Ku sangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari.Begitu jualah perumpamaan yang boleh diibaratkan hubungan songsang yang pernah terjalin diantara PAS dan DAP melalui Pakatan Rakyat kini bertukar menjadi penyakit berjangkit akibat hubungan terlarang yang terjalin sebelum Pakatan Rakyat berkubur.
Kini bermula lah era saling melempar tahi dan najis bukan lagi seperti dahulu puji memuji diselang seli dengan adengan kucup mengucup yang memualkan antara PAS dan DAP semata mata inginkan kuasa politik.
Lim Guan Eng menyatakan perlunya DAP terus berada di dalam Kerajaan Negeri Selangor kerana menghalang perangai jahat PAS seperti yang dilakukan di Kelantan dengan mengambil contoh kerakusan kerajaan PAS Kelantan menggondol hutan simpan seperti yang didedahkan oleh Husam Musa ADUN Salor yang juga YDP PAS Kubang Kerian.
Kini giliran Setiausahanya PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman menimbulkan persoalan adakah Guan Eng bengang dan menuduh menuduh exco-exco Pas di Selangor sebagai ‘buat jahat’ kerana berjaya berjuang menaikkan elaun guru-guru KAFA sekolah agama di Selangor menjadi RM1,500 bermula tahun 2016?.
Begitu juga dengan tindakan memperkasakan institusi masjid serta berusaha mewujudkan Kolej Intergrasi Tahfiz apakah ianya dianggap sebagai jahat oleh Lim Guan Eng...?
DAP jenis tidak mengenang budi takkala 13 ADUN Selangor menyokong calon Senator ke Dewan Negara yang dikemukakan oleh DAP dan PKR melalui perbincangan dengan MB Selangor.
Habis madu dihirup...kini sepah dibuang..jika tidak dapat mengikut tunduk kepada apa yang dimahukan oleh parti chauvanist DAP.Kemunculan parti Amanah menandakan PAS di sisihkan dari arus politik pembangkang kerana DAP tahu PAS tidak mampu berjuang sendirian untuk terus berkuasa.
No comments:
Post a Comment