ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
BAJET 2016 LULUS, PRESIDEN PAS TAK HADIR,6 MP PAS BERKECUALI...DAP KENA SAWAN | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Tuesday, 17 November 2015

BAJET 2016 LULUS, PRESIDEN PAS TAK HADIR,6 MP PAS BERKECUALI...DAP KENA SAWAN


Nasib pembangkang di Malaysia nampaknya umpama telor di hujung tanduk.Kejam sangatkah perumpamaan itu atau mungkin boleh kita umpakan impian pakatan pembangkang untuk menguasai Putrajaya umpama seperti menunggu kucing bertanduk.

Ada baiknya mereka memikirkan kembali menggunakan perkataan Pakatan dalam apa rupa tidak kiralah Pakatan Rakyat/Pakatan Harapan atau apa sahaja yang senada dengannya.

Pada pengundian bagi meluluskan bajet 2016 hari ini di Parlimen telah memberikan isyarat yang jelas bahawa pembangkang tidak lagi mempunya kesatuan dan kata sepakat dalam membuat keputusan yang penting melibatkan negara.

Jelas....sudah terang lagi bersuluh melalui video di bawah pembangkang mahukan undi belah bagi supaya dapat mengetahui siapa yang menyokong atau pun tidak samada di pihak pembangkang mahupun di pihak kerajaan.


Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perbekalan 2016 di peringkat dasar dengan mendapat jumlah undi yang besar daripada anggota parlimen.

Sebanyak 128 Anggota Parlimen bersetuju rang undang-undang itu diluluskan bagi ditetapkan untuk bacaan kali kedua, berbanding 74 yang menolak.

Undian belah bagian dijalankan oleh Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berikutan beberapa Anggota Parlimen daripada parti pembangkang yang mahukan undian itu dijalankan.

Sementara itu, enam Anggota Parlimen dari PAS mengambil keputusan berkecuali iaitu Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu), Nik Mohd Abduh Nik Aziz (PAS-Pasir Mas), Nasaruddin Hassan (PAS-Temerloh), Idris Ahmad (PAS-Bukit Gantang), Marzuki Shaari (PAS-Bachok) dan Dr Izani Hussin (PAS-Pengkalan Chepa).

Empat lagi Anggota Parlimen PAS termasuk Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, tidak hadir ke sesi petang sidang Parlimen hari ini.

Keputusan itu membuatkan beberapa Anggota Parlimen pembangkang membuat bising sebelum Yang DiPertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia secara bersahaja mengulas: "Walaupun nyaring suara tidak bersetuju, tetapi hakikatnya yang bersetuju itu lebih Yang Berhormat".

Turut hadir semasa pengundian itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Turut mengambil bahagian dalam undian itu ialah bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Rang undang-undang itu yang dibentangkan Perdana Menteri pada 23 Okt lepas, dibahaskan selama enam hari bermula 26 Okt lalu sebelum digulung di peringkat kementerian selama tiga hari, dan diluluskan hari ini di peringkat dasar.

Rang undang-undang yang bertujuan memperuntukkan sejumlah RM267.22 bilion untuk perbelanjaan kerajaan pada 2016 itu dijadual akan dibahaskan di peringkat jawatankuasa bermula esok.

Sementara itu, menurut Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, rang undang-undang itu hanya akan diluluskan sepenuhnya selepas selesai perbahasan dan penggulungan di peringkat jawatankuasa dan dibacakan kali yang ketiga.

Persidangan dewan bersambung esok.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...