ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: ADUN Kuala Sentul
Showing posts with label ADUN Kuala Sentul. Show all posts
Showing posts with label ADUN Kuala Sentul. Show all posts

Monday, 16 April 2018

KERAJAAN TUNAIKAN JANJI AGIH LOT TANAH FELDA KEPADA GENERASI KEDUA


MARAN 16/4/2017 – Kerajaan Negeri Pahang komited menunaikan janji memberikan lot tanah kepada generasi kedua FELDA dan bukan sekadar janji kosong. Sebagai sebuah kerajaan yang sentiasa mendengar keluhan generasi kedua FELDA yang mengimpikan kediaman sendiri di tanah rancangan FELDA, agihan lot tanah adalah salah satu cara penyelesaian terutama mereka yang sukar mendapatkan pinjaman bank. 

Pemberian lot tanah di Felda Jengka 2 Maran adalah merupakan projek perintis di Pahang bagi menyelesaikan masalah kediaman generasi kedua FELDA. Seramai 40 orang menerima surat tawaran untuk memiliki tanah lot oleh Kerajaan Negeri Pahang yang disampaikan oleh YB Dato’Sri Shahaniza Shamsuddin Exco kerajaan Negeri Pahang yang mewakili Kerajaan Negeri Pahang. 

Beliau berkata”Kerajaan Negeri dan FELDA mengambil tempoh yang lama untuk membuat keputusan yang amat penting ini keranan memikirkan kesannya kepada landskap FELDA pada masa akan datang. Tanah di Rancangan FELDA adalah terletak di bawah Akta GSA 1960 (Akta Tanah Kawasan penempatan Berkelompok), digubal bagi memastikan orang Melayu di letakkan di bawah FELDA ditadbir urus dengan baik demi kebaikan semua pihak namun dengan pemberian tanah lot ini pastinya akan memberikan kesan kepada landskap FELDA dan tidak selari dengan konsep yang diilhamkan oleh Tun Abdul Razak”. 

“Namun mengambil kira keluhan generasi kedua Felda Jengka 2, permohonan yang dikemukakan kepada Kerajaan Negeri dan FELDA sejak 2008 dan menjadi isu pilihanraya umum ke 13 telah di perhalusi dan akhirnya hari ini impian generasi kedua FELDA Jengka 2 telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Pahang. Ianya akan menjadi perintis kepada beberapa lagi Tanah Rancangan Felda yang mempunyai rezab yang luas seperti di Felda Jengka 4 dan Jengka 5. Cuma di Felda Jengka 5 , pihak pengurusan FELDA telah mengambil keputusan untuk membina Perumahan Generasi Baru FELDA sebanyak 100 unit “. 

“saya ingin sekali lagi berpesan kepada penerima tanah lot generasi kedua Felda Jengka 2 agar tidak menjual tanah ini selepas mendapat hak milik nanti. Tindakan ini boleh dianggap pengkhianat kepada FELDA yang selama ini banyak membantu sosio ekonomi orang melayu. Pemberian lot tanah ini bermakna ianya tidak lagi tertakluk di bawah Akta GSA, jadi ingatlah jangan sesekali menjual tanah ini dan sebagai ingatan ianya tidak boleh ditukar milik selama 10 tahun berdasarkan perjanjian yang telahpun ditandatangani”, tegas YB Dato Shahaniza Shamsuddin Exco Kerajaan Negeri Pahang. 

Majlis tersebut turut di hadiri oleh En Shariman bin Dollah Hasim Penolong Pengurus Besar Wilayah Jengka, En Amizi Bin Mat Ghani Pengurus Rancangan Felda Jengka 2 . Dengan pengagihan tanah lot itu juga , menepis sama sekali tohmahan pembangkang yang mengatakan generasi kedua Felda telah diabaikan. 

Manifesto pembangkang yang ingin memberikan tanah lot juga tidak perlu digembar gemburkan memandangkan kerajaan Barisan Nasional telahpun mengotakan janji untuk memberikan tanh lot lot kosong di tanah rancangan Felda telah pun direalisasikan dengan projek perintis di Felda Jengka 2 Maran Pahang. 




Friday, 10 November 2017

710 KELUARGA MANGSA BANJIR DI MARAN TERIMA BANTUAN BANJIR


10/11/2017 Maran - Penduduk Daerah Maran yang terlibat dengan banjir  pada tahun ini menarik nafas lega dengan pemberian wang ihsan kerajaan hari ini. Seramai 710 ketua keluarga yang berpindah ke pusat pemindahan banjir di dalam daerah Maran telah menerima wang ihsan kerajaan sebanyak RM 500 setiap keluarga. Penduduk DUN Chenor adalah penerima bantuan teramai memandangkan lokasi yang berhampiran dengan Sungai Pahang diikuti DUN Luit, DUN Kuala Sentul dan DUN Jengka yang terletak dibawah pentadbiran Daerah Maran,

Majlis Penyampaian Wang Ihsan Banjir Monsun Timur Laut (Januari - Februari 2017) di sempurnakan oleh YB Dato Ismail Abdul Mutalib Ahli Parlimen Maran di Dewan Arena Chenor Maran selain turut dihadiri YB Dato'Shahaniza Shamsuddin Exco Kerajaan Negeri Pahang ADUN Kuala Sentul, YB Dato Arifin Ismail ADUN Chenor , YB Norhidayah Shahaimi ADUN Luit, YH Dato Syed Ahmad Fuad Syed Tahar dan  En Mohamed Zahari Razali  Pengarah Bahagian Pembangunan Komuniti dan Sosial Agensi Pengurusan Bencana Negara.

Terdahulu dalam ucapannya YB Dato Ismail Mutalib meminta semua penerima bantuan ihsan banjir supaya bersyukur dengan keprihatinan kerajaan dibawah kepimpinan YAB Perdana Menteri Malaysia Dato Sri Najib Tun Razak diatas peruntukan yang diberi. Ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan yang ada hari ini merupakan kerajaan yang sentiasa peka dengan keperluan dan sentiasa membantu rakyat ketika ditimpa bencana.

Dengan mengambil contoh P.Pinang yang begitu angkuh tetapi akhirnya Ketua Menteri Pulau Pinang dengan nada yang sedih meminta kerajaan pusat membantu walaupun selama ini Perdana Menteri sering menjadi bahan kecaman beliau sepanjang masa. Namun peminpin seperti YAB Dato Seri Najib berlapang dada dan tetap membantu penduduk P.Pinang yang di timpa bencana. Beliau juga mengingatkan kepada penerima bantuan supaya terus memberikan sokongan kepada kerajaan yang ada hari ini kerana jelas terbukti kerajaan Barisan Nasional adalah pilihan terbaik yang mereka ada.

Ismail Mutalib dan Shahaniza menyampaikan bantuan wang
ihsan banjir kepada mangsa banjir

Ucapan alu aluan oleh YH Pegawai Daerah Maran YH Dato
Syed Ahmad Fuad Syed Tahar di Dewan Arena Chenor


Sunday, 23 October 2016

KERAJAAN PAHANG IKTIRAF PERANAN DAN SUMBANGAN WANITA


Kuantan 22/10/2016- Kerajaan Negeri Pahang buat julung kalinya memperkenalkan anugerah sebagai pengiktirafan kepada kaum wanita melalui Anugerah Tokoh Wanita sempena dengan Hari Wanita dan Karnival Komuniti Perwani 1Malaysia 2016.

Sambutan penuh meriah itu diadakan di RTM Pahang Kuantan dan bersempena dengan sambutan itu pelbagai acara menarik turut diadakakan antaranya senamrobik,ceramah perdana,pameran dan penampilan istimewa Zaiton Sameon.


"Wanita diciptakan sebagai makluk yang sarat dengan kasih sayang,kasihnya sangat luas,jiwanya sangat mudah tersentuh,satu anugerah yang paling istimewa.Allah s.w.t menciptakan wanita dengan gelaran seorang ibu,dari perut ibu itu lahirlah negarawan,lahirlah jaguh dunia dan manusia-manusia hebat  dibumi ini bak kata pepatah 'Disebalik kejayaan lelaki terdapat seorang wanita dibelakangnya".

"Di Pahang YAB Menteri Besar Pahang tidak memandang wanita  sebagai perbezaan gander tetapi lebih kepada kemampuan individu didalam melaksanakan agenda pembangunan negeri samada jawatan persekutuan ataupun jawatan negeri.

"Para wanita tidak dipinggirkan malahan diberikan kepercayaan menerusi Jabatan dan agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat,Jabatan Perancangan dan Desa,Pegawai Daerah dan lain lain.Pemilihan tersebut buan disebabka kouta tetapu disebabkan pencapaian dan keupayaan wanita".ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang ketika menyampaikan ucapan alu aluan.

Majlis turut diserikan dengan keberangkatan KDYTM  Tunku Puan Pahang Tunku Azizah Aminah Iskandariah .Baginda juga berkenan mengurniakan Anugerah Tokoh Kepimpinan Wanita Pahang kepada YH Dato'Rahmlah binti Kasim.Tokoh Kesukarelawan Wanita Pahang kepada YH Dato'Melati b Ali manakala Tokoh Wanita Kurang Upaya Wanita Pahang kepada Rosemawati bt Muhamad.

Mereka membawa pulang wang sebanyak RM 5,000 dan plug dari kerajaan negeri Pahang,kain pasang sumbangan Jakel  dan cenderahati dari Avon.


Sunday, 15 May 2016

FESTIVAL WANITA UNTUK WANITA:USAHAWAN DIGESA REBUT PELUANG


TEMERLOH - 15/5/2016 - Usahawan wanita digesa merebut peluang perniagaan sempena Festival Wanita Untuk Wanita yang akan bermula dari 19hb Mei sehingga 22hb Mei 2016 yang akan diadakan di Dataran Temerloh Pahang.

Festival Wanita Untuk Wanita ini yang akan berlangsung selama 4 hari ini adalah bertujuan membantu golongan wanita yang meminati bidang keusahawan untuk mempromosikan produk mereka di festival secara besar-besara yang julung kalinya diadakan.

YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia,Wanita dan Keluarga Negeri Pahang ketika ditemui menyeru agar semua wanita yang berada di Pahang mahupun di luar Pahang untuk turut serta dalam festival yang diadakan secara besar-besaran dan dianggarkan seramai 250,000 pengunjung akan hadir .

Usahawan wanita perlu menjadikan festival ini untuk meluasakan serta mempromoskan perniagaan mereka melalui gerai-gerai jualan yang ditawarkan kepada peniaga yang berminat,Selain itu pengunjung akan turut berpeluang merebt hadiah cabutan bertuah melebihi RM 100,000 yang ditawarkan selain 19 acara lain turut sama dijalankan bagi memeriahkan festival tersebut.

Pada Festival Wanita Untuk Wanita ini juga akan dilancarkan satu portal perniagaan khusus buat membantu usahawan wanita melalui pengumpulan data,tip perniagaan dan informasi berkaitan perniagaan yang dibangunkan dengan kerjasama Universiti Malaysia Pahang.

Antara acara lain selain pameran dan gerai jualan ialah .Antara acara menarik Sukan Rakyat,Belon Udara,Ceramah Agama,Feriss Wheel,Pahang Idol,Aspirasi Wanita & Selebriti,Pemeriksaan Kesihatan Pecuma,Cabutan Bertuah,Bolasepak Artis,Senamrobik Zumba,Kenduri Rakyat,Inflatable Games,Lady Biker,Pameran,Pertandingan Bolajaring,Busana Muslimah,Kursus Keusahawana dan Wayang Pacak.

Festival Wanita Untuk Wanita ini mendapat kerjasama Kementerian Pembangunan Luar Bandra dan Wilayah(KKLW),Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM),Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri(MITI),Majlis Perbandaran Temerloh,Institut Piawaian dan Penyelidikan Malaysia(SIRIM),TEKUN Nasional,SME Corp,Institut Penyelidikan Pertanian Malaysia(MARDI),Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA),Majlis Amanah Rakyat(MARA).

Fetival ini juga untuk menghargai golongan wanita yang terlibat dalam perniagaan mahupun yang terlibat dengan pekerjaan lain bertepatan dengan sambutan Hari Guru dan Hari Jururawat yang kebetulan disambut pada bulan ini.





Monday, 21 March 2016

KENYATAAN MEDIA "ISU PENGABAIAN KANAK-KANAK DI RKK SULTANAH HAJJAH KALSOM"



"ISU PENGABAIAN KANAK-KANAK DI RKK SULTANAH HAJJAH KALSOM"
Susulan daripada laporan akhbar bertarikh 18 Mac 2016 mengenai kanak-kanak yang dipercayai diabaikan, Jabatan Kebajikan Masyarakat sememangnya bertanggungjawab dalam memastikan institusi kanak-kanak di bawah kendaliannya mematuhi peraturan yang ditetapkan. Ini adalah kerana Rumah Kanak-Kanak (RKK) merupakan institusi/tempat selamat bagi memelihara dan melindungi kanak-kanak seperti yang ditetapkan di bawah seksyen 54 Akta Kanak-Kanak 2001.

Jabatan amat menitik beratkan segala hal ehwal berkaitan kanak-kanak yang ditempatkan termasuklah aspek kesihatan dan kebersihan diri dan tempat tinggal mereka. Oleh hal yang demikian, kanak-kanak yang dipercayai dijangkiti penyakit akan diasingkan daripada kanak-kanak yang laindan ditempatkan di bilik pengasingan berdasarkan nasihat Pegawai Perubatan.

Setiap minggu, Pembantu Perubatan akan datang memantau kesihatan kanak-kanak manakala Pegawai Perubatan pula akan datang memantau perkembangan kanak-kanak tersebut pada setiap bulan. Sekiranya berlaku sebarang kecemasan atau kanak-kanak tersebut memerlukan sebarang rawatan lanjut, kanak-kanak akan dihantar terus ke Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan (HTAA). Seramai dua (2) orang Jururawat Masyarakat (U19) juga ditugaskan untuk memantau kesihatan kanak-kanak setiap hari. Oleh hal yang demikian, berdasarkan siasatan dalaman yang dijalankan, tiada sebarang perbuatan mengurung atau persamaan dengannya malahan perkara ini tidak pernah berlaku seperti yang dilaporkan.

Keadaan dewan makan institusi pula adalah ditutup buat sementara ini bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan dan telah siap pada 17 Mac 2016. Permohonan untuk menggunakan semula dewan makan tersebut akan dibuat dengan segera ke Pejabat Inspektorat Daerah Kuantan. Malahan, pembelian tambahan peralatan untuk kegunaan makan minum juga telah dibuat pada 3 Disember 2015 oleh pihak institusi bagi memastikan kelengkapan mencukupi untuk keperluan kanak-kanak.

Selain itu, pihak JKM juga turut membekalkan keperluan harian lain seperti pakaian sekolah, t-shirt, seluar, sabun, ubat gigi dan sebagainya kepada kanak-kanak. Perkhidmatan dobi juga turut disediakan bagi mencuci pakaian bayi dan kanak-kanak. Manakala, bagi kanak-kanak yang berumur 13 tahun ke atas, mereka adalah digalakkan untuk membasuh pakaian sendiri sebagai latihan berdikari.


Oleh itu, Saya merasakan laporan yang tidak berasas seperti ini haruslah dihentikan. Namun begitu, dari semasa ke semasa Jabatan akan sentiasa melihat pelbagai aspek bagi memperbaiki mutu perkhidmatan kepada kanak-kanak yang ditempatkan di institusi JKM supaya mereka mendapat perlindungan secukupnya.

****

Tuesday, 9 February 2016

JADIKAN PERAYAAN GONG XI FA CAI ERATKAN HUBUNGAN KAUM


Saban tahun pelbagai perayaan dirayakan dengan cara yang cukup muhibbah sesuai dengan komposisi rakyat Malaysia yang berbilang kaum agama dan budaya.

Perbezaan ini adalah suatu keunikan dan lahirnya Malaysia seperti hari ini yang menyaksikan pelbagai kaum ini hidup dalam suasan yang penuh keharmornian.

Amalan kunjung mengunjung sudah sebati dengan sebahagian rakyat Malaysia tiap kali tiba musim perayaan .Menyedari betapa sikap toleransi penting untuk mengekalkan keharmornian,Staff Pejabat ADUN Kuala Sentul mewakili YB Dato'Shahaniza Shamsuddin yang sedang mengerjakan umrah di Tanah Suci berkunjung ke rumah pemimpin masyarakat Cina di Pekan Sg Jerik.

Sudah menjadi kelaziman saban tahun pada setiap kali Tahun Baru Cina,ADUN Kuala Sentul akan berkunjung ke rumah masyarakat Tiong Hoa di Pekan Sg Jerik Maran bagi menunjukkan perayaan yang dirayakan oleh rakyat di Malaysia ini mampu mengeratkan perhubungan antara kaum yang menjadi teras kepada kemakmuran dan keharmornian Malaysia.







Monday, 25 January 2016

TEKNOLOGI WI FI SOLAR BERPOTENSI DI PERLUASKAN



BANDAR JENGKA 25/1/2016 - Penggunaan teknologi Wi Fi Solar adalah salah satu inisiatif kerajaan melalui Kementerisan Sains Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) yang berpotensi untuk dilaksanakan.Menyedari inovasi dalam sistem komunikasi yang sedang diteroka itu mampu merapatkan jurang digital diantara masyarakat luar bandar,Kerajaan Pahang berminat sekiranya teknologi Wi Fi Solar itu dapat dilaksanakan untuk kemudahan rakyat negeri Pahang.

"Penggunaan Wi Fi Solar yang sedang diusahakan oleh Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi pastinya akan memberikan banyak manafaat dan kita merancang untuk berbincang dengan pihak kementerian bagi melaksanakannya di Negeri Pahang"ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Pengerusi Pembangunan Wanita & Keluarga,Komunikasi & Multimedia Negeri Pahang ketika ditemui selepas   mewakili Dato'Seri DiRaja Adnan Hj Yaakob Menteri Besar Pahang merasmikan Program Inovasi Sosial MOSTI (M.S.I) OPS Jelajah Cyber 2.0 Edisi Pahang di Wisma Peneroka Bandar Jengka.

Terdahulu KSU Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi Dato'Seri Dr Noorul Binti Mohd Nur dalam ucapannya menegaskan bahawa Program Inovasi Sosial MOSTI adalah bertujuan membangunkan idea yang boleh menjadi pemankin kepada pembangunan kemahiran dan ekonomi bagi memenuhi keperluan sosial dan mewujudkan kerjasama dan jalinan sosial sesebuah komuniti

"Melalui MSI,MOSTI menerusi CyberSecurity Malaysia,akan melaksanakan "Ops Jelajah Cyber 2.0" bagi menediakan perkhidmatan Pemulihan Data(data recovery),Sanitasi Data(data sanitization),Program Pembangunan Keusahawanan serta aktiviti-aktiviti berkaitan keselamatan siber dan negeri Pahang merupakan negeri pertama yang dipilih untuk perlaksanaan Ops Jelajah Cyber 2.0 ini"ujar beliau.

Kursus diadakan selama  dua hari bermula itu disertai oleh penjawat awam berkaitan ICT,pelajar UiTM serta usahawan ICT di sekitar Bandar Jengka dan Daerah Maran.

Turut sama hadir di majlis peramian tersebut YB Dato'Wan Salman Wan Ismail ADUN Jengka,YH Dato'Roslan bin Harun Pegawai Kemajuan Negeri Pahang,YB Nurhidayah Shahaimi ADUN Luit,YH Dato'Syed Ahmad Fuad bin Syed Taha Pegawai Daerah Maran,Dr Amiruddin bin Abdul Wahab CEO Cyber Security Malaysia,YH Dato Mohd Sahar bin Mohd Noor Setiausaha Bahagian Teknologi Maklumat SUK Pahang,YH Senator Hajjah Norehan binti Abu Bakar Ahli dewan Negara,Ketua Ketua Jabatan serta masyarakat di sekitar Bandar Jengka.

Shahaniza bersama KSU MOSTI sebelum upacara perasmian


Shahaniza mewakili DSDR MB Pahang ketika merasmikan program


Simbolik pelancaran Jelajah Cyber 2.o


Noorul Binti Mohd Nur KSU MOSTI

Seisi penerangan oleh Cyber Security Malaysia

Shahaniza dan Noorul dibawa melihat sekitar tempat latihan
peserta kursus.

Saturday, 9 January 2016

KEHIDUPAN PENUH PANCAROBA IBU TUNGGAL KERAJAAN SEDIA BANTU


KUANTAN 8/1/2016 - Kehidupan penuh pancaroba yang dilalui oleh golongan ibu tunggal sering mendapat perhatian masyarakat.Mengharungi kehidupan dengan menggalas tanggungjawab berat yang dipikul dibahu memerlukan ketabahan dalam menyara keluarga dalam persekitaran semasa yang mencabar

"Ibu Tunggal perlulah mendaftar dengan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bagi memudahkan bantuan di salurkan oleh pihak kerajaan dan NGO.Ketika ini hanya sekitar 200 orang Ibu Tunggal yang berdaftar dengan JPW".

"Kerajaan tidak biarkan mereka ini begitu sahaja dan mereka mendapat pelbagai bentuk bantuan melalui JKM namun ianya tidak dinamakan bantuan Ibu Tunggal sebaliknya diberi bantuan am seperti bantuan untuk anak-anak sekolah selain Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menerusi pemberian zakat".

"Ibu tunggal juga digalakkan menyertai kursus kemahiran melalui Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan Inkubator Kemahiran Wanita bagi menjana pendapatan",ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin ,Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi & Multimedia Negeri Pahang ketika ditemui di Kuantan.

Skim bantuan perniagaan juga disediakan kepada Ibu Tunggal seperti TEKUN Nasional,Amanah Iktiar Malaysia dan MARA.

Untuk keterangan lanjut sila klik ke laman JPW Pahang



Sunday, 27 December 2015

PERANAN ALUMNI PERLU DIPERLUAS


Alumni sekolah bukan sahaja perlu dilihat sebagai paltform untuk menyatukan mereka yang sezaman dan seumur tetapi perlu melangkau usia dan mereka yang berada didalam kelompok terterntu.Alumni sekolah kini semakin popular dan menjadi trend masakini apatah lagi dengan kemudahan dan akses duania tanpa sempadan yang memudahkan menghubungi rakan-rakan lama.

"Melalui reunion Alumni sekolah selain mengeratkan silaturahim sesama ahli,mereka juga harus kembali menyumbang kepada masyarakat samada dalam bentuk kewangan,gerakkerja mahupun buah fikiran sebagai menghargai tempat di mana permulaan kejayaan mereka selama ini".

"Bagi mereka yang telah berjaya di dalam kehidupan,kembalilah menyumbang kepada sekolah mahupun masyarakat di kampung halaman sebagai tanda ingatan dan terima kasih.Sememangnya sedikit sebanyak sekolah di kampung halaman kita telah membantu kejayaan yang dimiliki".

"Bantulah mengikut keupayaan masing-masing dengan harapan ianya dapat memberikan manafaat buat semua pihak."ujar YB Dato'Shahaniza Shamsuddin ,Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Temasya Sukan Rakyat Kg Desa Anggerik Felda Jengka 1 Maran Pahang yang dianjurkan oleh Alumni Reunion 1975 SKJ01.

Beliau juga amat berbangga dengan peranan yang dimainkan oleh Alumni SK0J1 1975 yang berjaya menganjurkan pelbagai aktiviti dengan perbelanjaan yang besar hasil sumbangan ahli tanpa bantuan mana-mana pihak.

Program selama dua hari yang bermula ada 25hb Disember itu dimulakan dengan Perarakan Maulidul Rasul,pertandingan mewarna,ceramah perdana,malam kebudayaan Islam,cabutan bertuah,sukan rakyat,pertandingan karaoke disamping menyediakan pelbagai gerai jualan dan pameran bagi memeriahkan Temasya Sukan Rakyat Kg Desa Anggerik FELDA Jengka 1.

Seramai 130 pelajar yang lahir pada tahun 1975 serta 15 orang bekas guru SK Jengka 01 hadir memeriahkan majlis.

Pertemuan bersejarah Alumni 1975 SK Jengka 1 bersama bekas GB Tuan Hj Yusof Sulaiman(7 dari kiri) bersama YB Dato
Shahaniza (8 dari kiri) serta bekas guru yang hadir


Shahaniza bersalam mesra bersama mereka yang hadir di Temasya Sukan Rakyat Kg Desa Anggerik Felda Jengka 1


Acara memotong kek harijadi ahli Alumni SK Jengka 1 1975

Wakil Alumni SK Jengka 01 menyampaikan ucapan alu-aluan

Shahaniza sampaikan ucapan perasmian penutupan majlis

As Shahmi Abdul Samad penggerak utama program sebak ketika menyampaikan ucapan
  
Budi yang baik dikenang jua.Ahli Alumni SK Jengka 01 1975 menyampaikan cenderamata tanda kenangan kepada
bekas guru SK Jengka 01 1975.




Wednesday, 23 December 2015

PROGRAM WAJA TINGKATKAN KESEDARAN KEGANASAN TERHADAP WANITA


JERANTUT 22/12/2-15 - Wanita di negara ini perlu lebih peka dan berusaha meningkatkan kefahaman dan kesedaran mengenai keganasan terhadap wanita
seperti rogol,cabul kehormatan,keganasan rumahtangga,jenayah siber,gangguan seksual,keldai dadah,keldai akaun,pemerdagangan orang dan penyeludupan migrant.


Menyedari keperluan tersebut pihak kerajaan melalui Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga melalu Majlis Perwakilan Wanita Kebangsaan (MPWK) merangka pelbagai program bagi memberi dan menyebarkan maklumat kepada masyarakat tentang saluran aduan dan bantuan yang disediakan untuk mangsa keganasan terhadap wanita

"Berdasarkan statistik yang direkodkan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Polis DiRaja Malaysia(PDRM) dari tahun 2010 sehingga 2014,sebanyak 13,238 kes rogol,7,807 kes cabul kehormatan dan 11,520 kes bagi keganasan rumahtangga melibatkan wanita"

"Kadar peningkatan kes keddai dadah dikalangan wanita kebelakangan ini amat membimbangkan.Berdasarkan statistik yg dikeluarkan oleh Kementerian Luar Negeri sehingga 31 Mac 2011 sebanyak 833 orang rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara adalah berkaitan dengan kes dadah.daripada kes itu sebanyak 675 orang membabitkan lelaki manakala 158 orang adalah wanita".

"Manakala bagi kes gangguan seksual bagi yahun 2010 sehingga 2012 (januari- Oktober),sebanyak 377 kess gangguan seksual ditempat kerja telah dirujuk dan di siasat oleh Jabatan Tenaga Kerja sejak Kod Amalan Gangguan Seksual Di Tempat Kerja dilaksanakan pada tahun 1999.Mengikut statistik PDRM,kes gangguan seksual yang merangkumi cabul dan rogol bagi 2012 dan 2013 keseluruhannya mencatatkan 75 kes membabitkan majikan,manakala kes melibatkan rakan sekerja pula sekali ganda iaitu 156 kes".

"Daripada jumlah itu,kes rogol membabitkan majikan sebanyak 27 dan 48 kes cabul.Bagi kes gangguan seksual melibatkan rakan sekerja pula menunjukkan 42 kes rogol dan 114 kes cabul"ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang sejurus merasmikan Program Jelajah Wanita Anti Jenayah (WAJA) di Dewan Banquet Majlis Daerah Jerantut di sini.

Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang program tersebut ialah ceramah Ketrampilan Efektif dan Keterampilan oleh MPWK dan Ceramah Elah Jadi Mangsa dan Demontrasi Keselamatan Diri oleh En Saiful Hamiruzaman bin Mohd Hazir dari Kick Start

Program yang dihadiri 400 peserta serta Ahli Parlimen Jerantut YB Hj Ahmad Nazlan,YH Dato Siti Hajar Pengerusi MPWK Parlimen Jerantut,,YBhg Puan Haslina Bahasan Pengarah Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Pahang,YH Dato Khatijah Mohd Said Naib Pengerusi MPWK Parlimen Jerantut,Pengerusi JKKK,JPP dan ahli NGO.


YB Dato Shahaniza  menyampaikan ucapan perasmian
Program WAJA

YB Hj Ahmad Nazelan Idris

YH Dato Siti Hajar Mubin Pengerusi MPWK Parlimen Jerantut

Upacara memotong kek sempena pelancaran program

Antara pemimpin NGO dan JPP Parlimen Jerantut yang terlibat
 dalam program bergambar kenang kenangan

Thursday, 17 December 2015

NGERI...! BAPA HANYA PASRAH LIHAT ANAK "DISEMBELIH"


Luluh hati bapa melihat anak lelaki kesayangan di perlakukan sedemikian namun apakan daya dia tak mapu menahan semua itu dari berlaku.Sekalipun suara jeritan mengerang kesakitan jelas kelihatan,si bapa hanya mampu berdoa.

Segalanya bermula di awal pagi,bila semua anak-anak remaja sekitar 12 tahun mula berkumpul untuk adengan sembelih di bahagian 'anu' sepertimana yang telah disyariatkan oleh agama.

YB Dato'Shahaniza menggunakan pancutan pili bomba sebelum
 kanak-kanak dikhatankan

Urusetia sibuk mendaftarkan peserta Khatan Perdana Parlimen 
 Maran Bersama ADUN Kuala Sentul

ADUN Kuala Sentul YB Dato'Shahaniza bersalaman dengan
ibubapa peserta sejurus tiba di majlis berkenaan

Imam masjid Felda Jengka 3 membacakan doa selamat majlis 

YB Dato'Shahaniza Shamsuddin memberikan ucapan sebelum
majlis bermula

Peserta Khatan Perdana Parlimen Maran Bersama ADUN Kuala Sentul
bergambar kenangan

Basah kesejukan namun penuh namun kegembiraan jelas terpancar
diwajah peserta

YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin memberikan saguhati tanda
kenang-kenangan kepada peserta.

Selesai sudah...selamat menempuh alam baru lelaki..syabas..!

Semua anak-anak yang terlibat telah berkumpul di Pusat Khidmat ADUN Kuala Sentul untuk pendaftaran,ucapan YB Dato'Shahaniza hj Shamsuddin ADUN Kuala Sentul,seisi taklimat oleh 'mudim'dari Kementerian Kesihatan berdekatan.

Kanak-kanak yang terlibat turut dimandikan dengan pancuran air bomba sebelum dikhatan seorang demi seorang.Seramai 69 kanak-kanak  telah berjaya di sembelih 'anu'nya pada hari tersebut.

Majlis Khatan Perdana Parlimen Maran Bersama ADUN Kuala Sentul YB,Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin ini adalah merupakan acara tradisi yang telah lama diamalkan

Ianya menjadi salah satu program khidmat masyarakat di samping menghidupkan semula budaya Melayu berkhatan beramai-ramai.

Segala perbelanjaan untuk proses khatan adalah ditanggung oleh MP Maran dan ADUN Kuala Sentul bertujuan meringankan sedikit sebanyak ibubapa yang ingin mengkhatankan anak-anak mereka.

Peserta khatan kali ini amat bertuah kerana proses khatan yang dijalankan menggunakan teknik baru dengan menggunakan laser dan bukan lagi seperti dahulu menggunakan gunting.

Selain dapat menjimatkan masa,teknik ini mungkin akan menyebabkan tiada lagi kanak-kanak yang akan lari bertempiaran sebelum dikhatankan kerana seram sejuk dan ketakutan melihat kilauan gunting yang tajam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...