ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Mat Sabu
Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts
Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts

Tuesday, 10 November 2015

KELANTAN TAK SELAMAT DI BAWAH PAS- MAT SABU

Kebelakangan ini Kelantan menjadi tumpuan  Parti Amanah Negara (PAN) melebarkan sayapnya.Ini dibuktikan dengan kempen berterusan Amanah melalui Presidennnya Mat Sabu.


Mat Sabu mungkin merasakan Kelantan bakal menjadi tempat untuk AMANAH bertapak memandangkan keahlian paling banyak sewaktu pelancaran AMANAH di Shah Alam  adalah dari negeri Kelantan diikuti Johor dan Selangor.

Kesediaan AMANAH menggantikan PAS di Kelantan menurut Mat Sabu adalah untuk menyelamatkan Kerajaan Islam yang ditubuhkan oleh Allahyarham Nik Abdul Aziz Nik Mat.Beliau berkata demikian selepas berceramah di Padang Pasir Embun di Pasir Mas Kelantan semalam.

Nampaknya Mat Sabu merasakan Kelantan sudah tidak selamat dibawah Kerajaan PAS pimpinan Nik Amar .

Keyakinan tinggi Mat Sabu mungkin kerana PAS dilihat sudah hilang sentuhan semenjak ketiadaan Allahyarham Nik Aziz Nik Mat.Ini dapat dilihat dengan serangan berterusan Husam Kambing ADUN Salor yang merupakan ayam laga AMANAH bagi melemahkan kerajaan PAS pimpinan Nk Amar.

DAP pastinya tersenyum melihat kesungguhan AMANAH untuk memecah dominasi PAS di Kelantan.Tugas DAP semakin diringankan kerana semuanya akan disandarkan di atas bahu AMANAH yang rela menjadi balaci yang setia hanya kerana kemaruk kuasa.

Tapi mampukan Mat Sabu selaku bekas Naib Presiden PAS sewaktu PRU 13 mendapat sokongan dan dokongan kuat dari jentera parti Pakatan Rakyat tetapi tewas di tangan Otman bin Abdul dengan majoriti 2,638 undi.

Apakah parti AMANAH yang hanya setahun jagung mampu menawan Kelantan tanpa sokongan jentera PAS yang lebih efisyen dan berpengalaman dalam pilihanraya?

Mat Sabu dan Mat Jenin tak banyak bezanya....



Thursday, 11 June 2015

AISKRIM MANA YANG AZMIN PILIH..PAS ATAU DAP....?


Apa pilihan yang Azmin Ali ada sekarang,seboleh bolehnya beliau tidak mahu terlibat dengan permainan jongkang jongkit antara PAS dan DAP  tetapi berada ditengah tengah papan jongkang jongkit bukanlah suatu keadaan yang selesa.

Situasi terkini hubungan diantara parti Pakatan Rakyat semakin meruncing bilamana PAS dikatakan sudah berpatah arang berkerat rotan. 

Saban waktu menjadi mangsa dibuli DAP dan menjadi kuda tunggangan DAP membuatkan PAS memilih untuk bersekedudukan dengan PKR sahaja tetapi masih mahu tinggal serumah di dalam Pakatan Rakyat.

Usul Dewan Ulama Pas memutuskan hubungan dengan DAP yang diluluskan tanpa bahas di Muktamar Tahunan PAS ke 61 baru baru ini mustahil ditolak oleh Majlis Syura dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang baru dilantik kerana kebanyakan mereka adalah mereka tentunya perlu menterjemahkan kemahuan perwakilan yang memilih mereka terutama AJK PAS Pusat Naib Presiden Timbalan Presiden mahu pun Presiden.

Majlis Syura juga adalah sealiran dan senada dengan mereka yang pro ulama tidak mahu buruk siku  kerana kali ini mereka terpaksa menuujukkan siku dan lutut mereka juga berfungsi untuk walaupun mereka dikatakan berjubah,masih mempunyai jurus yang membuatkan DAP menghormati mereka.

Tindakan Mat Sabu meletak jawatan yang dipegangnya di Pulau Pinang sebenarnya bukanlah aatas semangat menghormati keputusan yang telah dibuat di Muktamar Tahunan PAS ke 61 tetapi lebih kepada sebagai tanda protes dan menguji sejauh manakah PAS boleh bertahan tanpa sokongan mereka yang Pro Pakatan.

Begitu juga khabarnya Mujahid Rawa yang bakal melakukan perkara yang sama berkaitan dengan status jawatan yang di pegang beliau di bawah Kerajaan Negeri Selangor.

Kedudukan kerusi di Selangor begitu genting kerana PKR sebenarnya bukanlah parti yang majoriti sebaliknya bergantung kerana hanya mempunya 13 kerusi manakala 15 kerusi masing masing DAP dan PKR.

Sedikit percikan api yang berlaku sekarang ini akan membuat kelambu tempat Pakatan Rakyat beradu terbakar hangus, saban hari dicurahkan minyak oleh pemimpin dari PAS dan DAP yang mencari populariti masing masing.

Dengan dua ADUN PAS yang dipanggil barua oleh Presiden PAS ketika krisis perlantikan MB Selangor iaitu ADUN Morib Hasnul Baharudin dan ADUN Hulu Kelang Saari Sungip pastinya mempunyai dendam kesumat untuk membalas dendam dimalukan sedemikian.

Walaupun sedang digantung tetapi mereka juga dikatakan sedang membuat percaturan politik bersama mereka yang tewas didalam pemilihan jawatan parti PAS di Muktamar Tahunan ke 61 yang berlangsung baru baru ini.

Satu majlis makan malam dikatakan bakal diadadakan di Restauran Amjal Lembah Pantai mengumpulkan semua puak reformis yang tewas seperti Hanipa Maidin,Khalid Samad,Mat Sabu dan Mahfuz Omar.

Dengan bertemakan 'Still with you,down but not out" pastinya mereka yang tersingkir pasti kecewa dan yang kecewa selalunya tidak akan berdiam diri.Bagi mereka yang aliran progresif inilah yang merupakan pejuang dan kativis sebenar yang selama ini berjuang untuk rakyat.

Asmin Ali takkan mampu tidur lena lagi kerana kemungkinan beliau akan mencatatkan sejarah sebagai MB yang paling singkat dalam sejarah.Mungkin selepas itu beliau tidak lagi sibuk sebaliknya masa yang terluang boleh sahaja ke tandas menikmati aiskrim...sesuatu aktiviti yang digemari sejak dahulu lagi.





Sunday, 31 May 2015

MAT SABU BALUN HADI AWANG HANYA PANDAI BERPIDATO TAPI...


Pergolakan parti PAS semakin jelas kelihatann bila para pemimpin utama parti yang tanpa berselindung melemparkan kritikan secara terbuka dalam usaha memenangi hati perwakilan yang akan membuat pemilihan parti PAS pada awal Jun yang akan datang.

Mat Sabu yang mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dijangka akan menerima tentangan hebat dari golongan pro ulama seperti Tuan Ibrahim Tuan Man.

Manakala bagi kerusi Presiden pula Hj Hadi dijangka tidak memberi laluan mudah kepada pencabar beliau Ahmad Awang


"Pidatonya (Abdul Hadi) begitu hebat, ceramahnya, kuliahnya, Rusila (nama tempat di kawasan Parlimen Marang), kereta 'parking' berbatu, jadi macam pekan hari bila Tok Guru Abdul Hadi beri kuliah, tapi bila pilihan raya umum (tetap) tak boleh ambil Terengganu (daripada Barisan Nasional (BN)."

"(Sehinggalah pada) tahun 1999 kita berpakat dengan Parti Keadilan (Rakyat), dapatlah kita memerintah Terengganu. Ertinya kita ambil Terengganu pun melalui pakatan. Bagaimana nak kuasa? Kita kena berpakat," katanya pada ceramah isu semasa Pas di sini, malam tadi.

Muktamar Tahunan yang akan bemula pada 4hb Jun hingga 6 Jun bakal menjadi medan pertarungan dua kem iaitu kem golongan ulama dan kem golongan Erdorgan dalam PAS.

Mat Sabu antara lain turut menempelak Hadi Awang yang cenderung ingin meninggalkan Pakatan Rakyat supaya melihat kembali sejarah pemerintahan di Kelantan di awal tahun 80- an.

Sekalipun PAS berbangga dengan kehebatan Nik Aziz,PAS gagal menakluk Kelantan sehinggalah kerjasama dengan Semangat 46 membolehkan PAS menguasai kerajaan negeri Kelantan di awal tahun.

Senario politik PAS dan Pakatan Rakyat ini bukan lagi kocakan air di dalam cawan sebaliknya petanda bahawa Pakatan Rakyat sedang menggali kuburnya sebagai untuk diingati kepada generasi akan datang sebagai sebuah pakatan parti politik pembangkang yang hanya mementingkan kuasa berbanding membela rakyat..sanggup mengadaikan apa sahaja termasuk prinsip perjuangan parti demi survival pemimpin politik bukannya parti itu sendiri.


Tuesday, 12 May 2015

TERKINI..! MAT SABU PERTAHANKAN DS NAJIB SEBAGAI PM



Bukan sesuatu yang ganjil tetapi agak hairan bin ajaib bagaimana kenyataan pemimpin pembangkang yang turut bersetuju dan menyokong Perdana Menteri DS Najib Tun Razak.SILA KLIK .

Namun akan ada pandangan yang sinis nanti akan berkata bahawa ini semua permainan politik sokongan ini tidak ikhlas dan palsu.Bila Presiden dan Timbalan Presiden PAS berdiri di belakang Perdana Menteri seperti ada udang di sebalik batu yang mereka sebenarnya mengimpikan kepimpinan yang kononnya lemah seperti anggapan sesetengah pihak.

Bagi mereka kenyataan pemimpin PAS ini menunjukkan memang mahukan DS Najib sebagai PM kerana impian menumbangkan BN dalam PRU 14 adalah lebih mudah.BN akan lalai dengan pujian dan sokongan yang diterima dari pelbagai pihak dan tidak berbuat sesuatu bagi mengukuhkan sokongan dengan melakukan penambahbaikan melalui dasar dan intergiri kerajaan yang makin kerap menjadi persoalan.

Ada kala kita perlu juga berbaik sangka tetapi berbaik sangka terhadap orang UMNO sendiri sebenarnya lebih meletakkan UMNO dalam keadaan yang mencemaskan.

Presiden UMNO DS Najib Tun Razak yang dipilih melalui sistem demokrasi tetapi dipaksa dan diminta secara tidak demokrasi dengan meletakkan pandangan Tun Mahathir sebagai asas kebenaran yang masih kabur.

Apa yang lebih memedihkan akan ada opportunist politik yang cekap meletakkan diri mereka dikala krisis keyakinana terhadap DS Najib.Melaga-lagakan kepimpinan khususnya TPM agar menongkah arus dengan harapan Tan Sri Muhyiddin  akan melatah dan terikut ikut gendang yang dipalu mutakhir ini.

Mungkin kritikan PAS sudah menjadi lumrah terhadap kepimpinan BN sejak sebelum merdeka hingga kini namun sokongan mereka perlu dilihat kepada institusi  Perdana Menteri Malaysia yang berdiri di atas sistem demokrasi yang teratur.Peliknya ada dikalangan ahli UMNO mengelirukan diri sendiri yang cerdik tak boleh diajar,bodoh tak boleh diikut.

Membiarkan diri hanyut dengan slogan reformasi walaupun adakalanya konservatif lebih meyakinkan.PM Britain dari parti konservatif hanya memerlukan 37 peratus undi popular untuk terus menerajui kerajaan hingga hari ini.






Monday, 27 April 2015

#PRKRompin HIMPUNAN PERDANA SELAMATKAN FELDA DIBATALKAN .? MAT SABU SENTAP..KRIIK...!.KRIKK..!


PAS menerima tamparan hebat kerana kegagalan Himpunan Perdana Selamatkan FELDA2.0 yang dianjurkan oleh Persatuan Anak Peneroka FELDA Kebangsaan (ANAK) malam semalam.Kemuncak acara Himpunan Perdana Selamatkan FELDA sepatutnya ditutup secara rasminya oleh Naib Presiden PAS Mat Sabu terpaksa dibatalkan di saat saat akhir.


Menurut sumber sumber yang dipercayai pembatalan program Himpunan Perdana Selamatkan FELDA 2.0 adalah akibat timbul rasa tidak puas hati puak PRO Ulama atau PRO  UG yang dikatakan kurang senang apabila upacara tersebut menampilkan Mat Sabu.Calon PAS pada PRK Rompin kali ini adalah penyokong kuat Presiden yang sedang berhempas pulas membersihkan pengaruh  Mat Sabu dan puak yang dikatakan golongan profesional,Anwarinas dan PASMA.


Mereka tidak mahu Mat Sabu menggunakan kesempatan di PRK Rompin untuk melakukan kempen pemilihan PAS yang sedang berlangsung.Akibat daripada itu dikhabarkan berlaku kekecoohan antara Mazlan Aliman dan penyokong pro ulama memaksa ia mungkin dipindahkan di FELDA Selancar 2 yang menerima Mat Sabu untuk melakukan upacara penutupan Himpunan Perdana Selamatkan FELDA 2.0.

Ada bagusnya Himpunan Perdana Selamatkan FELDA 2.0 ini ditukar tajuk menjadi Himpunan Selamatkan Presiden PAS yang semakin tidak mendapat kepercayaan ahli ahli PAS khususnya golongan yang pro pakatan rakyat..

Thursday, 23 April 2015

#PRKRompin MAT SABU MALU BESAR, CERAMAH TIADA SAMBUTAN BUKTI PERPECAHAN PAS

 

Penampilan Mat Sabu selaku Naib Presiden PAS gagal menarik kehadiran orang ramai di tengah kehangatan PRK Rompin kali ini.Ceramah yang diadakan di Kg Mentara Kuala Rompin malam semalam turut mengundang YDP PAS Cameroon Higland iaitu Karim Mohd Noor.Kehadiran yang mengecewakan jelas menunjukkan bahawa Mat Sabu adalah antara mereka yang tidak mendapat tempat di hati penyokong PAS sendiri .

Penolakan ini jelas tidak dapat dinafikan bila salah seorang pihak yang Pro Pakatan Khalid Samad yang berceramah di bandar Kuala Rompin semalam menerima nasib yang sama.Jika penyokong PAS sendiri gagal hadir untuk memenuhi ruang bagaimanakah agaknya sokongan dari penduduk Rompin.


Kehadiran  Mat Sabu dalam penamaan hari semalam hanyalah lakonan semata mata memandangkan sekarang beliau sedang kempen untuk mempertahankan jawatan Naib Presiden PAS dan bukannya atas jemputan pemimpin PAS di peringkat cawangan yang melarang Mat Sabu berceramah dipentas ceramah ketika kempen PRK Rompin memandangkan calon PAS ketika ini Nazri Ahmad adalah dari mereka yang dikatakan penyokong Presiden PAS Hj Hadi dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang dan calon Naib Presiden untuk pemilihan PAS yang masih berlangsung kini.





Sunday, 28 September 2014

Pemecatan Ahli PAS Sebagai Ahli Majlis P.Pinang Nasarudin Samakan DAP Dengan PAP


Suasana jerebu semakin menyelubungi Pakatan Rakyat bila MP PAS Temerloh Nasarudin Tantawi menempelak DAP Pulau Pinang di atas pemecatan Iszuree sebagai Ahli Jawatankuasa Tetap Majlis Perbandaran Pulau Pinang.Pemecatan yang dikatakan ekoran kenyataan Iszuree pada Muktamar Agung PAS ke 60 di Johor yang menimbulkan rasa tidak puashati DAP terhadapa Bendahari PAS P.Pinang itu berhubung polisi pembangunan khususnya melibatkan kepenntingan umat Islam.

Kritikaan beliau terhadap"pemaju perumahan yang bermaharajalela"selain pampasan setimpal, isu penempatan ummat Islam dan nama kampung mereka tidak disenangi oleh DAP dan langkah menutup mulut pengkritik dengan memancung Iszuree dari jawatan tersebut.Tindakan ini dilabel oleh Nasarudin sebagai style PAP di Singapura yang melakukantindakan yang sama melalui tindakan undang-undang mahupun kuasa politik.

Pada masa yang sama PAS mengkritik Akta Hasutan yang dikatakan menidakkan hak asasi dan tindakan menutup mulut pengkritik tetapi tidak mampu melakukan apa-apa terhadap rakan sekutu mereka seolah2 cuba menutup mulut Iszuree .Dimanakah kredibiliti Timbalan President PAS yang juga Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang.Isu penenmpatan,kampung dan tanah umat Islam yang semakin meruncing gagap diselesaikan oleh PAS meskipun ianya menjadi kempen politik sewaktu PRU 13.

Mat Sabu pastinnya tidak mampu melakukan apa-apa kerana Lim Guan Eng merupakan segala-galanya bagi beliau dan kepentingan umat Islam di Pulau Pinang bukan sesuatu hidangan yang menjadi kegemaran beliau sebaliknya lebih rela berdakapan dengan Lim Guang Eng seperti memetik kata-kata beliau "saya rela makan babi bersama Lim Guan Eng dari makan ayam bersama Najib.Jelasnya menggambarkan Mat Sabu lebih mengutamakan politik beliau yang bergantung kepada Lim Guan Eng daripada mengutamakan nasib kepentingan Melayu Islam di Pulau Pinang

Saturday, 20 September 2014

Muktamar PAS Kecoh: Perwakilan Guna Doa 'Serang' Mat Sabu

Kumpulan Unite Amal PAS cuba merampas mikrofon ketika Dr Azhari mendoakan bagi 'kesejahteraan' PAS pada muktamar tahunan parti itu di Batu Pahat pada Jumaat.

BATU PAHAT: Gara-gara menggunakan doa sebagai medan untuk 'mengutuk' Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan beberapa individu lain, perwakilan Wilayah Persekutuan, dibidas kerana mempersendakan agama.

Tidak berpuas hati dengan tindakan itu, perwakilan Kedah, Ridzwan Abu Bakar bertindak merampas mikrofon ketika sesi perbahasan Ucapan Dasar Presiden pada Muktamar Tahunan PAS ke-60 di sini.

Ridzwan menuntut Pengerusi Tetap PAS, Datuk Abu Kassim Abdullah supaya membuat keputusan berhubung tindakan wakil Wilayah Persekutuan, Dr Azhari Ariffin.

"Harap Pengerusi Tetap buat ruling mengikut peraturan muktamar tentang sikap perwakilan Wilayah Persekutuan yang menggunakan doa sebagai saluran untuk menyerang orang.

"Adakah ini adab dalam berdoa? Adakah ini dibenarkan dalam Islam kerana gunakan doa untuk serang orang lain. Pentas muktamar sepatutnya digunakan untuk membahas perkara dasar parti," katanya.

Terdahulu Azhari mengambil masa hampir 30 minit iaitu melebihi tempoh yang dibenarkan untuk setiap pembahas berucap.

Sejak awal ucapannya, Azhari mengajak peserta muktamar untuk menadah tangan berdoa supaya Allah memberi petunjuk kepada Mohamad.

Turut menjadi mangsa 'serangan' Azhari ialah dua wakil rakyat PAS Selangor, Saari Sungib (Hulu Kelang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) kerana membelakangkan parti apabila menyokong pencalonan tunggal Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai menteri mesar Selangor.

Azhari turut menyifatkan Saari dan Hasnul sebagai ejen perosak dalam PAS apabila menggelarkan mereka umpama 'nila'.

Walaupun beberapa kali cuba dihalang Pengerusi Tetap supaya menamatkan doa yang semakin meleret-leret, Azhari bagaimanapun enggan mengendahkannya.

Akhirnya drama itu diredakan Pengerusi Tetap apabila memaklumkan bahawa isu yang dibangkitkan Azhari akan dijawab kepimpinan PAS Pusat pada sesi penggulungan esok (Sabtu).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...