Showing posts with label berita. Show all posts
Showing posts with label berita. Show all posts
Monday, 13 October 2014
Isteri Di Belasah Ketika Baca Al Quran
Seorang wanita mendakwa dipukul oleh suaminya yang terjaga dari tidur ketika dia sedang membaca al-Quran dan Yassin.
Fadzilah Ismail, 50, akhirnya mengalami patah tulang dalam pengalaman pahit itu.
"Dia begitu agresif. Mula-mula dia menumbuk saya, kemudian mengheret saya ke lantai dan memijak kaki, tangan dan muka," dakwanya sambil dilinangi air mata di Hospital Sultanah Bahiyah di sini Sabtu.
Fadzillah, yang bekerja di sebuah kedai percetakan juga mendakwa suaminya yang berusia 59 tahun itu telah memukulnya selama bertahun-tahun tetapi tidak pernah memberitahu sesiapa mengenai perkara itu.
Tetapi pengalaman pahit terbaharu yang dilaluinya, di mana suaminya menderanya tanpa henti selama tiga jam dari pukul 4.15 pagi pada hari Isnin, adalah keterlaluan.
Fadzillah, yang berasal dari Kampung Sentang, Utan Aji di Kangar, berkata sepupunya menghantarnya ke Hospital Kangar sehari selepas dipukul selepas mengalami kesakitan yang teramat.
"Kemudian saya membuat laporan polis di Arau. Keesokan harinya, saudara-mara saya menghantar saya ke Hospital Sultanah Bahiyah di mana saya diberitahu saya mengalami patah tulang," katanya, sambil menambah dia perlu menjalani pembedahan minggu depan.
Ketua Polis Daerah Kangar, Supritendan Abdul Rahman Mohd Noordin berkata, mereka sedang menyiasat kes.
"Tiada tangkapan dibuat setakat ini di mana kita memerlukan perintah mahkamah.
"Bagaimanapun, apabila saya mendapat laporan dari hospital mengenai kecederaan Fadzilah, kami akan mengklasifikasikan semula kes itu dan mengambil tindakan yang perlu," katanya ketika dihubungi Sabtu.
Dinding Flat Tercabut Akibat Ribut
Jika dilihat mungkin ianya suatu pemandangan yang cantik panorama Kuala Lumpur tetapi mungkin satu igaun ngeri buat penghuni flat tersebut.Bayangkan jika anda berada ketika kejadian bilamana dinding flat yang anda diami tercabut dipukul ribut.Kejadian dilaporkan berlaku di Flat Loke Yew Kuala Lumpur petang semalam.
P/S ~ Kalau lsuami isteri tengah berasmaradana camne lah agaknya tu ye..terbantut terus..hilang semangat...
Jejantas Pejalan Kaki Runtuh 5 Cedera
Bumbung sebuah jejantas di KM12 Lebuhraya Perling-Pasir Gudang di sini tercabut dan diterbangkan angin sebelum jatuh ke atas jalan dalam kejadian di Lebuhraya Taman Perling-Pasir Gudang berhampiran Taman Kobena, di sini Ahad.
Komander Operasi Pegawai Bomba Tinggi Omera Omar berkata kejadian pada kira-kira pukul 4.30 petang ketika hujan itu mengakibatkan dua lelaki dan tiga wanita cedera.
Beliau berkata kejadian itu mengakibatkan kerosakan pada dua buah kereta dan sebuah lori yang sedang menggunakan lebuh raya itu.
"Lelaki yang cedera itu merupakan pemandu lori satu tan berusia 50-an dan seorang lagi lelaki adalah pemandu kereta jenis Honda Jazz yang berusia 30-an," katanya menerusi satu kenyataan.
Omera berkata tiga wanita berusia 30-an pula berada di dalam sebuah kenderaan jenis Toyota Vios.
Beliau berkata pemandu lori yang tersepit dikeluarkan oleh bomba dan dihantar ke hospital manakala empat mangsa lain dibantu orang ramai yang melalui lebuh raya terbabit.
Omera berkata bomba yang menerima panggilan tentang kejadian pada 4.38 petang dan tiba pada 5.05 petang, menghantar sebuah jentera bersama-sama sembilan anggota ke tempat kejadian.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Baharu Utara ACP Mohd Khamsani Abd Rahman yang mengesahkan kejadian berkata anggota trafik ditugaskan mengawal lalu lintas dan kenderaan yang melalui lebuh raya terbabit dilencongkan ke laluan lain.
Beliau berkata jejantas terbabit adalah untuk kegunaan pejalan kaki antara Taman Melati dan Taman Kobena, Tampoi.
P/S ~ Musiam tengkujuh nampaknya dah hampir tiba dengan hujan lebat dan ribut.Faktor cuaca juga perlu diambil kira kerana kedengaran suara-suara yang seakan menyalahkan kontraktor dan sebagainya.Kalau setiapkali bencana kontraktor dijadikan sasaran mungkin tidak tepat sebelum siasatan dijalankan.Adakala bencana tak kira dimana dan siapa..jangan terlalu cepat menghukum..
Monday, 6 October 2014
Bot tempur TLDM 'hilang' di perairan Sabah
Bot tempur TLDM CB 204 membawa tujuh anggota dilaporkan terputus hubungan (hilang) ketika dalam perjalanan ke Gugusan Semarang Peninjau.
Posisi terakhir CB 204 adalah pada 20 batu nautika Timur laut Pulau Mengalum kira-kira pukul 1.05 petang tadi.
KD PAUS telah ditugaskan untuk mengiringi CB 204 dan telah berlepas dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) pada jam 5.05 petang Ahad.
Pada jam 5.10 petang Bilik Operasi Markas Wilayah Laut 2 (MWL 2) telah menerima panggilan dari KD PAUS memaklumkan bahawa kapal dan bot tempur itu akan berpatah balik ke PTKK kerana cuaca buruk.
Namun pada jam 5.11 petang, kapal telah gagal berkomunikasi dengan bot tersebut.
KD PAUS turut melancarkan pencarian antara Pulau Mangalum dan Pulau Gaya tetapi gagal ditemui.
Kapal APMM telah ditugaskan bagi menyertai operasi mencari dan menyelamat ini.-
SUMBER
Monday, 29 September 2014
Akibat Merajuk Tidur Atas Pokok Kelapa
Berbagai-bagai cara manusia untuk mengambil perhatian orang lain apatah lagi takkala merajuk dan minta dipujuk.Seorang lelaki dikatakan telah merajuk kerana tidak diberikan arak lalu memanjat serta tidur diatas pokok kelapa hampir lima jam telah menarik perhatian penduduk kampung.
Kejadian berlaku di Ranau Sabah itu berlaku bila seorang lelaki warga emas berusia 70 tahun merajuk akibat permintaannya untuk mendapatkan arak tidak diendahkan rakannya lalu memanjat pokok kelapa dan tertidur diatas pokok kelapa.Bagi mengelak kejadian tak diingini penduduk kampung telah meminta bantuan Pasukan Bomba dan Penyelamat untuk menurunkan lelaki tersebut.
P/S~ layan sangat orang mabuk..kalau aku lantak dialah nak merajuk berapa hari nak duduk atas pokok kelapa..kena gigit kerengga dia turunlah...
Video Pencuri Telefon Bimbit Dibelasah Hingga Mati
Siapakah yang bersalah si pencuri atau mereka yang menjadi mangsa pencuri.Kisah sorang pencuri atau peragut yang tertangkap oleh orangramai memang sering menjadi perhatian kerana kebanyakan dari mereka akan teruk dibelasah.Namun kejadian di Bukit Mertajam dimana seorang pencuri talifon dibelasah hingga mati seharusnya menyedarkan masyarakat agar tidak mengambil tindakan membelakangkan undang-undang.
Seorang penganggur yang cedera parah dipukul orang ramai kerana mencuri sebuah telefon bimbit milik seorang pemandu lori Jumaat lepas, meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam (HBM) di Bukit Mertajam, awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), ACP Rusli Mohd Noor berkata mangsa, Ooi Sim Guan, 38, mati pada pukul 12.40 pagi ini selepas kira-kira 36 jam tidak sedarkan diri dan menerima rawatan di hospital berkenaan.SUMBER
“Dalam kejadian pada pukul 2 petang Jumaat lepas, mangsa telah menahan sebuah lori di tepi jalan di Taman Sejahtera di sini dan memberitahu pemandu berkenaan dia ingin menumpang ke Bandar Bukit Mertajam.
“Pemandu lori berkenaan yang berusia 33 tahun yang sedang dalam perjalanan ke Kulim kemudian membenarkan mangsa menaiki lorinya namun selepas satu kilometer, mangsa memaklumkan ingin turun,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Mertajam hari ini.
Beliau berkata selepas lelaki itu turun, pemandu lori berkenaan menyedari telefon bimbitnya yang diletakkan dalam tempat penyimpanan barang di bahagian penumpang telah hilang dan dia berpatah balik ke Taman Sejahtera untuk mencari lelaki terbabit.
“Pemandu lori itu menemui lelaki berkenaan di kawasan padang berhampiran rumah kedai dan berlaku pertengkaran antara mereka apabila telefon bimbit yang hilang ditemui bersama mangsa,” katanya.
Rusli berkata berlaku pergelutan dan beberapa lelaki yang berada di kawasan itu turut memukul mangsa dan pada masa yang sama seorang individu bertindak merakam kejadian tersebut menerusi telefon bimbit yang kemudiannya memuat naik rakaman itu di laman sosial.
Katanya susulan kejadian itu, polis menahan pemandu lori terbabit di Bukit Mertajam hari ini bagi membantu siasatan.
“Kami juga sedang mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat dalam kejadian berkenaan dan saya minta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kes itu menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan,” katanya.
Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak bertindak di luar batasan sehingga mencederakan orang lain biar pun mengesyaki mereka melakukan jenayah.
“Kita menghargai tindakan orang awam (yang mahu menangkap penjenayah), tetapi jangan bertindak sewenang-wenangnya sehingga melampaui undang-undang. Sepatutnya jika berlaku sebarang kejadian jenayah tangkap dan serah kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.\
Sunday, 28 September 2014
Bomoh Seks Guna 'Objek' Rogol Pelangan Didakwa
![]() |
| Gambar bomoh didakwa melakukan seks luar tabie bersama isterinya – Foto Harian Metro |
Selain itu, isterinya turut dihadapkan ke mahkamah sama terhadap dua pertuduhan bersubahat atas perbuatannya itu.
Pasangan terbabit, Mohd Rashid Mohd Din, 59, dan Noralia Daie, 51, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan ke atas semua pertuduhan.
Di Mahkamah Sesyen, Mohd Rashid didakwa melakukan hubungan seks menggunakan objek dengan pelanggannya di sebuah rumah di Gedung Lalang, Ampangan, di sini antara jam 2.30 petang dan jam 7 malam, 20 September lalu.
Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 377 CA Kanun Keseksaan, memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat jika disabitkan.
Friday, 26 September 2014
Laporan Calon UPSR Meninggal Kerana Tekanan Tidak Benar
Jabatan Pendidikan Pahang hari ini menafikan calon ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2014 dari sebuah sekolah di Kuantan meninggal dunia kerana tertekan ekoran kebocoran beberapa kertas peperiksaan itu baru-baru ini.
Pengarah Pendidikan Negeri, Rosdi Ismail berkata dakwaan yang mengatakan murid tahun enam Sekolah Kebangsaan Wira meninggal dunia akibat tekanan perasaan pada Selasa lepas, seperti yang tersebar dalam laman sosial adalah tidak berasas.
"Tiada kaitan dengan peperiksaan, saya sendiri menemui ibu bapa murid berkenaan dan mereka menafikan dakwaan seperti yang tersebar di laman sosial Facebook mengatakan murid berkenaan meninggal dunia disebabkan 'stres'," katanya.
Malah mengikut laporan perubatan sendiri menyatakan murid berkenaan meninggal dunia disebabkan kandungan gula yang tinggi dalam darah secara mendadak walaupun murid itu tidak mengidap penyakit kencing manis," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Gambar murid berkenaan tersebar di laman Facebook dengan kandungan kenyataan: "Murid tahun enam SK Wira meninggal dunia pagi tadi. Jenazah dibawa balik ke Chini, tekanan darah tinggi dan stres tahap melampau. Murid target 5A itu."
Katanya, beliau bagi pihak Jabatan Pendidikan negeri dan ibu bapa murid berkenaan meminta pihak yang menyebarkan kenyataan itu supaya menghentikan perbuatan yang tidak bertanggungjawab itu.
"Ibu dan bapanya redha dengan pemergian anak mereka dan tidak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar berita tersebut. Cuma mereka menasihatkan terlibat tidak menulis dan menyebar sesuka hati perkara yang tidak pasti," katanya. –
Thursday, 25 September 2014
Umat Islam Sambut Hari Raya Aidiladha 5 Oktober Ini
Umat Islam di negara ini akan menyambut Aidiladha pada Ahad, 5 Oktober ini, umum Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad pada Rabu malam.
"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, maka dengan ini saya mengisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1435 Hijrah ialah pada 26 September 2014 Masehi.
"Oleh yang demikian, Hari Raya Korban (10 Zulhijah) bagi negeri-negeri diseluruh Malaysia ditetapkan pada hari Ahad, 5 Oktober 2014," katanya.
Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
Wednesday, 24 September 2014
Video Adengan Smackdown Penguasa DBKL dan Peniaga Sampai Terlucut Tudung
Video itu pada mulanya memaparkan beberapa pegawai penguatkuasa DBKL mendekati gerai peniaga yang menjual minuman itu, dan menyatakan hasrat untuk menutup gerai itu.
Kelihatan seorang pegawai penguatkuasa memegang tangan peniaga itu dan peniaga itu menepis tangan penguatkuasa tersebut beberapa kali.
Apabila pegawai penguatkuasa itu mencuba memegang tangan peniaga itu lagi, peniaga tersebut naik berang.
“Saya pun cakap elok-elok. Jangan angkat.Suelah. Bukan saja jual dadah. Saya meniaga.
“Ini barang niaga lah. Kau nak buat apa benda-benda ni semua,” jeritnya kepada pegawai DBKL yang menyerbu gerainya.
Apabila peniaga itu bertindak demikian, seorang lagi pegawai penguatkuasa berkata kepada rakan setugasnya, ‘Biarlah!’.
Beberapa pegawai DBKL dan peniaga lain cuba meleraikan kedua-dua wanita itu, namun, pergelutan itu berterusan sehingga kedua-dua tudung wanita yang bergelut itu terlucut tudung.
Video berdurasi 2 minit 52 saat itu itu dikongsi di laman Facebook dan DBKL menjadi bahan tohmahan pelbagai pihak kerana kononnya bertindak kejam terhadap peniaga tersebut.
Seorang pengguna Facebook yang turut memuatnaikkan video itu di laman Facebooknya, berkata kejadian seperti ini boleh dielakkan jika DBKL menggunakan budi bicara dengan mengarahkan peniaga terbabit menyimpan segala kelengkapan perniagaan dalam tempoh yang ditetapkan.
Sementara itu, DBKL, dalam satu kenyataan media berkata wanita tersebut telah bertindak agresif dengan menghalang petugas untuk mengambil tindakan.
“Beliau telah bertindak menarik baju petugas (anggota wanita) sehingga menyebabkan tudung beliau terbuka namun beliau tidak mengalami kecederaan.
“Walau bagaimanapun, pegawai dan anggota petugas lain telah berjaya mententeramkan keadaan. Tangkapan ke atas penjaja wanita tersebut tidak dibuat bagi mengelakkan keadaan menjadi lebih tegang.
"Barangan yang disita telah dihantar ke Stor Sitaan DBKL setelah keadaan terkawal dan satu Laporan Polis telah dibuat di Balai Polis Salak Selatan, Cheras berhubung kejadian tersebut.
“DBKL sering mendapat tentangan sebegini semasa mengambil tindakan penguatkuasaan, walau bagaimanapun pegawai dan anggota penguatkuasa telah diarah untuk mematuhi Prosedur Penguatkuasaan (SOP) semasa mengambil tindakan,” kata Pengurus Perancangan Korporat, Dr Ismail Stapa.
Dr Ismail menambah DBKL membuat lawatan susulan di kawasan itu pada 20 September, iaitu semasa hari kejadian, selepas mengeluarkan lapan notis kesalahan kepada lapan penjaja tanpa lesen di lokasi berkenaan pada 16 September.
“Lawatan susulan dan pemantauan itu melibatkan 15 orang pegawai dan anggota penguatkuasa dengan bantuan tiga buah kren tunda mendapati 15 penjaja (enam penjaja berlesen dan sembilan penjaja tanpa lesen) sedang beroperasi.
“Pada tarikh tersebut, sejumlah lapan orang penjaja telah diambil tindakan sita tanpa gangguan.”
Biawak Serang Bayi Mungkin Kelaparan - Perhilitan
![]() |
| Keadaan muka seorang bayi yang cedera akibat diserang seorang biawak di kuarters pekerja di Berjaya Resort, Pulau Tioman, pagi Isnin. |
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang, Khairiah Mohd Shariff berkata biawak daripada spesies biawak air itu amat jarang menyerang manusia kecuali merasa terancam atau lapar.
"Haiwan liar itu mungkin terlalu lapar dan menganggap bayi berkenaan sebagai makanannya sehingga menyerang dan menggigit muka mangsa," katanya ketika dihubungi di sini Selasa.
Khairiah berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian serangan biawak terhadap Nurhidayah Abdul Rahman yang mengakibatkan luka sepanjang enam sentimeter di bahagian muka bayi malang tersebut.
Beliau tidak menolak kemungkinan ia juga berpunca daripada faktor pengabaian soal kebersihan di kawasan sekitar sehingga menjadi tarikan kepada haiwan liar itu memasuki rumah untuk mencari makanan.
Sehubungan itu, Khairiah menyeru pihak pengurusan resort berkenaan supaya mempertingkat aspek kebersihan.
Antaranya termasuk memastikan pembuangan sisa makanan dilakukan secara lebih teratur untuk mengelak kawasan itu menjadi tarikan kepada haiwan berkenaan.
Dalam masa sama, katanya Perhilitan juga telah menghantar anggotanya ke kawasan kejadian bagi menyiasat punca sebenar haiwan itu menyerang manusia.
'Dipukau' Untuk Bogel
Nasihat khas untuk lelaki gersang yang menggunakan media sosial... jangan terperdaya dengan kenalan wanita baru yang tiba-tiba ajak bogel sama....
Ini kisah benar di Ampang... seorang lelaki mendakwa 'terpukau' dengan tindakan seorang kenalan baru wanita yang berbogel di laman sosial Skype menyebabkan seorang pemuda diperangkap sebelum dipaksa membayar (pow) RM1,500.
Dalam kejadian jam 10.30 malam kelmarin, mangsa berusia 25 tahun dikatakan menggunakan laman sosial itu untuk berbual dengan suspek warga Filipina.
Sumber polis berkata, mangsa bagaimanapun teruja apabila wanita terbabit tiba-tiba berbogel dan mengajak mangsa turut melakukan tindakan sepertinya.
“Mangsa bagaimanapun enggan melakukan perkara itu dan cuba menamatkan perbualan mereka namun dia mendakwa bagai dipukau dan tidak menyedari turut sama berbogel.
“Mangsa kemudian menerima mesej melalui laman sosial Facebook empat jam kemudian meminta dia membuka pautan yang diberikan suspek,” katanya.
Sumber berkata, mangsa bagaimanapun terkejut apabila aksi dia berbogel dirakam di dalam laman You Tube menyebabkan dia panik.
“Suspek kemudian sekali lagi menghubungi mangsa dan mengugut bayaran wang RM1,500 jika dia tidak mahu video aksi itu disebarkan.
“Mangsa diarahkan membuat bayaran ke akuan bank diberikan wanita itu sebagai ‘tebusan’ bagi memastikan video itu dipadamkan,” katanya.-*gambarhiasan
Tuesday, 23 September 2014
Kanak-Kanak Terpereraangkap Sejam Dalam Mesin Basuh
Dejannah Price, 10, berkata dia hilang keseimbangan ketika membongkok untuk menarik keluar hamparan kecil dari mesin berkenaan.
Sebaik saja kejadian itu disedari ibunya, Diana Brown, wanita terbabit cuba mengeluarkan Dejannah tetapi gagal.
“Saya mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan Dejannah tetapi tiada satu pun yang berhasil. Akhirnya saya mengalah dan menghubungi polis,” katanya.
Kata Diana, walaupun anaknya ketawa terbahak-bahak kerana tersangkut dalam mesin basuh, dia tidak menganggap kejadian itu lucu.
Sementara itu, jurucakap polis Long Island berkata, sepasukan penyelamat dikejarkan ke rumah Diana tetapi sebelum memulakan tugas mengeluarkan Dejannah, mereka sempat ketawa kehairanan.
“Kami tertanya-tanya bagaimana budak berkenaan boleh termasuk ke mesin basuh itu,” katanya.
Jurucakap polis itu berkata, pada peringkat awal mereka juga gagal mengeluarkan Dejannah dari mesin itu dan terpaksa memecahkan alat berkenaan.
Dejannah pula bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
SUMBER
Sebaik saja kejadian itu disedari ibunya, Diana Brown, wanita terbabit cuba mengeluarkan Dejannah tetapi gagal.
“Saya mencuba pelbagai cara untuk mengeluarkan Dejannah tetapi tiada satu pun yang berhasil. Akhirnya saya mengalah dan menghubungi polis,” katanya.
Kata Diana, walaupun anaknya ketawa terbahak-bahak kerana tersangkut dalam mesin basuh, dia tidak menganggap kejadian itu lucu.
Sementara itu, jurucakap polis Long Island berkata, sepasukan penyelamat dikejarkan ke rumah Diana tetapi sebelum memulakan tugas mengeluarkan Dejannah, mereka sempat ketawa kehairanan.
“Kami tertanya-tanya bagaimana budak berkenaan boleh termasuk ke mesin basuh itu,” katanya.
Jurucakap polis itu berkata, pada peringkat awal mereka juga gagal mengeluarkan Dejannah dari mesin itu dan terpaksa memecahkan alat berkenaan.
Dejannah pula bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan serius.
SUMBER
Subscribe to:
Posts (Atom)




















