ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Yayasan Pahang
Showing posts with label Yayasan Pahang. Show all posts
Showing posts with label Yayasan Pahang. Show all posts

Thursday, 17 March 2016

KISAH SEEKOR IKAN PATIN,SEBATANG PENA,SEBATANG BALAK DI PAHANG


Pahang negeri yang tidak pernah sunyi dari isu alam sekitar .ianya umpama sebuah telenovela yang disajikan tanpa ada menu lain yang enak dihadam.

Bauksit kini semakin reda namun pastinya akan ada sambungan episod seterusnya apabila moratoriom bauksit akan berakhir nanti.Sementara kuaci dan pop corn masih ada,episod telenovela pembalakan di Jerantut kini mengambil alih isu bauksit.

Pengarahnya cuba meletakkan dirinya sebagai adivira yang mampu menggalas diri sebagai dewa pecinta alam sekitar.Berselindung disebalik sebuah pertubuhan pecinta alam yang dikenali sebagai PEKAK memudahkan sinopsis yang hanya satu perenggan tetapi digarap mejadi kisah telenovela yang beratus-ratus episod dengan menagih simpati dengan kisah peribadi penternak patin yang teraniaya kononnya.

Alasan yang diberikan berlaku pembalakan  yang diibaratkan seperti padang tandus bak kata padang jarak padang terkukur.Penggondolan alam sekitar dengan aktiviti pembalakan disekitar Jerantut kononnya mengganggu punca tadahan air sekitar Gunung Dulang dan Gunung Ais di Jerantut.

Pembalakan adalah satu industri yang sah di mana-mana di dunia dan tentunya kawal selia perhutanan dibawah Kerajaan Negeri sepertimana yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Persekutuan melibatkan tanah dan air.

Bidang kuasa yang sedikit ini bagaimanapun perlu di olah menjadi kuasa yang memberikan istilah menang-menang kepada kerajaan dan rakyat.

Tanpa ada kebijaksanaan mengurus hutan untuk manafaat kepada negeri,masakan Pahang menjadi salah satu negeri yang mempunyai pengurusan tanah yang berjaya melalui pelbagai agensi seperti mana FELDA  yang kini mempunyai 115 bilangan Rancangan Felda dari keseluruhan 321 tanah rancangan FELDA di Malaysia dan 43123 orang jumlah peneroka kini bermastautin sebagai peneroka di Pahang.

Land for Landness yang di asaskan oleh Tun Abd Razak ini memberikan penghidupan baru kepada 14,111 anak jati Pahang manakala 29,013 merupakan mereka perantau dari luar negeri Pahang.

Kebaikan kerajaan negeri Pahang menjadikan tanahnya sebagai kawasan tadahan air bagi negeri negeri lain di Malaysia tidak pula di besar-besarkan seperti Selangor.

Kawal selia kawasan hutan melalui  Hutan Simpan Kekal yang diwartakan seluas 1,562,902.2 hektar membuktikan komitmen Kerajaan Negeri  Pahang memulihara alam sekitar sebagai kawasan tadahan air untuk rakyat negeri Pahang khususnya dan negeri-negeri berjiran amnya.

Pembalakan melalui Yayasan Pahang sebagai contoh bukan lagi merupakan hasil utama kerajaan negeri sebaliknya telah beralih kepada hasil perladangan sawit sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Manafaat kepada pembalakan yang minima yang dijalankan di negeri Pahang kini memberkan manafaat kepada kira-kira 284,299 pelajar sehingga kini melalui bantuan pendidikan seperti biasiswa yang membanbitkan perbelanjaan hampir RM 1,0000 juta.

Apakah dengan hanya simpati kepada seorang pelacur pena dengan menjemput simpati kepada patin sangkarnya kita harus mengorbankan kepentingan rakyat negeri Pahang secara keseluruhan?




Wednesday, 16 December 2015

YAYASAN PAHANG KOMITED BANTU KECEMERLANGAN PELAJAR


MARAN 15/12/2015 - Seramai 17 orang pelajar yang mendapat keputusan cemerlang didalam UPSR 2015 menerima sumbangan daripada Yayasan Pahang.Sumbangan berupa wang tunai dan sijil dari Yayasan Pahang itu disampaikan oleh YB Dato'Shahaniza bt Hj Shamsuddin Exco Pembangunan Wanita dan Keluarga,Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang yang juga ADUN Kuala Sentul.

Majlis penyampaian Hadiah Kecemerlangan Pelajar UPSR Yayasan Pahang itu diadakan di Pusat Khidmat ADUN Kuala Sentul di Felda Jengka 3,Maran Pahang.

"Pelajar yang cemerlang didalam Peperikasaan UPSR ini harus menjadikan sumbangan yang diberikan kepada mereka sebagai pembakar semangat bagi meneruskan kecemerlangan pelajaran.Proses kecemerlangan tidak harus terhenti di sini sebaliknya membulatkan tekad untuk terus cemerlang akademik dan sahsiah diri bagi menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat"ujar YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin ketika berucap di majlis tersebut.

Sementara itu En Meor Ahmad Arif bin Meor Abdul Wahab Penolong Pengurus Bantuan Pendidikan Yayasan Pahang ketika di temui selepas majlis tersebut berkata "Yayasan Pahang memberikan hadiah pelajar cemerlang adalah merupakan hadiah tahunan yang diberikan untuk semua pelajar cemerlang seperti UPSR SPM dan STPM,dan kali ini majlis diadakan khas untuk pelajar UPSR di DUN Kuala Sentul.

   



Thursday, 18 June 2015

TAWARAN PINJAMAN PENDIDIKAN YAYASAN PAHANG SEISI JUN 2015VDAN SEPTEMBER 2015



Yayasan Pahang mempelawa  calon-calon yang berkelayakan untuk memohon pinjaman Pendidikan bagi melanjutkan pengajian di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam/Swasta(IPTA/S) didalam negara yang diktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang.

Permohonan boleh dibuat secara online di laman sesawang Yayasan Pahang di alamat http://www.yp.org.my/ dan borang permohonan perlu dicetak dan dilengkapkan serta dihantar ke Yayasan Pahang beserta dokumen dokumen yang berkaitan

Sunday, 26 April 2015

#PRKRompin DAERAH ROMPIN PALING RAMAI PENERIMA BIASISWA YAYASAN PAHANG


Menyedari betapa pentingnya pendidikan Kerajaan Pahang melalui Yayasan Pahang telah menyalurkan sebanyak RM470,00.00 bagi tahun 2015 kepada 784 orang pelajar dari tingkatan 1 hingga 4 daripada 22 buah sekolah di dalam daerah Rompin .Manakala 46 orang menerima hadiah cemerlang SPM,SMA dan STPM.

Y.A.B  Dato'Seri Di Raja Hj Adnan bin Hj Yaakob menyampaikan biasiwa Sekolah Menengah (BSM) dan Hadiah Pelajar Cemerlang (HPC) Daerah Rompin di SMK Sg Puteri Rompin pada 26.4.2015.


Mereka adalah sebahagian daripada 900,000 orang pelajar yang mendapat manafaat yang menelan perbelanjaan sebanyak hampir 1,000 juta Yayasan Pahang yang membantu khususnya dalam bidang pendidikan bagi melihat anak-anak Pahang berjaya dalam pelajaran seterusnya memberiakn bakti mereka kepada negara bila berjaya kelak.

Isu yang mengatakan kerajaan zalim dan sebagainya amatlah dikesali kerana pemberian biasiswa dan bantuan pendidikan yang diberikan tidak mengira fahaman politik samada PAS PKR dan DAP tidak terkecuali menerima bantuan asalkan layak dalam ertikata mempunyai pencapaian baik dalam pelajaran dan dari kalangan golongan bukan berada.

Pengundi di Rompin perlu sedar bahawa kerajaan BN tidak akan menzalimi rakyatnya dan dalam kontek negeri Pahang khususnya Rompin perlulah bersyukur dan menzahirkannya dengan memberikan undi mereka kepada calon BN Nasional Dato Hasan Arifin bagi mnereuskan usaha membantu rakyat di Parlimen Rompin mendapat pembelaan sewajarnya.

PAS hanya unpama burung kakak tua yang hanya tahu berkata kata,Sebagai sebuah parti politik yang telah lama bertapak di Malaysia dan menjadi juara kononnya ingin membina sahsiah insan  tidak mampu menyediakan apa apa pun selama ini.Hanya bertaraf tadika PASTI sahaja tetapi masih mengenakan bayaran dalam pada masa yang sama memperjuangkan isu pendidikan percuma.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...