ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: e-cigarettes
Showing posts with label e-cigarettes. Show all posts
Showing posts with label e-cigarettes. Show all posts

Wednesday, 30 December 2015

GILIRAN TERENGGANU PULA HARAMKAN VAPE


Kerajaan Negeri Terengganu memutuskan untuk mengharamkan penggunaan vape atau rokok elektronik, bermula bulan depan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Osman Muda berkata, kerajaan negeri membuat keputusan itu, selepas bersetuju dengan keputusan Majlis Fatwa Negeri Terengganu yang mengharamkan vape.

Katanya, susulan keputusan itu juga, pihak kerajaan negeri akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan peniaga vape pada 3 Januari ini, bagi memberi penerangan lebih terperinci.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini




Friday, 27 November 2015

LAGI INSIDEN VAPE MELETOP


Seorang lelaki cedera parah termasuk patah leher dan keretakan pada tulang muka selepas vape yang sedang digunakannya tiba-tiba meletup.

Dalam insiden itu, mulut Cordero Caples, juga melecur apabila peranti berkenaan meletup, Jumaat lalu.

Kejadian itu mengakibatkan pemuda berusia 29 tahun itu terpaksa menjalani pembedahan tulang belakang.

“Tidak dapat dipastikan sama ada dia mampu berjalan seperti biasa selepas ini. Kami hanya berharap Caples dapat sembuh sepenuhnya,” ujar salah seorang ahli keluarganya.

Seorang pekerja di kedai jualan peranti berkenaan memberitahu, letupan mungkin disebabkan kesilapan pengendalian dan dipercayai Caples telah terlebih mengecas peranti itu.

Kakaknya, Colessia Porter berkata, Cordero dalam keadaan kritikal kerana kejadian itu boleh mengakibatkan dia lumpuh.

“Dia perlukan penjagaan sepanjang masa selepas menjalani pembedahan tulang belakang,” katanya kepada stesen WMC-TV yang berpangkalan di Memphis.

Sementara itu, Jabatan Bomba Colorado Springs, pihaknya masih menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

Bulan lalu, pengguna vape, Vicente Graza, 23, dari California kehilangan salah satu jarinya apabila peranti itu meletup.

Wednesday, 11 November 2015

TERIMA 6 JAHITAN DI BIBIR VAPE MELETOP


GOPENG: Seorang pengguna vape di sini terpaksa menerima enam jahitan di bibir selepas alat itu meletup ketika hendak disedut, Khamis lalu. Berikutan kejadian itu, peniaga, Salleh Awang Hat, 33, serik untuk terus menggunakan vape. 

"Saya dan saudara terdekat sudah tidak lagi menghisap vape selepas kejadian vape meletup hingga terpaksa menerima enam jahitan, " kata Salleh atau lebih dikenali sebagai Lan ketika ditemui di sini, petang tadi.


Insiden letupan vape membabitkan Lan itu viral di laman sosial malah mengundang pelbagai kritikan. Sehubungan itu, Lan minta supaya orang ramai tidak membuat andaian sendiri mengenai kejadian yang menimpanya dan menasihatkan pengguna vape supaya lebih berhati-hati meneliti komponen vape sebelum menggunakannya.

Lan berkata, dalam kejadian itu kira-kira jam 9 malam Khamis lalu, dia menghidupkan vape untuk disedut, tetapi ia meletup sebelum sampai ke bibir. "Vape itu meletup dan hujung vape (bahagian penyedut) itu tercabut ibarat peluru ditembak tetapi mujur tidak kena pada muka. Hanya belerang yang meletup dan terbakar di muka dan bibir saya.

"Nasib saya baik kerana belum sempat menyedutnya kalau tak ibarat meletak pistol ke dalam mulut. Saya juga bersyukur kerana tidak buta," katanya. Katanya, insiden itu terjadi selepas sehari menimang cahaya mata pertama dan bersyukur kerana vape itu meletup sebelum dia menyedutnya. Lan berkata, dia tidak membuat sebarang ubahsuai pada vape dan alat itu bukan dibeli dengan harga murah yang menyebabkannya meletup.

"Saya sudah lama memakai vape itu memang tiada masalah sebelum ini. Saya sendiri tidak tahu apa punca sebenar ia meletup tapi saya difahamkan ia mungkin berpunca daripada bateri "Saya harap komen di laman sosial tidak membuat andaian sendiri dan mengaibkan saya kerana ia memaparkan gambar saya yang turut dikenali oleh saudara dan rakan.

Saya harap orang ramai faham dengan situasi saya," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon, ketika dihubungi berkata pihaknya tidak menerima sebarang laporan membabitkan kejadian itu. 



Friday, 6 November 2015

NAIKKAN HARGA ROKOK ,RAMPAS PERISA VAPE..LEPAS NI APA LAGI?

Kerajaan semakin hari semakin tidak peka dan tuli dari mendengar permasalahan rakyat.Bukan sahaja tidak mendengar tetapi memalingkan muka dengan mendongak ke langit dengan lagak yang angkuh dan sombong.

Tiada siapa menyangkal merokok merbahayakan kesihatan tapi rentetan peristiwa berkaitan isu vape meletakkan persepsi pihak kerajaan hanya lebih mementingkan hasil diperolehi.Maka alasan mendatangkan kesan tidak baik kepada kesihatan rakyat menghalalkan cara kerajaan mengutip cukai yang tinggi yang lebih berpihak kepada syarikat rokok.

Apakah kenaikan menggila harga rokok ada kaitan dengan kemerosotan perolehan keuntungan syarikat berkaitan rokok setelah ramai perokok dikatan beralih kepada vape?


Persepsi penggemar vape kerajaan ditekan oleh syarikat rokok untuk dengan memberikan gambaran buruk vape walaupun sebenar tiada bukti saintifik.

Sebaliknya mencipta alasan menghalalkan rampasan perisa vape dibuat di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983 merupakan perang psikologi kepada penggemar vape.

Manusia yang gila sekalipun jika kita halang dan sekat kemahuan mereka apatah lagi hobi yang sudah sebati dengan diri,pasti akan mengundang perasaan amarah mereka

Jika anda berani,cuba ambil rokok di mulut  seorang gila yang sedang merokok,silap haribulan nyawa melayang.Apatah lagi orang yang waras yang boleh berfikir dari pelbagai sudut kewajaran tindakan pihak lain menyekat keinginan naluri sebagai manusia.

Rakyat langsung tidak diberikan alternatif sebaliknya menutup terus ruang hak mereka.Harga rokok dinaikan..alternatif vape dikenakan pelbagai tekanan.

Perokok tidak diberikan peluang sebaliknya banyak lagi aktiviti lain yang turut mendatangkan kesan jauh lebih buruk seperti judi dan arak dilesenkan.Kenapa tidak diharamkan judi dan arak.Keadilan buat perokok dinafikan sama sekali.Ini yang menjadi bualan dimana-mana sahaja.


Barangkali undi perokok dan pengemar vape tiada makna buat kerajaan .Sekitar 5 juta perokok mungkin juga akan memikirkan alternatif ,apa sahaja tentang alternatif termasuk kerajaan alternatif hanya kerana mahu melepaskan kemarahan.

Pada PRU 14 bakal menjelma bersedialah belajar menjadi pembangkang di Parlimen kerana rasanya ramai perokok yang semakin rabun warna tidak melihat lagi warna biru tua sebaliknya hijau,biru muda dan oren jelas kelihatan...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...