Banjir lumpur di Km52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak semalam mendapat liputan pelbagai pihak dan seperti kelaziman antara mereka yang cuba menjadi juara sebuah NGO alam sekitar yang mendakwa aktiviti pembalakan di Hutan Lipur Lentang punca kejadian banjir lumpur dan tanah runtuh sehingga menyebabkan jalanraya menghubungkan Karak-Kuala Lumpur ditutup sementara semalam.
Bagaimanapun dakwaan tersebut dinafikan oleh Pengarah Jabatan Hutan Negeri Pahang, Datuk Mohd Paiz Kamaruzaman berkata tiada aktiviti pembalakan sedang dijalankan di kawasan itu termasuk bagi projek laluan Tenaga Nasional Malaysia Berhad (TNB) dari Bentong ke Lenggeng, Negeri Sembilan.
selanjutnya sila klik
ggokan kayu dan pokok, Jabatan Perhutanan Pahang berkata kayu itu tidak mungkin balak kerana belum dipotong. |
Namun apa yang sangat dikesalkan tindakan sebuah NGO dan aktivis alam sekitar dengan pantas membuat kesimpulan bahawa berlaku pembalakan dikawasan Hutan Lipur Lentang sebagai punca kejadian banjir lumpur.
Mungkin kerana terlalu inginkan publisiti murahan,pihak kerajaan Negeri Pahang menjadi sasaran mudah untuk dipersalahkan.Mungkin tidak ramai yang tahu NGO yang kononnya menjaga Khazanah Alam ini dipengerusikan oleh individu yang mendapat keuntungan besar dari keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang menjaga alam sekitar.
Mana mungkin resort beliau dapat dibina dan maju sebagai tempat yang menarik untuk dikunjungi oleh pecinta alam khususnya alam semulajadi jika tiada keprihatinan Kerajaan Negeri Pahang menguruskan kawasan hutan di negeri Pahang.
Apa yang peliknya manusia begini yang kaya raya hasil dari keindahan alam semulajadi di Negeri Pahang mengkritik Kerajaan Negeri Pahang.
Beliau yang juga terlibat dengan sebuah NGO yang mewakili pemain industri pelancongan di Malaysia tanpa segan silu memohon bantuan Kerajaan Negeri bagi membiayai program NGO tersebut tetapi dalam masa yang sama menyalahkan Kerajaan Negeri Pahang dalam banyak isu berkaitan alam sekitar.
Manusia seperti ini juga hanya mencari keuntungan peribadi dan perniagaan.Isu alam sekitar hanyalah sebagai alasan mereka menghalalkan cara bagaimana mereka mencipta kemewahan .
Apakah resort beliau yang dibina tanpa menebang sebatang pokok pun?Siapa yang lebih bijak mengekploitasi kekayaan hutan untuk diri sendiri ataupun untuk rakyat marhaen?
Cuba tanya berapa harga untuk menginap dan menikmati khazanah hutan di resort belaiu yang terletak di Pahang...yang pastinya ianya hanya mampu didiami oleh VVIP yang bertaraf hotel 5 bintang.
Sekalipun ada aktiviti pembalakan di Negeri Pahang ianya dinikmati oleh berpuluh ribu rakyat Pahang khususnya pelajar yang menerima biasiswa Yayasan Pahang.
No comments:
Post a Comment