ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Nazri Ahmad
Showing posts with label Nazri Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Nazri Ahmad. Show all posts

Wednesday, 6 May 2015

#PRKROMPIN BN KEKALKAN KERUSI ROMPIN KENAPA PERLU SENTAP DENGAN MAJORITI



Calon BN Dato Hasan Arifin telah diumumkan sebagai Ahli Parlimen Rompin setelah menewaskan pencabarnya dari parti PAS Nazri Ahmad.


Pertandingan dua penjuru ini menyaksikan Dato'Hasan Arifin yang memperolehi 23,796 undi manakala calon PAS Nazri Ahmad memperolehi 14,901 undi bermakna BN menang dengan maoriti 8,895 undi.

Sudah menjadi amalan demokrasi kemenangan dikira walaupun mengatasi dengan satu undi.Seperti biasa sudah ada kedengaran tentang majoriti yang dikatakan menurun hampir separuh iaitu 15,114 pada PRU 13 sementara pada PRK kali ini BN memperolehi 8,895 undi.

Perlu diingat tentang peratusan yang keluar mengundi kali ini menurun sekitar 73% berbanding 86% pada PRU13.Jika dilihat dari segi undi yang diterima PAS sebenarnya mereka merosot  25 undi  kerana pada PRK ini PAS mendapat 14,901 manakala pada PRU 13 PAS mendapat 14,926.

Kesimpulan yang cukup mudah dan tidak perlu memeningkan kepala ialah BN sebenarnya mempunyai hampir 6,000 undi pengundi luar yang tidak pulang mengundi pada PRK Rompin kali ini yang diadakan pada waktu hari bekerja.Jumlah 45,800 orang pengundi jika ditolak dengan 39,288 termasuk undi rosak 591 sekitar 6,000 undi kemerosotan memang datang dari pengundi luar yang tidak pulang mengundi yg jatuh pada hari bekerja.






Pilihanraya Umum P091 : 2013

Jumlah Undi : 46,035
Undi Rosak : 883

BN : 30,040
PAS : 14,926

Majoriti : 15,114

_____________________

Pilihanraya Kecil P091 : 2015

Jumlah Pengundi : 53,294

Jumlah Undi :
Undi Rosak : 591

BN : 23,796
PAS : 14,901

Majoriti : 8,895-

Friday, 1 May 2015

#PRKROMPIN TAPAK PERUMAHAN GEN 2 FELDA DICEROBOH CALON PAS ROMPIN




Ibarat kokok berderai-derai,ekor berderai tahi..itu lah yang dapat dikatakan kepada mereka yang cakap tak serupa bikin.Di PRK Rompin kali ini antara isu yang kerap dicanangkan dan dijaja di tanah rancangan FELDA adalah perumahan generasi kedua FELDA.

Bagaimana mahu memperjuangkan perumahan generasi ke dua FELDA sedangkan calon PAS di PRK Rompin Nazri Ahmad diberitakan telah menceroboh tanah FELDA dengan membina bangunan Tahfiz ditanah rezab FELDA.

Bila isu ini ditimbulkan pastinya akan ada suara-suara yang akan mengatakan inilah dia kerajaan BN yang senantiasa menindas pendidikan agama.Pembinaan Tahfiz atau apa apa yang berkaitan agama seharusnya bukan dijadikan alasan kita menghalalkan cara dan pendekatan kita dalam sebuah masyarakat.

Calon PAS dikatakan telah menceroboh tanah rezab FELDA di Keratong  yang pada awalnya dengan tujuan untuk membina kilang keropok tetapi akhirnya telah membina bangunan sekolah tahfiz di tanah rezab FELDA tanpa membuat sebarang permohonan kepada FELDA tuan punya tanah.

Apa yang menjadi persoalan sekarang beberapa lagi bangunan tambahan telah dibina sehingga memasuki Tapak Perumahan Generasi Kedua FELDA yang dicadangkan.Jika ini berterusan apakah nasib generasi kedua FELDA yang lain untuk memiliki rumah sedangkan mereka juga berhak.Isunya adalah kepentingan orang ramai seharusnya menjadi keutamaan dan bukannya hak individu.

FELDA tidak zalim dengan merobohkan sebarang binaan sekolah Tahfiz berkenaan tetapi jika kepentingan orang ramai terganggu sudah pasti adalah tidak adil kepada generasi kedua  yang inginkan perumahan mereka yang dicadangkan tetapi telah diceroboh oleh calon PAS yang selama ini begitu lantang memperjuangkan nasib anak peneroka FELDA khususnya perumahan generasi kedua.

FELDA telah beberapa kali menghantar surat amaran bagi memberhentikan pembinaan bangunan tersebut tetapi tidak diendahkan,bukan niat untuk meroboh tetapi binaan binaan yang baharu dibuat itu telahpun memasuki tapak cadangan perumahan generasi kedua yang dicadangkan.

Kepentingan orang ramai harus diutamakan,janganlah jadikan tanah FELDA ini sebagai tanah nenek moyang sendiri kerana FELDA adalah tuan punya tanah yang sah.Apa yang kita akan rasa dan kata jika tanah milik kita orang lain ceroboh sesuka hati tanpa meminta kebenaran...pastinya ia akan menimbulkan rasa tidak puashati.

Di Pahang sekolah pendidikan agama telah dan semakin banyak dibina termasuklah tahfiz menjadikan negeri tertinggi memiliki dan membiayai sekolah agama rakyat dan tahfiz di negeri ini.Mengatakan kerajan negeri tidak peka kepada pendidikan agama adalah sesuatu yang tidak benar.

PAS seharusnya berhenti menjadi juara rakyat khususnya di FELDA kerana tiada apa yang dilakukan untuk kebaikan warga FELDA selain memecahbelahkan keharmornian di tanah FELDA.Calon PAS pula jangan kuat sangat berkokok...sebab ekor berderai tahi...





Tuesday, 28 April 2015

#PRKROMPIN APA DIHARAP PADA MP PAS YANG SERING PONTENG MESYUARAT PARLIMEN


Ibarat kata pepatah makan jangan sebarang makan nanti tercirit di tengah jalan..cakap jangan sebarang cakap nanti kena saman begitu juga halnya dalam kita memilih pemimpin yang mewakili pengundi Rompin di Parlimen.Sebenarnya Rompin bumi bertuah kerana diwakili mantan MP Rompin Dr Tan Sri Jamaludin Jarjis yang begitu komited membawa kemajuan ,kemakmuran ekonomi dan sosial di daerah Rompin.Adalah sesuatu yang malang jika tiada kesinambungan itu terhenti di PRK Rompin dengan memilih calon PAS .

Dari segi logiknya sekalipun PAS membuat kejutan pada PRK Rompin ini ianya tidak memberikan apa apa makna kepada kedudukan BN yang masih menguasai Parlimen.Alasan yang diberikan ialah soal tuntutan demokrasi dan signal bantahan rakyat terhadap dasar dasar kerajaan yang dikatakan kononnya menzalimi rakyat.

Rakyat di Rompin perlulah memikirkan bahawa suara mereka perlu diterjemahkan dalam bentuk undian dan desakan pembangkang sahaja tidak cukup untuk mengubah sesuatu dasar kerajaan.Pada masa yang sama sudah tentulah sebarang kemudahan yang selama ini dinikmati oleh rakyat di Rompin akan dibekukan kerana mereka memilih pembangkang jadi biarlah pembangkang yang menyelesaikan masalah mereka.

Berbalik kepada kehadiran wakil rakyat pembangkang sebenarnya amat mengecewakan.Mereka hanya berstatus Ahli Parlimen dan bukannya mempunya jawatan menteri yang pastinya perlu juga komited kepada kementerian yang dikepalai.Persidangan Parlimen tidak bermakna segala urusan Kementerian tidak berjalan,ketidakhadiran menteri mmempunyai tugasan rasmi bukan alasan

Bagaimana pula dengan Ahli Parlimen Pembangkang yang diberi gaji dan elaun tetapi tidak hadir jelas mengkhianti amanah yang diberikan.Berbahas berdegar degar sahaja hingga hingar bingar ruang  perbahasan Parlimen tidak memadai tetapi mesti diterjemahkan melalui undi dengan pengundian yang dijalankan bagi meluluskan sesuatu undang undang dan usul yang dibawa ke Parlimen.Ini menunjukkan sikap konsisten kepada prinsip melalui kata kata dan tindakan bukan sewaktu bersidang dan pengundian di Parlimen mereka ponteng.


Mencanangkan kehidupan rakyat dicengkam derita tetapi bilamana kerajaan menaikkan gaji dan elaun ahli Parlimen,tiada pula bantahan..senyap sunyi umpama bilik pengantin dimalam pertama di rumah mertua.Hanya rengekan kecil dan keasyikan.Rakyat diluar sana peduli apa...hipokrit ada dimana mana.

Jangankan Mesyuarat Persidangan Parlimen,mesyuarat sesama gabungan Pakatan Rakyat juga ponteng.Malang sungguh mempunyai kepimpinan parti yang tidak peka kepada permuafakatan ataupun lebih Islamik berbahasa Arab..tahaluf siasi.
Jika Presiden PAS kencing berdiri  makan MP PAS kencing berlarilah...mana mungkin ketam ingi mengajar anaknya berjalan lurus..apa diharap MP PAS mewakili Rompin jika begini kisahnya.






Monday, 27 April 2015

#PRKRompin CALON PAS DAKWA PENEROKA TIDAK PANDAI DIDIK ANAK



Keghairahan calon PAS berkempen dan mendapatkan publisiti pada PRK Rompin kali ini bagaikan kacang lupakan kulit.Lupa segala galanya cuma yang terbayang dimata hanyalah undi tanpa menyedari apa yang terpacul dimulut mereka.Walaupun berserban dan berkopiah putih sepanjang masa tetapi tidak menjamin mulut meraka seperti yang kita gambarkan.


Ketika ditemubual oleh  wartawan MStar calon PAS PRK Rompin Nazri Ahmad tanpa segan silu menghina peneroka yang gagal memberikan pendidikan sempurna kepada anak anak meraka yang mendorong kepada gejala sosial yang tidak sihat.


Apakah hak beliau boleh menilai bahawa peneroka tiada berpendidikan tidak memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada anak anak.Apakah hanya beliau anak peneroka yang berpendidikan..?

Berpuluh ribu sudah anak peneroka yang berjaya dalam pendidikan dengan melanjutkan pelajaran dan ada diantara mereka sebenarnya lebih tinggi pendidikan dan akhlaknya yang tidak pernah mendabik dada dengan segala yang mereka miliki.

Sekalipun peneroka kurang berpendidikan adalah tidak wajar membandingkan peneroka dengan ibu bapa dibandar,Ianya satu penghinaan yang keterlaluan.

Belumpun bergelar wakil rakyat sudah gtunjukkan belang sebenarnya...entah lah jika ditakdirkan menjadi wakil rakyat...peneroka akan menerima penghinaan yang lebih teruk dari ini hanya kerana peneroka dikatakan tiada pendidikan dan gagal mendidik anak-anak.

Seolah olah segala masalah sosial yang terjadi sekarang berpunca dari ibu bapa peneroka yang tidak tahu mendidik anak-anak mereka.


Thursday, 23 April 2015

#PRKRompin MAT SABU MALU BESAR, CERAMAH TIADA SAMBUTAN BUKTI PERPECAHAN PAS

 

Penampilan Mat Sabu selaku Naib Presiden PAS gagal menarik kehadiran orang ramai di tengah kehangatan PRK Rompin kali ini.Ceramah yang diadakan di Kg Mentara Kuala Rompin malam semalam turut mengundang YDP PAS Cameroon Higland iaitu Karim Mohd Noor.Kehadiran yang mengecewakan jelas menunjukkan bahawa Mat Sabu adalah antara mereka yang tidak mendapat tempat di hati penyokong PAS sendiri .

Penolakan ini jelas tidak dapat dinafikan bila salah seorang pihak yang Pro Pakatan Khalid Samad yang berceramah di bandar Kuala Rompin semalam menerima nasib yang sama.Jika penyokong PAS sendiri gagal hadir untuk memenuhi ruang bagaimanakah agaknya sokongan dari penduduk Rompin.


Kehadiran  Mat Sabu dalam penamaan hari semalam hanyalah lakonan semata mata memandangkan sekarang beliau sedang kempen untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS dan bukannya atas jemputan pemimpin PAS di peringkat cawangan yang melarang Mat Sabu berceramah dipentas ceramah ketika kempen PRK Rompin memandangkan calon PAS ketika ini Nazri Ahmad adalah dari mereka yang dikatakan penyokong Presiden PAS Hj Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dan calon Naib Presiden untuk pemilihan PAS yang masih berlangsung kini.





Wednesday, 22 April 2015

#PRKRompin MAT SABU DILARANG BERCERAMAH DI PRK ROMPIN ..PAS MAKIN TERTEKAN


Pergeseraan antara puak ulama dan Pro Pakatan tidak dapat disembunyikan lagi bilamana dikatakan sudah ada arahan supaya cawangan cawangan PAS tidak menjemput mereka Pro Pakatan berceramah diatas pentas PRK Rompin.Antara nama yang jelas dipulaukan kali ini ialah Mat Sabu.

"Jadinya, yang akan berkempen di Rompin tu hanyalah manusia-manusia macam Nasrudin Hassan At Tantawi, Nik Mohamad Abduh, Ustaz Mohd Khairuddin At-Takiri, Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani sahaja.


“Biarlah puak-puak ni je yang berceramah di Rompin. Kita tengok lah jutaan manusia yang akan mendengar ceramah mereka,.." menurut sumber dalaman PAS yang dikenali sebagai Tulang Besi atau Abdul Rahman Talib .




Kemenangan calon PAS sekarang sebagai YDP PAS Rompin iaitu Nazri Ahmad adalah dengan bantuan golongan yang Pro Ulama dalam PAS.Berdasarkan hubungan baik dengan Mokhtar Senik yang juga guru kepada Ahmad Nazri.Dendam kesumat jelas terpancar bagi pihak yang Pro Pakatan yang mendakwa kebanyakan dari mereka telah disisihkan dalam jawatan parti sewaktu pemilihan yang berlaku sekarang dan Rompin adalah salah satu daripadanya.


Golongan yang Pro Ulama yang dikatakaan ustaz-ustaz ini terpaksalah melakukan kerja-kerja tambahan sempena musim PRK ini dari panjat pokok kelapa memasang bendera dan mengutip derma tin Milo sehinggalah berkorban harta benda demi memenangkan calon PAS PRK Rompin yang Pro Ulama.Ustaz kena minum banyak tongkat Ali lah kali ini..bukan sekadar memegang remote kontrol seperti Tuan Presiden parti.

Tuesday, 21 April 2015

#PRKRompin NAZRI AHMAD CALON PAS PRK ROMPIN SI TANGGANG MODEN


Bilamana kita tidak mengenang budi,bilamana kita tidak bersyukur..bilamana tiada lagi perasaan keinsafan dalam diri yang tinggal hanya lah sifat angkuh dan bongkak mendabik dada tanpa menyedari dimanakah asal kita.Inilah yang dapat dilabelkan bagi calon PAS PRK Rompin Nazri Ahmad yang diumumkan semalam.

Anak Kelahiran FELDA Keratong 5 ini yang membesar dan bersekolah di SK Keratong 4 ini kini sudah lupa asal usul.FELDA bukanlah lahir dari sebuah lampu ajaib yang di gosok oleh Aladin tapi adalah cetusan ilham mantan Perdana Menteri Malaysia Allahyarham Tun Razak yang mahu melihat orang Melayu yang suatu ketika dahulu keluar dari kepompong kemiskinan.

Sebagai anak FELDA Nazri Ahmad adalah contoh lahirnya Si Tanggang Moden dari kawasan FELDA atau mungkin jua Si Malim Kundang yang sudah lupa segala yang dikecapi beliau dan keluarga di tanah rancangan FELDA.Kejayaan FELDA sebagai agensi memajukan tanah dan sosial ekonomi khususnya masayarakat Melayu tidak boleh disangkal oleh mana mana pihak.Namun PAS sebagai parti yang selesa sebagai parti yang mengadu domba masyarakat bijak mengambil peluang demi kepentingan politik.

Tidak cukup dengan itu anak kelahiran FELDA yang dapat melanjutkan pelajaran yang lebih tinggi ini diberi peluang menjadi guru di sebuah lagi agensi kerajaan iaitu MARA melalui MRSM.


Di FELDA lahir dan membesar dengan pelbagai kemudahan yang diberikan..di MRSM mencari rezeki tetapi akhirnya memilih untuk menentang kerajaan yang selama ini memberi tanpa meminta apa apa balasan.Mengenang budi sudah memadai tetapi beginilah kesudahannya bila melepaskan anjing yang tersepit..

#PRKROMPIN NAZRI AHMAD CALON PAS PRK ROMPIN SEDIA DIKORBANKAN OLEH PAKATAN RAKYAT


PAS telah mencalonkan Nazri Ahmad YDP PAS Rompin sebagai calon PRK Rompin yang diumumkan semalam.Pencalonan ini jelas menunjukkan bahawa PAS sudah sedia meletakkan calonnya sebagai kambing hitam dengan tidak meletakkan Tuan Ibrahim Tuan Man walaupun akar umbi mahukan beliau.PAS sudah menjangkakan akan tewas kerana Rompin merupakan kubu kuat BN

Tuan Ibrahim Tuan Man tentu tidak mahu reputasinya merudum sekiranya tewas dalam  PRK Rompin.Beliau hanya perlu selangkah lagi untuk mengambil wasiat Hj Hadi menggantikannya sebagai Presiden PAS yang sedang berlangsung kini sehingga bulan Jun nanti.Sebagai mereka yang dikatakan golongan ulama beliau harapan terakhir kem Hj Hadi yang sedang bergelut dengan kem PASMA bagi menguasai PAS.

Tentu sahaja pencalonan Nazri Ahmad YDP Pas Rompin tidak dapat ditolak oleh AJK PAS Pusat kerana Majlis Syura Ulama yang akan menetukan siapakah calon yang sesuai.Kritikan terhadap pencalonan merupakan kritikan kepada Presiden PAS yang menjadi sasaran golongan Anwarinas selama ini kerana beliau tidak boleh dikritik.

Kekalahan sudah dijangka dan Nazri Ahmad perlu meletakkan lehernya untuk dikorbankan oleh PAS menyelamatkan survival politik Tuan Ibrahim yang tewas pada tiga pilihanraya umum dan tidak mahu koleksi kekalahan di PRK menjadi koleksi yang memedihkan untuk diingati selaku Pesuruhjaya PAS Pahang


Golongan Pro Pakatan terutama Khalid Samad pastinya tidak akan membantu kempen PAS kali ini memandangkan Nazri Ahmad telah menghantar surat meminta Jawatankuasa Tatatertib PAS mengenakan tindakan ke atas Khalid Samad yang mengkritik Presiden PAS Hj Hadi dalam blog beliau.Sila klik .

#PRKROMPIN KEMANA KELIBAT PEMIMPIN UTAMA PAKATAN RAKYAT DI MALAM PENGUMUMAN CALON PAS PRK ROMPIN


Malam yang suram dan mendukacitakan.Itulah kesimpulan yang dapat dilihat di malam pengumuman calon PAS pada PRK Rompin kali ini.Majlis yang diadakan di Markas PAS PRK Rompin di bandar Satelit Muadzam Shah begitu hambar dengan tanpa kehadiran pemimpin utama Pakatan Rakyat.Hanya beberapa kerat yang hadir antaranya Hatta Ramly,Salehudin Ayub ,Zailah Mohd Yusof,Nasarudin Hasan Tantawi .Manakala PKR diwakili oleh Nzam Ahmad , Timbalan Pengerusi PKR Pahang.

Persedian jentera PAS Rompin PAS pastinya meresahkan Pesuruhjaya PAS Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man.Apakah ini petanda keretakan hubungan antara pemimpin Pakatan Rakyat.Ketidakhadiran Dato Fauzi Abd Rahman Pengerusi PKR Pahang menimbulkan tanda tanya.Lebih malang lagi tiada kelibat Presiden PAS Hj Hadi Awang mahupun pemimpin PAS yang lain seperti Naib Presiden  Mohamad Sabu dan cuma kehadiran Salehudin Ayub Naib Presiden PAS menyelamatkan maruah Tuan Ibrahim Tuan Man.


Kehadiran tidak sampai 1,000 orang dan kebanyakan yang hadir adalah jentera PAS dari luar Rompin dan bukan penduduk tempatan bagi mendengar pengumuman calon PAS bagi PRK Rompin pastinya gambaran awal yang PAS akan berjuang bersendirian tanpa bantuan PKR mahupun DAP.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...