ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: UPSR
Showing posts with label UPSR. Show all posts
Showing posts with label UPSR. Show all posts

Wednesday, 16 December 2015

YAYASAN PAHANG KOMITED BANTU KECEMERLANGAN PELAJAR


MARAN 15/12/2015 - Seramai 17 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang didalam UPSR 2015 menerima sumbangan daripada Yayasan Pahang.Sumbangan berupa wang tunai dan sijil dari Yayasan Pahang itu disampaikan oleh YB Dato'Shahaniza bt Hj Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul.

Majlis penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar UPSR Yayasan Pahang itu diadakan di Pusat Khidmat ADUN Kuala Sentul di Felda Jengka 3,Maran Pahang.

"Pelajar yang cemerlang didalam Peperikasaan UPSR ini harus menjadikan sumbangan yang diberikan kepada mereka sebagai pembakar semangat bagi meneruskan kecemerlangan pelajaran.Proses kecemerlangan tidak harus terhenti di sini sebaliknya membulatkan tekad untuk terus cemerlang akademik dan sahsiah diri bagi menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat"ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin ketika berucap di majlis tersebut.

Sementara itu En Meor Ahmad Arif bin Meor Abdul Wahab Penolong Pengurus Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang ketika di temui selepas majlis tersebut berkata "Yayasan Pahang memberikan hadiah pelajar cemerlang adalah merupakan hadiah tahunan yang diberikan untuk semua pelajar cemerlang seperti UPSR SPM dan STPM,dan kali ini majlis diadakan khas untuk pelajar UPSR di DUN Kuala Sentul.

   



Friday, 26 September 2014

Laporan Calon UPSR Meninggal Kerana Tekanan Tidak Benar


Jabatan Pendidikan Pahang hari ini menafikan calon ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dari sebuah sekolah di Kuantan meninggal dunia kerana tertekan ekoran kebocoran beberapa kertas peperiksaan itu baru-baru ini.

Pengarah Pendidikan Negeri, Rosdi Ismail berkata dakwaan yang mengatakan murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Wira meninggal dunia akibat tekanan perasaan pada Selasa lepas, seperti yang tersebar dalam laman sosial adalah tidak berasas.

"Tiada kaitan dengan peperiksaan, saya sendiri menemui ibu bapa murid berkenaan dan mereka menafikan dakwaan seperti yang tersebar di laman sosial Facebook mengatakan murid berkenaan meninggal dunia disebabkan 'stres'," katanya.

Malah mengikut laporan perubatan sendiri menyatakan murid berkenaan meninggal dunia disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam darah secara mendadak walaupun murid itu tidak mengidap penyakit kencing manis," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Gambar murid berkenaan tersebar di laman Facebook dengan kandungan kenyataan: "Murid tahun enam SK Wira meninggal dunia pagi tadi. Jenazah dibawa balik ke Chini, tekanan darah tinggi dan stres tahap melampau. Murid target 5A itu."

Katanya, beliau bagi pihak Jabatan Pendidikan negeri dan ibu bapa murid berkenaan meminta pihak yang menyebarkan kenyataan itu supaya menghentikan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.

"Ibu dan bapanya redha dengan pemergian anak mereka dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar berita tersebut. Cuma mereka menasihatkan terlibat tidak menulis dan menyebar sesuka hati perkara yang tidak pasti," katanya. –

 SUMBER


Tuesday, 23 September 2014

UPSR Bocor: Calon Duduki Semula Matematik, B. Tamil 9 Oktober



PUTRAJAYA: Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu menduduki semula kertas Matematik dan Bahasa Tamil pada 9 Oktober ini.

Perkara itu diumumkan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Khair Mohamad Yusof pada sidang media khas di sini petang Isnin.

Ini kerana kertas ujian Mathematics 015/1 (SK), 025/1 (SJKC), 035/1 (SJKT), Bahasa Tamil 036, 037 bagi UPSR didapati bocor.

Tarikh baharu itu diputuskan selepas mengambil kira cuti umum Hari Raya Aidiladha yang dijangka pada 5 Oktober depan.


"Peperiksaan ini dilaksanakan semula bagi memastikan pengendalian peperiksaan awam mematuhi Prosedur Operasi Standard yang telah ditetapkan di samping menjamin integriti dan kredibiliti keputusan UPSR tersebut," katanya dalam sidang media di sini, Isnin.

Katanya sebagai langkah serta merta, beliau sedang mengambil tindakan untuk membuat pertukaran pegawai-pegawai di Lembaga Peperiksaan bagi memantapkan lagi pengurusan dan pengendalian peperiksaan awam.

Beliau berkata, semua aspek keselamatan dalam pengurusan dan pengendalian kertas peperiksaan dari peringkat Lembaga Peperiksaan sehingga ke pusat peperiksaan diperketatkan.

Dr Khair berkata, beliau telah mengambil alih pengawasan seluruh proses pengendalian peperiksaan awam yang dilaksanakan oleh Lembaga Peperiksaan sejak insiden kebocoran pertama dilaporkan pada 12 September.

"Saya amat memahami perasaan, keresahan dan kesulitan yang dihadapi oleh semua. Selaku Ketua Pengarah Pelajaran, saya memohon maaf kepada murid-murid, ibu bapa, guru-guru dan semua yang terlibat ekoran insiden ini.

"Saya telahpun mengarahkan semua guru besar dan guru untuk mengenal pasti dan memberi khidmat kaunseling kepada murid-murid yang memerlukan. Saya memberi jaminan dan komitmen bahawa insiden kebocoran kertas-kertas peperiksaan awam tidak akan berulang," katanya.

Apabila ditanya sama ada terdapat kertas UPSR lain yang didapati bocor, Dr Khair berkata, Kementerian Pendidikan yakin ia tidak berlaku.

"Sehingga semalam, inilah kertas-kertas yang berlaku kebocoran (Sains, Bahasa Inggeris, Matematik dan Bahasa Tamil)," katanya. 


Monday, 22 September 2014

UPSR: Polis Siasat Dakwaan Soalan Kertas B.Tamil, Matematik Bocor



KUALA LUMPUR: Lembaga Peperiksaan Malaysia pada Ahad membuat dua laporan polis berhubung dakwaan soalan peperiksaan bagi subjek Bahasa Tamil dan Matematik Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bocor.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Timbalan Komisioner Kanan, Datuk Tajudin Md Isa mengesahkan pihaknya telah menerima laporan daripada wakil Lembaga Peperiksaan Malaysia pada Ahad dan siasatan lanjut mengenainya akan dijalankan.

"Kami akan menyiasat laporan tersebut bersama-sama dengan pasukan sama yang sedang menyiasat kes kebocoran dua kertas peperiksaan sebelum ini," katanya kepada The Star.

Terdahulu, polis telah merakamkan kenyataan daripada 30 individu bagi membantu siasatan berhubung kebocoran soalan peperiksaan bagi kertas Bahasa Inggeris dan Sains.

Mereka terdiri daripada lapan pegawai daripada Lembaga Peperiksaan Malaysia, 19 guru, seorang pegawai daripada Kementerian Pendidikan, seorang jurutera dan seorang wartawan.

11 daripada 14 orang yang ditahan bagi membantu pihak polis dalam siasatan kes berkenaan telah dibebabaskan dengan jaminan polis. Tiga lagi masih ditahan reman sehingga Isnin ini.

Berikutan kebocoran itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 014/1 dan 014/2 dibatalkan setelah murid mendudukinya pada 11 Sept manakala kertas peperiksaan Sains 018, 028 dan 038 terpaksa ditangguhkan sebelum murid mendudukinya pada hari yang sama.

Lembaga Peperiksaan Malaysia menetapkan 30 September ini sebagai tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...