ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: MB Pahang
Showing posts with label MB Pahang. Show all posts
Showing posts with label MB Pahang. Show all posts

Monday, 9 August 2021

UMNO TUNJANG PERJUANGAN ORANG MELAYU DAN ISLAM” - TENGKU AZLAN ISTIHAR TINGGALKAN BERSATU SERTAI UMNO

 

Yang Amat Mulia Tengku Panglima Besar Tengku Azlan Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al Mu’Muazzam Shah atau lebih di kenali dengan panggilan Ku Lan telah mengambil keputusan untuk keluar dari parti Bersatu dan menyertai UMNO.
Beliau juga mengumumkan meletakkan jawatan sebagai Ketua BERSATU Bahagian Temerloh berkuatkuasa serta merta. Pengumuman beliau itu di saksikan oleh YAB Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang Dato Sri’ Wan Rosdy Wan Ismail di Kuala Lumpur hari ini.
“Saya membuat keputusan untuk memilih kembali ke pangkuan parti UMNO yang begitu lama saya sertai sebelum ini kerana saya yakin dan percaya parti UMNO merupakan sebuah parti yang menjadi tunjang kepada perjuangan orang Melayu dan Islam”.
“Saya menyokong penuh pendirian YAB Menteri Besar selaku Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang dalam isu perlembagaan baru-baru ini yang mana telah menimbulkan kesan dikalangan rakyat negara kita. Sebagai rakyat Malaysia kita mesti mempertahankan perlembagaan negara tanpa mengira fahaman politik".
“Kiita seharusnya mendokong Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan berdasarkan apa yang telah termaktub dalam Rukun Negara. Sesungguhnya Perlembagaan Negara adalah sebuah institusi tertinggi dalam negara kita” , kata YAM Tengku Azlan Sultan Abu Bakar .
Tengku Azlan merupakan juga adinda kepada Almarhum Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah, pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Jerantut selama tiga penggal dari 1999 hingga 2013 dan Timbalan Menteri Pengangkutan dari 2004 hingga 2008.
Beliau telah menyerahkan borang keahlian UMNO kepada YAB Menteri Besar Pahang Dato Sri' Wan Rosdy Wan Ismail yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Pahang dan memilih untuk menjadi ahli UMNO Bahagian Paya Besar.


Share

Tuesday, 1 November 2016

KISAH PUAN SERI SUKA PANCUT DI LUAR DARI DI DALAM...!!!PANAS BERAPI..!!!


Siapa yang tidak mengenal dengan dia dengan  Puan Sri yang terkenal dengan kemewahan dan gaya hidup seorang celeberiti.Barangkali bila usia semakin meningkat sedangkan nafsu masih membuak-buak ingin mencipta nama beliau memilih untuk menjadi populis sebagai aktivis alam sekitar.

Puan Sri Syed Sabrina Presiden Persatuan Pelindung Khazanah Alam Malaysia atau lebih dikenali sebagai PEKA semakin galak mengkritik pihak kerajaan kononnya tidak sensitif dalam pemuliharaan alam sekitar tidak terkecuali di Pahang.


Namun agak mengecewakan kegalakan beliau untuk hadir sebagai Presiden PEKA Malaysia setelah dijemput hadir bagi menghadiri Bengkel Kelestarian Sumber Air yang berakhir hari ini selepas berlangsung selama dua hari di Kuantan Pahang yang menghimpun ramai pecinta alam sekitar dan mereka yang berkaitan.








Ini antara luahan mereka yang terasa tertipu dengan perjuangan PEKA yang diterajui oleh Puan Sri Sabrina yang hanya berkokok di media sosial sahaja menyalahkan kerajaan tetapi tidak mahu diajak berbincang dan memerikan idea bagi menambahbaik pengurusan alam sekitar.

Bengkel Kelestarian Sumber Air Negeri Pahang 2016 melibatkan penyertaan seramai seribu peserta dari pelbagai pihak termasuk Jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan,Agensi Swasta,Istitute Pengajian Tinggi,Badan Bukan Kerajaan (NGO) pemimpin masyarakat dan pengamal media.

Antara lain tujuan bengkel memantapkan pemahaman secara kolektif,sidang pleno akan diadakan sebelum rumusan disediakan dan diterjemahkan dalam bentuk resolusi untuk disampaikan kepada Kerajaan Negeri.

Penyerahan rumusan Sidang Pleno kpd YAB DSDR MB Pahang


YAB DSDR MB Pahang bersama YBhg Prof Dr Maketab Mohaned


Profesor Dr Maketab Mohamed adalah diantara rakan seperjuangan Puan Seri Sabrina adalah antara yang membentangkan kertas kerja di bengkel yang di adakan telah mendapat reaksi yang amat positif oleh Y.A.B DSDR MB Pahang yang menyifatkan beliau sebagai pejuang alam sekitar yang dihormati.

YAB DSDR MB Pahang bersama pemimpin politik pembangkang
Kehadiran pemimpin dari kalangan parti pembangkang iaitu ADUN Tanah Rata,ADUN Cameron Highland,ADUN Sabai,ADUN Ketari dari DAP dan ADUN Semambu dari PKR menunjukkan mereka memilih bengkel yang dianjurkan sebagai landasan menyuarakan pendapat namun sebaliknya Puan Sri Sabrina lebih  dan angkuh dan bongkak dengan menjauhkan diri dari arus perdana

Sebarang permasalahan perlu diselesaikan secara dalaman bukan bukan di luar yang tidak membenihkan hasil bak kata orang Puan Sri Syed Sabrena lebih suka pancut di luar dari didalam... hanya beliau yang tahu nikmatnya...chia..!!chia..!chia..!

RANSANGAN PUNCA AIR MEMBUAK BUAK...!


Jangan terperanjat disebalik air yang membuak-buak itu diransangkan oleh sesuatu dan bukannya hadir dengan sendirinya.Antara antara pemankin yang merangsang kemajuan negeri P.Pinang adalah disebabkan oleh kemurahan hati Negeri Kedah.

Sebenarnya ada rahsia yang tersembunyi dan diselindungkan yang jarang diketahui umum.Selama ini,kemajuan yang dinikmati oleh P.Pinang antaranya adalah disebabkan pemberian air secara percuma oleh Kerajaan Negeri Kedah.Tentu sekali ramai yang tidak menyangka mengapa selama ini tarif air di P.Pinang adalah antara yang termurah di Malaysia.

Kerajaan P.Pinang selama ini menggunakan air secara percuma yang diberikan oleh Kedah.Jadi semestinyalah P.Pinang mampu mengenakan caj yang minimun kepada pengguna .

"Suka saya menyebut bahawa Pahang antara negeri yang mengenakan caj yang minima dan memberikan subsidi kepada pengguna.Caj kepada pengguna air di Pahang sudah tidak dinaikan semenjak 40 tahun yang lalu." ujar Y.A.B Dato'Seri DiRaja Adnan Hj Yaakob ketika menyampaikan ucaptama di Bengkel Kelestarian Sumber Air Negeri Pahang hari ini.

Purata tarif air untuk kegunaan domestik bagi 30 meter padu pertama bagi Negeri Pahang adalah pada kadar RM0.54 sen per meter padu berbanding dengan beberapa negeri seperti Johor RM 1.20,Selangor,Wilayah Persekutuan Putrajaya,Melaka RM 0.72 sen,Kelantan RM 0.62 sen ,Terengganu RM 0.50,P.Pinang RM 0.30sen,Perak RM 0.57 sen,Kedah RM 0.63 sen dan Negeri Sembilan RM 0.65 sen.

Ini menunjukkan tarif air di Negeri Pahang antara yang terendah berbanding negeri-negeri lain

Hasil yang dipungut oleh Pengurusan Air Pahang (PAIP) dari 1 April 2015 sehingga 31 Mac 2016 adalah sebanyak RM 163.89 juta sedangkan kos pentadbiran dan operasi RM 272.11 juta.Oleh itu defisit dianggarkan berjumlah RM 108.21 juta

Namun ianya tidak disedari oleh ramai rakyat di negeri Pahang selama ini kerajaan Pahang sanggup kehilangan hasil dan terpaksa mencari alternatif lain menampung perbelanjaan menguruskan kewangan negeri.


Monday, 31 October 2016

'SAYA WARTA 300,000 HEKTAR KAWASAN TADAHAN AIR SEBAIK DILANTIK MB PAHANG "- ADNAN YAAKOB


KUANTAN 31/10/2016 - Sumber air adalah kunci kepada kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negara .Menyedari peri pentingnya sumber air pelbagai langkah menerusi dasar dan undang undang berkaitan sumber air telah dirangka untuk dilaksanakan di peringkat negeri dan persekutuan.

"Apa yang penting kini adalah untuk melaksanakan  undang-undang berkaitan sumber air melalui penguatkuasaan disamping kesedaran seluruh masyarakat samada agensi kerajaan mahupun masyarakat.Namun meletakkan kegagalan penguatkuasaan sahaja adalah tidak adil kepada agensi berkaitan kerana ini akan melemahkan moral mereka".

"Ramai tidak tahu kerana tidak disebarkan melalui media sebaik sahaja saya dilantik sebagai MB Pahang,saya telah mewartakan seluas 300,000 kawasan sebagai Hutan Simpan Kekal atau kawasan tadahan air disamping menambah buffer zon dari 500 meter kepada 1.5km dari jarak punca air"kata MB Pahang ketika ditemui pemberita selepas menyampaikan ucaptama di Bengkel Kelestarian Sumber Air Negeri Pahang 2016.

Dengan keluasan Negeri Pahang iaitu 3.59 juta hektar,seluas 2.07  juta hektar (57.5%) masih diliputi dengan sumber hutan.Daripada 2.07 juta hektar sumber hutan tersebut 44% atau 1.56juta hektar merupakan hutan simpan kekal,11% atau 0.$juta hektar adalan Taman Negara,suaka hidupan liar dan burung manakala 3% lagi atau 0.1 juta hektar adalah Tanah Kerajaan Berhutan.

Disamping itu juga sebanyak 2,059 batang sungai sepanjang 11,960 km telah diwartakan oleh kerajaan Negeri selain tasik-tasik utama seperti Tasik Chini Pekan,Tasik Bera daerah Bera dan Tasik Bungor Kuantan.




KERAJAAN NEGERI KOMITED MEMULIHARA SUMBER AIR


Kuantan 31/10/2016 - Kerajaan Negeri Pahang bersikap terbuka dalam menerima pandangan didalam menangani isu alam sekitar.Ini dibuktikan dengan kesedian Kerajaan Negeri Pahang menganjurkan Bengkel Kelestarian Sumber Air Negeri Pahang 2016 yang melibatkan segenap lapisan masyarakat antaranya Pegawai-Pegawai Kerajaan(Negeri dan Persekutuan),Pihak Berkuasa Tempatan,Badan-Badan Bukan Kerajaan,Institusi Pendidikan,Pengusaha,Wakil Penduduk Setempat dan Para Media Massa.

"Bengkel selama dua hari ini  bukan sahaja bertujuan untuk menyampaikan maklumat serta isu isu terhadap pengurusan sumber air semata-mata malahan ianya memberi peluang kepada semua pihak berkongsi pandangan dan berkongsi idea kearah memulihara serta  memperkasakan kelestarian sumber air di negeri ini".

"Dengan kehadiran lebih 1,000 orang peserta dalam bengkel ini ianya diharap dapat dimanafaatkan sepenuhnya dengan memberikan pandangan dan idea serta serta berbincang secara positif dalam memastikan sumber air di negeri dipelihara secara berterusan"

"Kita mempunya undang undang yang jelas seperti buffer zon dan sebagainya dalam menangani dan melindungi punca air tetapi apa yang mustahak ialah bagaimana kita menguatkuasakan"ujar Y.A.B DSDR MB Pahang Adnan ketika menyampaikan ucaptama Bengkel Kelestarian Sumber Air Negeri Pahang di Zenith Hotel Kuantan Pahang.

Pada bengkel kali ini sebanyak 4 pembentangan kertas kerja dikemukakan  antaranya :-

1.YBhg Profesor Tan Sri Dato'Sri Dr Zakri Abdul Hamid,Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN) bertajuk "Pengurusan Lestari Sumber Air - Perspektif Global.

2.YBhg Dato'Seri Zaini Ir.Dr.Zaini bin Ujang ,Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air(KETTHA) bertajuk "Dasar dan Polisi Pengurusan Lestari Sumber Air Kementerian Tenaga,Teknologi Hijau dan Air

3.YH Dato Sri Azizan bin Ahmad ,Ketua Setiausaha Kementeria Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) bertajuk " dasar dan Polisi Pengurusan Lestari Sumber Air Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

4.YBrs.Profesor Dr.Maketab Bin Mohamed,Wakil Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertajuk "Pengurusan Lestari Sumber Air -Perspektif NGO."



Selain itu perserta akan dipecahkan kepada ekonomi ,sosial dan alam sekitar dan hasilnya akan dibentangkan pada Sidang Pleno yang dipengerusikan oleh Dato'Dr Daing Nasir Ibrahim ,Naib Canselor Universiti Malaysia Pahang yang juga Pengerusi Kompenan Ekonomi Sosial dan Alam sekitar sebelum rumusan serta resolusi kepada Y.A.B DSDR MB Pahang di akhir bengkel bagi Kerajaan Negeri Pahang melakukan penambahbaikan dalam usaha melestarikan sumber air.





Wednesday, 19 October 2016

BERSIH TIDAK RELEVAN DI PAHANG


Keghairahan BERSIH 5.0 untuk menapak dan mengembangkan pengaruhnya di Pahang hanyalah bersifat propaganda sahaja.Pahang yang kini dikatakan bakal menerima kunjungan BERSIH 5.0 pada 22hb November ini bemula dari Kemaman Terengganu yang bersepadan dengan Pahang dan seterusnya akan ke Pekan Bandar DiRaja.


Apa yang agak menjengkelkan ialah kebiadapan pencinta BERSIH 5.0 memilih tarikh 24hb October bersamaan dengan Hari Keputeraan KDYMM Sultan Pahang.Barangkali memang sengaja memilih tarikh ini kerana ingin menimbulkan ketegangan keresahan dikalangan rakyat Pahang.

Sebenarnya mereka yang terlibat dengan BERSIH seperti mana sudah diketahui adalah terdiri daripada pihak pembangkang yang menggunakan NGO sebagai helah demi kepentingan politik.

Jika dilihat senario di Pahang apa yang mereka perjuangkan sejak dahulu seperti isu Lynas mendedahkan tembelang pembangkang yang hanya meraih  political mileage pemimpin pembangkang.

Sayang sekali penyokong dan pemimpin Anti Lynas yang majoritinya adalah berketurunan Cina berjaya mempengaruhi golongan Melayu terutama di bandar.

Akibat kempen Anti Lynas,ramai dikalangan Melayu yang mempunya tanah di sekitar Gebeng Kuantan telah menjual tanah mereka dengan harga yang sangat rendah.Kesempatan ini diraih oleh golongan peniaga Cina yang membeli tanah dengan harga murah.

Ternyata sehingga sekarang tiada kesan tidak baik yang dicanangkan oleh mereka yang Anti Lynas yang sehingga kini menyediakan beribu peluang kepada anak Melayu termasuk golongan profesional.


Pembangkang di Pahang memerlukan momentum bagi menjamin kelangsungan mereka dalam politik di Pahang sebagaimana PRU 13 yang terkesan dengan isu nasional kerana mereka kini semakin ketandusan isu tempatan  untuk dimainkan.

Jika pilihanraya tidak adil dan bersih sepertimana yang di perjuangkan oleh NGO yang di dalangi pembangkang bagaimanakah 12 kerusi dari 42 kerusi Dewan Undangan Negeri Pahang telah dimenangi pembangkang pada PRU 13..?







Wednesday, 10 February 2016

APA AKIBATNYA JIKA IKAN PAUS MATI DI PAHANG BUKAN DI JOHOR..?


Berita penemuan ikan paus yang terkandas di Pantai Rebah Johor semalam hangat di perkatakan netizen.manakan tidak mamalia tersebut bukanlah spesis yang mudah ditemui di perairan Malaysia.

Rupa-rupanya kisah tersebut tidak berakhir begitu sahaja bila seekor lagi ikan paus telah ditemui mati di pesisir Pantai Sarang Buaya,Semerah dekat Batu Pahat Johor.

Belum dapat dipastikan samada ianya ikan paus yang sama yang telah ditarik ke laut apabila ikan paus tersebut sepanjang 20 meter dan seberat empat tan ditemui di tepi pantai Taman Rekreasi Pantai Rambah, dekat Pontian.

Walaupun begitu berita tersebut tidak mendpat liputan meluas di akhbar arus perdana dan di stesyen TV tempatan memandangkan.Cuba bayangkan peristiwa tersebut berlaku di perairan Pahang...nah..!pasti gegak gempita umpama bunyi mercun Tahun Baru Cina dinyalakan siang dan malam.

Lebih dasyat lagi jika ikan paus tersebut ditemui di Sg Tonggak Kuantan,boleh jadi bahan berita yang menghiasi halaman utama berita media arus perdana bagaimana sisa toksid akibat bauksit telah membunuh mamalia tersebut .


Barangkali ada yang masih mengingati kematian berjemaah ikan belanak yang sama sahaja saiznya di SgTonggak Kuantan yang di kaitkan dengan sisa toksid bauksit namun ternyata tidak benar tetapi disensasikan untuk tujuan politik.

Kematian ikan paus di Johor pastinya tidak akan di kaitkan dengan Menteri Besar Johor tetapi sekiranya ianya berlaku di Pahang nescaya Dato"SeriDiraja Adnan Yaakob  Menteri Besar pahang akan dibelasah siang dan malam oleh mereka yang irihati dengan kemakmuran Negeri Pahang.

Barangkali juga Fuziah Saleh Ahli MP PKR Kuantan akan berdiri di atas ikan paus yang mati di Pahang dengan berslfie sebelum diadakan sidang media sisa toksid bauksit telah membunuh seekor ikan paus.Hanya ada di Pahang......











Friday, 29 January 2016

PAHANG SEKILAS PANDANG..JANGAN TERLEPAS PANDANG..!



Keindahan dan kemakmuran negeri Pahang adalah anugerah Ilahi.Justeru ada bait lagu ciptaan P.Ramlee yang diabadikan  segalanya bagi menggambarkan ianya bukanlah sastera lisan dan mitos sahaja namun realitinya menggamit sesiapa sahaja ..

Negeri Pahang aman sentosa
Kaya dengan tumbuh-tumbuhan
Niat di hati bang hoi nak buat jasa
Mudah-mudahan Tuhan kabulkan...

Sebagai sebuah negeri yang terbesar di Semenanjung Malaysia dengan keluasan (35,515km/persegi) terkenal denganTanah Tinggi Cameroon Highland ,Tasik Chini,Gua Merapoh,Sg Pahang dan Pantai Cherating melengkapi antara satu sama lain kekayaan bio diversiti yang dicemburui.

Melihat situasi kebelakangan ini bilamana Kerajaan Negeri Pahang dibawah kepimpinan DSDR Adnan Hj Yaakob selaku Menteri Besar Pahang seringkali menjadi sasaran kritikan pelbagai pihak seakan ada agenda tertentu pihak berkepentingan yang mahu melihat suasana tidak terkawal.

Politik

Agak menghairankan setelah dilanda badai Tsunami politk pada PRU 13,kejayaan Pahang yang satu satunya negeri memenangi 2/3 majoriti samada di Parlimen dan DUN menjadi sasaran serangan secara berkala dan tersusun bermula dengan isu Cameroon Highland,Tanah Runtuh Highway Karak dan bauksit antara percikan kebencian yang diharap menjadi ledakan untuk menjatuhkan kepimpinan MB Pahang .

Pada PRU 13 yang lalu,daripada 14 kawasan hanya 4 kawasan dimenangi oleh pembangkang di peringkat Parlimen manakala bagi kerusi DUN 30 dari 42 kerusi milik BN,daripada seramai 611786 pengundi,BN memperolehi 337,596 (55.18%)undi manakala PR mendapat 271,411 (44.36) undi popular.

Apakah BN sudah cukup kuat diTerengganu,Kedah dan Perak yang menyaksikan BN hanya tinggal nyawa-nyawa ikan setakat cukup makan.Mengapa perlu media masa arus perdana dengan sistematik membelasah kepimpinan BN Negeri Pahang....?

Itu belum dikira negeri yang dikuasai pembangkang yang harus menjadi fokus utama BN bukannya di negeri di mana BN berjaya memenangi hati rakyatnya seerti di Pahang.

Tidak dapat dinafikan kerusi panas MB Pahang yang sudah hampir 15 tahun di pegang oleh DSDR Adnan Yaakob menjadi idaman  opportunist politic.Sepanjang 30 tahun sebagai ADUN,beliau bersikap terbuka menerima sebarang kritikan.

Sokongan UMNO disemua peringkat masih jitu,dan sehingga kini apa yang berlaku kepada Ketua Bahagian UMNO di salah sebuah negeri di utara Semenanjung tidak berlaku kepada  DSDR Adnan Yaakob selaku Ketua Perhubungan UMNO Negeri Pahang yang berjaya menstabilkan parti UMNO di peringkat negeri.


Sosial

Pahang sebenarnya boleh dikatakan sebagai fix deposit kepada BN dengan sosio budaya dan demografi yang unik.Paratusan bagi pecahan kaum pula ialah Melayu 72%, Cina 22% dan India 6%.

Kewujudan 115 Tanah Rancangan Felda yang terbesar di Malaysia dengan 43,123 jumlah peneroka antara faktor BN mampu menjadikan Pahang sebagai kubu kuat.

Kekalahan beberapa kawasan DUN seperti di Tanah Rata,Kuala Semantan,Tras,TanjungLumpur,Beserah,Mentakab,Ketari,Bilut,Sabai,Triang,Semambu dan Teruntum boelh dikaitkan dengan Tsunami kaum Cina dan kebayakan kawasan tersebut tidak mempunyak kawasan Tanah Rancangan FELDA,

Selain itu faktor kenegerian turut mempengaruhi pengundi di Beserah dan Tanjung Lumpur yang dibanjiri migrasi penduduk dari sebuah negeri jiran yang dikuasai pembangkang di Pantai Timur.

Ekonomi

Faktor ekonomi adalah antara punca kenapa Kerajaan Pahang menjadi sasaran serangan pihak berkepentingan dengan alasan Pahang mempunyai pelbagai sumber namun masih jauh ketinggalan dari sudut pembangunan fizikal.

Dibawah pentadbiran DSDR MB Pahang,pembangunan infrastruktur tetap dilaksanakan namun keutamaan diberikan kepada pembangunan modal insan anak anak Pahang.

Yayasan Pahang telah membelanjakan hampi1 RM 1 billion khusus dalam bidang pendidikan melalui biasiswa/pinjaman pendidikan serta geran one off bagi mereka yang layak ke IPTA mahupun swasta.

Lebih 100 juta dibelanjakan setiap tahun untuk tujuan tersebut yang diperolehi melalui hasil sektor pembalakan.Bagi mengurangkan pergantungan kepada sektor pembalakan Yayasan Pahang telah menambah keluasan tanah perladangan sawit yg mana kini dengan nisbah 60% hasil perladangan sawit manakala 40% hasil pembalakan untuk melihat anak-anak Pahang merasai hasil bumi negeri mereka.

Bauksit yang heboh di perkatakan merupakan salah satu sumber galian baru yang ditemui.Masalah utama yang timbul sebenarnya berpunca dari undang-undang dan bidang kuasa.

Sebagai sumber baru galian.,perlu ada garis panduan yang jelas yang sedang dirangka dalam tempon moratorium yang sedang dilaksanakan.

Pejabat Tanah dan Galian Kuantan yang hanya mempunyai 18 pegawai pastinya tidak mampu mengawal selia undang-undang dibawah kuasanya,begitu juga pihak berkaitan seperti SPAD,JPJ,Kuantan Port,PDRM,MPK yg mempunyai kekangan dari pengasingan pecah dan perintah undang-undang yang digubal oleh British sejak lama dahulu.

Barangkali Pahang akan terus menjadi rebutan pencatur politik jika banyak lagi galian lain di temui selain bauksit kerana sudah terbukti Pahang memiliki sumber galian yang tidak ditemui di negeri lain seperti emas dan timah.

Jika tidak masakan mungkin nama Pahang turut dikaitkan dengan timah kerana ada sesetengah pendapat menyatakan Pahang berasal dari bahasa Siam asli ertinya timah. Orang Siam asli dulunya mendiami negeri ini dengan membuka lombong bijih timah terutama di Sungai Lembing.

Kalau tiada gula..manakan muncul semut...!


                                                                 

 Isu Bauksit, Penguatkuasaan, Kualiti Air Serta Laporan Media

                                          





Thursday, 28 January 2016

IKAN BELANAK OH...! IKAN BELANAK..BAUKSIT OH..! BAUKSIT..!


Tempoh bertenang....itulah yang dapat di perkatakan waktu ini di Kuantan Pahang setelah Maratorium bauksit membawa kepada penyelesaian jangka pendek,pastinya kaedah-kaedah terbaik turut dirangka bagi penyelesaian jangka panjang  untuk menangani kemelut yang melanda.

Siapa sangka perlombongan bauksit mencipta pula industri hiliran iaitu industri anak ikan belanak.Namun sayang sekali moratorium bauksit memendekkan rezeki pencari anak ikan belanak untuk dicampakkan ke dalam anak sungai sekitar Kuantan bagi membuktikan sisa toksid yang mencemarkan sungai di Kuantan akibat perlombongan bauksit.

Barangkali selepas tiga bulan seandainya industri bauksit diteruskan semula,sauk bermata kecil dan jaring berbagai saiz akan laris di jual di Kuantan kerena perlunya anak ikan belanak pelbagai saiz di tabur sepanjang anak anak sungai di Kuantan kerana selama ini saiz anak belanak yang sama sahaja mati akibat toksid di Kuantan menimbulkan tanda tanya?kenapa hanya sejenis ikan yang alah kepada toksid yang dikaitkan dengan perlombongan bauksit?Ada baiknya semua sungai di Kuantan dinamakan Sungai belanak hanya kerana spesis ikan tersebut mampu hidup di situ.

Black Opps. yang kurang bijak ini yang dilakukan pihak yang berkepentingan,disambut dengan penuh minat oleh media arus perdana.Seolah justifikasinya terarah kepada MB Pahang yang harus diasak dari segenap penjuru dengan persepsi negatif .Media arus perdana terperangkap dengan arahan-arahan dari tangan ghaib 
yang ceria sambil mengurut misai dan janggut apabila berita sedemikian muncul secara berterusan di dada-dada akhbar mahupun di kaca televisyen.

Media sosial tak perlulah dinafikan peranan mereka kerana kebenaran adalah bukan syarat nombor "wahid" sebaliknya menyiarkan berita separuh masak adalah tabiat setiap kali terlintas dibenak fikiran tanpa perlu berfikir panjang implikasi kepada orang lain.

Mungkin juga perlu National Geografik membuat liputan bagaimana hebatnya ikan belanak yang mampu hidup di sungai-sungai sekitar Kuantan selain keajaiban adaptasi berubah mengikut isu politik bukannya sifat semulajadi.









Thursday, 14 January 2016

BAUKSIT ANTARA MB PAHANG DAN MANUSIA BERSALAH PART 2


Pahang Darul Makmur semakin makmur kerana segalanya ada di sini.Tingginya Gunung Tahan tinggi lagi hajat mereka yang mendambakan tampuk kuasa Negeri Pahang.Panjangnya sungai Pahang panjang lagi mimpi pendeta politik di luar Pahang membuat telahan dan percaturan.

Bauksit  mengundang rencah paling enak untuk di hidangkan buat penggemar cerita-cerita sastera lisan,Dengan harapan bauksit menjadi bola tanggung bagi mematikan servis yang masih ditangan MB Pahang.

Kuantan menjadi planet Marikh dan Laut Merah di Kuantan adalah seumpama cerita kesinambungan  babak bagaimana "Cameron Highland di Tawan" .Laporan berita media massa arus perdana kononnya PRO BN menggangyang kepimpinan DSDR Adnan Haji Yaakob pagi petang siang malam subuh senja bagaikan rally yang pastinya tidak berkesudahan.

Character assassination paling ampuh ialah dengan mengaitkan bauksit dengan elemen rasuah yang mencemari negeri Pahang.Sungguhpun perancangan awal mereka berjaya dengan menggerakkan seluruh jentera media arus perdana memberikan imej negative dan kini giliran penguatkuasa SPRM untuk menguburkan terus kerjaya politik DSDR MB Pahang.

"Play the blame game" bukan permainan yang digemari DSDR MB Pahang tetapi punca juga harus dikenalpasti terutama penguatkuasaan yang kebanyakan agensi yang sepatutnya bertindak adalah di bwah kerajaan Persekutuan seperti JPJ,SPAD,PDRM,Jabatan Alam Sekitar,Kastam dan SPRM manakala kawal selia Kerajaan Negeri Pahang pula ialah Pejabat Tanah dan Galian.

Besar harapan tangan-tangan ghaib ini dengan meledakkan isu pencerobohan Tanah Haram di Cameroon Higland membuahkan hasil ternyata meleset.SPRM telah mengambil langkah proaktif dengan membuka Pusat Informasinya di Brinchang apabila ada pihak mendesak supaya pejabat SPRM dibuka berdekatan Cameroon Highland bagi memudahkan orangramai atau NGO membuat laporan namun sehingga kini tiada laporan kegiatan rasuah dilaporkan kepada pihak SPRM .

Kenyataan Dato'Zainul Darus Pengarah SPRM Negeri Pahang ketika ditemui dalam satu wawancara memberitahu "

“No such thing. Kita siasat apa sahaja isu dan selama ini, selama saya ada di Pahang daripada tahun 2012, saya (ketika itu masih) timbalan dan saya buat operasi; sampailah sekarang ini,

“… tak pernah ada arahan daripada Kerajaan Negeri ke, Setiausaha Kerajaan Negeri ke, ‘even’ ‘surat kuning’pun saya tak pernah terima, walaupun (semasa) kita siasat (isu pencerobohan tanah) di Cameron Highlands, tak ada,”

Begitu juga dengan pengumuman oleh  DSDR MB Pahang pada 25 Ogos 2015  mengumumkan beliau dan Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri(EXCO) akan mengistiharkan harta kepada SPRM yang dianggap oleh Dato'Zainul Darus Pengarah SPRM Negeri sebagai berkata "“So far, best practice dimulakan di negeri Pahanglah, supaya diikuti oleh negeri-negeri lain".

Manakala merujuk kepada isu bauksit pula seramai 7 orang yang telah di tahan dan dua daripadanya telah dihadapkan ke mahkamah(sehingga berita ini ditulis).Namun pastinya akan kedengaran suara-suara sumbang ini semua anak bilis .

Memandangkan ianya masih diperingkatan siasatan maka adalah tidak wajar untuk disentuh sehingga siasatan selesai.Pun begitu ketelusan dan keterbukaan DSDR MB Pahang berhubung isu rasuah adalah konsisten semenjak dahulu.

Jangan pula jika ada pegawai kerajaan atau sesiapa yang terlibat dengan rasuah dikatakan salah DSDR MB Pahang kerana itu jelas menunjukan kedangkalan dan ceteknya pemikiran.Persepsi negative mainan tangan-tangan ghaib sahaja belum cukup menurunkan DSDR MB Pahang dari kedudukannya sekarang....



Entry berkaitan :






Wednesday, 13 January 2016

BAUKSIT ANTARA MB PAHANG DAN MANUSIA BERSALAH PART 1


Isu bauksit di Pahang masih belum reda umpama ribut yang meranapkan segenap pelusok kehidupan negeri Pahang.Isu tempatan yang awalnya,kini menjadi perhatian nasional akibat permainan politik pihak pihak tertentu.

Bukan sekadar ribut dalam cawan,bauksit melahirrkan manusia yang begitu prihatin dengan alam sekitar disebalik sikap hipokrasi diri sendiri terhadap pencemaran alam sekitar.Apatah lagi golongan cerdik pandai alam sekitar menjadikan bauksit sebagai testimoni kajian akademik bukan kehidupan manusia yang sebenarnya jauh lebih kompleks.

Agenda politik

Sasaran serangan yang di dendangkan saban waktu celiknya mata rakyat Malaysia di pagi hari di ulang ulang berkali kali secara berterusan dan konsisten melalui media arus perdana yang selama ini di label sebagai pro BN.

Wujud tangan-tangan ghaib di sebalik media arus perdana ini membelasah kepimpinan negeri Pahang khsusnya DSDR MB Pahang.Gerakkerja untuk menjatuhkan DSDR Adnan Hj Yaakob, MB Pahang bukan lah perkara baharu dan pastinya kita perlu berlapang dada sebagai ahli politik ianya adalah asam garam yang perlu di lalui.

Namun amat dikesali mengapa harus ada campurtangan orang luar Pahang dalam merealisasikan impian menjatuhkan DSDR MB Pahang.Seolah-olah Pahang Darul Makmur tidak lagi makmur,tiada kestabilan politik  dan ekonomi serta masalah sosial yang tidak terkawal.

Mereka di luar sana lebih arif apa yang sedang berlaku di Pahang dan cuba mencorakkan kepimpinan politik malah lebih dikesali ianya didalangi oleh orang UMNO sendiri.Pihak pembangkang umpama orang mengantuk disorongkan bantal.

Kerajaan Negeri dibawah kepimpinan DSDR MB Pahang sentiasa berfikiran terbuka dalam menerima kritikan tetapi biarlah secara bersopan dan mempunyai keterbatasan.Tidak wujud "denial syndrome"apatah lagi menidakkan apa yang betul tetapi perlu juga melihat kepada penyelesaian secara holistik kerana slogan suara rakyat sahaja tidak menjadikannya kerajaan berdiri dengan sendiri.

"Kerajaan" itu perlu dimengertikan maksud dan perlaksana suara majoriti yang dipilih scara demokrasi tetapi tetap menjurus menjaga institusi beraja,memayungi rakyat dan kesinambungan bangsa Melayu apatah lagi anak-anak Pahang.Jika di Johor,sudah timbul semangat kenegerian membela bangsa Johor tetapi mengapa tidak di Pahang.

Teruk sangatkah politik di Pahang jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain di Semenanjung Malaysia jika keputusan PRU 13 menjadi ukuran.Daripada 14 kawasan hanya 4 kawasan dimenangi oleh pembangkang di peringkat Parlimen manakala bagi kerusi DUN 30 dari 42 kerusi milik BN,daripada seramai 611786 pengundi,BN memperolehi 337,596 (55.18%)undi manakala PR mendapat 271,411 (44.36) undi popular.

Tsunami masyarakat Cina pada PRU ke 13 tempias ke Pahang merupakan isu nasional dan bukan isu tempatan seperti perlombongan ,pembalakan mahupun isu alam sekitar.

Sekadar mengambil contoh  negeri yang hampir sama besar dengan Pahang (35960km/persegi) manakala Perak (21,005km/persegi) undi popular yang dimiliki BN Perak yang mengundi BN 44.71% manakala PR mendapat 54.48%  undi popular.Secara relatifnya BN di Pahang mengatasi undi popular BN Perak yang sebenarnya tewas namun tiada sebarang serangan politik terhadap kepimpinan MB Perak seperti dialami oleh kepimpinan BN di Pahang.

Di Perak dari 24 kerusi Parlimen sebanyak 12 di menenagi oleh BN dan 12 dimenangi oleh PR menunjukkan betapa getirnya politik di sana manakala di perinkat DUN dari 59 kerusi BN memanagi 31 kerusi manakala PR 28 kerusi adalah situasi nyawa-nyawa ikan.

Pola taburan pengundi menunjukkan bahawa undi Melayu di Perak telah kembali kepada BN berbanding PRU 12 dimana PAS yang membawa sembah derhaka gagal memenangi hati kaum Melayu.Kemenangan BN di Perak purata di menangi oleh UMNO dengan 3O kerusi manakala 1 kerusi di menangi oleh MCA itupun majoriti pengundi Melayu.

Apakah relevannya keputusan pilihanraya tersebut.Jika ada pihak yang beriya-iya ingin menyeret MB Pahang dengan istana terhadap isu bauksit di Pahang fikirlah apa yang terjadi di Perak tanpa penglibatan istana dalam politik sesebuah negeri beraja.Hanya mereka yang menjadi Menteri Besar di negeri beraja tahu mengurus situasi tidak semudah yang di sangkakan.

Sikap tidak bijak menuding jari hanya kepada MB Pahang kepada setiap permasalahan yang wujud hanya akan merugikan BN sendiri.
Tanah runtuh salah MB,orang kemalangan jalanraya akibat lori bauksit salah MB,tebang balak untuk jajaran laluan tiang TNB salah MB seolah olah MB bukan lagi istilah Menteri Besar Pahang tetapi Manusia Bersalah yang dibicarakan di mahkamah rakyat yang terbina dengan sokongan mereka yang ketandusan idea.










Friday, 4 December 2015

SEDIA TERIMA CADANGAN UMUM BAGI RANCANGAN TEMPATAN DAERAH CAMERON HIGHLAND


3/12/2015 Cameron Highland - Kerajaan Negeri Pahang dengan kerjasama Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Kesejahteraan Bandar,Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengalu-alukan penyertaan orang awam dalam merangka Draf Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highland.

"Cadangan pembangunan mengikut blok-blok tertentu beserta juga mekanisma kawalan pembangunan adalah asas Draf Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highland.Kepakaran yang ada didalam Kementerian Kesejahteraan Bandar Perumahan dan Kerajaan Tempatan membantu Kerajaan Negeri Pahang untuk membuat draf tersebut."

"Setiap kelulusan tanah oleh Kerajaan Negeri Pahang akan mengambil kira Draf Rancangan Tempatan namun ada masa-masa tertentu mungkin dipinda mengikut kesesuaian.Hari ini orang awam didedahkan untuk memberikan pandangan dan kritikan atau membuat cadangan balas"

"Penduduk Cameron Highland seharusnya mengambil peluang iniuntuk memberikan pandangan apa yang mereka fikirkan untuk sebelum keputusan akhir dibuat untuk Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highland",demikian dinyatakan oleh Y.A.B Menteri Besar Pahang Dato'Seri DiRaja Adnan Yaakob ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Program Publisiti dan Penyertaan Awam Draf Rancangan Tempatan Daerah Cameron Highland 20130(Penggantian) di Century Pines Resort di sini.

Turut hadir di majlis tersebut YBHG Datin Paduka Dr.Dahlia binti Rosly,Ketua Pengarah Jabatan Pembangunan Bandar Dan Desa Semenanjung Malaysia,Exco Kerajaan Negeri Pahang,kepimpinan serta masyarakat di Cameron Highland.


Thursday, 3 December 2015

PERMOHONAN TANAH PEKEBUN KECIL CAMERON HIGHLAND AKAN DIPROSES ATAS DASAR KEMANUSIAN- MB PAHANG


2/12/2015 - Cameron Highland - Kerajaan Negeri Pahang bersedia membantu pekebun-pekebun kecil di sekitar Cameron Highland yang terjejas pendapatan mereka semenjak setahun lepas.Kejadian banjir lumpur yang melanda Cameron Highland menyebabkan Kerajaan Negeri dengan bantuan kerajaan Persekutuan telah melakukan beberapa langkah penguatkuasaan yang lebih ketat terhadap pencerobohan tanah haram .

Tindakan penguatkuasaan yang ketat dilakukan bagi tujuan mendidik pekebun-pekebun supaya lebih bertanggungjawab tidak meneroka tanah sesuka hati dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

"Tempoh setahun yang diberikan kepada pekebun-pekebun sayur telah menyebabkan pendapatan pekebun-pekebun kecil terjejas dan menderita kerana hilang punca pendapatan untuk menyara kehidupan..Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab,pertolongan harus diberikan kepada mereka atas dasar kemanusian".

"Kira-kira 968 permohonan dibuat oleh pekebun-pekebun kecil di Cameron Highland akan diberikan pertimbangan oleh Pejabat Tanah Daerah Cameron Highland namun begitu ianya hanya untuk keluasan yang kecil dan tidak kepada pengusaha ladang secara besar-besaran."

"Permohonan mereka akan diproses memakan masa 3 hingga 4 bulan dan mereka diharap sabar menunggu kerana Pejabat Tanah dan Daerah Cameron Highland mempunya pegawai yang terhad bagi tujuan tersebut.Mana-mana pekebun-pekebun kecil yang benar-benar tulen akan diberi kelulusan 1 hektar hingga 2 hektar satu keluarga".

"Sementara itu kerja-kerja penguatkuasaan oleh Majlis Keselamatan Negara akan terus dijalankan kerana tidak mahu pencerobohan tanah haram berterusan di Cameron Highland".

"Mereka yang terlibat dengan penanaman sayur dan bunga juga harus menjaga kebersihan sungai memandangkan sungai di lembangan Cameroon Highland ini juga akan mengalir ke sungai Pahang yang menjadi sumber air bagi rakyat Negeri Pahang tidak terjejas".

"Pekebun harus memberhentikan tabiat membuang segala sisa bahan pertanian ke sungai kerana ini selain sungai yang tercemar ianya antara punca banjir lumpur yang berlaku akibat empangan di Wringlet Cameron Highland dipenuhi dengan pelbagai sisa bahan pertanian".ujar Y.A.B Dato'Seri DiRaja Adnan Hj Yaakob ketika ditemui selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Pahang di Cameroon hari ini.





Wednesday, 2 December 2015

PENANAMAN SEMULA HUTAN JAMIN PEMELIHARAAN HUTAN - MB PAHANG



1/12/2015 Cameron Highland - Kerajaan Negeri Pahang mengambil langkah proaktif dalam memastikan pengurusan hutan di Negeri Pahang memberi keutamaan terhadap pemuliharaan hutan.Sungguhpun ramai berprasangka Pahang terlibat dengan penebangan hutan secara berleluasa tapi hakikatnya ianya tidaklah seperti yang dilaporkan di media massa.

Cameron Highland misalnya sering menjadi sasaran kritikan banyak pihak setiapkali bencana alam seperti tanah runtuh dan banjir lumpur namun hakikatnya tiada aktiviti pembalakan yang di kawasan Tanah Tinggi Cameroon Highland.


"Hutan di Cameroon Highland juga dikenali sebagai Mossy Forrest dimana pokok yang ada dihutan ini tidak sesuai untuk pembalakan dan industri perkayuan.Andaian bahawa aktiviti pembalakan adalah punca kepada banjir lumpur jelas tidak tepat."

"Hutan adalah elemen penting dalam sesebuah negara dalam menentukan bekalan air,aktiviti pembalakan boleh dijalankan tetapi mestilah cara yang tersusun.Pembalakan perlu mengikuti garis panduan yang ditetapkan seperti ukur lilit pokok dan jalan balak" .

"Proses penanaman semula pokok hutan juga adalah antara syarat yang harus dipatuhi bagi memastikan pemeliharaan hutan dipandang serius oleh semua pihak dan kerajaan negeri Pahang komited dengan usaha-usaha pemuliharaan yang telah dan sedang dijalankan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Pahang.


Kerajaan Negeri Pahang menyedari akan peranan dan kepentingan sumber hutan dan pelbagai fungsi dan perkhidmatan (multiple uses and services) yang meliputi kepelbagaian biologi,sumber air mentah dan kestabilan alam sekitar bukan sahaja di Negeri Pahang tetapi juga untuk negeri-negeri bersepadan dengan Negeri Pahang".
ujar Y.A.B Menteri Besar Pahang Dato'Seri DiRaja Adnan Hj Yaakub ketika merasmikan Persidangan Pengarah-Pengarah Perhutanan Negeri kali ke 35 di Hotel Copthorne Cameron Highland.

Turut sama hadir di majlis tersebut Ketua Pengarah Perhutanan Malaysia Ybg Dato;Seri Dr Hj Abdul Rahman bin Hj Abdul Rahim,Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang ,Exco Kerajaan Negeri Pahang,Pengarah Perhutanan Negeri Pahang di samping kesemua Pengarah Perhutanan Negeri.


















Monday, 26 October 2015

TUN RAZAK BUSSINES PARK LONJAK EKONOMI BANDAR JENGKA


Penduduk di sekitar Bandar Jengka akan menikmati lonjakan ekonomi berikutan satu lagi pembangunan kawasan perniagaan yang mengandungi 181 unit kedai dua tingat di atas tanah seluas 8.9 hektar.



Jika dahulunya kawasan ini dikenali dengan jolokan  "Matau" oleh penduduk sekitar Bandar Jengka,Pembangunan kawasan tersebut akan menukar landskap "Matau" yang tidak tersusun dan terancang .Tun Razak Bussines Park meliputi pelbagai kemudahan asas seperti dua taman reakrasi,dewan,surau dan apa yang menarik ialah medan selera yang berkonsepkan "alfresco".

Tun Razak Bussiness Park ini menelan kos sebanyak RM 100 juta dan apabila siap sepenuhnya pada awal 2018 dengan merangkumi 3 fasa dimana fasa pertama kedai dua tingkat berkeluasan lantai antara 2,048 kaki persegi dan 6.932 kaki persegi telah habis dijual manakalan fasa 2 dan 3 masih dalam proses penjualan.Harga yang ditawarkan oleh pemaju ialah antara RM 678,000 dan RM 2.79 juta.

MP Pahang ketika berucap di Majlis Pecah Tanah Tun Razak Bussines Park




Dengan pembinaan Tun Razak Bussines Park oleh Mentiga Develoment and Contruction Sdn. Bhd. dan Top Land Resources Sdn. Bhd,diharap penduduk kawasan sekitar akan mendapat manafaat dengan limpahan kegiatan ekonomi meliputi peluang perniagaan dan pekerjaan.

Turut hadir dimajlis upacara pecah tanah Tun Razak Bussines Park yang di sempurnakan oleh Menteri Besar Pahang Y.A.B Dato'Seri DiRaja Adnan Hj Yaakub,Exco Kerajaan Negeri Pahang YB Dato'Shahaniza Hj Shamsuddin,YB Syed Ibrahim Syed Ahmad,ADUN DUN Jengka YB Dato'Wan Salman Wan Ismail,ADUN Chenor YB Arifin, Pengarah Pembangunan Negeri, Dato’ Mohd Roslan Harun; Pegawai Daerah Maran, Dato’ Syed Ahmad Fuad Syed Taha; dan, Pengarah Urusan, Mentiga Corporation Bhd, Dato’ Mohd Nasir Putih.
  













Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...