ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: jenayah
Showing posts with label jenayah. Show all posts
Showing posts with label jenayah. Show all posts

Sunday, 23 October 2016

KEJAM..!!!MAKAN MAYAT SELEPAS DIPERKOSA DAN DIBUNUH



Dua lelaki dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah membunuh, menetak dan makan daging seorang wanita selepas merogolnya.

Mangsa, Nadezhda Avakumova, 31, mabuk ketika lelaki berkenaan menjemputnya ke sauna sebelum mereka bergilir-gilir melakukan hubungan seks.

Mahkamah diberitahu, wanita itu dikurung dan kemudian dikelar di leher selepas dia mengugut kedua lelaki untuk membuat laporan terhadap perlakuan rogol yang dilakukan kepadanya.

Selepas membunuh wanita itu, mereka menetak dan masak daging tubuh mangsa dan menghidangkan kepada rakan mereka yang lain dalam sebuah parti.

Kedua tertuduh ialah Kirill Nemykin dan Sergey Metlyayev, dari bandar Novokuznetsk di Siberia, Rusia.

Mangsa memberitahu lelaki berkenaan, dia tidak sedar apa yang berlaku ketika mereka melakukan hubungan seks dengannya kerana mabuk dan memberi amaran kepada kedua mereka untuk melaporkan kejadian tersebut kepada polis.

Berang dengan ugutan tersebut, mereka mengunci wanita itu di sebuah bilik bawah tanah di rumah salah seorang lelaki tersebut.

Lapor media tempatan, tertuduh Kiril Nemykin mengambil pisau dari meja, membuka bilik kurungan dan terus mengelar leher mangsa selepas wanita itu menjerit dan meminta pertolongan.

Mangsa meninggal dunia serta merta.

Pembantu pendakwa raya daerah Ordzhonikidze, Yana Prodchenko, Nemykin dan Metlyayev membawa mayat tersebut ke teres rumah.

“Metlyayev mengambil kapak dan mula memotong badan menjadi kepingan.

“Metlyayev mula makan daging manusia dan menawarkan kepada semua orang yang hadir ke parti di kediaman mereka untuk mencubanya,” katanya dipetik Mirror.uk.

Mayat wanita itu kemudian dibungkus dalam beg plastik dan dibuang dalam tong di hujung jalan dan kembali meneruskan parti.

Insiden ngeri itu berlaku pada tahun 2014 dan mengambil masa dua tahun untuk perbicaraan mahkamah.

Kedua-dua lelaki berkenaan mengaku bersalah membunuh wanita itu dan dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun.






Thursday, 26 November 2015

ISTERI OKU DIPAKSA RAKAM DAN TONTON SUAMI RATAH ADIK IPAR


Port Dickson, 25 Nov: Seorang lelaki berusia 35 tahun yang baru sebulan berkahwin dengan seorang perempuan kurang upaya (OKU) yang berusia 14 tahun sanggup memperkosa adik iparnya yang baru berusia 11 tahun.

Lebih jijik, lellaki itu memaksa si isteri yang mempunyai masalah lembam untuk merakam perbuatan jijiknya itu menggunakan kamera video di rumah keluarga mangsa di Telok Kemang, di sini.

Memetik sumber myMetro, rakaman terbabit kemudian dimuatkan ke dalam VCD oleh suspek dan dijual kepada beberapa rakannya untuk mendapatkan wang dengan cara yang mudah.

Perbuatan lelaki terbabit, yang juga seorang penganggur, bagaimanapun terbongkar apabila rakaman terbabit tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Rakaman video terbabit dipercayai kini sudah tersebar dengan meluas di dalam group-group whatsapp.

Menurut sumber juga, rakaman itu juga telah dilihat oleh ibu bapa mangsa yang terkejut apabila mendapati pasangan di dalam video itu adalah anak perempuan dan menantu lelakinya. 

Friday, 19 September 2014

Penganggur didakwa rogol dan rompak kenalan Facebook



KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan iaitu merogol, melakukan seks luar tabii dan merompak wanita yang dikenalinya melalui facebook.

Mohamad Faiz Apandi, 28, dituduh merogol mangsa yang berusia 21 tahun itu di sebuah jalan di Brickfields pada 8 malam, 23 Ogos lepas dan didakwa mengikut Seksyen 376(2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun serta sebatan jika sabit kesalahan.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam turut dituduh melakukan seks luar tabii terhadap mangsa di tempat, waktu dan tarikh sama dan didakwa di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebatan.

Mohamad Faiz juga dituduh merompak telefon bimbit dan wang tunai RM200 milik wanita itu dengan bersenjatakan pisau di tempat, tarikh dan waktu yang sama dan didakwa mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 397 kanun sama yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan.

Hakim Azwarnida Affandi tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 2 Okt ini untuk sebutan semula bagi Mohamad Faiz melantik peguam.

Monday, 9 July 2012

Suspek Gelar Diri "Imam Mahadi" Serang Kompleks JPM Putrajaya Disahkan Meninggal Dunia


Berita terkini suspek yang menyerang Kompleks B,Jabatan Perdana Menteri (JPM)Putrajaya telah disahkan meninggal dunia petang tadi namun identiti lelaki tersebut masih belum dikenali.Kejadian itu berlaku pada pukul 2.30 petang di mana suspek telah melibas parang ke atas polis bantuan yang berkawal di kompleks tersebut.Wanita yang bersama suspek kini masih dirawat di hospital yang sama.

BERIKUT IALAH KENYATAAN RASMI PDRM

Pada 9/07/2012 jam l/kurang 1430 hrs bertempat di JPM KOMPLEKS B PUTRAJAYA, saspek seorang lelaki dan seorang perempuan telah mengamuk di luar perkarangan JPM dengan melibaskan pedang samurai.
Mereka berdua menuju ke pos pengawal dan telah dihalang oleh polis bantuan.
Saspek lelaki telah meletakkan pedang samurai di leher SM polis bantuan di mana polis bantuan tersebut terpaksa membenarkan mereka masuk.
Bila berada di dalam perkarangan kompleks B, kedua-dua saspek telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kerta HYUNDAI ACCENT Dan PERODUA KANCIL milik kakitangan JPM.
Anggota cawangan pencegahan jenayah sampai di tempat kejadian setelah terima maklumat dari pusat kawalan daerah polis Putrajaya.
Apabila sampai di sana nampak kedua-dua suspek dengan pedang samurai.
Anggota cawangan pencegahan jenayah telah kenalkan diri sebagai polis dan terus diserang oleh kedua-dua saspek dengan pedang samurai.
Kereta pasukan mengalami kerosakan di mana cermin hadapan kereta pecah.
Anggota MPV sampai dan cuba membantu untuk tahan saspek.
Anggota MPV juga diserang dengan jarak yang dekat oleh saspek menggunakan pedang samurai dan seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan.
Kedua-dua saspek telah dibawa ke hospital Putrajaya.
Didapati saspek lelaki telah terkena tembakan di tangan kanan dan bahagian ari-ari manakala saspek perempuan terkena tembakan pada paha kanan.
Saspek lelaki telah meninggal di hospital.
Siasatan awal mendapati saspek telah menggelarkan dirinya sebagai ‘IMAM MAHADI ‘ manakala saspek perempuan masih menerima rawatan di Hospital Putrajaya. (Facebook PDRM).

p/s :TAK SABAR NAK MEMANGKAH DALAM PILIHANRAYA TU AGAKNYA


Thursday, 19 April 2012

Gadis Bawah Umur DiRogol Dan DiBakar


Di dalam masyarakat haiwan tiada yang berhati manusia tetapi didalam masyarakat manusia masih ada yang berhati haiwan.Begitulah sadisnya manusia yang memperlakukan manusia lain yang tidak berdaya seperti gadis remaja di atas yang dirogol dan kemudiannya dibakar.Márcia Andréia do Prado Constantin seorang anak gadis yang berumur 10 tahun yang pada awalnya dilaporkan hilang ditemui dengan keadaan yang sungguh menyayat hati namun peristiwa itu berlaku agak lama pada sekitar tahun 2007.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...