ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: FELDA
Showing posts with label FELDA. Show all posts
Showing posts with label FELDA. Show all posts

Monday, 16 April 2018

KERAJAAN TUNAIKAN JANJI AGIH LOT TANAH FELDA KEPADA GENERASI KEDUA


MARAN 16/4/2017 – Kerajaan Negeri Pahang komited menunaikan janji memberikan lot tanah kepada generasi kedua FELDA dan bukan sekadar janji kosong. Sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa mendengar keluhan generasi kedua FELDA yang mengimpikan kediaman sendiri di tanah rancangan FELDA, agihan lot tanah adalah salah satu cara penyelesaian terutama mereka yang sukar mendapatkan pinjaman bank. 

Pemberian lot tanah di Felda Jengka 2 Maran adalah merupakan projek perintis di Pahang bagi menyelesaikan masalah kediaman generasi kedua FELDA. Seramai 40 orang menerima surat tawaran untuk memiliki tanah lot oleh Kerajaan Negeri Pahang yang disampaikan oleh YB Dato’Sri Shahaniza Shamsuddin Exco kerajaan Negeri Pahang yang mewakili Kerajaan Negeri Pahang. 

Beliau berkata”Kerajaan Negeri dan FELDA mengambil tempoh yang lama untuk membuat keputusan yang amat penting ini keranan memikirkan kesannya kepada landskap FELDA pada masa akan datang. Tanah di Rancangan FELDA adalah terletak di bawah Akta GSA 1960 (Akta Tanah Kawasan penempatan Berkelompok), digubal bagi memastikan orang Melayu di letakkan di bawah FELDA ditadbir urus dengan baik demi kebaikan semua pihak namun dengan pemberian tanah lot ini pastinya akan memberikan kesan kepada landskap FELDA dan tidak selari dengan konsep yang diilhamkan oleh Tun Abdul Razak”. 

“Namun mengambil kira keluhan generasi kedua Felda Jengka 2, permohonan yang dikemukakan kepada Kerajaan Negeri dan FELDA sejak 2008 dan menjadi isu pilihanraya umum ke 13 telah di perhalusi dan akhirnya hari ini impian generasi kedua FELDA Jengka 2 telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Ianya akan menjadi perintis kepada beberapa lagi Tanah Rancangan Felda yang mempunyai rezab yang luas seperti di Felda Jengka 4 dan Jengka 5. Cuma di Felda Jengka 5 , pihak pengurusan FELDA telah mengambil keputusan untuk membina Perumahan Generasi Baru FELDA sebanyak 100 unit “. 

“saya ingin sekali lagi berpesan kepada penerima tanah lot generasi kedua Felda Jengka 2 agar tidak menjual tanah ini selepas mendapat hak milik nanti. Tindakan ini boleh dianggap pengkhianat kepada FELDA yang selama ini banyak membantu sosio ekonomi orang melayu. Pemberian lot tanah ini bermakna ianya tidak lagi tertakluk di bawah Akta GSA, jadi ingatlah jangan sesekali menjual tanah ini dan sebagai ingatan ianya tidak boleh ditukar milik selama 10 tahun berdasarkan perjanjian yang telahpun ditandatangani”, tegas YB Dato Shahaniza Shamsuddin Exco Kerajaan Negeri Pahang. 

Majlis tersebut turut di hadiri oleh En Shariman bin Dollah Hasim Penolong Pengurus Besar Wilayah Jengka, En Amizi Bin Mat Ghani Pengurus Rancangan Felda Jengka 2 . Dengan pengagihan tanah lot itu juga , menepis sama sekali tohmahan pembangkang yang mengatakan generasi kedua Felda telah diabaikan. 

Manifesto pembangkang yang ingin memberikan tanah lot juga tidak perlu digembar gemburkan memandangkan kerajaan Barisan Nasional telahpun mengotakan janji untuk memberikan tanh lot lot kosong di tanah rancangan Felda telah pun direalisasikan dengan projek perintis di Felda Jengka 2 Maran Pahang. 




Tuesday, 7 November 2017

FELDA AKAN BINA 3,000 BUAH RUMAH MESRA RAKYAT 1MALAYSIA DI PAHANG


7/11/107 KUANTAN - Masalah perumahan generasi ke dua Felda yang sering di perkatakan akhir akhir ini akan diatasi secara berperingkat peringkat. Melalui Bajet 2018 yang di bentangkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak baru baru ini. Melalui Bajet 2018 sebanyak 5,000 buah rumah akan dibina untuk mengatasi masalah perumahan generasi kedua FELDA.

" Menyedari Pahang merupakan negeri yang mempunyai bilangan peneoka dan kawasan tanah rancangan FELDA yang luas, FELDA telah mensasarkan sebanyak 3,000 buah rumah akan di bina di negeri Pahang", tegas YB Tan Sri Shahril Samad Pengerusi FELDA ketika menyampaikan ucapan di hadapan 2,000 peserta Seminar Muafakat FELDA Wilayah Jengka di Gambang Resort Kuantan Pahang.

"FELDA akan kembali kepada matlamat asal dengan menumpukan kepada pengkhususan kepakaran FELDA selama ini. Soal pembinaan perumahan akan diserahkan kepada mereka yang lebih arif. Berhubungkait dengan itu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah dipilih sebagai pihak yang bertanggungjawab membina perumahan generasi kedua itu nanti".

" SPNB akan membina rumah dengan kos RM 55,000 se unit dan untuk tujuan itu kerja mengukur tapak yang sesuai di setiap tanah rancangan telah diarahkan dilakukan oleh pentadbiran setiap wilayah FELDA dan bukan lagi ibupejabat FELDA. Masalah salinan slip gaji dikalangan anak peneroka FELDA juga dijangka selesai memandangkan SPNB memberikan kelonggaran kepada mereka berbanding bank komersial".

"Pembinaan Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia Sg Felda Sg Sayong Johor merupakan projek perintis dikawasan FELDA yang telah berjaya membuahkan hasil dan akan di perluaskan di seluruh kawasan FELDA .Namun peneroka juga harus realistik dengan mengambil kira kemampuan dan jangkamasa di perlukan untuk melihat semua yang dirancang berjalan dengan baik. Adalah mustahil membina rumah generasi kedua sama jumlahnya dengan rumah peneroka asal FELDA yang berjumlah 120,000 buah rumah sejak penubuhan FELDA 60 tahun lalu. Pembinaan perumahan generasi kedua FELDA memerlukan masa dan sudah tentu tidak dapat dilakukan dalam masa yang singkat"

" Bagi mereka yang berkemampuan untuk membina rumah, kebenaran telah pun diberi kepada anak anak generasi kedua untuk membina rumah kedua di dalam tapak rumah peneroka. Ini akan serba sedikit akan dapat membantu kita melihat anak anak peneroka memiliki rumah mereka sendiri yang diidamkan".kata Tan Sri Shahril Samad .

Menyentuh isu yang sering ditimbulkan pembangkang yang menjadikan FELDA sebagai sasaran kempen kali ini beliau berkata " Pakatan Harapan dalam menifesto pilihanraya akan datang akan menyerahkan pengurusan tanah untuk dikendalikan oleh peneroka dan harta FELDA akan di swastakan. Penswastaan begini akhirnya akan memberikan kesan buruk kepada peneroka akhirnya kerana ianya hanya menguntungkan kroni dan bukan peneroka . Bayangkan sahaja jika Menara FELDA yang mempunyai nilai 1 billion akan diberikan kepada kroni berbanding sekarang dimiliki oleh FELDA. FELDA sejak dulu akan sentiasa mengagihkan keuntungan yang diperolehi kepada peneroka dan sekiranya diswastakan kepada kroni seperti di tawarkan kepada Pakatan Harapan maka peneroka akan sedar ketika itu akibat buruk penswastaan seperti di tawarkan Pakatan Harapan.

Seminar Muafakat Wilayah Jengka FELDA itu akan membincangkan hala tuju FELDA dengan mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak terutama pemimpin masyarakat dikawasan FELDA. Ianya turut dihadiri oleh wakil rakyat yang mempunyai kawasan FELDA di Wilayah Jengka dan antara yang hadir YB Dato Bakar Harun ADUN Chini,YB Dato Shahaniza Shamsuddin ADUN Kuala Sentul ,YB Wan Salman Wan Ismail ADUN Jengka dan YB Dato Dr Ahmad Shukry Ismail ADUN Pulau Tawar.

YB Tan Sri Shahril Samad bersama peserta Seminar Muafakat
FELDA 

YB Tan Sri Shahril Samad sedang berbual bersama YB Dato
Shahaniza Shamsuddin 

Saturday, 27 February 2016

ANAK PAHANG DI PENTAS MENTOR MILENIA #VOTE FOR ZETTY


Gadis manis bertubuh kecil ini berjiwa besar,beliau yang dilahirkan di FELDA Jengka 2,Bandar Pusat Jengka Pahang kini berada di pentas Mentor Milenia sebuah rancangan realiti terbitan TV3 dan sedang bersaing di peringkat separuh akhir .

Membesar dalam masyarakat FELDA dan sebagai anak Pahang ingin membuktikan dirinya mempunyai bakat sebagai anak seni yang diwarisi dari bapanya .

Zetty zaman kanak kanak

Zetty semasa kecil bersama Awie  ketika
melakukan pertunjukan di expo suatu 
ketika dulu 

Penglibatannya dalam bidang nyayian bermula sejak dari kecil lagi kerana sering mengikuti bapa Abdul Rasyid Che Man yang mempunyai perniagaan menyediakan alatan Audio samada ke majlis keramaian mahupun Expo.

Bermula dari situ bakatnya mula di asah dengan mendapat jemputan dari masyarakat di sekitar khususnya di Pahang .Beliau juga pernah memenangi beberapa pertandingan nyayian di Pahang dan menyedari beliau ingin melangkah jauh dalam bidang seni suara,Zetty akhirnya melepasi ujibakat Mentor Milenia dan kini berada di peringkat separuh akhir dibawah bimbingan Mentornya Azlan Typewriter.

Penyokong setia Tok Gajah
Zetty yang kini sedang melanjutkan pelajaran  di UiTM Shah Alam dalam bidang muzik.Gadis ini juga rupa-rupanya amat meminati sukan bolasepak dan sering berkunjung ke stadium menyaksikan perlawanana bolasepak terutama pasukan Pahang.

Perjuangan beliau dalam pertandingan realiti TV3 Mentor Milenia belum selesai,bakat sahaja bukan jaminan untuk berada di pentas final.Undian penonton pastinya akan membantu beliau untuk terus mengembangkan bakatnya.

Saksikan kemunculan beliau di pentas separuh akhir Mentor Milenia di TV3 Ahad 28.2.2016 jam 9.00mlm dan mengundi Zetty dengan cara seperti ditunjukkan di bawah :

Cara Undian :

  • Layari www.tv3.com.my/mentormilenia/
  • klik pada tab UNDI
  • Log in dengan menggunakan kata laluan facebook dan klik ZETTY
  • satu kata laluan untuk satu undi sahaja
  • undian akan di buka pada hari Ahad 28.2.2016 jam 6.00pm.














Tuesday, 20 October 2015

GPW DIGESA MANAFAATKAN TEKNOLOGI ICT MAJUKAN DIRI


JENGKA  20/10/2015 -Gerakan Persatuan Wanita (GPW) di kawasan Felda perlu keluar daripada kepompong tradisi bagi menjadikannya lebih berkesan dalam menjadi agen pembangunan masyarakat.



"Perlu ada perubahan daya kreatif dan innovasi sesuai dengan perkembangan zaman dan usia bukan halangan bagi ahli memperkasakan diri dengan memajukan diri sendiri seterusnya masyarakat."kata YB Dato'Shahaniza hj Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang ketika merasmikan Hari GPW 2015 Wilayah Jengka di Felda Jengka 13 hari ini.

Katanya.."menceburkan diri dalam bidang perniagaan online misalnya mampu menjana pendapatan yang lumayan.Pusat Internet 1 Malaysia sebagai contoh,boleh digunakan dengan mempelajari teknologi maklumat dan pemasaran online selain media sosial boleh dimanafaatkan dengan menyalurkan sebarang kegiatan GPW dengan lebih berkesan"

"Sebagai agen yang menyampaikan maklumat GPW tidak boleh ketinggalan dalam arus perkembangan teknologi sebaliknya menjadikannya sebagai medium menyampaikan maklumat yang benar kepada masyarakat."ujarnya.

Hari GPW 2015 Wilayah Jengka yang juga merupakan acara tahunan yang diadakan khusus bagi merapatkan perpaduan dikalangan masyarakat Felda.

Selain menambah pengetahuan ahli dengan ceramah ceramah yang diadakan ianya juga memberi peluang kepada GPW menunjukkan kebolehan dan bakat melalui pameran dan pertandingan yang diadakan pada hari tersebut.

Turut hadir pada hari tersebut selain daripada ahli-ahli GPW dari 37 rancangan Wiayah Jengka ialah Tua Hj Nasir bin Embong,Pengurus Besar Wilayah,FELDA Wilayah Jengka,Dato'Khatijah bt M.Said,Ketua Seranta FELDA Wilayah Jengka,Tuan Hj Sulaiman Bakar.





Friday, 9 October 2015

TUBUH TERTUSUK BESI SAWIT PANTANG MAUT SEBELUM AJAL


NGERI.. seorang remaja lelaki yang bakal menduduki peperiksaan PT3 minggu depan berhadapan detik cemas dalam hidup apabila besi pengail buah kelapa sawit tertusuk hingga menembusi bahu kanannya di Kampung Tebuk Jawa, Sabak Bernam, Selangor, petang semalam.

Ketika kejadian, mangsa yang dikenali sebagai Nazif dikatakan sedang sibuk memunggah kelapa sawit dari traktor ke lori.




Bagaimanapun, malang tidak berbau apabila mangsa dilaporkan terjatuh dari traktor lalu tertusuk pada sebatang besi pengail buah kelapa sawit.

Berikutan itu, remaja berkenaan terpaksa dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani pembedahan bagi mengeluarkan besi tersebut.

Dalam perkembangan terkini, pembedahan telah pun dijalankan dan besi tersebut berjaya dikeluarkan. Mangsa juga dilaporkan dalam keadaan stabil.





Wednesday, 6 May 2015

#PRKROMPIN BN KEKALKAN KERUSI ROMPIN KENAPA PERLU SENTAP DENGAN MAJORITI



Calon BN Dato Hasan Arifin telah diumumkan sebagai Ahli Parlimen Rompin setelah menewaskan pencabarnya dari parti PAS Nazri Ahmad.


Pertandingan dua penjuru ini menyaksikan Dato'Hasan Arifin yang memperolehi 23,796 undi manakala calon PAS Nazri Ahmad memperolehi 14,901 undi bermakna BN menang dengan maoriti 8,895 undi.

Sudah menjadi amalan demokrasi kemenangan dikira walaupun mengatasi dengan satu undi.Seperti biasa sudah ada kedengaran tentang majoriti yang dikatakan menurun hampir separuh iaitu 15,114 pada PRU 13 sementara pada PRK kali ini BN memperolehi 8,895 undi.

Perlu diingat tentang peratusan yang keluar mengundi kali ini menurun sekitar 73% berbanding 86% pada PRU13.Jika dilihat dari segi undi yang diterima PAS sebenarnya mereka merosot  25 undi  kerana pada PRK ini PAS mendapat 14,901 manakala pada PRU 13 PAS mendapat 14,926.

Kesimpulan yang cukup mudah dan tidak perlu memeningkan kepala ialah BN sebenarnya mempunyai hampir 6,000 undi pengundi luar yang tidak pulang mengundi pada PRK Rompin kali ini yang diadakan pada waktu hari bekerja.Jumlah 45,800 orang pengundi jika ditolak dengan 39,288 termasuk undi rosak 591 sekitar 6,000 undi kemerosotan memang datang dari pengundi luar yang tidak pulang mengundi yg jatuh pada hari bekerja.






Pilihanraya Umum P091 : 2013

Jumlah Undi : 46,035
Undi Rosak : 883

BN : 30,040
PAS : 14,926

Majoriti : 15,114

_____________________

Pilihanraya Kecil P091 : 2015

Jumlah Pengundi : 53,294

Jumlah Undi :
Undi Rosak : 591

BN : 23,796
PAS : 14,901

Majoriti : 8,895-

Monday, 4 May 2015

#PRKROMPIN DURIAN RUNTUH PRK GEN2 FELDA DAPAT ISI..PAS KENA DURI..!!




PAS umpama cacing kepanasan dengan perkembangan terkini saat saat akhir pengundian yang hanya tinggal 48 jam lagi.Tradisi berceramah sepanjang musim pengundian gagal menarik perhatian serta gerakkerja PAS terhad.Parlimen Rompin yang luas ini menyukarkan jentera PAS yang hanya bergerak sendirisan sedangkan sekutu mereka PKR dan DAP mengerahkan segenap jentera mereka kep Permatang Pauh meninggalkan PAS terkontang kanting sendirian.


PAS mula mencipta alasan kekalahan yang semakin jelas kelihatan dengan mendakwa musim durian runtuh PRK Rompin menjejaskan peluang mereka yang keseorangan ditimpa duri durian sedangkan peneroka FELDA di Rompin lebih selesa duduk dibawah pohon durian yang lebat berbuah sambil makan bersama keluarga tercinta.

Kawasan tanah rancangan FELDA yang menjadi sasaran PAS berkempen bukanlah sesuatu tugas yang mudah.Sepatutnya PAS menerima kenyataan yang mereka sebenarnya tidak melakukan apa apa pun dalam memperjuangakan nasib generasi kedua FELDA sedangkan mereka juga mempunyai negeri dibawah kekuasaan PAS seperti di Kelantan.Ladang Rakyat di Kelantan jika nak di bandingkan dengan FELDA bagakan langit dengan bumi.




#PRKROMPIN : MAZLAN ALIMAN JADI HALIMUNAN..PM BERI KHABAR GEMBIRA PERUMAHAN GENERASI KE 2 FELDA


Ketika ini Mazlan Aliman dan juak juaknya sedang memerah otak memikirkan apakah lagi bentuk serangan yang akan mengubah pendirian anak muda generasi kedua.Menjadi juara kononnya membela nasib generasi kedua FELDA dengan membawa isu perumahan generasi kedua FELDA tetapi sebenarnya hanya mengambil kesempatan diatas kekeliruan warga FELDA yang senantisa dimomokkan dengan tuduhan dan fitnah dalam pada masa yang sama tidak melakukan apa apa waima sebuah tandas untuk apatah lagi membina perumahan buat generasi kedua FELDA.



Pengumuman Y.A.B PM dengan rancangan pembinaa 1,504 unit Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin yang meliputi Felda Selancar 4/5 sebanyak 480 unit,Felda Keratong 4 sebanyak 264 unit, Felda Selendang 2 sebanyak 360 unit dan Felda Keratong 7 sebanyak 400 unit .


Upacara pecah tanah yang dilakukan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim di FELDA Keratong hari ini bukan sekadar retorik politik tetapi perancangan yang telah dilakukan sebelum musim PRK Rompin.

Bukan itu sahaja Y.A.B PM juga peka dengan masalah yang disuarakan calon Barisan Nasional Dato'Hasan Arifin sewaktu kempen PRK Rompin ini membuat keputusan agar FELDA menurunkan harga dari RM 125,00.00 kepada RM 90,00.00.





Hanya kerana dapat sehelai baju berwarna oren Mazlan Aliman,anak anak muda ini sepertinya mahu menongkah arus dengan memilih sehelai baju berwarna oren berbanding perumahan yang bakal ditawarkan kepada generasi kedua FELDA di Rompin.Pastinya jika mereka tidak segan silu menolak FELDA..apakah pihak FELDA perlu segan silu untuk menolak permohonan meraka.Jangan salahkan FELDA jika anak muda berbaju oren ini nanti gagal memiliki Perumahan Generasi Baharu FELDA kerana mereka lebih berminat memiliki sehelai baju oren Mazlan Aliman dan PAS berbanding bersama FELDA.












Saturday, 2 May 2015

#PRKROMPIN ANAK PENEROKA ROMPIN SOKONG PAS BUAT U TURN..PM UMUMKAN PERUMAHAN GEN 2


PAS membuat kesilapan besar bila memainkan isu perumahan generasi ke dua FELDA kerana ia akan memakan diri.Selama ini pun mereka hanya bijak menangguk di air keruh tanpa apa apa sumbangan kearah memajukan masyarakat FELDA.Buktinya selama ini masyarakat FELDA adalah penyokong kuat dari dahulu hinggalah saat ini dan tidak keterlaluan dikatakan FELDA adalah kubu kuat BN.

Cuma kebelakangan ini perkembangan media sosial seiring dengan masa di zaman ledakan teknologi maklumat disalahgunakan oleh pembangkang khususnya mempengaruhi anak muda generasi kedua FELDA.Tanpa menghayati sejarah penubuhan FELDA sehinggalah kini yang telah melalui proses Tranformasi yang dilhamkan oleh Y.A.B DS Najib Tun Razak.

Musism PRK Rompin menjadi wadah PAS mempengaruhi generasi kedua FELDA.Generasi kedua yang terpengaruh ini wajar memikirkan berkali kali keputusan mereka untuk terus menyokong PAS atau berada bersama parti yang mewakili kerajaan.


Jika mereka merasa sudah cukup selesa..ayuhlah..teruskan bersama PAS namun FELDA tentunya tidak akan berdiam diri.Jangan pula ada dikalangan generasi kedua nanti yang merasa dianiaya kerana tidak mendapat tempat Projek Perumahan generasi baru FELDA yang akan dilaksanakan di Rompin mengikut fasa.Pastinya kelibat Mazlan Aliman tiada lagi disaat penyerahan kunci itu nanti dan anak muda generasi kedua FELDA perlu tunggu sehingga musim pilihanraya akan kemunculan Mazlan Aliman .Fikir..fikirkan lah.....bak kata pepatah Melayu....

" mendengar guruh dilangit..air ditempayan dicurahkan.."

Kenyataan YAB PM tentang Projek Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin


1. Kerajaan sentiasa peka dan sentiasa mengambil berat tentang pemilikan rumah mampu milik di tanah rancangan FELDA khususnya untuk generasi baru.

2. Komitmen kerajaan terhadap perkara ini telah dizahirkan dengan pembinaan 1504 unit Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin iaitu di Felda Selancar 4/5 sebanyak 480 unit, Felda Keratong 4 sebanyak 264 unit, Felda Selendang 2 sebanyak 360 unit dan Felda Keratong 7 sebanyak 400 unit pada harga RM 125,000 seunit jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa.


3. Menyelami keluh kesah generasi baru serta permintaan agar harga rumah tersebut dikaji semula, saya telah mengarahkan Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada untuk menawarkan harga baru rumah-rumah tersebut kepada RM90,000 untuk pembelian secara jual-beli.

4. Untuk segelintir generasi baru yang tidak berkeupayaan mendapatkan pembiayaan untuk pembelian jual beli rumah-rumah tersebut, kerajaan akan menyediakan skim sewa dan beli dimana generasi baru ini akan dapat menduduki rumah tersebut selama 5 tahun secara sewaan dengan kadar yang munasabah dan tawaran pembelian dibuat selepas itu tertakluk kepada syarat-syarat dan perjanjian kedua-dua pihak.

5. Kerajaan akan terus menjulang agenda pemilikan rumah oleh rakyat khususnya di tanah-Tanah rancangan FELDA ini terus disemarakkan. Adalah diharapkan jua, pengumuman ini dapat merealisasikan impian warga generasi baru FELDA khususnya di Parlimen Rompin untuk memiliki rumah idaman mereka.





Friday, 1 May 2015

#PRKROMPIN TAPAK PERUMAHAN GEN 2 FELDA DICEROBOH CALON PAS ROMPIN




Ibarat kokok berderai-derai,ekor berderai tahi..itu lah yang dapat dikatakan kepada mereka yang cakap tak serupa bikin.Di PRK Rompin kali ini antara isu yang kerap dicanangkan dan dijaja di tanah rancangan FELDA adalah perumahan generasi kedua FELDA.

Bagaimana mahu memperjuangkan perumahan generasi ke dua FELDA sedangkan calon PAS di PRK Rompin Nazri Ahmad diberitakan telah menceroboh tanah FELDA dengan membina bangunan Tahfiz ditanah rezab FELDA.

Bila isu ini ditimbulkan pastinya akan ada suara-suara yang akan mengatakan inilah dia kerajaan BN yang senantiasa menindas pendidikan agama.Pembinaan Tahfiz atau apa apa yang berkaitan agama seharusnya bukan dijadikan alasan kita menghalalkan cara dan pendekatan kita dalam sebuah masyarakat.

Calon PAS dikatakan telah menceroboh tanah rezab FELDA di Keratong  yang pada awalnya dengan tujuan untuk membina kilang keropok tetapi akhirnya telah membina bangunan sekolah tahfiz di tanah rezab FELDA tanpa membuat sebarang permohonan kepada FELDA tuan punya tanah.

Apa yang menjadi persoalan sekarang beberapa lagi bangunan tambahan telah dibina sehingga memasuki Tapak Perumahan Generasi Kedua FELDA yang dicadangkan.Jika ini berterusan apakah nasib generasi kedua FELDA yang lain untuk memiliki rumah sedangkan mereka juga berhak.Isunya adalah kepentingan orang ramai seharusnya menjadi keutamaan dan bukannya hak individu.

FELDA tidak zalim dengan merobohkan sebarang binaan sekolah Tahfiz berkenaan tetapi jika kepentingan orang ramai terganggu sudah pasti adalah tidak adil kepada generasi kedua  yang inginkan perumahan mereka yang dicadangkan tetapi telah diceroboh oleh calon PAS yang selama ini begitu lantang memperjuangkan nasib anak peneroka FELDA khususnya perumahan generasi kedua.

FELDA telah beberapa kali menghantar surat amaran bagi memberhentikan pembinaan bangunan tersebut tetapi tidak diendahkan,bukan niat untuk meroboh tetapi binaan binaan yang baharu dibuat itu telahpun memasuki tapak cadangan perumahan generasi kedua yang dicadangkan.

Kepentingan orang ramai harus diutamakan,janganlah jadikan tanah FELDA ini sebagai tanah nenek moyang sendiri kerana FELDA adalah tuan punya tanah yang sah.Apa yang kita akan rasa dan kata jika tanah milik kita orang lain ceroboh sesuka hati tanpa meminta kebenaran...pastinya ia akan menimbulkan rasa tidak puashati.

Di Pahang sekolah pendidikan agama telah dan semakin banyak dibina termasuklah tahfiz menjadikan negeri tertinggi memiliki dan membiayai sekolah agama rakyat dan tahfiz di negeri ini.Mengatakan kerajan negeri tidak peka kepada pendidikan agama adalah sesuatu yang tidak benar.

PAS seharusnya berhenti menjadi juara rakyat khususnya di FELDA kerana tiada apa yang dilakukan untuk kebaikan warga FELDA selain memecahbelahkan keharmornian di tanah FELDA.Calon PAS pula jangan kuat sangat berkokok...sebab ekor berderai tahi...





Monday, 27 April 2015

#PRKROMPIN PAS HINA PENEROKA SANGGUP TERIMA RM 20 UNTUK UNDI


Kempen PRK Rompin sekali lagi menyaksikan belang sebenar parti yang dikatakan memperjuangkan Islam.Sebagai parti yang dikatakan Islamik tentunya akhlak menjadi taruhan supaya dijadikan contoh bagi dicontohi rakyat marhaen.Namun berbeza dengan PAS yang semakin hari semakin hilang arah tujuan demi kekuasaan politik.

Ceramah PAS kali ini dipenuhi dengan serangan peribadi yang melampau ditujukan kepada pemimpin politik.Memang sudah jadi lumrah orang berpolitik menerima kecaman dan kritikan tetapi menghina pengundi adalah cara yang begitu memalukan bagi sebuah parti yang dikatakan menggunakan Islam sebagai wadah perjuangan.

Menyedari betapa pentingnya undi peneroka di PRK Rompin,mereka dijadikan sasaran PAS melancarkan kempen dengan pelbagai cara dan apa yang menyedihkan bilamana seorang yang bergelar YB mengeluarkan kata kata penghinaan kepada peneroka FELDA 

"Ala, Pengundi Keratong 8 ini bagi 20 ringgit boleh sahaja"

Beliau dipetik sebagai berkata sedemikian ketika berceramah di Keratong 8 sewaktu hari ke 3 kempen PRK Rompin.

Sikap bongkak dan angkuh dengan menghina masyarakat peneroka adalah reaksi PAS yang selama ini gagal menembusi kubu kuat BN dikawasan tanah rancangan FELDA lantaran gagal mengawal diri dari melakukan penghinaan sedemikian rupa.PAS harus sedar peneroka di zaman sekarang jauh berbeza dan telah berubah menjadi masyarakat yang tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Peneroka sentiasa berterima kasih kepada kerajaan BN yang selama ini memperjuangkan nasib mereka dari kehidupan yang sukar sewaktu ketika dahulu sebelum memasuki tanah rancangan FELDA ke satu kehidupan yang sempurna.

Keceluparan mulut pemimpin PAS ini perlu ditutup dengan menolak pembangkang pada PRK kali ini kerana maruah peneroka tidak boleh dijual beli dengan hanya RM 20...penghinaan ini wajar dibalas dengan mengundi BN bagi mengajar mereka yang makin kurang ajar.


#PRKRompin DITUDUH PECAH AMANAH RM 30 JUTA WANG PENEROKA JADI BARUA PAS BERCERAMAH DI PRK ROMPIN


Himpunan Selamatkan FELDA 2.0 yang telah di adakan di Felda Keratong kali ini menampilkan seorang hero baru yang cuba diperkenalkan dengan harapan dapat melondehkan dan membongkar penyelewengan yang dilakukan oleh FGV dihadapan peneroka FELDA.Tapi sayang seribu kali sayang sebagai parti yang dikatakan Islamik dan dikatakan kononnya maksum terlepas pandang dengan menjemput seorang penyamun yang dipecat sebagai CEO KPF Quality Food Sdn Bhd dituduh dimahkamah kerana menyonglap RM 30 juta wang syarikat.


Apakah sudah tidak ada tokoh lain yang boleh dijadikan penceramah semasa PRK Rompin ini dan jelas menunjukkan PAS sudah ketandusan pemimpin.Tangkap muat sahaja,penyamun pun penyamun lah janji boleh dijadikan alat bagi kepentingan politik PAS.

Mungkin sudah ditakdirkan mereka yang selama ini melabel Isa Samad Pengerusi FELDA sebagai manusia yang tidak boleh dipercayai kerana terlibat dalam politik wang,kini tuduhan itu berpatah balik kepada mereka paling tidak Isa Samad tidak pernah didakwa dan didapati bersalah di mahkamah sedangkan penceramah idola mereka yang berceramah di pentas PAS ketika kempen PRK Rompin sedang menghadapi tuduhan yang amat berat menggelapkan wang syarikat sebanyak RM 30 juta wang peneroka FELDA.

Apakah orang yang dituduh menggelapkan wang peneroka FELDA sebanyak RM 30 juta ini layak bercakap tentang intergriti dan transparency orang lain.Hentikanlah...cerminlah diri sendiri dahulu sebelum menabur fitnah di kawasan tanah rancangan FELDA.

sila klik untuk melihat kebenaran...bukan mendengar orang fasik membawa berita seperti yang sering berkumandang dalam ceramah ceramah PAS






Bagi mereka yang hilang jawatan dan keistimewaan seperti beliau tentunya kekecewaan ini mengundah perasaan marah dan ingin membalas dendam dan menutup malu tetapi seperti kata pepatah melayu bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan nyiru...


Friday, 24 April 2015

#PRKRompin PAS HANYA MAKLUK PEROSAK DI TANAH RANCANGAN FELDA - ISA SAMAD


Kehadiran PAS di kawasan Tanah Rancangan FELDA adalah umpama mahluk perosak.Strategi hit n run yang diamalkan PAS bagaikan menabur fitnah sepanjang musim pilihanraya dan kemudianya hilang dari tanah rancangan FELDA bila berakhirnya pilihanraya.Berbeza dengan kerajaan melalui FELDA yang akan sentiasa bersama peneroka tak kira masa.

Tan Sri Isa Samad Pengerusi FELDA berkata sedemikian sewaktu berucap merasmikan bangunan Dewan Semai Bakti Felda Keratong 10 di Muadzam Shah Rompin Pahang.Turut hadir pada majlis tersebut calon Barisan Nasional Dato'Hasan Arifin PRK Rompin.Peneroka FELDA yang merupakan 51% dari pengundi Parlimen Rompin yang meliputi 17 buah tanah rancangan menjadi sasaran  PAS menabur dakyah dengan memutarbelikan isu.

Adalah satu tindakan yang bodoh bagi ahli politik melaksanakan dasar yang akan membuatkan mereka hilang undi dan pada masa yang sama sesuatu dasar dilaksanakan juga tidak boleh memudaratkan negara.Sebagai ahli politik yang bertanggungjawab kepada negara ada kala dasar yang dilakukan adalah tidak popular dikalangan rakyat.

Penjelasan Isu Semasa

GST
Pada musim pilihanraya apa sahaja perkara akan menjadi isu sepertimana GST.Di England rakyatnya mengambil masa setahun untuk memahami VAT tetapi berbeza dengan Malaysia kerana di sana ianya tidak dipolitikkan.Walhal sebenarnya pada suatu ketika nanti rakyat Malaysia akan sedar juga akan kebaikan GST kerana mereka perlu memahami GST melalui transisi.

HUTANG EPF

Begitu juga tohmahan FELDA berhutang sebanyak RM 6 billion telah dimaikan juga pada PRU13 yang lepas dimainkan sekali lagi pada PRK Rompin oleh PAS.Sebenarnya FELDA mempunyai kemampuan untuk meminjam dan sewajarnya peneroka FELDA berbangga jika tidak kerana kebolehupayaan FELDA pastinya EPF tidak akan memberikan pinjaman.Adakah EPF akan memberikan pinjaman kepada Koperasi PAS?jangankan pinjaman..borang pinjaman pun belum tentu dan sehingga kini FELDA mampu membayar balik pinjaman.Pinjaman sebenarnya adalah lumrah dalam urusan perniagaan.

FGV
PAS terus membuat tohmahan mengatakan tanah mereka bakal tergadai dengan penyenaraian FGV.Mengikut pecahan syer yang dimiliki oleh Felda adalah sebanyak 37%,peneroka asal FELDA seramai 112,635 peserta sebanyak 20% manakala selebihnya dimiliki oleh EPF dan Tabung Haji serta Institusi kewangan.FGV sebenarnya menyewa tanah dari FELDA dengan bayaran RM 450 juta setahun samada dari keluasan tanah seluas 355 ribu hektar.

51% saham yang dipegang aakan memastikan kepentingan peneroka dan adalah mustahil kerajaan akan membiarkan sesuatu yang merugikan peneroka.Begitu juga tohmahan terhadap Tan Sri Isa Samad yang memiliki 180,00 unit sahan diberikan oleh FELDA walhal ianya dibeli dengan kouta sebagai Pengerusi FELDA walaupun sepatutnya diberikan 1 juta unit namun FELDA hanya membenarkan sebanyak 180,00 unit untuk dibeli oleh beliau.Ahli Lembaga Pengarah FELDA yang lain juga turut diperuntukkan 150,00 untuk dibeli bukan diberi.Sebaliknya peneroka diberikan 20% keuntungan FGV yang akan kekal selama lamanya dan boleh diwarisi oleh ahli keluarga .

Saham FGV yang jatuh dipasaran juga menjadi modal PAS.Memang benar diatas kertas saham itu mengalami kejatuhan tetapi ianya tidak akan membebankan peneroka kerana sejumlah 800 unit saham yang jatuh itu dibayar oleh FELDA sebagai pendahuluan dan akan dipotong bayaran dari peneroka secara berperingkat.Pernahkan selama ini peneroka yang berhutang dengan FELDA akan dikenakan apa2 tindakan oleh FELDA?berapa ramaikah peneroka yang dibuang rancangan kerana tidak membayar bayaran tanam semula FELDA?

PERUMAHAN GENERASI KEDUA

Sepertimana yang diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri,FELDA menyasarkan pembinaan sebanyak 20,000 buah rumah dan setakat hari ini 9,000 telah berjaya dibina.Bagaimanapun buat sementara waktu ianya ditangguhkan bagi kerajaan memikirkan kaedah bagaimana caranya generasi kedua membiayai pinjaman untuk memiliki rumah.Pada dasarnya kerajaan mungkin akan menjalankan sewa beli selama lima tahun dan sekiranya mereka dapat menunjukkan komitmen untuk membayar sewa maka mereka akan ditawarkan untuk membeli rumah tersebut.

Penangguhan itu juga disebabkan pada waktu ini FELDA sedang menguruskan pinjamannya dari institusi kewangan.Felda tidak akan menggunakan dana FELDA sendiri sebaliknya meminjam dari bank seperti mana amalan yang dilakukan oleh mana mana urusan perniagaan yang memerlukan pembiayaian.

Mengenai harga rumah FELDA masih sedang mempertimbangkan harga dan mustahil dapat dijual pada harga RM 90,000 dan kebawah kerana FELDA mesti menjula mengikut harga pasaran semasa serta kemudahan lain yang akan disediakan termasuk api dan jalanraya ataupun tangki air.Keluasan yang ditawarkan juga adalah seluas 1,000 kaki persegi berbanding rumah PPRT cuma dalam lingkungan 650 kaki persegi.Keberangkalian harga mungkin sekitar RM 120,000.

Antara lain isu yang dimainkan oleh PAS ialah Malaysia mengalami krisis kewangan dan ekonomi yang merudum.Walhal adalah sesuatu yang ganjil jika sukuk sebanyak USD 1.5 billion yang ditawarkan terlebih langganan 7 kali dan sukuk bernilai USD 1.0 Billion selama 30 tahun terlebih langganan sebanyak 6 kali.Pastinya petunjuk daari terlebih langganan ini keyakinan pelabut terhadap ekonomi negara.

Justeru itu peneroka di tanah rancangan di Parlimen perlulah berfikiran waras dengan mengundi Dato Hasan Arifin sebagai calon mereka pada PRK Rompin kali ini.Dan sebagai tanda ingatan FELDA buat peneroka,sebuah Dewan Semai Bakti akan dibina di Felda Keratong 10.Ingatlah bahawa akan ada mahluk perosak seperti PAS akan tak pernah jemu datang ke tanah rancangan FELDA bagi merosakkan kedamaian warga FELDA hanya kerana undi dan akan hilang sebaik sahaja pilihanraya berlalu...


Tuesday, 21 April 2015

#PRKRompin NAZRI AHMAD CALON PAS PRK ROMPIN SI TANGGANG MODEN


Bilamana kita tidak mengenang budi,bilamana kita tidak bersyukur..bilamana tiada lagi perasaan keinsafan dalam diri yang tinggal hanya lah sifat angkuh dan bongkak mendabik dada tanpa menyedari dimanakah asal kita.Inilah yang dapat dilabelkan bagi calon PAS PRK Rompin Nazri Ahmad yang diumumkan semalam.

Anak Kelahiran FELDA Keratong 5 ini yang membesar dan bersekolah di SK Keratong 4 ini kini sudah lupa asal usul.FELDA bukanlah lahir dari sebuah lampu ajaib yang di gosok oleh Aladin tapi adalah cetusan ilham mantan Perdana Menteri Malaysia Allahyarham Tun Razak yang mahu melihat orang Melayu yang suatu ketika dahulu keluar dari kepompong kemiskinan.

Sebagai anak FELDA Nazri Ahmad adalah contoh lahirnya Si Tanggang Moden dari kawasan FELDA atau mungkin jua Si Malim Kundang yang sudah lupa segala yang dikecapi beliau dan keluarga di tanah rancangan FELDA.Kejayaan FELDA sebagai agensi memajukan tanah dan sosial ekonomi khususnya masayarakat Melayu tidak boleh disangkal oleh mana mana pihak.Namun PAS sebagai parti yang selesa sebagai parti yang mengadu domba masyarakat bijak mengambil peluang demi kepentingan politik.

Tidak cukup dengan itu anak kelahiran FELDA yang dapat melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi ini diberi peluang menjadi guru di sebuah lagi agensi kerajaan iaitu MARA melalui MRSM.


Di FELDA lahir dan membesar dengan pelbagai kemudahan yang diberikan..di MRSM mencari rezeki tetapi akhirnya memilih untuk menentang kerajaan yang selama ini memberi tanpa meminta apa apa balasan.Mengenang budi sudah memadai tetapi beginilah kesudahannya bila melepaskan anjing yang tersepit..

Monday, 20 April 2015

#PRKROMPIN MENANAM BUDI MENUAI KASIH KEMANA SOKONGAN PENEROKA FELDA?


Tidak dapat dinafikan keputusan PRK Rompin bergantung kepada tangan tangan peneroka yang mewakili majoriti pengundi dengan 17 kawasan FELDA didalam Parlimen Rompin.Mereka ini yang selama 6 penggal tidak pernah beralih arah berubah hati sentiasa meletakkan calon BN mewakili mereka di setiap pilihanraya umun sejak merdeka hingga kini.

Kesetian mererka kini diuji lagi pada PRK Rompin.Namun kesetian mereka yang tidak pernah menduakan kasih selama ini sring menjadi sasaran anasir anasir yang cuba mengganggu gugat daerah yang penuh dengan kedamaian ini.PAS yang sudah mula menjadi tetamu setiap kali musim pilihanraya.Kawasan FELDA umpama hotel bagi mereka berkunjung dan mengadudomba warganya dan pulang dengan girang apabila berjaya mencampakkan benih kebencian di tanah rancangan FELDA.

Isu isu yang dibawa PAS

i)Saham FGV - Penurunan saham FGV di pasaran dijadikan modal bagi memlekehkan ketidakbolehupayaan FELDA.


Rakaman di atas menjelaskan dengan bagaimana keadaan dan situasi saham FGV.Secara mudahnya saham FGV yang diberiakan kepada setiap warga FELDA melalui pinjaman sebanyak 800 unit itu tidak makan membebankan peneroka.Sekalipun mengalami susut nilai dan peneroka terpaksa membayar kerugian hanya diatas kertas sebaliknya ianya dibayar oleh FELDA secara ansuran.Peneroka tidak perlu mengeluarkan sesen pun dan terasa teraniaya.

ii)Perumahan Generasi Kedua FELDA - Menyedari keperluan perumahan kerajaan telah menyasarkan sebanyak 20,000 buah rumah dan sebanyak 4,000 buah rumah telah terbina setakat ini di Pahang.Namun buat masa ini projek tersebut masih menantikan proses kelulusan pinjaman bank yang dibuat oleh FELDA bagi membiayai kos perumahan dan tidak sesekali menggunakan dana FELDA bagi tujuan tersebut.

Berbagai mekanisme sedang dipertimbangkan oleh  FELDA bagi memudahkan anak peneroka yang memiliki rumah bagi yang tidak mempunyai slip gaji seperti jaminan ibu bapa terhadap mereka yang berminat dan layak memiliki perumahan yang dibina.

iii)Harga komoditi - Zaman telah jauh berubah dan cara bagaimana perdagangan seiring dengan perkembangan masa.Harga berdasarkan pasaran hadapan yang diniagakan bergantung kepada keadaan ekonomi dunia.Pastinya sawit dan getah juga tidak terkecuali menerima tempias kepada sebarang pergerakan harga pasaran dunia.Harga bukannya ditentukan oleh FELDA dan dakyah PAS ini hanya mahu mengelirukan peneroka FELDA.

Kebanyakan pemimpin PAS yang hadir di bumi Rompin hanyalah tetamu yang mahu meninggalkan najis mereka.Peneroka tidak wujud dengan sendiri,peneroka wujud dengan faktor penarik dan penolakan yang membawa mereka bak kata orang jawa "from zero to hero".Dimanakah mereka dahulu ,..dimanakah mereka sekarang antara kehidupan yang penuh ranjau bagi membina kehidupan dan akhirnya kini menuai hasil atas keprihatinan kerajaan Barisan Nasional .Tradisi membela rakyat yang tiada penghujungnya.......






Sunday, 19 April 2015

#PRKROMPIN ANTARA FAKTOR BAKAL MENYEBABKAN KEKALAHAN PAS


Pencalonan Dato'Hasan Arifin sebagai calon BN bagi kerusi PO91 Parlimen Rompin umpama igaun ngeri buat parti PAS.Berbekalkan pengalaman dan ketokohan dalam bidang pengurusan serta pentadbiran serta  disenangi oleh penduduk Rompin peluang PAS sebenarnya hampir berkubur.Cuma batu nisan perjuangan PAS di Rompin akan di pacakkan pada hari pembuangan undi pada 5hb Mei ini.

Faktor faktor yang bakal menjadi punca kekalahan PAS pada PRK Rompin kali ini ialah

1.Faktor calon anak tempatan BN

 PAS mengharapkan calon BN datang dari orang luar Rompin dan mereka akan memilih anak tempatan.Ianya menjadi isu basi setiap PRK yang mana calon tempatan mempengaruhi pengundi.Hasrat PAS untuk meletakkan Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang yang bukan anak Pahang sudah terbantut.

Hj Hadi dan golongan pro ulama pastinya mahu meletakkan Tuan Ibrahim sbg calon bagi memulihkan pengaruh Hj Hadi yang teruk merosot sejak berlaku krisis dalam Pakatan Rakyat.Saban hari Hj Hadi teruk dikritik kalau dahulu hanyalah secara bisik bisik di dalam kelambu kini tidak lagi.Perang terbuka dengan mengkritik Presiden PAS secara terbuka oleh golongan Anwarinas dalam PAS dan yang cenderung kepada Pakatan Rakyat seperti Khalid Samad,Hanipa Maidin,Mujahid Rawa dan ramai lagi yang dilabel Jebon oleh puak Hj Hadi yg pro ulama.

Bagi meraih undi PAS terpaksa meletakkan calon tempatan yang pastinya pro ulama.Sebarang usaha meletakkan calon luar mengundang padah kerana penduduk Rompin pastinya akan memastikan mereka diwakili oleh wakil rakyat seperti Dato Hasan Arifin yang sudah dikenali oleh penduduk setempat.

2.Krisis Perpecahan Pakatan Rakyat 


Bukan rahsia lagi hubungan parti PAS dalam Pakatan Rakyat akan menjejaskan gerakkerja pilihanraya.Sekutu mereka DAP pastinya tidak akan turun membantu khususnya pemimpin DAP yang sudah berpatah arang dengan memutuskan hubungan dengan Hj Hadi dan PRK Rompin mereka akan menunjukkan isyarat yang jelas tanpa bantuan jentera Pakatan rakyat PAS tidak akan kemana.

Secara kebetulan  PRK Permatang Pauh dijadikan alasan dengan menumpukan perhatian di sana dan membiarkan jentera PAS berjuang bersendirian.Apatah lagi jentera PKR yang pasti mengerahkan segala kekuatan parti kerana Permatang Pauh begitu simbolik kepada perjuangan mereka memandangkan ianya kawasan yang diwakili Ketua Umum dan Presiden PKR suatu ketika dahulu.

3.Isu nasional dan tempatan

PAS dijangka akan memainkan isu GST dan pembaziran kerajaan serta masalah FELDA.Adalah dijangka isu GST akan dimanipulasikan dengan dakyah mereka.Parlimen kawasan Rompin mempunyai 53,924 pemilih berdaftar dengan majoritinya Melayu kira-kira 45,000 pengundi; disusuli Orang Asli, kira-kira 7,000 pengundi; Cina, 1,300 pengundi; dan, India, 621 pengundi.


Dengan kebanyakan pengundi di luar bandar mereka menerima kesan GST yang paling minima tetapi manafaat GST.Pembangunan yang mencurah-curah semenjak wakil BN mewakili mereka sejak 6 penggal yang lalu tentunya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...