ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Hj Hadi
Showing posts with label Hj Hadi. Show all posts
Showing posts with label Hj Hadi. Show all posts

Friday, 6 November 2015

DEDAH HADI MAHU BENTUK KERAJAAN PERPADUAN DI SELANGOR,KENAPA HUSAM KAMBING MEROYAN..?


Husam Kambing semalam mendedahkan adanya usaha dilakukan oleh Hadi Presiden PAS untuk bekerjasama dengan UMNO sewaktu berlaku kemelut perlantikan MB Selangor tahun lepas.

Hadi seperti didakwa telah menghubungi beberapa ADUN PKR untuk menyertai PAS dan bergabung dengan UMNO untuk menubuhkan kerajaan campuran.

Husam Kambing yang semakin tenggelam dalam politik arus perdana...sepertimana orang yang lemas di sungai kini mencari ranting untuk berpaut.Menyerang Hj Hadi sebagai mencari populariti.

Daripada terus tenggelam Husam Kambing memilih untuk berpaut kepada apa sahaja sekalipun tahi yang terapung di sungai daripada terus tenggelam .Beliau menyalahkan Hadi yang antara punca manusia sepertinya tercampak keluar sepertimana Mat Sabu.

Masih ada rupanya umat Melayu yang bencikan perpaduan demi politik sempit seprtimana Husam Kambing.Beliau dengan secara terang menyatakan antara punca penubuhan parti Amanah adalah kerana kecenderungan Hadi yang ingin bekerjasama dengan UMNO .

Patutlah kedudukan beliau sebagai Naib Presiden PAS tidak bertahan lama.Semenjak ketiadaan Nik Aziz ,beliau hilang taring,tiada siapa peduli apatah lagi kehilangan jawatan Exco Kerajaan Negeri Kelantan di bawah MB Kelantan yang baru Mohamad Amar Nik Abdullah.

Cuma apa yang mahu dilihat oleh umat Melayu Islam di Malaysia ialah pemimpin yang berjiwa besar yang sanggup mengenepikan kepentingan politik demi memastikan survival Melayu Islam terus dipertahankan.

Namun jika masih ada manusia seperti Husam Kambing yang menganggap penyatuan pemimpin dua parti Melayu iaitu UMNO dan PAS sebagai satu dosa besar,adalah sesuatu yang agak mustahil penyatuan umat Melayu Islam ini bakal terlaksana.



 

Tuesday, 12 May 2015

HJ HADI SOKONG DS NAJIB SEBAGAI PM..ADA BANTAHAN..!



Ketegasan DS Najib untuk terus kekal sebagai PM mendapat reaksi positif dari pelbagai lapisan bermula dari pemimpin poitik sehinggalah ke akar umbi.Pengumuman beliau beberapa hari lepas di Tawau Sabah menjawab teka teki yang bermain di setiap kotak pemerhati politik bahawa sikap berdiam diri berakhir dan seakan episod baru bermula.

Terkini Presiden PAS Hj Hadi Awang menegaskan DS Najib tidak perlu mengundur diri sebagai PM sebaliknya meneruskan perkhidmatannya selari dengan sistem demokrasi yang diamalkan di nagara ini.SILA KLIK .Pendirian ini jelasnya pasti mengejutkan mereka yang selama ini melancarkan gerakan berterusan memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Serangan berterusan oleh Tun M dengan menjadikan 1MDB sebagai modal bagi memencilkan Najib khususnya dikalangan pemimpin UMNO ternyata gagal.Mensyuarat MT yang berakhir semalam juga membuktikan kepimpinan tertinggi UMNO masih lagi setia berdiri mendokong DS Najib untuk meneruskan perkhidmatan beliau.

Lebih janggal ada dikalangan Si Kitul dan keturunan Raja Mendeliar yang masih berkeliaran mengutip sampah sampah yang di lontarkan Tun M.Jikalau dahulu Tun M seringkali menjadi  sasaran pembangkang kini mereka seakan menjadi satu angkatan yang sama-sama menyerang kepimpinan dan dasar BN yang diketuai oleh DS Najib.

Mungkin khabar malang buat mereka yang mengkritik kepimpinan DS Najib bila mana Presiden PAS menyeru supaya Najib meneruskan kepimpinan beliau dan tindakan memaksa beliau meletakkan jawatan sebagai PM memalukan sistem demokrasi di Malaysia dan peluang harus diberikan kepada beliau menyelesaikan masalah sehingga habis penggal pemerintahan beliau.Itu yang dikata oleh Hj Hadi..bukan Zam kata..keturunan Raja Mendeliar yang masih tersisa di bumi Malaysia yang tercinta.




Tuesday, 21 April 2015

#PRKROMPIN NAZRI AHMAD CALON PAS PRK ROMPIN SEDIA DIKORBANKAN OLEH PAKATAN RAKYAT


PAS telah mencalonkan Nazri Ahmad YDP PAS Rompin sebagai calon PRK Rompin yang diumumkan semalam.Pencalonan ini jelas menunjukkan bahawa PAS sudah sedia meletakkan calonnya sebagai kambing hitam dengan tidak meletakkan Tuan Ibrahim Tuan Man walaupun akar umbi mahukan beliau.PAS sudah menjangkakan akan tewas kerana Rompin merupakan kubu kuat BN

Tuan Ibrahim Tuan Man tentu tidak mahu reputasinya merudum sekiranya tewas dalam  PRK Rompin.Beliau hanya perlu selangkah lagi untuk mengambil wasiat Hj Hadi menggantikannya sebagai Presiden PAS yang sedang berlangsung kini sehingga bulan Jun nanti.Sebagai mereka yang dikatakan golongan ulama beliau harapan terakhir kem Hj Hadi yang sedang bergelut dengan kem PASMA bagi menguasai PAS.

Tentu sahaja pencalonan Nazri Ahmad YDP Pas Rompin tidak dapat ditolak oleh AJK PAS Pusat kerana Majlis Syura Ulama yang akan menetukan siapakah calon yang sesuai.Kritikan terhadap pencalonan merupakan kritikan kepada Presiden PAS yang menjadi sasaran golongan Anwarinas selama ini kerana beliau tidak boleh dikritik.

Kekalahan sudah dijangka dan Nazri Ahmad perlu meletakkan lehernya untuk dikorbankan oleh PAS menyelamatkan survival politik Tuan Ibrahim yang tewas pada tiga pilihanraya umum dan tidak mahu koleksi kekalahan di PRK menjadi koleksi yang memedihkan untuk diingati selaku Pesuruhjaya PAS Pahang


Golongan Pro Pakatan terutama Khalid Samad pastinya tidak akan membantu kempen PAS kali ini memandangkan Nazri Ahmad telah menghantar surat meminta Jawatankuasa Tatatertib PAS mengenakan tindakan ke atas Khalid Samad yang mengkritik Presiden PAS Hj Hadi dalam blog beliau.Sila klik .

Sunday, 19 April 2015

#PRKROMPIN KEKALAHAN PAS DI ROMPIN LENGKAPKAN MISI PASMA

                                       

Pertandingan belum bermula tetapi PAS cepat mencari alasan di pinggiran untuk diketengahkan jika ditakdirkan dan sememangnya secara realitinya PAS akan tewas di PRK Rompin yang merupakan kubu kuat BN.Istilah istiqamah perjuangan hanya mengaburi mata dan membutakan hati penyokong PAS demi kelangsungan survival pemimpin politik.


"Kita bertanding dalam pilihanraya ini bukan untuk menang. Tetapi ini adalah peluang terbaik bagi rakyat untuk mendapatkan penjelasan terbuka dalam sistem demokrasi kita. Soal menang kalah tidak penting, Ini ruang yang kita ada, kita harus gunakan."sila klik

Naib Presiden PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man di petik berkata ketika ditanya wartawan tentang peluang dalam PRK Rompin.PAS sebenarnya hanya perlu mendendangkan lagu lama setiap kali merasakan mereka tidak menaruh harapan dan mengharapkan kejutan pada PRK kali ini bagi menidakkan kemenangan BN di PRK Rompin dengan majoriti
besar 15,114 undi dari keseluruhan pengundi 53,294 pada PRU13.

Beliau yang juga dilabelkan sebagai team ulama yang akan menempuhi jalan sukar dalam kerjaya politik kerana pada waktu yang sama sedang menghadapi pemilihan parti yang berakhir pada bulan Jun.Kekalahan PAS di PRK Rompin membawa implikasi kepada beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dan sudah pasti mengepalai kempen jentera PAS kali ini.3 kekalahan dari PRU 13 sewaktu bertanding di DUN Jengka dan sekiranya tercalon lagi sebagai calon PAS PRK Rompin,beliau sengaja menambah koleksi kegagalan seorang ulama politik.

PASMA tentunya akan bertepok tangan,Khalid Samad mengurut janggut,Mat Sabu mengurut misai dan mungkin senyuman sinis Mujahid Rawa.Hanipa Maidin akan lagi galak berdendang betapa golongan pro Pakatan Rakyat seakan mengharapkan calon yang dikatakan ulamak menjadi calon PAS di Rompin.Tugas PASMA dan mereka yang dilabelkan Jebon oleh Hj Hadi ataupun barua menjadi lebih mudah jika PAS tewas lagi di PRK Rompin seraya berkata mereka.."lihatlah...rakyat dan penyokong PAS tidak mahu hanya ulama sahaja menguasai PAS dan kami tidak layak berada di syaf kepimpinan tertinggi PAS...."



#PRKROMPIN ANTARA FAKTOR BAKAL MENYEBABKAN KEKALAHAN PAS


Pencalonan Dato'Hasan Arifin sebagai calon BN bagi kerusi PO91 Parlimen Rompin umpama igaun ngeri buat parti PAS.Berbekalkan pengalaman dan ketokohan dalam bidang pengurusan serta pentadbiran serta  disenangi oleh penduduk Rompin peluang PAS sebenarnya hampir berkubur.Cuma batu nisan perjuangan PAS di Rompin akan di pacakkan pada hari pembuangan undi pada 5hb Mei ini.

Faktor faktor yang bakal menjadi punca kekalahan PAS pada PRK Rompin kali ini ialah

1.Faktor calon anak tempatan BN

 PAS mengharapkan calon BN datang dari orang luar Rompin dan mereka akan memilih anak tempatan.Ianya menjadi isu basi setiap PRK yang mana calon tempatan mempengaruhi pengundi.Hasrat PAS untuk meletakkan Tuan Ibrahim Tuan Man Pesuruhjaya PAS Pahang yang bukan anak Pahang sudah terbantut.

Hj Hadi dan golongan pro ulama pastinya mahu meletakkan Tuan Ibrahim sbg calon bagi memulihkan pengaruh Hj Hadi yang teruk merosot sejak berlaku krisis dalam Pakatan Rakyat.Saban hari Hj Hadi teruk dikritik kalau dahulu hanyalah secara bisik bisik di dalam kelambu kini tidak lagi.Perang terbuka dengan mengkritik Presiden PAS secara terbuka oleh golongan Anwarinas dalam PAS dan yang cenderung kepada Pakatan Rakyat seperti Khalid Samad,Hanipa Maidin,Mujahid Rawa dan ramai lagi yang dilabel Jebon oleh puak Hj Hadi yg pro ulama.

Bagi meraih undi PAS terpaksa meletakkan calon tempatan yang pastinya pro ulama.Sebarang usaha meletakkan calon luar mengundang padah kerana penduduk Rompin pastinya akan memastikan mereka diwakili oleh wakil rakyat seperti Dato Hasan Arifin yang sudah dikenali oleh penduduk setempat.

2.Krisis Perpecahan Pakatan Rakyat 


Bukan rahsia lagi hubungan parti PAS dalam Pakatan Rakyat akan menjejaskan gerakkerja pilihanraya.Sekutu mereka DAP pastinya tidak akan turun membantu khususnya pemimpin DAP yang sudah berpatah arang dengan memutuskan hubungan dengan Hj Hadi dan PRK Rompin mereka akan menunjukkan isyarat yang jelas tanpa bantuan jentera Pakatan rakyat PAS tidak akan kemana.

Secara kebetulan  PRK Permatang Pauh dijadikan alasan dengan menumpukan perhatian di sana dan membiarkan jentera PAS berjuang bersendirian.Apatah lagi jentera PKR yang pasti mengerahkan segala kekuatan parti kerana Permatang Pauh begitu simbolik kepada perjuangan mereka memandangkan ianya kawasan yang diwakili Ketua Umum dan Presiden PKR suatu ketika dahulu.

3.Isu nasional dan tempatan

PAS dijangka akan memainkan isu GST dan pembaziran kerajaan serta masalah FELDA.Adalah dijangka isu GST akan dimanipulasikan dengan dakyah mereka.Parlimen kawasan Rompin mempunyai 53,924 pemilih berdaftar dengan majoritinya Melayu kira-kira 45,000 pengundi; disusuli Orang Asli, kira-kira 7,000 pengundi; Cina, 1,300 pengundi; dan, India, 621 pengundi.


Dengan kebanyakan pengundi di luar bandar mereka menerima kesan GST yang paling minima tetapi manafaat GST.Pembangunan yang mencurah-curah semenjak wakil BN mewakili mereka sejak 6 penggal yang lalu tentunya



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...