mahu murtad. Nama perempuan itu adalah Lina Joy, maka apabila kedengaran akan hal ni, bergempitalah seluruh bumi Malaysia dengan suara Ahli PAS, UMNO, NGO Islam dan Jemaah islam yang lain.

Pada masa itu, ada seorang Peguam yang secara aggressive membela Lina Joy untuk murtad dan menghapuskan perkataan Islam pada Mykadnya, dek kerana perkara itu terdapatnya suara-suara mujahidin dalam ahli Pas, Umno dan jemaah islam yang lain yang melaungkan JIHAD terhadap Lina Joy dan aktivis lawyer itu...

Anda kenal siapa lawyer yang lantang itu? tak lain tak bukan adalah Ambiga Sreenevasan. Ketua gabungan pilihanraya Adil dan Bersih (BERSIH)

Dan pada hari ni, dalam televisyen kelihatan lah Abdul Hadi Awang, Anwar Ibrahim, a.Samad said dan beribu-ribu pemuda Pas dan PKR yang berjalan di belakang Bontot Ambiga memperjuangkan gerakan yang digerak dan diketuai oleh Ambiga ini.

"tapi Zulfikar, kau tak boleh cakap macam tu, kita sokong perjuangan bersih, tapi kita tak sokong Ambiga. sesetengah kualiti yang ada pada pemimpin tu kita boleh ikut. lagipun aku tak berketuakan Ambiga, aku follow TGHA dan Anwar!"

Jika begitu anda telah bias, anda telah hidup dalam kepura-puraan, kenapa anda bakar patung Bush? kenapa anda pijak gambar Mahathir? kenapa anda hukum Ds Najib kerana Rosmah tidak bertudung? kenapa anda hukum keseluruhan Yahudi kerana zionis? kenapa anda benci kerajaan kerana lesen arak?

Nampaknya prinsip anda tidak selari dengan pendapat korang terhadap Ambiga. Korang berat sebelah, pada satu pihak jika dia membuat satu salah dan lainnya betul anda tetap maki hamun dan bangun berdemonstrasi.

Tapi di satu pihak yang lain, bila kena tang Ambiga, anda boleh pulak mengasingkan antara idealisme dia tentang murtad dan perjuangan bersih 2.0. Mana pendirian korang ni?

Korang perlu ingat, dosa dia terhadap Islam besar, lebih besar dari jasa dia mengetuai demonstrasi jalanan Bersih. Dia memperjuangkan murtad, menyerang islam dengan memorandum The Inter faith council (IFC) yang menyerang hak istimewa agama islam.

Bukan hanya hak istimewa dan kedudukan Islam dalam Malaysia sahaja, tapi Fundemental dan prinsip islam secara keseluruhannya.

contohnya : (memorandum tuntutan IFC terhadap kerajaan Malaysia)
i. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam. 

v. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam (murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan apa-apa tindakan undang-undang.

Apa yang diperjuangkan Ambiga dalam IFC dan kes Lina joy adalah berkenaan Akidah Umat islam, adakah lebih besar dosa kerajaan yang tidak guna dakwat kekal dalam pilihanraya dari dosa Ambiga mempersoalkan Islam?

Jadi jika anda pukul rata terhadap kerajaan, anda juga mesti pukul rata juga kepada Ambiga Sreenevasan! 

Barulah kena dengan prinsip korang macam yang dilaungkan : Ke arah keadilan dan kebersihan sistem demokrasi.

5) "Jika kerajaan zalim, kita mesti tumbangkan dengan demonstrasi jalan raya, Inilah asas demokrasi"

i) Asas demokrasi bukan demonstrasi jalan raya tetapi pungutan suara majoriti dalam membuat keputusan. (yang ni pendekar nak tambah..demokrasi jalan raya? Kepala hangguk dia..)

ii) Demonstrasi tidak mewakili suara majoriti rakyat.

Jika sesuatu kerajaan ditumbangkan dan diasaskan dengan keganasan, maka satu hari nanti ia juga akan tumbang dengan keganasan juga.

Jika Kerajaan sekarang tumbang dengan gerakan demonstrasi jalanan, JIKA Pakatan Rakyat boleh pergi ke Putrajaya dengan aksi jalanan, pada masa akan datang, BN pulak akan merusuh, menghimpunkan penyokongnya untuk merampas kembali kuasa

Sampai bila nak habis?

Jadi gerakan ini sudah tidak demokrasi lagi, sebaliknya ia telah bertukar menjadi Gerila. jika tak suka dengan kerajaan maka mari kita rampas kuasa dengan pemberontakan. Ini kerja gila. 

Formula kehancuran ini akan berulang-ulang sampai kiamat akibat setiap pihak merasakan merekalah yang betul, merekalah yang mewakili hasrat hati majoriti rakyat.

Dan masalah pemberontakan dan rusuhan ini tidak akan boleh reda kecuali dengan kuasa Allah, Lihat Gerakan Acheh Merdeka (GAM) yang berpuluh tahun memberontak untuk Merdeka. Sehingga Tentera Indonesia buntu nak hentikan mereka, sampailah Tsunami Indonesia membinasakan Tanah Acheh. Akhirnya Jurucakap GAM sendiri dalam temuramah menyatakan ...

" Sudah tidak ada apa lagi yang mahu diperjuangkan di Acheh, Acheh sudah hancur. Jadi kami membubarkan Gerakan Acheh Merdeka"

Cuba anda tengok Abu Sayaf di Mindanau, lihat IRA di Ireland, Gerila di Venezuela, Puak Pemisah Basque dan banyak lagi. Jika sesebuah Kerajaan itu diasaskan dengan keganasan dan pertumpahan darah, maka ia juga akan jatuh dengan pertumpahan darah. dan formula persamaan ini akan berulang-ulang sehingga tiada kesudahan.

Contoh yang paling hampir adalah Parti Thaksin Shinawat yang telah dirampas kuasa oleh Kumpulan baju Kuning Abisit. Tetapi keputusan pilihanraya adalah milik Thaksin, majoriti rakyat Thailand mahu Thaksin yang jad PM.

Tapi Abisit yang rampas kuasa dengan demo, bantuan tentera dan istana, bila diadakan semula pilihanraya, maka Parti Abisit tumpas kembali, kerana asasnya majoriti mahu parti politik Thanksin yang memimpin.

6) " Tapi Zulfikar, Pilihanraya Di Malaysia tidak adil"

i) aku malas nak hujah pasal ni, sebab nanti ada argument yang cliche.

ii) Jika Kerajaan betul-betul nak aniaya Pembangkang, Kerajaan akan gunakan segala jentera dan sumber yang ada untuk menewaskan Anwar Ibrahim di PRK permatang pauh, kerana ancaman politik paling besar bagi BN adalah pengaruh Anwar Ibrahim, Jadi pertarungan paling strategik mestilah menewaskan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Tapi kenapa DS Anwar masih menang dengan majoriti yang banyak?

Dimanakah pengundi Hantu BN? dimanakah tangan yang tak dicelup dengan dakwat kekal? dimanakah pengundi hantu yang berumur 120 tahun yang disorok dalam gua oleh BN? dimanakah manipulasi ic? kenapakah peti undi haram tidak membantu Bn menewaskan Anwar Ibrahim?

iii) BN pernah kalah teruk Di Terengganu, Jika BN mahu gunakan senjata pengundi hantu dan ketidakadilan pilihanraya, wajiblah terengganu yang diselamatkan for whatever cost! by crook or by hook!

"Kenapa pulak Zulfikar?"

Kerana Terengganu merupakan hasil pendapatan Kerajaan pusat, ada minyak berbillion-billion, Jika BN tumpas di Terengganu, nanti BN pening nak buat muslihat taknak bagi royalti pada pas, nak buat muslihat wang ihsan, nak buat muslihat mahkamah.

Jadi sepatutnya, BN menggunakan pengundi hantu dan ketidakadilan bagi menyelamatkan Terengganu. samalah juga kesnya dengan Selangor, Pulau Pinang dan Perak, negeri-negeri ini semua adalah negeri berpendapatan tinggi dan strategik bagi BN, buat apa pulak BN nak bersusah payah tewas dan berkempen untuk menang kembali pilihanraya?

Lebih baik guna je SPR, tipu undi dan kemudian terus memerintah dengan selesa. Tapi aku tak menafikan kelemahan SPR, memang terdapat data-data yang tak dikemaskini, tapi ia bukanlah senjata, ia hanya kelemahan.

iV) sudah 21 tahun PAS memerintah Kelantan, dan tewasnya BN di Kelantan adalah keaiban bagi UMNO yang memperjuangkan Melayu.


Jika BN mahu menutup malu dan menghentikan kemarau kemenangan di Kelantan, buat apa susah payah berkempen Puluh2 tahun. Guna saja pengundi hantu dan ketidakadilan Pilihanraya. guna SPR suruh manipulate keputusan PRU. 

**********************************

Jawapan di atas dijawab dengan hanya menggunakan penaklukan mantik asas, memandangkan dulu aku sangat suka dengar ceramah Ustaz Ismail Kamus yang terkenal hebat dengan Ilmu mantiknya, maka aku pun menggunakan kembali hujah mantik.

Dan pendapat di atas adalah semata-mata luahan hati aku sendiri sambil menaip di blog, tak perlu statistic pilihanraya, tak perlu citation dari kisah Watergate Scandal, the reign of terror Maximilian Robispierre, pengulingan Tzar di Rusia dan sebagainya.

Dan tak perlulah aku ulang sejarah pasal UMNO Haram pada 4 Febuari 1988. Jika anda menyatakan bahawa UMNO itu kebal dari Undang-undang, maknanya anda bebal malas baca buku sejarah politik Malaysia




P/S:Inilah wajah & pakaian peserta BERSIH..kat mana yang BERSIH..cuba teka

Monday, 23 April 2012

Anak Patung Barbie Tiba-Tiba Hidup Dan Jadi Kegilaan Di Internet?


Selama ini Barbie Doll hanyalah khayalan manusia dan amat digemari oleh kanak-kanak perempuan dan mak budak juga aku rasa sukakannya.Semacam suatu impian untuk mereka memiliki rupa paras dan bentuk tubuh seperti Barbie Doll yang menghampiri kesempurnaan.

Valeria Lukyanova 21,dikatakan amat bertuah kerana dikatakan mempunya ciri-ciri Barbie Doll,berambut perang,bermata biru dan bertubuh langsing.Dia kini menjadi terkenal di Rusia menerusi blog dan laman facebooknya.












Sebenarnya banyk persoalan yang ditimbulkan didalam facebook beliau,ramai yang tidak berkeyakinan yang ianya adalah asli dan hanyalah teknik gambar photoshope.Mungkin anda boleh membuat tafsiran sendiri samada dia adalah jelmaan Barbie Doll atau mulut anda yang ternganga bila sahaja menatap wajahnya...

P/S:Tak main patung Barbie masa kecik..tapi mencari Cik Barbie Doll masa besar



Friday, 20 April 2012

Durian Runtuh Peneroka FELDA Jadi Kenyataan


Berita baik tentang durian runtuh yang dijangka akan menjadi kenyataan berikutan Mesyuarat Agong Luar Biasa(EGM)Koperasi Permodalan Felda(KPF) semalam meluluskan resolusi berkenaan penyenaraian Felda Global Venture(FGVH) di Bursa Malaysia Mei Depan.Walaupun berdepan dengan pelbagai halangan termasuk injuksi dari  lapan peneroka Felda di Pahang bagi menghalang Koperasi KPF daripada melupuskan ekuitinya dalam Felda Holdings Berhad (FHB) kepada FGVH. dengan membawa kes itu ke mahkamah namun mahkamah memutuskan untuk menolak permohonan mereka pada 22 February dengan alasan mesyuarat tersebut hanyalah berdasarkan perbincangan dan bukan membuat keputusan.Hakim Dato Mariana Yahya menolak injuksi tersebut dengan kos yang akan ditaksir oleh Timbalan Pendaftar.
FGVH dimiliki 100 peratus oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) yang mana 49 peratus pegangannya dimiliki oleh Felda Holdings.

Manakala, KPF yang dianggotai oleh kira-kira 112,627 peneroka dan 23,000 pekerja Felda pula memiliki pegangan sebanyak 51 peratus di dalam Felda Holdings.
Sebanyak 1,110 undi bersetuju, tidak bersetuju (120), undi rosak (5) dan tidak kembalikan borang (15).
Permohonan tersebut ditolak atas beberapa sebab antaranya ialah Mesyuarat Lembaga Pengarah KPF yang dibuat pada 22 Februari lalu hanya satu perbincangan dan bukan satu keputusan.
Selain itu mahkamah juga berkata dakwaan peneroka terbabit hanya satu spekulasi dan khabar angin sebab tidak dapat dibuktikan.
Mahkamah juga berpendapat bahawa isu itu seharusnya dirujuk ke Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) kerana berada di bawah Seksyen 82 (1) atau 82 (2) Akta Koperasi 1993.

Penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia perlu untuk memastikan Felda kekal bersaing dengan negara jiran terutama Indonesia yang telah mula membangunkan industri kelapa sawit mereka membabitkan keluasan tanah hampir satu bilion hektar.
Keluasan tanah di negara itu sangat besar dan menguntungkan berbanding hanya kira-kira 800,000 hektar di negara ini, justeru langkah alternatif perlu ada agar Malaysia mampu bertahan dan bersaing dalam industri ini.
Sebagai pengeluar utama industri sawit di dunia, Felda mempunyai wang yang banyak tapi jumlah itu tidak mencukupi untuk terus bersaing pada masa akan datang.

Usaha meniagakan tanah seluas 350,000 hektar milik Felda Plantation ke dalam pasaran saham adalah langkah menguntungkan, malah banyak pihak sudah bersedia untuk membeli saham itu. -
Yang penting, tiada seinci pun daripada 500,000 hektar tanah peneroka akan diambil bagi tujuan penyenaraian FGHV dan kepentingan mereka akan terus dilindungi sebaik sahaja FGVH menjadi syarikat senaraian awam.
Penyenaraian FGVH dan pewujudan satu daripada entiti perladangan terbesar dunia merupakan matlamat negara yang amat penting dengan objektif memberikan pulangan kewangan jangka panjang yang kukuh untuk stafnya, peneroka dan keluarga mereka 

Thursday, 19 April 2012

Video PaLing Laris Di DownLoad Di Laman You Tube - Hanya Di Malaysia Sahaja - Wajib Tonton





Ada sesuatu yang menarik tentang video ini.Pastikan anda menontonnya kerana ia menggambarkan sifat orang Malaysia yang amat jarang kita jumpa dinegara lain didunia.Kenapa agaknya,mungkin juga inilah identiti Malaysia yang sedia ada dan akan menjadi budaya yang pada awalnya satu amalan yang dilihat dilakukan secara tidak sengaja dan lama kelamaan sepertinya menjadi kemestian pada setiap warganya seperti:

  1. Memakai baju jacket terbalik bagi penunggang motosikal adalah lumrah biasa di Malaysia
  2. Menggunakan telefon bimbit ala-ala hand free semasa menunggang motosikal
  3. Isyarat tangan yang cukup memberikan makna
  4. Panggilan Boss untuk sesiapa sahaja tak kira tempat
  5. Malaysia dipenuhi dengan orang yang Invisible..kejap ada,kejap takde..suka potong que
  6. Selera rakyat Malaysia seperti nasi lemak,satey,chaw kuey tiaw dan Milo Beng ,Malaysia Food Great
  7. Sentiasameminta potongan harga dan hadiah cenderamata setiap kali membeli barang
  8. Meminati peminat fanatik bolasepak EPL tetapi semangat Harimau Malaya tetap ada di dalam hati setiap warganya.
 P/S Satu je yang kurang cukup..tiada pelakon Melayu dalam menggambarkan I Malaysia.Itu juga sesuatu yang cuma hanya anda saksikan di Malaysia

Gadis Bawah Umur DiRogol Dan DiBakar


Di dalam masyarakat haiwan tiada yang berhati manusia tetapi didalam masyarakat manusia masih ada yang berhati haiwan.Begitulah sadisnya manusia yang memperlakukan manusia lain yang tidak berdaya seperti gadis remaja di atas yang dirogol dan kemudiannya dibakar.Márcia Andréia do Prado Constantin seorang anak gadis yang berumur 10 tahun yang pada awalnya dilaporkan hilang ditemui dengan keadaan yang sungguh menyayat hati namun peristiwa itu berlaku agak lama pada sekitar tahun 2007.






Wednesday, 18 April 2012

Lelaki Hidup Berbogel Hampir 20 tahun Di Sebuah Pulau


Beginilah nasib seorang warga emas,Masafumi Nagasaki 76 yang dikatakan tinggal di sebuah pulau di Sotobanari dan beliau memutuskan untuk mati sahaja di situ.Dengan tiada memakai apa-apa pakaian dan makan apa sahaja untuk hidup dia memilih untuk menghabiskan usia emasnya di sebuah pulau terpencil.Dengan keluasan lebih kurang satu kilometer,pulau itu lebih dekat dengan Taiwan berbanding Jepun namun jarang sekali dikunjungi para nelayan tempatan untuk memasang jaring ikan.


Pulau ini tiada bekalan air semulajadi dan sejak mendirikan rumah di situ,Nagasaki selalu dilanda ribut taufan serta gigitan serangga berbisa,namun kesukaran baginya tidak menghalang untuk terus berada di situ dengan kunjungan lawatan oleh ahli keluarga seminggu sekali membawa sekali beras dan wang saku $120.00.

"Saya tidak peduli apa yang masayarakt kata tentang saya tetapi saya amat menghormati alam semulajadi,Anda tidak boleh melawan alam semulajadi tetapi harus patuh kepada peraturannya.Itulah yang saya pelajari bila saya mula-mula datang ke sini dan dapat menjalani kehidupan di sini dengan baik."ujar Nagasaki.Beliau yang dahulunya bekerja dalam industri hiburan memilih untuk tinggal di pulau itu sendirian dan jauh dari tamadun dunia.Keazamannya untuk tinggal di situ telah beberapa kali di uji bila pulau tersebut dilanda taufan,hampir tiada tumbuhan yang tinggal dan hanya mampu berteduh dibawah sebuah khemah kecil.
"Saya hangus terbakar dibawah sinaran cahaya matahari",dan pada waktu itu saya memikirkan bahawa mustahil boleh hidup ditempat sebegini.Dia mula membaling kesemua pakaiannya pada tahun pertama beliau di sini kerana baginya pulau itu mula membuatkannya tidak merasa malu dengan apa yang dilakukannya.


"Berjalan dengan keadaan telanjang  mungkin tidak sesuai dengan masyarakat biasa tetapi di pulau ini ianya seperti pakaian seragam.Jika anda memakai pakaian anda akan merasa terasing dari pulau ini.Mencari tempat untuk mati adalah perkara penting yang mesti dilakukan dan saya mengambil keputusan untuk mati di pulau ini ,mati disamping alam semulajadi dan bukannya dikelilingi keluarga atau dihospital"tambah beliau.
P/S :Kecewa pasal apa agaknya,mungkin ditinggalkan Lisa Suriani...huhuhu...kadangkala aku merasa takut nak menghadapai usia emas sebegini..ialah terbuang dan terpinggir

Tuesday, 17 April 2012

Bayi Ajaib Mampu Berenang Selepas Pembedahan Jantung


Ini bukanlah gambar photoshope,seorang bayi berumur dua tahun kelihatan seperti ikan kecil yang mampu berenang dan menyelam.Rosanna Ogden pernah menjalani pembedahan jantung pada usia dua minggu dan selepas itu doktor memberitahu kaedah supaya bayi beliau cepat sembuh dengan melakukan aktiviti fizikal.Selepas 10 minggu pembedahan,ibunya Sanam Ogden membawa bayi tersebut ke kolam renang dan mendapati terdapat kebolehan luarbiasa bila melihat dia mampu berenang dalam waktu yang singkat.


Setelah berusia dua tahun,beliau menjadi bayi itu telah lulus ujian 15 meter tanpa bantuan dan memenagi beberapa pertandingan dan memperolehi 1,000 pound sterling serta menjadi peserta termuda  acara 100 meter pada Kejohanan Yayasan Jantung British.
Saya amat bangga dengan kejayaan beliau"kata ibunya Saman Ogden 27,di rumah keluarganya di Chorley ,Lancashire.Akibat mengalami kesukaran bernafas bayi tersebut didiagnosis dan didapati mengidap rhabdomyoma,tumor yang melekat pada hati dan didapati dan menyebabkan aliran darahtersekat.Dua hari kemudian tumor itu dikeluarkan melalui satu pembedahan yang memakan masa lapan jam di hospital kanak-kanak Alder hey London,Liverpool.

Podgen berkata bahawa Rosanna menjalani latihan  di kolam renang sebagai program pemulihan."Semua bayi pada seisi pertama akan menjerit dan menangis tetapi tidak bagi Rosanna.Beliau menyertai Kelab Kolam Renang Chorley dimana ahlinya yang paling muda berumur enam tahun.Jurulatihnya,Mary Parkinson menyifatkan beliau sebagai anak ikan dan berkata untuk berenang pada usia dua tahun adalah perkara yang menakjubkan.







P/S: Dah macam Ikan duyong aku tengok..

Sunday, 15 April 2012

Mahasiswa Membogelkan Diri Sertai Demonstrasi Isu Mansuh PTPTN?


Aku ingatkan dah jadi mahasiswa kat universiti ni cerdik-cerdik,kalau manusia macam aku ni memang kurang cerdik tapi tak bodoh macam lembu yang berdemonstrasi kerana ingin kononnya supaya PTPTN dimansuhkan.Jadi diatas ketidakcerdikan ni aku dengan bangganya dan kembang hidungnya nak menggelarkan diri mereka MAHASEWEL.Saman lah blog aku ni,aku sikit tak heran sebab mereka ni aku nak ludah depan muka kalau aku jumpa khasnya budak sewel Adam Adli ni kalau aku jumpa.Aku kira tak perlulah aku menggunakan bahasa yang berhemah kerana mereka MAHASEWEL ini ingin menjadi ahli politik dan bukannya nak belajar sangat.

PTPTN(Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional)



Namanya PPTN,kalau MASEWEL tak tahu nak baca dan eja aku nak suruh anak aku yang darjah tiga tolong ajar,kenapa lah samdul sangat sampai tak boleh bezakan antara pinjaman dan biasiswa.Langsung tak ade sifat bersyukur dan terima kasih di atas segala kemudahan yang disediakan kerajaan dalam membantu anak bangsa mendapat pendidikan yang sempurna.MAHASEWEL ini sebenarnya tidak tahu bagaimana susahnya ibubapa mereka mencari nafkah membanting tulang siang dan malam bagi memastikan mereka sampai keuniversiti dan kemurahan hati kerajaan menyediakan pinjaman dibalas dengan sikap biadap dan kurang ajar.Apa yang meyedihkan rata-rata yang menghadiri demonstrasi adalah berbangsa Melayu yang telah diperalatkan oleh parti pembangkang.

Bila kita kata mahasiswa masih kurang matang dan tidak boleh berpolitik seperti yang terkandung dalam AUKU,inilah sebabnya kerana mereka masih mentah dalam memahami isu dan kehidupan.Sesuatu isu bukan sekadar diterjemahkan dalam bahan bacaan seperti buku tetapi harus digarap bersama pengalaman kehidupan supaya pertimbangan rasional dan hasil yang baik dapat dihasilkan.Pinjaman disediakan kepada pelajar yang mahukan pinjaman,tiada paksaan dan kalau tak suka boleh guna duit mak bapak kalau mampu tetapi aku yakin 110%kebanyakan mereka tidak mampu meneruskan pengajian tanpa pinjaman.

Kehidupan dikampus dikatakan banyak dipengaruhi dengan persatuan yang dikatakan Islamik.Terbiasa dengan Islamik tetapi hutang tak nak bayar..mana punya kitab bagi tunjuk kat aku walaupun aku tak pakai kopiah putih dan janggut berjela.Dalam Islam pun hutang harus dibayar dan seperti juga pinjaman konvensional yang lain peminjam dikehendaki membayar hutang jika tidak mahu disenaraihitam oleh pihak bank.

Jika semuanya nak percuma payah nak buat,takkan semua hasil negara nak dikorbankan kepada pendidikan sahaja,apakah hanya mahasiswa sahaja yang berhak merasai nikmat kemakmuran ekonomi Malaysia dan bagaimana pula untuk rakyat Malaysia yang lain yang tidak bergelar mahasiswa.Sikit-sikit PETRONAS..sikit-sikit PETRONAS..aku ingat bagilah PETRONAS kat Persatuan Mahasiswa kat kampus yang urus kalau pandai sangat.Aku ingat tak sampai 3 bulan..tinggal taik minyak dengan kelendar PETRONAS je yang tinggal.Tumpukan kepada pelajaran dahulu,habis belajar,jangan lupa bayar balik pinjaman supaya orang lain atau mungkin adik-adik kita akan dapat kemudahan yang serupa untuk bangsa kita.Ini baru kerja setahun dua dah keluar kereta besar,hutang tak nak bayar..inilah penyakit anak muda melayu.

Nak ikut kepala Tian Chua dan Nurul Izah..pikir sikit pakai otak..Tian Chua tu bangsa dia kaya raya..tak perlukan pinjaman boleh belajar sampai Australia,dia nak politikkan isu ini kononnya dialah wira..lepas ni kalau ada pelajar yang dikenakan tindakan oleh pihak universiti dan dibuang universiti,dia nak sara tak kehidupan keluarga mahasiswa tersebut.Taik kucing lah.Nurul Izah tu bapak dia orang kaya memanglah tak perlukan pinjaman,anak Dato' lah katakan.


P/S:Kalau MAHASEWEL nak jadi ahli politik sangat,demo lah tiap-tiap hari,baring atas jalan tu..kereta lalu jangan lari..baring je..mati berdemo untuk Tian Chua dan Nurul Izah.Sebab dalam kubur nanti ada universiti percuma tak payah nak bayar sebab dalam dunia ni banyak yang nak kene bayar dik oooooooooiiiii....!Jika mahasiswa sertai demonstrasi mereka sebenarnya membogelkan diri sendiri kerana mereka memang jenis manusia tak tahu malu dan tak mengenang budi.

                                    CUBA TENGOK VIDEO NI..APA PAKCIK DAN MAKCIK TU KATA



Saturday, 14 April 2012

Lelaki Meminta Bantuan Polis Di Balkoni Kerana DiMinta Melakukan Hubungan Seks Berkali-Kali Oleh Teman Wanitanya


Jarang dengar seorang lelaki yang meraung gajah ,menjerit dan meminta bantuan polis bagi menyelamatkannya kerana tak tertahan kerana diminta melakukan hubungan seks berkali-kali oleh seorang wanita .Kejadian ini Munich Jerman apabila seorang lelaki menemui seorang wanita di sebuah bar dan bercadang memulakan sebagai teman "one night stand".Lelaki tersebut berusia 43 tahun dan wanita itu pula 4 tahun lebih tua.Menurut laman berita Jerman Province,beliau membawa wanita tersebut ke kediamannya dan melakukan hubungan  seks beberapa kali.

Namun wanita itu terus meminta melakukan seks bebarapa kali dan menyebabkan lelaki itu berlari kearah balkoni dan menjerit memanggil polis.Polis tiba ditempat kejadian dan menangkap wanita tersebut dan dikenakan tuduhan melakukan serangan seksual.

P/S:jarang sekali dengar kucing yang tak berselera nak makan tikus,dan anehnya ada juga kucing yang bertempiaran lari dikejar tikus..ganas betul tikus tu


Friday, 13 April 2012

Bila Ketuanan Melayu Di Hina,Dimanakah Kita Bila Raja Melayu Di Persenda


Dimana bumi di pijak di situ langit dijunjung ..itu adalah puluhan juta peribahasa Melayu yang sebenarnya banyak bersembunyi dengan kata-kata dengan alasan ketertiban dan sopan santun.Menyampaikan secara lisan secara turun temurun agar di dengari dari generasi-generasi namun alunan peribahasa ini terlalu sentimental ala-ala gurindam dan syair yang mendodoikan anak-anak muda dalam lena yang cukup panjang.Takkala satu persatu maruah bangsa dilondehkan dan di lelong di pasar paling murah,anak muda Melayu lebih leka melayari fesbuk di ruangan gossip bersama Aaaron Aziz atau Nealofa..peduli apa dengan politik..asalkan aku boleh berfesbuk bersama bahan-bahan picisan yang langsung tidak membantu membina minda apatah lagi jasad bangsa yang semakin reput di mamah masa dan petualang bangsa.

Kisah Maruah bangsa Melayu yang semakin dipersenda bukanlah perkara baru,tsunami politik selepas PRU12 menyaksikan beberapa rentetatan peristiwa yang begitu meruntum jiwa,tak perlulah disenaraikan kerana ianya seperti meletakkan garam kedalam luka yang tak mungkin sembuh.Terbaharu ketika berlangsungnya pertabalan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.Perlakuan beberapa ahli politik pembangkang yang dikatakan mempersendakan dan mengejek-ngejek Raja-Raja Melayu.Kejadian ini di ceritakan oleh Dr Rahman Kadir di dalam fesbuk beliau.
Sebenarnya tidak kira lah siapapun kita samada pemimpin kerajaan ataupun pembangkang dan begitu juga rakyat jelata Institusi Raja tidak perlu diheret dalam pertimbangan politik.Kebebbasan dalam berpolitik tidak bermakna mereka sebagai ahli politik boleh memiliki kebebasan mutlak.Jika mereka sebagai pemimpin politik tidak menghormati Institusi Raja,adakah mereka ini boleh menghormati rakyat kebanyakan  seperti kita?Rakyat kebanyakan hanya di hargai tiap kali ingin meraih undi bagi mencapai cita-cita politik.Dan episod penderhakaan ini lebih sadis lagi kerana dilakukan oleh segelintir pemimpin politik berbangsa Melayu yang begitu bangga menelanjangkan maruah bangsa.Bagi bangsa lain yang mengaku sebagai rakyat Malaysia seharusnya membaca Rukun Negara dan menghayatinya kerana jika anda tidak memahaminya..berhijrahlah ke sebelah tambak Johor sana..mungkin di sana akan ditakdirkan batu nesan anda.

     Kredit : 









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...