ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Timbalan Menteri MITI
Showing posts with label Timbalan Menteri MITI. Show all posts
Showing posts with label Timbalan Menteri MITI. Show all posts

Monday, 4 January 2016

2 KERJA SAYA TAHU SUKAR HIDUP MEREKA,IBUBAPA SAYA JUGA PENOREH GETAH - AHMAD MASLAN


Persoalan kenaikan kos sara hidup sering dibincangkan dan menjadi fokus bagi segenap lapisan masyarakat kerana ianya menyentuh setiap inci kehidupan

Menjadi tugas dan tanggungjawab setiap individu memahami dan tugas dan fungsi masing masing.Namun begitu segala yang terbeban itu kini secara mudahnya diletakkan di bahu pemimpin politik semacam punca bagi setiap permasalahan berkaitan kenaikan kos sara hidup


Bermula dengan GST,nama Ahmad Maslan sering bermain di bibir warga Malaysia menerusi pelbagai kenyataan agak kontroversi.Terkini soal 2 Kerja bagi menampung kos sara hidup yang dikatakan menghimpit rakyat

Sebagai seorang Timbalan Menteri MITI,Ahmad Maslan begitu proaktif dalam menyuarakan idea sekalipun sering dipandang sinis tetapi menilai dari segi perspektif antara Timb.Menteri yang berani kehadapan untuk mencari penyelesaiaan.

Apa yang dinyatakan oleh beliau sering diambil dari luar kontek sedangkan apa yang dimaaksudkan adalah perniagaan atas talian atau online bussines boleh dilakukan selepas waktu bekerja..simple dan sangat mudah cuma terletak atas kemahuan mahu atau tidak itu sahaja.

Kerja sampingan itu boleh dilakukan pada waktu malam atau hujung minggu.

Formula "PKPK" iaitu pendidikan, kemahiran, produktiviti dan keusahawanan adalah untuk mengajak masyarakat berusaha bukan menekan masyarakat atau membebani mereka dengan kerja tambahan .

Antara lain kata-kata beliau seperti di petik dalam twitter beliau :-

"Saya tahu sukar hidup mereka kerana ibu bapa saya dulu penoreh getah dan saya tahu menoreh,” kata anggota parlimen Pontian itu


“#TambahPendapatan cari rezeki yang halal. (Sebanyak) 9/10 punca kekayaan daripada sumber perniagaan, pesan nabi. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih,”.

Jika ada yang berpandangan bahawa Menteri atau Timbalan Menteri hanya pandai berkata-kata kerana mereka tidak terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup tapi yang pastinya ianya bukan Ahmad Maslan Timbalan Menteri MITI yang pernah merasai kepayahan hidup anak peneroka yang menoreh getah sebelum berada di mana beliau berada sekarang.

Thursday, 31 December 2015

RUPANYA AHMAD MASLAN ADA SAKA.,HATI-HATI KUTUK DIA..!


Ini peringatan buat sesiapa yang sering mengutuk Ahmad Maslan kerana rupa-rupanya beliau memiliki ilmu yang tinggi juga.Jadi elakkan selalu menyebut dan menyeru nama beliau kerana mungkin dengan tiba-tiba beliau boleh muncul di belakang anda.

Itulah yang terjadi kepada seorang lelaki bersama rakan-rakannya yang sedang menikmati makanan sambil bergossip perihal Ahmad Mazlan yang sering mendapat perhatian berikutan kenyataan beliau yang agak kontroversi.


Sedang lelaki bersama rakan-rakannya asyik bergossip tentang Ahamad Maslan di sebuah kafe MITI, tak semena-mena bahunya ditepuk dari belakang dan takkala berpaling,alangkah terkejutnya beliau seperti di seru-seru Timbalan Menteri Ahmad Mazlan ada dibelakangnya.

Apa nak kata ...hanya tersenyum sipu malu-malu beruk lah..bak kata orang cakap siang pandang-pandang..cakap malam dengar-dengar...

Wednesday, 30 December 2015

2 KERJA ANTARA ORANG BERJAYA BERIKAN HASIL,ORANG GAGAL BERIKAN ALASAN


Hanya kerana memberikan pendapat agar rakyat Malaysia bersedia melakukan dua kerja bagi menampung kenaikan kos sara hidup,Ahmad Maslan sekali lagi menjadi bahan jenaka,sinis,cemuhan,troll dan mungkin menjadi viral waktu ini.

Mudahnya untuk difahami jika cadangan tersebut datangnya dari orang lain selain dari seorang yang bernama Ahmad Maslan aka seorang Timbalan Menteri @ Ahli Parlimen @ Ketua Penerangan UMNO tidaklah heboh di perkatakan.

Jika dilihat dari sudut pandangan,ianya bukan lah dasar kerajaan,ianya hanya cetusan idea seseorang yg mempunyai kedudukan dalam masyarakat dan politik tanahair namun respon yang diterima banyak dipengaruhi emosi.

Pendapat.saranan,atau sesuatu idea kita boleh terima kita amalkan dan jika sebaliknya mengapa perlu kita melatah tak tentu pasal.Ianya bukan dasar kerajaan cuma saranan namun ada yang meletakkan kebencian berasaskan pertimbangan politik mengatasi segala-galanya.

Tidak ada salahnya jika kita sanggup melakukan dua kerja kerana ramai orang di dunia ini melakukannya.barangkali kisah yang di paparkan di bawah memberikan sedikit pengertian makna dua kerja :-


ANAK KAMPUNG TERBANG DI IBUKOTA

Saya sering ulang-ulangkan, saya anak kampung bagi mengingatkan diri asal-usul. Walau berapa tinggi sekali pun kita terbang, usah lupa rumput di bumi.

Oleh kerana saya anak kampung, saya faham susah-payah hidup. Ibukota begitu asing kepada saya sebelumnya. Saya menjejakkan kaki di Kuala Lumpur pada usia 18 tahun untuk mengambil ujian Bahasa Inggeris sebelum ke Amerika Syarikat.

Sewaktu awal bekerja dulu, saya naik bas sebelum Subuh dari Sungai Buaya untuk datang pejabat di Kompleks Pertama Kuala Lumpur. Apabila berpindah ke Sri Gombak, anak saya terpaksa ditarik keluar dari tadika kerana saya tak mampu bayar yuran. Sedang saya bekerja elok-elok, saya dibuang kerja akibat kegawatan ekonomi awal 1990an.

Saya lalui semua keperitan itu.

Alhamdulillah, usia mematangkan. Saya tidak mahu merungut dan menangis lagi. Cukuplah.

Atas sebab itulah mungkin, saya tidak merungut apabila melakukan dua kerja yang berat dengan satu gaji dan tanpa elaun tambahan.

Sambil saya pegang jawatan Pengarah Kanan TERAJU, saya juga jadi Pengarah Eksekutif INSKEN. Dua kerja (usah buat keloloh kata ini bukan dua kerja). Seperti yang saya tulis sebelum ini, saya mahu kaut ganjaran di Akhirat.

Sewaktu jadi Ketua Pegawai Eksekutif INMIND dulu, saya buat empat kerja. Selain jadi CEO, saya jadi perunding latihan di pelbagai jabatan kerajaan & swasta, perunding sosio-politik dan perunding media. Keempat-empat kerja ini ada gaji dan elaun berasingan. Empat kerja, bukan dua.

Ah, dia di jawatan pengurusan, bolehlah buat begitu, kata sang pemberi alasan. Ayat sedemikian memang boleh dijangkakan.

Sewaktu belajar dulu, saya hanya terima biasiswa US$405. Tak cukup untuk nak sara dua orang anak. Selain belajar, saya juga bekerja di kedai buku dalam kampus, menghantar Domino's Pizza dan cuci tandas di Delmar Corporation - kesemuanya pada masa yang sama. Itu tiga kerja, tak termasuk "kerja" belajar.

Walaupun sudah berada pada tahap ini, saya tidak pernah mahu hidup selesa. Keselesaan ini tidak lama. Sampai waktu, ia akan pergi.

Saya bertolak ke pejabat pukul 630 pagi dengan memilih jalan tanpa tol. Saya boleh menggunakan tol Bukit Jelutong dan keluar sama ada di Damansara, Kota Damansara atau Jalan Duta untuk ke pejabat.

Sebaliknya, setiap pagi saya ambil Jalan Sungai Buloh melalui Kampung Melayu Subang, menuju Jalan Surian dan ke pejabat. Saya tak bayar apa-apa tol.

Dalam perjalanan ke tempat kerja, saya singgah sarapan di sebuah gerai di Kampung Melayu Tambahan.

Bukan saya tidak boleh makan di Starbucks, Teh Tarik Place atau Old Town Kopitiam, tetapi saya memilih gerai ini bagi memberikan sokongan kepada pasangan suami isteri yang membesarkan empat orang anak-anak yang saya lihat sentiasa bersama mereka di gerai.

Bagi kebanyakan kita, sarapan RM4 - RM5 itu mungkin tidak besar, namun ia amat bermakna bagi mereka sekeluarga.

Kita boleh memilih untuk merungut dan meratap nasib. Saya sudah lalui kesemua itu. Saya tidak mahu menoleh ke belakang lagi.

Saya tahu apabila kita dilahirkan dalam keluarga susah, kita hanya ada satu pilihan iaitu berjuang sekiranya mahu ke hadapan.

Saya tahu apa saja pendapatan saya hari ini, ia bukan untuk diri sendiri semata-mata. Saya perlu menyara keseluruhan perbelanjaan kedua-dua keluarga ibubapa dan mentua di samping beberapa orang ahli keluarga OKU yang lain. Mereka bergantung kepada saya pada setiap bulan.

23 Januari ini, genap usia saya 52 tahun. Saya sudah cukup dewasa. Kepada anak muda, ingatlah, orang berjaya berikan hasil, orang gagal berikan alasan.

Sebagai anak kampung di ibu kota, saya tidak mahu beri alasan. Saya tak kisah dua, tiga atau empat kerja. Saya tidak peduli merempuh jalan tanpa tol.

Apa yang penting ialah saya ingin terbang dan terbang tinggi!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...