ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Tok Gajah
Showing posts with label Tok Gajah. Show all posts
Showing posts with label Tok Gajah. Show all posts

Saturday, 27 February 2016

ANAK PAHANG DI PENTAS MENTOR MILENIA #VOTE FOR ZETTY


Gadis manis bertubuh kecil ini berjiwa besar,beliau yang dilahirkan di FELDA Jengka 2,Bandar Pusat Jengka Pahang kini berada di pentas Mentor Milenia sebuah rancangan realiti terbitan TV3 dan sedang bersaing di peringkat separuh akhir .

Membesar dalam masyarakat FELDA dan sebagai anak Pahang ingin membuktikan dirinya mempunyai bakat sebagai anak seni yang diwarisi dari bapanya .

Zetty zaman kanak kanak

Zetty semasa kecil bersama Awie  ketika
melakukan pertunjukan di expo suatu 
ketika dulu 

Penglibatannya dalam bidang nyayian bermula sejak dari kecil lagi kerana sering mengikuti bapa Abdul Rasyid Che Man yang mempunyai perniagaan menyediakan alatan Audio samada ke majlis keramaian mahupun Expo.

Bermula dari situ bakatnya mula di asah dengan mendapat jemputan dari masyarakat di sekitar khususnya di Pahang .Beliau juga pernah memenangi beberapa pertandingan nyayian di Pahang dan menyedari beliau ingin melangkah jauh dalam bidang seni suara,Zetty akhirnya melepasi ujibakat Mentor Milenia dan kini berada di peringkat separuh akhir dibawah bimbingan Mentornya Azlan Typewriter.

Penyokong setia Tok Gajah
Zetty yang kini sedang melanjutkan pelajaran  di UiTM Shah Alam dalam bidang muzik.Gadis ini juga rupa-rupanya amat meminati sukan bolasepak dan sering berkunjung ke stadium menyaksikan perlawanana bolasepak terutama pasukan Pahang.

Perjuangan beliau dalam pertandingan realiti TV3 Mentor Milenia belum selesai,bakat sahaja bukan jaminan untuk berada di pentas final.Undian penonton pastinya akan membantu beliau untuk terus mengembangkan bakatnya.

Saksikan kemunculan beliau di pentas separuh akhir Mentor Milenia di TV3 Ahad 28.2.2016 jam 9.00mlm dan mengundi Zetty dengan cara seperti ditunjukkan di bawah :

Cara Undian :

  • Layari www.tv3.com.my/mentormilenia/
  • klik pada tab UNDI
  • Log in dengan menggunakan kata laluan facebook dan klik ZETTY
  • satu kata laluan untuk satu undi sahaja
  • undian akan di buka pada hari Ahad 28.2.2016 jam 6.00pm.














Thursday, 3 December 2015

TOK GAJAH SERBA TAK MENJADI


KUANTAN: Segala-galanya serba tidak menjadi buat Pahang kerana misi mencari gol tidak kesampaian sehingga wisel penamat ketika seri 0-0 berdepan Selangor pada aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi. 

Keputusan itu juga meletakkan skuad Tok Gajah berada dalam situasi sukar pada separuh akhir kedua piala itu apabila bertandang ke Stadium Shah Alam, Ahad ini. 

Sebaik perlawanan dimulakan, Selangor lebih bersedia apabila melancarkan serangan awal menerusi Guilherme de Paula Lucrecio tetapi rembatan penyerang dari Brazil itu melepasi palang seawal minit ketiga. 

Selepas itu, barulah skuad Tok Gajah mula mengatur gerak dan menguji kekebalan jentera Selangor yang diketuai Muhd Shahrom Abdul Kalam dalam usaha memburu gol pendahuluan. 

Tuan rumah yang perlu mencatat kemenangan besar sebagai bekalan selesa ke Stadium Shah Alam tidak berputus asa untuk memecah kebuntuan dan peluang terbaik Pahang menerusi Matthew Davies tetapi bola tendangannya terus ke dakapan penjaga gol, Norazlan Razali pada minit ke-20. 

Tiga minit berselang, pemain tengah Pahang, Azamuddin Mohd Akil turut berpeluang untuk muncul penjaring apabila bola rembatannya berjaya ditepis keluar Norazlan. Begitu juga rembatan pemain tengah, Mohd Hafiz Kamal dari luar kotak penalti apabila bola terkena palang walaupun Norazlan sudahpun tertewas pada minit ke-40.

Namun, kedua-dua pasukan terutama Pahang terpaksa akur bahawa tiada jaringan mampu dilakukan untuk menamatkan aksi separuh masa pertama. 

Sebaik bersambung babak kedua, menyedari jaringan amat diperlukan Pahang melancarkan serangan dan hampir membolosi gawang lawan daripada percubaan Azamuddin dan Matias Conti, masing-masing pada minit ke-49 dan 51.


 Tidak mahu mengalah, Selangor juga berusaha untuk melakukan serangan dan turut memiliki peluang berbuat demikian tetapi dihampakan dengan kekentalan pertahanan tuan rumah.

Wednesday, 27 May 2015

#DUNPAHANG TAPIR JADI MASKOT..TIADA LAGI MASKOT TOK GAJAH?


Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang dikejutkan dengan usul dari ADUN PKR Teruntum yang mengesyorkan agar Tapir dijadikan ikon/maskot bagi menggantikan gajah yang begitu sinonim dengan Negeri Pahang.Hanya kerana beliau menyelamatkan seekor Tapir di tepi sebuah jalan di Kuantan.Alasan beliau hanyalah kerana Tapir berwarna hitam putih.

Bagaimana agaknya penyokong bolasepak Pahang mahu menyanyikan lagu mereka kerana bunyinya amat aneh sekali.Kerajaan Negeri Pahang pasti menolak cadangan ini tetapi harus juga diingat kepada penyokong bolasepak khususnya di Kuantan yang memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat supaya memikir semula sedalam dalamnya kerana ianya bukan mustahil berlaku jika mereka terus memberikan sokongan kepada Pakatan Rakyat.



Kulihat kusokong kubanggakan

Utk negeri pahang
Teruskan berjuang
Ooo ale ale ale ale tok TAPIRKU...
Ooo ale ale ale ale tok TAPIRKU...
Ooo ale ale ale ale tok TAPIRKU...
Ooo ale ale ale ale tok TAPIRKU...


Bangkitlah kita raih juara
Kita raih juara
Piala malaysia
Ooo ale ale ale ale tok TAPIRKU...
Ooo ale ale ale ale tok TAPIRKU...
Ooo ale ale ale ale tok TAPIRKU...
Ooo ale ale ale ale tok TAPIRKUu... 


Layan....

Amacam...sedap tak bunyinya bila Tapir menjadi ikon jika Pakatan Rakyat dapat memerintah mereka bakal menukar Tok Gajah kepada Tok Tapir.Bukan niat untuk mempolitikkan sukan namun ianya bukan mustahil kerana Pakatan Rakyat sentiasa menjadikan isu yang mudah mempengaruhi minda anak muda dengan menggunakan sukan sebagai medium.

Lihat sahaja bagaimana kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang mahu menjadikan slogan 'Kita Lawan' digunakan oleh Kontijen selangor pada SUKMA 2016.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...