ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: ibu tunggal
Showing posts with label ibu tunggal. Show all posts
Showing posts with label ibu tunggal. Show all posts

Friday, 13 April 2018

GALAK TUBUH KOPERASI TINGKAT PELUANG JANA EKONOMI IBU TUNGAL



12/4/2018 MARAN -  Kaum wanita seharusnya merasakan bersyukur mempunyai kerajaan yang sentiasa peka dan focus dalam memastikan aspek kesejahteraan setiap golongan masyarakat,termasuk golongan Ibu Tunggal tidak dilupakan dalam  menongkah arus pembangunan negara. Pelbagai inisiatif akan dilaksanakan bagi membantu golongan Ibu Tunggal dalam meneruskan kehidupan harian  seperti bantuan kewangan,kaunseling,bantuan guaman bagi tuntutan hak- hak seorang ibu tunggal seperti harta sepencarian,hadhanah,faraíd,kursus dan peluang perniagaan bagi memperkasakan ekonomi Ibu Tunggal.



Sesuai dengan Tahun Memperkasakan Wanita, kerajaan telah melancarkan Pelan Tindakan Memperkasakan Ibu Tunggal yang merangkumi 19 langkah strategic berdasarkan teras utama iaitu memperkasakan ekonomi, meningkatkan kesejahteraan sosial dan meningkatkan perlaksanaan penyelidikan dan penyelarasan pembangunan Ibu Tunggal.

“Ibu Tunggal digalakkan untuk menyertai koperasi bagi meningkatkan pendapatan . Melalui koperasi Ibu Tunggal , setiap ahli akan menerima dividen diatas keuntungan perniagaan yang dijalankan. Kerajaan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan kepada koperasi melalui Suruhanjaya Koperasi Malaysia sebagai contoh memberikan geran permulaan kepada koperasi memulakan perniagaan sebanyak RM 20,000 dan jika didapati koperasi berdaya maju dan ditadbir urus dengan baik nilai geran akan ditambah dari masa ke semasa. Berbanding dengan Ibu tunggal yang menyertai persatuan, kerajaan hanya memberikan bantuan one off untuk aktiviti persatuan dan ini pastinya tidak kepada individu yang menyertai persatuan”.


“ Besar harapan saya dengan penubuhan Koperasi Ibu Tunggal, dapat menggunakan Kompleks Ibu Tunggal DUN Kuala Sentul ini dapat memberikan peluang kepada ahlinya menjana ekonomi. Terima kasih kepada ECER Wilayah Ekonomi Pantai Timur yang merealisasikan impian saya dengan siapnya sebuah Kompleks Ibu Tunggal DUN Kuala Sentul yang menelan belanja RM 250,000.00. Kompleks  ini akan dilengkapi dengan kelengkapan mesin jahit dan pelbagai peralatan jahitan  bagi ibu tunggal yang berminat untuk Dr faridah bt Awang Timbalan menambah pendapatan yang akan diuruskan oleh Koperasi Ibu Tunggal”, kata YB Dato’Sri Shahaniza Hj Shamsuddin, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang.

Beliau berkata demikian ketika berucap di perasmian Kompleks Ibu Tunggal yang dirasmikan oleh Yg Faridah binti Awang Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Malaysia yang mewakili Pengarah Jabatan Pembangunan Wanita Malaysia.  Komplek Ibu Tunggal DUN Kuala Sentul adalah satu satunya Kompleks Ibu Tunggal yang terdapat di Negeri Pahang.






Saturday, 9 January 2016

KEHIDUPAN PENUH PANCAROBA IBU TUNGGAL KERAJAAN SEDIA BANTU


KUANTAN 8/1/2016 - Kehidupan penuh pancaroba yang dilalui oleh golongan ibu tunggal sering mendapat perhatian masyarakat.Mengharungi kehidupan dengan menggalas tanggungjawab berat yang dipikul dibahu memerlukan ketabahan dalam menyara keluarga dalam persekitaran semasa yang mencabar

"Ibu Tunggal perlulah mendaftar dengan Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) bagi memudahkan bantuan di salurkan oleh pihak kerajaan dan NGO.Ketika ini hanya sekitar 200 orang Ibu Tunggal yang berdaftar dengan JPW".

"Kerajaan tidak biarkan mereka ini begitu sahaja dan mereka mendapat pelbagai bentuk bantuan melalui JKM namun ianya tidak dinamakan bantuan Ibu Tunggal sebaliknya diberi bantuan am seperti bantuan untuk anak-anak sekolah selain Majlis Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) menerusi pemberian zakat".

"Ibu tunggal juga digalakkan menyertai kursus kemahiran melalui Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal dan Inkubator Kemahiran Wanita bagi menjana pendapatan",ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin ,Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi & Multimedia Negeri Pahang ketika ditemui di Kuantan.

Skim bantuan perniagaan juga disediakan kepada Ibu Tunggal seperti TEKUN Nasional,Amanah Iktiar Malaysia dan MARA.

Untuk keterangan lanjut sila klik ke laman JPW Pahang



Thursday, 3 May 2012

Nadya Suleman Ibu Kembar Lapan Setuju Berlakon Filem Lucah


California –Nadya Suleman yang pernah menggempar dunia dengan kelahiran bayi kembar lapan, tiga tahun lalu bersetuju membintangi filem lucah bagi membolehkannya membayar hutang berjumlah lebih RM2.9 juta. 

Nadya kini telah pokai dan menangung hutang yang banyak, sehingga memaksanya mengemukakan permohonan muflis. 

Dia sebelum ini bergambar bogel dalam sebuah majalah hanya untuk mendapatkan bayaran sebanyak RM18,600. 

Selepas gambarnya diterbitkan, Nadya berikrar tidak akan berlakon dalam filem lucah namun kini selepas rumahnya terpaksa dijual, dia tidak mempunyai pilihan lain lagi.






“Saya terpaksa menelan semua kata-kata saya untuk tidak berlakon dalam filem lucah. Apa yang penting saya mahu menjaga keluarga saya.
“Jika saya mendapat bayaran yang lumayan dan boleh berpindah ke rumah yang saya mimpikan, maka saya akan melakukanya.,’’ katanya


Rumah yang didiaminya kini sepatutnya dilelong pada Isnin lalu, namun ia telah ditunda selama seminggu. 


Selain kembar lapan itu, dia juga mempunyai enam anak yang lain. 

Kelahiran kembar lapan itu adalah hasil teknik penyuburan yang dilaluinya


P/S : Macam kilang lah pulak aku tengok,skali keluar lapan,5 kali keluar boleh muat satu bas tapi sayang lebih susah nak peliahara anak..buat senang je kut..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...