ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
LUBUK YU BAKAL PECAH MALAYSIA BOOK OF RECORD | Travelog Kehidupan Abadi Romeo

Thursday, 5 November 2015

LUBUK YU BAKAL PECAH MALAYSIA BOOK OF RECORD


Lubuk Yu yang terletak di Kuala Sentul Maran Pahang bakal memecahkan Malaysia Book Og Record dengan kehadiran peserta teramai tidur di dalam buai yang diikat dengan tali diatas pokok.Program yang dinamakan 1st Hammock Camping Gathering itu akan diadakan pada 7hb November sehingga 8hb November 2015 dijangkakan menarik kehadiran 100 peserta termasuk luar.



Pemilihan hutan Lipur Lubuk Yu yang terletak dalan DUN Kuala Sentul dalam Daerah Maran dibuat kerana ianya dikelilingi oleh Hutan Hujan Tropika yang tertua di dunia yang mempunyai nilai yang amat tinggi dari segi ekosistem,khazanah alam semulajadi,sungai,bukit bukau,flora dan fauna.

Sayangnya semua kelebihan ini telah dicemari dengan perkara perkara berikut :-
  • Imej Lubuk Yu telah tercalar teruk dan dilabel sebagai kawasan hitam akibat Wabak Kencing Tikus yang telah mengorbankan beberapa nyawa tidak lama dulu.Wabak yang disebabkan oleh masalah kebersihan yang serius berpunca dari pengunjung yang tidak bertanggungjawab
  • Kekerapan kejadian mati lemas di kawasan sungai berpunca akibat tiada pemantauan.
  • Vandalism oleh pengunjung yang tidak bertanggungjawab merosakkan kemudahan asas yang telah di bina dan struktur semulajadi yang telah sedia ada.
  • ancaman peladang rakus dan peneroka hutan haram yang semakin hari semakin menyusup masuk dan menceroboh kawasan hutan dara ini.
Perkara di atas akan menjadi lebih parah dan tidak terkawal sekiranya tida tindakan proaktif diambil segera dan dilaksanakan secara konsisten.

Cara terbaik adalah dengan melakukan satu program berasaskan Eco Pelancongan yang melibatkan semua agensi terbabit dan komuniti tempatan.

Objektif utama program ini antaranya :-

  • Memulihkan dan mentransformasikan imej Lubuk Yu dari DESTINASI YANG DITAKUTI  kepada DESTINASI ECO PELANCONGAN YANG DISEGANI.
  • Memberikan pendedahan ilmu tentang alam semulajadidan aktiviti rekreasi berkaitan alam kepada komuniti tempatan supaya mereka lebih menghargai harta yang tak ternilai harganya yang mereka ada ini.
  • meningkatkan pendapatn penduduk kampung melalui aktiviti Eko Pelancongan.

Seramai 100 peserta dijangka menyertai program ini dengan penyertaan rakyat tempatan seramai 90 orang manakala peserta antarabangsa  10 orang(Singapore 05,Brunei 01,England 02,Philiphines 2 orang).

Antara anktiviti yang dirancangkan selama 2 hari program ialah Tree Climbing Clinic.Flying Fox,Leap Of Faith,Jungle Tracking,Smartphone Fotography Clinic,Slacline Station,Swim and Save Clinic dan River Tubing Sessions.






Program ini di anjurkan bersama oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia,Laili Basir Adventure _Hugs Project,Pusat Khidmat DUN Kuala Sentul,Pejabat Daerah Maran,Pejabat Hutan Negeri dan Majlis Belia Daerah Maran.

Adalah menjadi harapan segala perancangan yang dilakukan akan berjalan dengan lancar dan matlamat program ini akan tercapai untuk kebaikan dan faedah semua pihak.

Credit  :LAILI BASIR




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...