Anwar bakal bergelar banduan yang menjadi jutawan sekiranya beliau berjaya kali ini dalam saman RM 100 juta terhadap Nalakurapan kerana mendakwa Anwar menerima wang RM 60 juta dan ianya diberikan padanya ketika menjadi timbalan perdana menteri dan kementerian kewangan.
Walaubagaimanapun beliau menafikan menerima wang tersebut ketika disoal balas oleh peguam Shafie Abdullah yang peguam yang mewakili Nalakurapan ketika seisi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Shafie ketika soal balas mendakwa wang tersebut diserahkan kepada Anwar di rumah beliau di Bukit Damansara kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri dan di gelanggang tenis Tivoli Villa melalui orang tengah itu sebagai isteri Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Ismail, adik angkat Sukma Darmawan Saasmitadja, senator Mohd Ezam Md Noor dan isteri menteri besar Selangor Shamsidar Taharin.
Kenyataan tersebut didakwa dinyatakan oleh Nalakurapan ketika Anwar kempen pilihanraya 2008 Permatang Pauh.
Benar atau tidah biarlah mahkamah yang menentukan.Apa yang menarik perhatian ramai mengapa seorang yang begitu berpengaruh ketika itu selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan menjadikan seorang tauke judi Magnum Corporation Berhad sebagai teman sepermainan.
Perwatakan beliau yang lebih dikenali sebagai Pak Sheikh dikalangan pengikut dan ahli politik meletakkan tidak manis dipandang orang .Apakah sudah tiada manusia lain di negara ini yang boleh di ajak untuk bersosial.
Nak bermain tenis,main catur sekalipun nak bermain melastik burung mengapa harus tauke judi? memandangkan kedudukan Anwar pada waktu itu akan menimbulkan pelbagai tanggapan negatif masyarakat.
Kita boleh berkawan dengan sesiapaun,kita boleh bermain dengan sesiapun namun perlu juga dilihat dengan apakah persahabatan itu memudaratkan dan seharusnya bijak memilih.
Apakah beliau sudah tiada kebijaksanaan memilih,sebagaimana beliau begitu bijak memilih rakan untuk menjatuhkan pemimpin lain seperti Ghafar Baba?
Agaknya tauke judi memang selalu bermurah hati menderma...malang sungguh nasib Pak Arab jika menderma di Malaysia kerana tauke judi di Malaysia lebih mendapat tempat di hati pembangkang di negara ini.
No comments:
Post a Comment